Anda di halaman 1dari 55

ICE BREAKING (KELOMPOK BESAR) Aktiviti 1 Masa Alatan Objektif : : Salam Mesra : 20 Minit : Tiada

1. Mewujudkan suasana yang selesa di kalangan peserta. 2. Mengurangkan rasa tertekan, takut.

Langkah

1. Buat bulatan besar ( asing lelaki dan perempuan ) 2. Bilang 1. 2. 3. mengikut peserta. 3. Peserta angka ganjil buat bulatan di dalam. Peserta di luar ikut arah jam dan peserta di dalam lawan arah jam. 4. Setiap peserta memperkenalkan diri kepada semua ahli dalam bulatan.

Perbincangan: 1. Apakah perasaan adik-adik takut tak selesa malu 2. Apakah respons rakan-rakan adik apabila bercerita tentang diri sukadll

Pengajaran : 1. Pengenalan diri akan mewujudkan perhubungan yang mesra dengan orang yang belum dikenali.

Aktiviti 2 Masa Alatan Objektif

: Dunia ku dunia baru : 30 Minit : Tiada :

1. Memberi peluang kepada peserta berkenalan antara satu sama lain dalam suasana yang menyeronokkan. 2. Mengurangkan rasa malu, rendah diri dan takut apabila berada dalam kelompok yang belum dikenali.

Langkah

: 1

1. Peserta diberi kad yang masing-masing bernombor 1 6. 2. Setiap nombor akan mewakili satu gerakan tertentu. 3. Peserta lelaki dan perempuan diminta berbaris sebelum kad diedarkan kepada mereka. 4. Ketua menyatakan bahawa peserta berada dalam dunia baru. Di dunia ini tiada siapa yang boleh bertutur. Mereka hanya boleh melakukan gerakan yang tertentu. Mereka semua perlu mencari rakan yang sama jenis untuk membentuk satu perkampungan. Jenis pertama aksi menangis Jenis kedua aksi burung terbang Jenis ketiga aksi ketawa Jenis keempat aksi garu kepala Jenis kelima aksi bunyi motor Jenis keenam aksi bunyi kucing

5. Apabila bertemu dengan jenis yang sama mereka perlu mengangguk dan cari rakan lain yang sama jenis. 6. Ketua memastikan peserta tidak bercakap selain bunyi tertentu. 7. Jika ada jenis yang tidak menemui jenis yang sama. Maka mereka perlu buat gerakan itu dan rakan mereka hendaklah menjemput mereka masuk kelompok.

Perbincangan: 1. Bagaimanakah perasaan peserta menjalankan aktiviti 2. Bagaimana cara berinteraksi apabila tidak boleh bertutur.

Pengajaran : Untuk berkenalan dengan seseorang, kita perlu mempunyai sifat peramah, sedia menghampiri dan tidak menunggu ditegur oleh orang lain.

LDK (Kendiriku)

Aktiviti Masa Alatan Objektif

: :

Akukah itu? 30 minit :Kertas A4 dan pen/pensel

1. Peserta mengenal diri mereka yang sebenar.

2. Peserta akan dapat menyedari keadaan diri mereka. 3. Timbul keinginan untuk meneroka keadaan diri sendiri.

Langkah

1. Peserta diminta untuk melukis gambar mereka sendiri mengikut kebolehan masing-masing. (Kecantikan lukisan itu tidak penting) 2. Peserta diminta tidak duduk terlalu dekat (jarak antara peserta) semasa melakukan tugas ini.

3. Letakkan tanda yang mudah untuk kenal pasti lukisan masing-masing. Tetapi jangan tulis nama pada lukisan tersebut.. 4. Masa diberikan antara 5 7 minit untuk menghasilkan lukisan tersebut..

5. Ketua akan mengumpul semua lukisan yang telah siap dan kemudian menyerahkan semula kepada peserta. Tetapi kena pastikan bahawa lukisan yang dibuat itu tidak diserahkan kepada empunya lukisan. 6. Peserta diminta untuk mengenal pasti tuan empunya lukisan gambar tersebut dengan hanya menunjukan sahaja apabila diminta oleh ketua tanpa bergerak atau bangun dari kerusi. 7. Bagi peserta yang salah meneka , ketua akan cuba bertanya mengapakah susah untuk mengenal pasti empunya lukisan gambar tersebut dan bagi yang meneka dengan betul ketua akan menanyakan sebab mereka bolah meneka dengan betul.

Pengajaran/ Rumusan : 1. Susah untuk mengenal pasti seseorang itu dengan hanya melihat pada luaran sahaja kerana mungkin apa-apa yang dilihat tidak sama dengan sikapnya yang sebenar. 2. Orang tidak akan dapat mengenal diri kita jika sekiranya kita sendiri tidak kenal siapa diri kita

# Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan 3

LDK: 3 personaliti

Nama Aktiviti:Ice Breaking 3 Personaliti Diri Anda.

Sasaran: Dalam aktiviti ice breaking ini 3 personaliti diri anda ini disasarkan kepada kelompok pelajar unit Bimbingan Dan Kaunseling kumpulan 2 yang di ajar oleh cikgu Julianah.Unit bimbingan kumpulan 2 ini terdiri daripada 40orang pelajar, yang terdiri daripada BK1 dan BK2. Peralatan: Didalam ice breaking ini saya menggunakan peralatan kertas mahjung. Jangka masa /tempoh Aktiviti ini mengambil masa lebih kurang 40minit untuk 40 0rang pelajar. Objektif dan Falsafah 1.Kita lebih kenal diri sendiri dan membuat pendedahan kendiri. 2.Lebih kenal dan mesra dengan ahli-ahli kelompok.Ini kerana tidak semua ahli rapat dan mengenali rakan masing-masing dengan lebih mendalam,memandangkan juga kumpulan bimbingan berasingan kelas iaitu dari bk 1 dan bk 2. 3.Memberi focus dan mendengar dengan aktif.

Langkah-langkah: Langkah1: setiap pelajar akan diarah mencari rakan yang mempunyai saiz kasut yang sama. Langkah 2:Setelah ahli dapat mengenal pasti rakan yang mempunyai saiz kasut yang sama,mereka akan duduk dalam kumpulan masing-masing. Langkah 3:Didalam kumpulan itu lah mereka akan meluahkan 3 personaliti masing-masing dan akan menulis personaliti yang sama dengan ahli kelompok dalam kumpulan dan menulisjuga personaliti yang tidak sama. Langkah 4:Setiap kumpulan akan memilih wakil dari kumpulan untuk membentangkan personaliti ahli kumpulan setelah berbincang dan meluahkan persoaliti diri.

