Anda di halaman 1dari 4

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

. Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011. DEFINISI LITERASI Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. KEMAHIRAN ASAS LITERASI TAHUN 1 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah. TAHUN 2 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi. TAHUN 3 Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan. 12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan. Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka. Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka. Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup. Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup. Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ng. Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding. Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung. Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran. Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah. Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan. DEFINISI NUMERASI Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian. KEMAHIRAN ASAS NUMERASI TAHUN 1 - Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50. - Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak - Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas

TAHUN 2 - Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100 - Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi -Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek TAHUN 3 - Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000. - Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi - Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai 12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka Konstruk 2 : Keupayaan membilang Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu. Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.

PELAKSANAAN SARINGAN LINUS 2013 DIBAWAH PROGRAM NKRA- LINUS TAHUN 2013 Perkara di atas dirujuk. 2. Mohon kerjasama pihak tuan agar mendapat maklumat terkini daripada Pegawai FasiLINUS di daerah tuan berhubung beberapa perubahan dan penambahbaikan pelaksanaan LINUS 2013 walaupun pekeliling terkini daripada pihak NKRA-LINUS, KPM belum dikeluarkan. 3. Mulai tahun 2013, semua kohort akan melibatkan 2 kali saringan sahaja yang dinamakan Saringan 1 dan Saringan 2. Tuan diminta memantau dan memastikan berlakunya bimbingan berterusan oleh guru mata pelajaran (BM dan Matematik) dan guru Pemulihan ke atas semua murid di Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3) untuk memastikan PdP yang berkesan dalam tempoh antara kedua-dua saringan tersebut. Ini adalah kerana semua murid Tahap 1 hanya dikira Menguasai (Perdana) sekiranya mencapai sehingga Konstruk 12 (K12) dan semua murid wajib mengikuti setiap saringan walaupun telah mencapai status Perdana (K12) pada saringan sebelumnya. 4. Kebarangkalian adalah tinggi untuk murid kembali kepada status LINUS sekiranya mereka tidak benar-benar menguasai K1 hingga K12. Justeru, semua guru BM dan Matematik Tahun 1 hingga Tahun 3 mesti peka kepada penguasaan konstruk murid bagi memastikan murid dapat

menguasai sepenuhnya konstruk K1 hingga K12 untuk kekal sebagai status Perdana (Menguasai). Berikut adalah jadual saringan yang telahpun dimaklumkan kepada semua Pegawai FasiLINUS di daerah (Kohort 2, Kohort 3 dan Kohort 4) : Saringan 1 : Membaca/Lisan : 10 Mac-19 April 2013 Bertulis : 21-30 April 2013 Kemasukan data Portal NKRA : 6-17 Mei 2013 Saringan 2 : Membaca/Lisan : 1-27 Sept 2013 Bertulis : 29 Sept 11 Okt 2013 Kemasukan data Portal NKRA : 16-25 Okt 2013 Peranan Guru LINUS 1. 2. 3. 4. Melaksanakan kursus dalaman kepada semua guru setiap kali berkursus. Melaksanakan saringan bagi Lisan dan Bertulis dalam tempoh yang ditetapkan. Mengumpul data bagi mengenal pasti murid LINUS tegar, LINUS dan arus perdana. Mentadbir kelas dengan baik dan sesuai dengan tahap keperluan murid.

5. Mengadakan perbincangan dengan FasiLINUS untuk penambahbaikan dalam pelaksanaan program LINUS. 6. Mengisi data selepas setiap kali saringan ke portal NKRA secara atas talian mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 7. 8. 9. Mencetak dan menfailkan data yang telah diisi di portal NKRA. Sentiasa mendalami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Menjadi ahli jawatankuasa LINUS sekolah.

Peranan Guru Pemulihan 1. Melaksanakan saringan bagi Lisan dan Bertulis dalam tempoh yang ditetapkan bersama-sama guru LINUS. 2. 3. 4. 5. Membantu guru LINUS dalam menyediakan media pengajaran. Merancang jadual waktu dan aktiviti untuk murid LINUS tegar dan murid pemulihan. Mengajar murid LINUS tegar. Menjadi ahli jawatankuasa program LINUS di sekolah.

Peranan Pentadbir Sekolah 1. Mengenal pasti dan menentukan guru LINUS.

2. Membentuk dan melantik jawatankuasa kerja LINUS di sekolah dan dipaparkan di papan kenyataan. 3. 4. 5. Menyediakan fail-fail pengurusan LINUS. Membuat perancangan tahunan. Memastikan saringan LINUS dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan.

6. Memastikan dan mengesahkan data penguasaan murid/keputusan setiap saringan dimasukkan ke dalam portal NKRA mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

7. Memantau pelaksanaan program LINUS dan menjalankan tindakan susulan untuk penambahbaikan. 8. Memberi motivasi kepada guru LINUS dan guru pemulihan. 9. Memastikan guru LINUS dan guru pemulihan menggunakan modul LINUS yang dibekalkan oleh KPM. 10. Bekerjasama dengan ibubapa/PIBG dalam memberi kesedaran, maklumat dan kepentingan program LINUS. 11. Mencerap pelaksanaan PdP guru LINUS dan guru pemulihan.

Anda mungkin juga menyukai