Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

SEMASA PRAKTIKUM Setelah tujuh minggu menjalani latihan praktikum, masih banyak perkara yang perlu saya perbaiki terutamanya dari aspek penulisan rancangan pengajaran harian. Berbekalkan panduan dari pensyarah penyelia, guru pembimbing serta rakan-rakan, saya akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh sepanjang tempoh praktikum ini. Tempoh praktikum yang berbaki 5 minggu sahaja lagi terasa semakin dekat namun masih banyak lagi tugasan-tugasan yang belum saya laksanakan. Setiap kali selepas penyeliaan, pasti saya akan memperolehi ilmu yang baru dan perlu saya perbaiki. Sepanjang tempoh praktikum juga, hubungan saya dengan masyarakat sekitar semakin akrab. Malahan saya semakin rapat dengan muridmurid saya. Saya juga perlu bijak menguruskan masa agar dapat menguruskan semua tugasan dengan konsisten. Sepanjang menjalani latihan praktikum, saya semakin jelas dengan kaedah dan teknik yang perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid saya. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk jati diri murid-murid berani memberi jawapan mahupun pendapat. Saya sedar, murid-murid berkeperluan khas agak rendah tahap keyakinan diri. Justeru, dengan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang konsisten, saya akan cuba sedaya upaya untuk melatih mereka menjadi berani untuk mencuba sesuatu yang baik. Selain itu, perkara penting yang perlu saya beri tumpuan adalah untuk kuasai perancangan pengajaran dan pembelajaran. Saya sedar jika

perancangan saya hanya sekadar melepaskan batuk di tangga, pastinya anak murid saya pulang dengan otak kosong bagi subjek saya. Saya juga sedar, jika mereka gagal untuk mengenal Iqra pada masa sekarang, maka kemungkinan besar untuk mereka buta al-Quran suatu hari nanti adalah sangat besar potensinya. Prinsip yang cuba saya tanamkan bagi anak-anak didik saya, saya

akan pastikan mereka pulang dengan mengingati huruf yang mereka dengar dari mulut saya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran walaupun dengan satu huruf sekalipun. Dalam tempoh praktikum juga, saya sedar bahawa untuk mengajar kita perlu membuat persediaan yang rapi agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat hasil pembelajaran yang eksplisit. Jelas sekali kejayaan pengajaran dan pembelajaran sesuatu sesi pembelajaran akan bermula dari guru yang konsisten dengan perjuangannya. Dengan platform ini juga, sedikit sebanyak sikap suka membuat kerja last minute dapat dikikis. Tambahan lagi, mengajar murid-murid berkeperluan khas dapat melatih saya agar cuba berfikiran secara kreatif dan berfikir di luar kotak. Walaupun saya sedar, saya agak sukar serta tidak mampu untuk melahirkan idea yang sebegitu namun saya akan cuba sedaya upaya saya. Seiring dengan perubahan zaman globalisasi menuntut saya agar lebih peka dengan dunia teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) untuk diterapkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru saya perlu sentiasa mencuba untuk mencari strategi yang menarik agar mereka bersemangat ketika belajar, saya acap kali mencari bahan bantu mengajar yang kelakar serta logik dan berkaitan dengan isi pelajaran.

"Kurang Semangat Mengakibatkan Lebih Banyak Kegagalan Berbanding Kurangnya Kebijaksanaan @ Kemahiran." (Flower A. Newhouse)

Anda mungkin juga menyukai