Refleksi Hasil daripada aktiviti ice-breaking yang dilakukan pelajar dapat mengenali diri dan rakan-rakan dengan lebih dekat lagi dan hubungan diantara pelajar akan lebih mesra.Tambahan pula,tidak semua unit bk1 dan bk 2 kenal diri masing-masing dengan rapat disebabkan kelas yang berasingan.

LDK 1 NAMA PROGRAM : KAWAN SAYA DAN SAYA MASA : 50 MINIT OBJEKTIF : 1. 2. 3. MENGGALAKKAN PELAJAR BERKENALAN MEMBERI PELUANG KEPADA PELAJAR LEBIH MESRA ANTARA SATU DAN YANG LAIN MENGIKIS RASA MALU PELAJAR

PERALATAN : KAEDAH : 1. PELAJAR DIMINTA MENCARI SEORANG RAKAN (SAMA JANTINA) DAN DIBERI MASA 5 MINIT UNTUK BERKONGSI BEBERAPA PERKARA PERIBADI SEPERTI ; NAMA, MINAT, JANTINA, ASAL, BILANGAN ADIK-BERADIK, MAKANAN KEGEMARAN, CITA-CITA, DAN LAIN-LAIN. SETIAP PASANGAN DIMINTA BERKONGSI SATU PERKARA PERIBADI YANG MENARIK UNTUK DICERITAKAN SEPERTI PENGALAMAN MANIS ATAU PAHIT, BINATANG KEGEMARAN, HOBI DLL 2. SELEPAS ITU, UNTUK SETIAP PASANGAN, SEORANG PELAJAR AKAN BERDIRI DIHADAPAN DAN PASANGANNYA AKAN BERDIRI RAPAT DI BELAKANG PELAJAR PERTAMA. PELAJAR DI HADAPAN AKAN MEMELUK PELAJAR DI BELAKANG MANAKALA PELAJAR DI BELAKANG AKAN MENGHULURKAN TANGAN DI HADAPAN SEOLAH-OLAH TANGAN PELAJAR YANG DI HADAPAN SEDANG BERCERITA TENTANG DIRI BELIAU DAN RAKANNYA. 3. SETIAP PASANGAN AKAN DIBERI PELUANG MENCERITAKAN PERIHAL DIRI SENDIRI DAN RAKAN PELAJAR KEPADA PELAJAR YANG LAIN. CARA PENYAMPAIAN ADALAH TANPA SKRIP NAMUN KEDUA PELAJAR TERSEBUT AKAN MENCERITAKAN SECARA SERENTAK. 4. PELAJAR DI HADAPAN AKAN MENCERITAKAN SECARA RINGKAS TENTANG DIRI SENDIRI DAN DIIKUTI PASANGANNYA MANALA PELAJAR DI BELAKANG AKAN MEMBUAT GAYA TANGAN SEPERTI YANG DICERITAKAN OLEH PELAJAR DI HADAPAN. 5. AKHIR SEKALI PELAJAR DI HADAPAN AKAN BERCERITA SATU PERKARA MENARIK TENTANG BELIAU DAN SATU PERKARA MENARIK TENTANG RAKAN BELIAU. 6. MASA UNTUK SETIAP PASANGAN BERKONGSI CERITA ADALAH SELAMA 5 MINIT SAHAJA.

LDK 1 NAMA AKTIVITI : LATIHAN DALAM KUMPULAN / TEAM BUILDING NAMA PROGRAM : BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING MASA : 35 MINIT OBJEKTIF : 1. 2. MEMUPUK SEMANGAT KERJASAMA ANTARA SEMUA PELAJAR MEMAHAMI HAKIKAT KERJA BERKUMPULAN PERLU KOMUNIKASI

RASIONAL : 1. MENERANGKAN KEPADA PELAJAR BAHAWA SEBELUM MEMULAKAN SETIAP TUGASAN PELAJAR PERLU MEMAHAMI TUGASAN, DAN PERLU MEMATUHI ARAHAN KETUA SEKIRANYA PERLU SEORANG KETUA. 2. PERSEFAHAMAN ANTARA AHLI KUMPULAN AKAN MEMBANTU MEMUDAHKAN KERJA.

3. SETIAP TUGASAN MEMPUNYAI PERINGKAT SETIAP PERINGKAT PERLU DITURUTI UNTUK MEMUDAHKAN MENYIAPKAN TUGAS TERSEBUT. 4. AGAR PELAJAR SELALU MENETAPKAN TANDA ARAS PENCAPAIAN. SEKIRANYA PERLU LETAK SASARAN YANG PALING TINGGI DALAM HIDUP. PERALATAN : BEBERAPA BATANG PAIP PVC (BERSAIZ 1) YANG DISAMBUNGKAN SECARA TIDAK LURUS

KAEDAH : 1. 2. BATANG PAIP PVC TERSEBUT AKAN DILETAK DI ATAS LANTAI. SEMUA PELAJAR AKAN DUDUK MENGHADAP BATANG PAIP TERSEBUT SECARA RAWAK.

3. SEMUA PELAJAR AKAN DIARAH MENGANGKAT PAIP TERSEBUT DENGAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN SECARA SERENTAK. 4. SETIAP PELAJAR HANYA DIBENARKAN MENGGUNAKAN SATU JARI SAHAJA. PELAJAR BEBAS MENGGUNAKAN MANA-MANA JARI UNTUK KESELESAAN. 5. SEMUA PELAJAR AKAN MENGANGKAT SERENTAK PAIP TERSEBUT HINGGA KE PARAS DADA SECARA SERENTAK. 6. ARAHAN AKAN DIBERI SEMULA SEKIRANYA PAIP TIDAK DIANGKAT SECARA SERENTAK DAN RATA.

LDK: telinga yang baik

NAMA AKTIVITI

Telinga yang baik : Sebuah Tongkat atau Kayu

PERALATAN YANG DIGUNAKAN PENGLIBATAN : SASARAN OBJEKTIF : : 30 hingga 50 orang

kanak-kanak, remaja dan orang dewasa 1. 2. Memupuk keyakinan dan keberanian diri peserta. Memudahkan peserta berinteraksi dalam suasana yang baru. 3. 4. Mendidik peserta agar menjadi pendengar yang baik. Menyedarkan peserta agar sentiasa peka kepada pesekitaran Mereka. 5. Memupuk nilai disiplin dalam diri peserta.

JANGKA MASA : LANGKAH DAN KAEDAH

30 minit :

Semua peserta berdiri dan membuat satu bulatan. Mereka ini dikenali sebagai pengikut. Seorang daripada mereka yang cukup bertuah akan menjadi pemimpin dan berdiri di tengah-tengah bulatan. Pemimpin tersebut akan memukul tongkat/kayunyta ke lantai dan berkata JALAN!...maka pengikut pengikut itu harus mengatakan MBEK...sambil berjalan mengelilingi bulatan tersebut. Suara pengikut itu harus sesuai dengan irama pukulan yang dibuat oleh pemimpin. Kalau pukulannya cepat, maka pengikut-pengikut itu harus berjalan dengan cepat. Kalau pukulannya lambat, maka pengikutpengikut itu harus berjalan dengan lambat. Kalau pemimpin mengangkat tongkatnya/kayunya, pengikut-pengikut itu harus bertepuk tangan dan berhenti berjalan. Tepukan mereka juga harus sesuai dengan irama yang diberikan oleh pemimpin. Kalau tongkat/kayu di angkat satu kali, maka pengikut-pengikut itu bertepuk tangan satu kali. Kalau tongkat/kayu itu digerakkan dengan cepat, maka tepukan mereka juga harus cepat. Seandainya ada di antara pengikut-pengikut yang membuat kesilapan, dia akan didenda.

FALSAFAH PERMAINAN INI: Untuk menjadi pemimpin yang baik, kita perlu menjadi pengikut yang baik.

TEAM BUILDING

NAMA AKTIVITI PERALATAN YANG DIGUNAKAN TANAH LIAT SATU BUNGKUS, BENANG UBAT NYAMUK, TANGKAI PANCING PENGLIBATAN : SASARAN OBJEKTIF : :

MENYALAKAN LILIN : BATANG MANCIS,

8 ORANG DALAM BEBERAPA KUMPULAN REMAJA SEKOLAH 1. Membantu peserta untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran Yang baru (tempat,situasi,rakan-rakan)

2. satu

Untuk mewujudkan kerjasama di dalam satu pasukan 3. Memupuk nilai tolong-menolong dan berusaha untuk mencapai Kejayaan dalam pasukan. 4. 5. Ingin mewujudkan semangat kita satu pasukan (kesatuan) memupuk nilai keberanian dan keyakinan diri.

JANGKA MASA : LANGKAH DAN KAEDAH

30 MINIT :

Permainan ini boleh dilakukan di dalam atau di luar bilik. Semua peserta dibahagikan kepada beberapa kelompok dan setiap kelompok tersebut membentuk satu barisan. Tidak jauh dari barisan kelompok tersebut, diletakkan tanah liat yang telah pancake dengan 8 batang mancis. Pada permulaan permainan, orang yang pertama dari setiap kumpulan membawa batang pancing yang telah dipasang dengan ubat nyamuk yang menyala dan kemudian dia akan berlari di depan barisan tadi. Dalam waktu setengah minit, dia harus berusaha menyalakan setiap batang mancis. Jika masa yang telah ditetapkan telah berakhir, pancing tersebut perlu diserahkan kembali kepada orang kedua dan diteruskan kepada orang lain yang ada di dalam kumpulannya secara bergilir sampai selesai. Kumpulan yang berjaya menyalakan batang mancis paling banyak dianggap sebagai pemenang.

FALSAFAH LDK INI :

Satu satu faktor utama kejayaan sesebuah pasukan adalah dengan adanya KESATUAN di dalam kumpulan. KESATUAN ini tidak akan wujud tanpa adanya kerjasama dan semangat bantu-membantu di kalangan ahli dalam pasukan tersebut.

LDK: titanic, love your look

LDK 1 TAJUK : TITANIC

OBJEKTIF

: 1. Peserta dapat berkongsi pengalaman dan terbuka untuk berkongsi tentang kehidupannya.

2. Supaya peserta dapat bertindak dengan pantas beserta dengan pemikiran yang tajam.

3. Keputusan mestilah dibuat secara tepat dan tidak terburu-buru.

PERALATAN

: Reben (warna hijau, merah, putih, kuning, biru), belon, tali, pen marker dan gunting.

LAGU

: Lagu sumazau, dan lagu slow rock

JANGKA MASA

: 50 minit

LANGKAHLANGKAH

: 1. Fasilitator memberikan penerangan kepada peserta apa yang perlu mereka hasilkan.

2. Fasilitator meminta peserta memilih reben mengikut warna pilihan, belon, tali dan pen marker.

3. Fasilitator meminta peserta untuk mengikat reben di tangan sebelah kiri dan meniup belon. Kemudian peserta dikehendaki melukis sebuah kapal dan menulis 5 orang yang perlu diselamatkan mengikut keutamaan di atas belon tersebut. Belon itu perlu diikat di kaki kiri peserta.

10

4. Fasilitator memaklumkan peserta bahawa belon itu perlu dijaga dan dilindungi sama seperti mereka bertindak sebagai penyelamat yang berada di dalam sebuah kapal dan perlu menjaga orang-orang penting di dalamnya.

4. Fasilitator meminta peserta menari sambil berpusing dalam bulatan mengikut muzik yang telah ditetapkan kemudian sebaik sahaja muzik dihentikan, peserta saling memijak belon peserta yang lain. Masa yang diperuntukan adalah 10 minit.

5. Kumpulan diminta berkumpul mengikut warna reben yang dipilih.

6. Dalam kumpulan peserta berbincang dan berkongsi tentang aspek :

~ Strategi keselamatan

~ Pendapat mereka tentang penyusunan nama tersebut. FALSAFAH : 1. Seseorang itu perlu bijak bertindak.

2. Tenang menghadapi saat-saat genting. 3. Keputusan yang baik hasil pemikiran yang tajam. 4. Menghargai dan menyayangi orang lain sama seperti menyayangi diri sendiri 5. Bijak menyusun strategi.

11

LDK 2 TAJUK : LOVE YOUR LOOK

OBJEKTIF

: 1. Peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang

diarahkan.

2. Peserta dapat memperlihatkan bakat kepimpinan di dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tugas sehingga selesai.

3. Peserta dapat bekerjasama berfikir secara kreatif dan kritis untuk menghasilkan sesuatu benda yang baru

PERALATAN

: Kad manila, surat khabar, gam, pen marker, & gunting.

LAGU

: Sean Kingston (Beautiful Girl)

JANGKA MASA

: 50 minit

LANGKAHLANGKAH

: 1. Fasilitator memberikan penerangan kepada peserta apa yang perlu mereka hasilkan.

2. Fasilitator meminta peserta membentuk 5 kumpulan iaitu, 8 orang dalam 1 kumpulan. Setiap kumpulan melantik seorang ketua dan setiap kumpulan diberi peralatan tersebut di atas.

3. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk menghasilkan 1 pakaian menggunakan peralatan itu dan seorang ahli kumpulan menjadi model pakaian tersebut. Masa yang diberi adalah 40 minit.

12

4. Fasilitator meminta peserta menggayakan pakaian itu.

5. Kumpulan diminta menamakan pakaian yang direka dan menjelaskannya. Hasilnya akan dipertandingkan.

6. Fasilitator dan peserta-peserta berbincang tentang aspek :

~ Kekemasan ~ Pengurusan masa ~ Keunikan pakaian yang direka ~ Kerjasama ahli kumpulan

FALSAFAH

:1. Usaha Tangga Kejayaan.

2. Bersatu Teguh Bercerai Roboh. 3. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. 4. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. 5. Belajar menghargai pendapat orang lain. 6. Kerja secara berkumpulan adalah lebih baik daripada secara bersendirian. 7. Jika kita dapat uruskan masa dengan baik untuk menjayakan sesuatu. 8. Kita dapat elakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak baik.

13

LDK: piramid, kenali rakan

LDK 1

TAJUK MASA BILANGAN AHLI BAHAN / ALAT OBJEKTIF

: Membentuk Piramid : 10 minit : 4 orang : Duit Syiling atau batu : 1) Menyegarkan minda ahli. 2) Menggalakkan fikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah

LANGKAH 1. Gambar akan dilukis berbentuk pyramid seperti dalam rajah di bawah :

Text Box: o o o o o o o o

Rajah 1:1

2. Setiap kumpulan akan diarahkan untuk mengeluarkan 10 duit syiling yang sama saiz. Setiap kumpulan diminta untuk menyusun duit syiling tersebut seperti rajah di atas.

14

3. Fasilitator akan memberikan arahan dengan menyatakan bahawa susunan tersebut adalah susunan pyramid yang terbalik. Tugas kumpulan adalah untuk memperbetulkan sususan pyramid tersebut dengan hanya mengalihkan 3 sahaja duit syiling supaya ia membentuk piramid.

4. Selesai sahaja aktiviti diatas, fasilitator bersama dengan semua kumpulan membuat penilaian dan perbincangan mengenai permainan sebentar tadi. Tujuannya adalah untuk mengetahui mengapa ada kumpulan yang cepat menyelesaikan tugas dan ada yang sebaliknya.

REFLEKSI: Di dalam menghadapi masalah yang sukar di dalam kehidupan ini sama ada ia masalah yang besar atau kecil, sememangnya ada jalan untuk menyelesaikannya. Semua ini bergantung kepada individu itu untuk berani mengambil risiko. Terdapat masalah yang memerlukan masa yang lama tetapi ada juga yang boleh melakukannya dengan segera. Di dalam keadaan sebegini, kita haruslah mempunyai kesabaran dan kepercayaan terhadap diri sendiri dan kepada Tuhan bahawa usaha yang dibuat adalah yang terbaik bagi kita.

Text Box: o o o o o o o

o o o o A o B

Text Box: A o o o o o o o C o o o

Penyelesaian: Alihkan butang A, B dan C seperti ditunjukkan di bawah.

15

LDK 2 TAJUK MASA BILANGAN AHLI BAHAN / ALAT OBJEKTIF : Mengenali rakan baru : 40 minit : 4 orang : Kertas dan Pen :

1) Menggalakkan ahli mengenali rakan dengan lebih dekat 2) Menggalakkan ahli supaya tidak berasa takut atau malu berinteraksi lain. dengan ahli

3) Memberi peluang kepada setiap ahli untuk bergaul dan bertukar-tukar maklumat dalam kumpulan. LANGKAH 1. Ahli akan berpasangan dengan seorang ahli yang lain yang mereka paling tidak kenali di dalam kelompok.

2. Mereka diberikan masa 5 minit hingga 10 minit untuk mengenali antara satu sama lain. Pada pertengahan masa tersebut, pengenalan akan diberhentikan agar setiap pasangan tersebut boleh menulis catatan tentang pandangan pertama mereka terhadap pasangan mereka.

3. Setelah mereka selesai berbuat demikian, mereka dibenarkan menyambung semula perbualan mereka sehingga tamat masa tersebut.

4. Setelah tamat sesi pertama ini, pasangan kedua tadi digabungkan dengan satu pasangan kumpulan yang lain untuk membentuk kumpulan berempat.

5. Dalam kumpulan ini, seorang ahli dari pasangan A tadi perlu mengenalkan pasangannya kepada pasangan B. Mereka akan bergilir-gilir memperkenalkan pasangan masing-masing.

6. Sesi kedua ini mungkin mengambil masa 10 hingga 15 minit iaitu sehingga keempat-empat ahli tadi mengenali antara satu sama lain.

7.

Seterusnya, dua daripada kumpulan berempat tadi akan bergabung dengan membentuk 8 ahli.

8. Fasilitator akan member peluang kepada kumpulan yang lebih besar ini berinteraksi secara bebas tanpa peraturan tertentu. 16

9.

Masa yang ditetapkan untuk menjalankan sesi yang ketiga ini ialah 15 minit.

REFLEKSI: Teknik ini amat berguna bagi menggalakkan peserta mewujudkan rasa percaya antara satu sama lain dan seterusnya timbul rasa untuk lebih mengenali peserta-peserta lain secara lebih mendalam.

17

LDK: jambatan

TAJUK : JAMBATAN SASARAN : SEMUA PERINGKAT UMUR OBJEKTIF AKTIVITI : 1. Menggalakkan peserta untuk mengekspresikan diri 2. Mengeratkan hubungan antara para peserta 3. Melahirkan kesefahaman dan perpaduan antara peserta 4. Menyemai semangat bekerjasama dalam kumpulan

PERALATAN : 1. PVC (panjang = 10 kaki)

JANGKA MASA : 15 30 MINIT LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN: 1. Para peserta dikehendaki untuk membentuk kumpulan kecil (10 orang) 2. Semua kumpulan kecil akan dibekalkan sebatang PVC 3. Kemudian, kumpulan kecil ini akan membuat barisan lurus masing-masing (bahagian bahu bersentuhan) 4. Setiap peserta dalam kumpulan kecil tersebut akan menggunakan jari telunjuk sahaja untuk memegang (menyangkut) PVC yang telah dibekalkan. 5. PVC tersebut tidak dibenarkan daripada terjatuh daripada jari setiap ahli dalam kumpulan kecil tersebut 6. Fasilitator akan menyuruh semua kumpulan kecil untuk turun mencangkung ke bawah bersama sama ahli kumpulannya masing-masing sambil memegang (menyangkut) PVC di jari. 7. Kumpulan kecil yang dianggap gagal ialah apabila PVC terjatuh ataupun paras ketinggian tidak sama rata semasa mencangkung untuk turun ke bawah (tidak sekata).

FALSAFAH : Kepentingan kerjasama dan kesefahaman dalam interaksi lisan mahupun bukan lisan dalam kumpulan (pasukan) amat penting bagi melahirkan pasukan yang berkesan dan mampu mencapai matlamat kerja berpasukan.

18

LDK:jual barang, mari seberang

LDK 1 Nama Aktiviti : Jual Barang Tempoh Masa : 15 minit Kumpulan Sasaran : 10 hingga 40 orang Bahan : -

Objektif Aktiviti Mengalakkan berlakunya komunikasi dikalangan peserta Mengalakkan sesi suai kenal dalam suasana yang lebih tenang Langkah Pelaksanaan Semua peserta diarahkan untuk membuat satu bulatan besar dan di minta untuk memikirkan barangan yang hendak dijual ( Tidak kira apa jua jenis barang yang hendak dijual ) Fasilitator akan memulakan aktiviti jualan dengan menyebut jualannya, contohnya KAKI BESI, sambil melaungkan jualan, fasilitator akan bergerak mengikut bulatan peserta dengan aksi seperti mengayuh basikal. Fasilitator akan menyentuh seorang peserta dan peserta yang disentuh itu akan mengantikan tempat fasilitator sebagai penjual barang. Sama seperti fasilitator, peserta juga akan melakukan perkara yang telah dilakukan oleh fasilitator pada peringkat permulaan lagi. Begitulah seterusnya sehingga tempoh masa tamat.

19

LDK 2 Nama Aktiviti : Mari Seberang Tempoh Masa : 15 hingga 20 minit Kumpulan Sasaran : 5 hingga 10 0rang Bahan : Tali Dan Meja

Objektif Aktiviti Mengalakkan perkongsian pendapat dan penglibatan secara aktif dari ahli kumpulan Memupuk kerjasama dengan ahli kumpulan sewaktu menghadapi tugasan yang melibatkan penglibatan ramai.

Langkah Pelaksanaan Setiap kumpulan diberikan tali yang telah diputuskan, setiap ahli mesti mempunyai tali. Kaki meja diikat dengan tali merentasi keempat-empat kaki meja. Tugas ahli kumpulan, perlu menyambung tali yang ada sepanjang yang mungkin tanpa ada yang terputus. Cabarannya ialah, tali hendaklah disambung oleh ahli dibawah meja, dengan syarat ahli kumpulan tidak boleh tersentuh tali yang telah direntangkan di bawah meja. Sambil menyambung tali, setiap peserta yang talinya telah disambung akan ke sebelah meja, kemudian ahli kumpulan hendaklah menyeberangkan tali tanpa perlu tersentuh dengan tali penghalang.

20

LDK: masuk kandang kambing

Tajuk: masuk kandang kambing. Masa: 30 minit Alat: Empat atau lima set kad gambar ayam, kucing, harimau, kambing,itik dan sebagainya Bilangan ahli : 20-30 orang atau lebih

Objektif: 1. Menggalakkan ahli kelompok supaya tidak berasa takut atau malu berinteraksi dalam kumpulan. 2. 3. Memberi peluang kepada ahli bergaul dan bertukar-tukar maklumat dalam kumpulan. Menggalakkan ahli berasa selesa dengan bahasa bukan lisan dan komunikasi melalui bunyi.

Langkah: 1. Sediakan empat atau lima set kad yang mengandungi gambar binatang seperti kucing, harimau, kambing, ayam, itik, burung, ikan, dan sebagainya atau fasilitator bolehmenyediakan kad bernombor daripada 1 hingga 4 atau 5 mengikut bilangan ahli bagi satu kategori binatang. 2. Edarkan kad tersebut kepada ahli dan beritahu supaya ahli tidak menunjukkan kad tersebut kepada rakan-rakan mereka. Sekiranya menggunakan nombor tuliskan apa nama binatang bagi setiap nombor. Misalnya nombor 1 ayam. 3. Dakam masa dua minit, minta ahli mencari rakan-rakan kelompok mereka tanpa bercakap tetapi mencari dengan membunyikan bunyi binatang berkenaan. Pastikan kumpulan mempunyai sekurang-kurangnya lima oorang ahli. 4. Apabila setiap ahli telah mendapat kumpulannya, fasilitator mengarahkan mereka untuk berdiridalam kumpulan dalam bentuk bulatan. 5. Terangkan kepada mereka yang satu kumpulan orchestra akan ditubuhkan dengan muziknya daripada bunyi binatang kumpulan masing-masing. 6. Fasilitator menjadi konduktor orchestra dengan menunjukkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Apabila kondoktor menunjukkan kepada satu kumpulan, maka kumpulan itu haris membunyikan bunyi binatangnya.Lakukan aktiviti ini sehingga fasilitator berpuas hati dan semua ahli mengambai bahagian. 7. Fasilitator membimbing perbincangan dengan bertanya:

a). Apakan aktiviti mereka terhhadap aktiviti ini? b)Mengapakah terdapat ahli yang mengambil masa membunyikan bunyi binatang? c) Apakah yang timbul dalam fikiran mereka? 21

d) Mengapakah mereka berupaya membunyikan bunyi binatangdalam bentuk orchestra? e) Apakah pembelajaran yang mereka dapati melalui aktiviti ini? 8. Fasilitator merumuskan bahawa dalam suasana gembira berkenalan, kita kadang kala mengetepikan rasa segan silu lalu mengambil bahagian. Dengan berbuat demikian, ahli akan berasa selesa sesame sendiri dan berkenalan dengan lebih lanjut seterusn

22

LDK: mencari pembunuh, sarang mancis kayu LDK 1 Tajuk: Mencari Pembunuh Peserta: Minimum 10 orang Waktu: 15 30 minit Bahan: Setiap peserta mendapat sekeping kertas yang dilipat. Salah satu kertas mempunyai perkataan MEMBUNUH dan yang selebihnya kosong. Ruangan: Ruangan yang besar atau terbuka Petunjuk: Perhatian! Di antara kamu ada seorang pembunuh yang akan berusaha untuk membunuh kamu satu persatu. Siapa yang berhati hati akan selamat dari maut dan dapat menangkap si pembunuh sebelum dia sempat membunuh semua peserta. Sekarang berjalan jalan di ruang ini. Salah seorang membahagikan secarik kertas kepada setiap peserta. Seseorang yang mendapat kertas yang berisi perkataan pembunuh bererti si pembunuh yang akan membunuh korbannya dengan kerdipan matanya. Kalau si pembunuh mengerdipkan mata ke arah seseorang peserta, iaitu mangsanya, maka peserta tersebut harus jatuh dan mati dalam masa 3 saat. Waktu 3 saat ini sangat penting, supaya si pembunuh tidak terus dapat ditangkap. Peserta yang mencurigai seseorang sebagai si pembunuh boleh melapor dan berkata: saya mencurigai dia dan menunjukkan orang yang ditekanya sebagai pembunuh. Kalau tekaannya benar, maka pembunuh tertangkap dan permainan pun berakhir. Namun, kalau tekaan peserta salah maka ia pun harus berhenti bermain. Permainan ini berakhir kalau pembunuhnya tertangkap atau kalau si pembunuh telah berhasil membunuh semua peserta lain.

23

LDK 2 Tajuk: Sarang Mancis Kayu Objektif Mengajak peserta untuk belajar bekerjasama dan mengerti perasaan orang lain. Tugas untuk kelompok sangat sederhana. Oleh itu, para peserta dapat memusatkan perhatian pada prosesnya. Peserta: Semua golongan umur. Besar kelompok adalah bebas. Bahan: Satu kotak mancis kayu penuh untuk setiap peserta dan satu botol kosong untuk setiap kelompok kecil. Masa: 15 -20 minit Petunjuk: Kelompok besar dibagi bagi menjadi kelompok kecil dengan 5 anggota. Setiap kelompok kecil mendapat satu botol kosong dan setiap peserta mendapat satu kotak mancis kayu. Secara bergilir gilir peserta meletakkan satu batang mancis kayu di atas bibir botol tadi untuk mencipta satu sarang botol. Peserta tidak boleh bercakap. Mereka harus saling membantu, misalnya dalam menunjukkan di mana satu lagi dapat di letakkan. Kalau ada batang mancis kayu jatuh harus di letakkan kembali sampai sarang burung selesai dibuat. Variasi Setiap kelompok kecil membuat satu gambar dengan menggunakan semua mancis kayu tersebut. Evolusi dan refleksi: 1. 2. 3. Bagaimana kami bekerjasama? Bagaimana perasaan saya ketika kawan saya menjatuhkan semua mancis kayu itu. Apakah saya sekarang bangga dengan hasil kerja kumpulan saya?

4. Apakah ada seorang dalam kumpulan yang menjadi pemimpin, atau ada peserta mempunyai pengaruh lebih dari yang lain? 5. Apakah ada cara dalam kumpulan bila orang boleh meletakkan mancis kayunya?

24

LDK : paper roll

PAPER ROLL Sasaran : Pelajar Sekolah Rendah Tahap II dan ke atas Jangka Masa : 20-30 Minit Peralatan : Kertas A4, Pen / Pensel Langkah langkah : 1. 2. Pelajar diminta memilih kawan yang paling dirapat di dalam kelas secara berdua-dua. Individu diminta mengambil kertas sebanyak mana yang mereka mahu.

3. Tuliskan butir diri sepanjang kertas yang mereka ambil dan kertas tersebut dibacakan oleh pasangan yang satu lagi dan sebaliknya. Objektif : Menguji keterbukaan dan sifat perkongsian dengan rakan sekelas yang lain. Falsafah : Berusaha bersifat lebih terbuka

25

LDK: lembut lidah LDK 1: Ice Breaking Objektif: I. Membentuk kumpulan dalam kalangan peserta supaya mudah dalam proses penyampaian maklumat sepanjang program berjalan. II. Merapatkan jurang antara peserta dan fasilitator agar tugas fasilitator dapat diperjelaskan lagi sebagai pemudahcara dan pembimbing peserta. III. Merapatkan lagi jurang pemisah antara ahli supaya hubungan yang lebih eratdapat diwujudkan pada masa hadapan. IV. Membentuk ikatan berkumpulan dan semangat kerjasama dalam kumpulan agar segala masalah dapat diselesaikan secara bersama untuk masa hadapan.

Pecahan Kumpulan (puzzle) Langkah: I. Peserta akan diberi cebisan gambar setiap seorang.

II. Peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan mereka berdasarkan gambar tersebut dan membentuk sekeping gambar yang lengkap. III. Seterusnya membentuk kumpulan.

Taaruf- Pukulan Kasih

I. Fasilitator akan menanyakan nama penuh,nama panggilan,asal,hobi,citacita, dan sebagainya mengikut kesesuaian. II. masing. III. Seorang peserta dikehendaki berdiri di tengah-tengah. Peserta dikehendaki membuat satu bulatan mengikut kumpulan masing-

IV. Fasilitator akan menyebut nama seorang ahli dalam kumpulan tersebut dan peserta di tengah hendaklah memukul nama yang disebut dengan lembut,menggunakan surat khabar yang digulung. V. Setiap orang peserta hendaklah diberi peluang berdiri di tengah dan memukul ahli yang lain pula sehingga semua nama ahli telah disebut.

Aduhai Kumpulanku Sayang Aktiviti dalam kumpulan.

I.

Ahli kumpulan diminta untuk memikirkan nama untuk kumpulan mereka.

26

II. sorakan mereka.

Setelah itu setiap kumpulan akan mempersembahkan nama kumpulan dan

Falsafah: -Memupuk kerjasama di kalangan ahli di dalam kumpulan masing-masing. -Menunjukkan bahawa setiap kumpulan mempunyai identiti masing-masing. -Meningkatkan keyakinan diri peserta. -Melatih peserta agar peka dan bertanggungjawab terhadap kumpulan mereka sendiri.

27

LDK 2: World Cup Objektif: -menguji kepekaan peserta terhadap arahan yang diberi -melatih kerjasama antara ahli kumpulan Kaedah: -setiap kumpulan akan diberikan satu perkataan seperti sepak,tendang,tanduk dan gol. -ketua fasilitator yang bertindak sebagai central akan memberikan arahan kepada setiap kumpulan bagi melaungkan perkataan bagi kumpulan masing-masing -permainan akan diteruskan berdasarkan budi bicara ketua fasilitator yang bertindak central

LDK:3 Tarikan Kasih Objektif;

-melatih kerjasama antara ahli kumpulan -membentuk sikap sabar dan berhati-hati dalam diri peserta -melatih sifat kepimpinan peserta

Kaedah; -setiap kumpulan akan dibekalkan secawan air dan setiap ahli kumpulan akan mendapat seutas tali -setiap peserta dikehendaki mengikatkan tali masing-masing pada cawan tersebut -setiap kumpulan dikehendaki bergerak dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat sambil membawa caawan yang berisi air tersebut dimana setiap peserta akan menarik hujung tali masingmasing -permainan akan dinilai berdasarkan isipadu air yang masih terdapat dalam cawan tersebut

28

LDK 4: Telefon rosak Objektif;

-melatih sifat peka dalam diri peserta -membentuk kerjasama antara ahli kumpulan -melatih kreativiti peserta dalam berfikir

Langkah; -setiap kumpulan akan diberikan satu frasa ayat -peserta pertama yang menerima frasa tersebut dikehendaki memberitahu frasa tersebut kepada peserta yang berikutnya dan akan berterusan hingga kesemua ahli kumpulan mengetahui frasa tersebut -peserta yang terakhir dikehendaki menterjemahkan frasa tresebut dalam bentuk lukisan

LDK 5: PEMBAHAGIAN KUMPULAN Nama pelajar akan diagihkan oleh fasi. Nama akan ditampal di papan kenyataan sekolah bersama nama fasi. Objektif: 1) 2) Menggalakkan peserta bergaul dan berkenalan diantara satu sama lain. Menyedarkan peserta bahawa kerjasama itu penting.

Falsafah: 1) Membina semangat untuk bekerjasama yang lebih erat antara satu sama lain.

2) Menggalakkan interaksi didalam kumpulan (20 minit)- Aktiviti Dalam Kumpulan i) Fasilitator akan menanyakan nama penuh, nama panggilan, asal, hobi, cita-cita dan sebagainya mengikut kesesuaian ii) Kemudian fasilitator boleh membuat aktiviti ringkas untuk mengikut kekreatifan

mengingati nama peserta dan berkenalan dengan rapat masing-masing jika berkesempatan. iii)

Setiap kumpulan juga diminta untuk melantik ahli kumpulan masing-masing.

29

Aduhai Kumpulanku Sayang (60 minit)-Aktiviti Dalam Kumpulan Objektif: i) ii) Mencipta nama kumpulan sendiri mengkut kretiviti masing-masing. Mencipta sorakkan semangat untuk kumpulan sendiri.

iii) Menghasilkan ahli kumpulan yang teguh. Langkah: i) Ahli kumpulan akan diarahkan untuk menulis nama kumpulan di atas sekeping kertas. ii) Kemudian peserta juga akan diminta untuk membuat sorakan kumpulan. iii) Setelah itu setiap kumpulan akan mempersembahkan nama kumpulan dan sorakan mereka. Falsafah : -Memupuk kerjasama dikalangan ahli di dalam kumpulan masing-masing -Menunjukkan bahawa setiap kumpulan mempunyai identiti masingmasing -Meningkatkan keyakinan diri peserta -Melatih peserta agar peka dan bertanggung jawab terhadap kumpulan mereka sendiri.

SLOT 1 Tajuk: Mari Berkenalan Masa : 20 Minit Alatan : Borang Bingo, Pen Objektif: 1) Menggalakkan ahli berkenalan diantara satu sama lain.

2) Menyedarkan ahli bahawa terdapat orang lain yang mempunyai minat yang sama dengan mereka. Langkah: 1) Fasilitator menerangkan kepada peserta bahawa aktiviti ini memerlukan mereka bergerak dan mencari rakan yang mempunyai minat yang sama dengan mereka dalam masa 5 minit. 2) Fasilitator akan mengedarkan borang Bingo dan meminta peserta menandakan sekurangkurangnya 6 hobi mereka. 30

3) Dalam masa 3 minit, peserta perlu mencari rakan yang mempunyai hobi yang sama dan menurunkan tandatangan mereka pada ruang berkenaan. Satu tandatangan bagi satu ruang. Falsafah: 1) 2) Penting bagi semua mengetahui maklumat rakan supaya perhubungan dapat dieratkan lagi. Membina perasaan rasa dipunyai.

BORANG BINGO: Layari Internet Membela binatang Membaca novel Menolong keluarga Kumpul setem Tidur Membeli-belah Menjahit Kerja amal Kumpul syiling lama Memancing Berkhemah Menanam pokok bunga Panjat gunung Memasak Berbasikal Bersukan Gubah bunga Mengemas rumah Berkelah Menonton televisyen Kumpul majalah Mendengar radio Berkayak Melancong

31

Kad Harapan Tajuk : kad Harapan Masa : 30 minit Alat : 2 kad/1 kertas A4(dibahagi 2) & pensel warna Objektif: 1) mengalakan pelajar berkongsi dan berinteraksi dalam kumpulan 2) memupuk pendedahan kendiri supaya pelajar dapat mengenali rakan dengan lebih rapat. Langkah-langkah 1) pelajar dibekalkan 2 kad dan pensel warna setiap seorang dan disuruh melukis 1 kad tentang harapan dan 1 kad ketakutan diri. 2) dalam masa 10 minit, pelajar disuruh berhenti dan tidak dibenarkan rakan-rakan melihatnya. 3) kemudiannya, pelajar akan disuruh untuk membentangkan kad tersebut dalam kumpulan tentang harapan dan ketakutan yang ada dalam diri. 4) fasi hanya bertindak sebagai pendengar kumpulan tersebut. Falsafah Perlu berani tonjolkan diri dan perlu berkeyakinan dalam menghadapi cabaran hidup

PASANGAN KEMBAR KU MASA : 15-20 ( bergantung kepada bilangan ahli kumpulan). ALATAN : Kertas A4 PROSEDUR Semua peserta diberikan kertas A4 Setiap peserta diminta untuk menulis tujuh (7) perkara atau fakta mengenai diri peserta masingmasing. a) b) c) d) e) f) Bulan Kelahiran Tempat kelahiran Bilangan adik-beradik Kedudukan dalam keluarga Warna kegemaran Hobi

Setiap peserta diminta untuk mencari peserta lain yang mempunyai salah satu persamaan perkara atau fakta tentang diri mereka. Apabila menemui ahli tersebut dan mendapatkan tandatangan dibahagian sebelah fakta itu. 32

Peserta yang Berjaya menjumpai pasangan yang mempunyai paling banyak persamaan tentang maklumat diri adalah pemenang. FALSAFAH Untuk mengetahui bahawa setiap manusia adalah unik meskipun adakalanya terdapat persamaan dengan yang lain. Kita dilahirkan dengan keunikan tersendiri. Setiap manusia ada persamaan dan perbezaan. Gunakan potensi yang ada pada diri untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah. Mengenali diri sendiri adalah sangat penting sebelum kita mengenali orang lain.

LDK 6 TAJUK: Objektif i. Meningkatkan kecekapan otak atau minda bagi mentafsir input (rangkap Lidah Tergeliat yang diberi) dengan cepat dalam masa yang singkat ii Menguji kelancaran dan kefasihan bertutur. LEMBUT LIDAH

Menguji kemahiran menuturkan perkataan yang hamper sama sebutannya. Dapat meringankan tekanan. Kaedah Permainan i Pemain hanya diberikan peluang sekali sahaja untuk menyebutkan anglap yang diberi dan tidak boleh mengulanginya. ii. Sebutan hendaklah jelas,tidakterhenti-henti dan pantas.

Peraturan Permainan Para peserta dikehendaki menyebutkan rangkap-rangkap berikut:

PETER PIPER PICKED A PACK OF PEPPER DID PETER PIPER PICK A PACK OF PEPPER? IF PETER PIPER PICKED A PACK OF PEPPER, WHERES THE PACK OF PEPPER PETER PIPER PICKED?

LANKY LAWRENCE LOST HIS LASS AND LOBSTER DID LANKY LAWRENCE LOSE HIS LASS AND LOBSTER? IF LANKY LAWRENCE LOST HIS LASS AND LOBSTER, WHERE ARE THE LESS AND LOBSTER LANKY LAWRENCE LOST? 33

LDK: PUZZLE DAN LUKISAN, PEREKA FESYEN TAJUK: PUZZLE DAN LUKISAN. MASA: 30 minit Alat : kad manila berbentuk segiempat yang telah dipotong kepada 6 bahagian dalam bentuk yang tidak seragam. satu set kad manila terdiri daripada 6 keratan. Setiap set terdiri daripada warna yang sama. BILANGAN AHLI: 6 orang untuk satu set, ahli tidak terhad. OBJEKTIF: Bagi memupuk sikap kerjasama dalam mencapai sesuatu matlamat. LANGKAH-LANGKAH: 1. Keratan- keratan kad manila dikumpulkan didalam sebuah kotak. Kemudian setiap ahli akan diminta untuk mengambil satu keratan kad sahaja. 2. Dalam masa 10 minit ahli diminta untuk mencari 5 lagi keratan kad manila yang lain untuk dicantumkan dengan keratan miliknya untuk menjadi satu segiempat yang sempurna. 3. Apabila satu segiempat kad manila telah terhasil, maka setiap pemilik keratan kad manila tersebut akan mambentuk satu kumpulan. 4. Arahan diberikan kepada setiap kumpulan untuk melukis objek yang dikehendaki contohnya gambar bola, kasut dan sebagainya dengan syarat lukisan yang dibuat mestilah melibatkan keenamenam keratan kad tersebut. 5. Hanya pemilik keratan tersebut sahaja yang boleh melukis pada keratan miliknya. Ini bermaksud setiap ahli akan terlibat untuk melukis 1 objek yang dikehendaki. Hasil lukisan perlulah diwarnakan.

34

TAJUK: PEREKA FESYEN MASA : 45 MINIT ALAT; SURAT KHABAR LAMA, GUNTING, GAM, STAPLER, PENSEL BERWARNA, BILANGAN AHLI : 6 ORANG OBJEKTIF: Memudahkan ahli untuk bergaul diantara satu dengan yang lain LANGKAH-LANGKAH: 1. Satu kumpulan yang terdiri daripada 6 orang ahli ditubuhkan. Salah seorang daripada ahli kumpulan dipilih sebagai bakal peraga fesyen untuk meragakan hasil karya rakan mereka. 2. Setiap kumpulan dibekalkan peralatan seperti yang dinyatakan diatas. Pada mulanya ahli kumpulan perlu berbincang tentang fesyen yang ingin dihiaskan kepada rakan mereka. 3. Setelah kata sepakat diperolehi maka setiap seorang ahli kumpulan akan mereka bentuk hiasan yang sesuai untuk diragakan oleh rakan yang dipilih tadi. 4. Sebagai contoh sekiranya ahli kumpulan ingin memperagakan fesyen seorang sultan di zaman dahulu kala, maka setiap seorang akan menghasilkan karya masing-masing untuk diragakan oleh rakan mereka nanti. Fesyen yang khusus tidak ditetapkan dan ini bergantung kepada pilihan ahli kumpulan tersebut 5. Sebagai contoh seorang ahli akan membuat keris, seorang ahli lain membuat kasut sultan, seorang ahli lain menyiapkan seluar sultan, seorang peserta lain membuat baju dan seorang ahli lain membuat songkok untuk sultan. Semua bahan- bahan yang digunakan hanyalah menggunakan bahan yang diberikan sahaja. 6. Ssetelah 30 minit masa berlalu, maka setiap ahli kumpulan akan membentangkan hasil karya mereka. Mereka diminta untuk mempersembahkan karya mereka dan dalam pada masa yang sama mereka akan memperkenalkan diri mereka secara tidak langsung. Contohnya: Sultan: Beta bernama Kristito. Beta merupakan seorang sultan bagi kerajaan Kota Belud. beta memiliki 7 orang bersaudara dan beta adalah anak yang ke- 5. Beta telah menamatkan pengajian beta dalam jurusan Ekonomi pada tahun 2004 di Universiti Malaysia Sabah dan kini beta sedang menuntut ilmu pertahanan diri pencak silat Bimbingan dan Kounseling. Hari ini kamu semua harus berasa bertuah kerana beta berkenan untuk mempersilakan pakar pereka fesyen beta kepada kamu semua. Ahli sebagai pereka kasut: Hamba bernama Asrul. Hamba yang telah mereka khas kasut ini. Hamba merupakan seorang pereka kasut terkenal yang berasal dari Putera Jaya Telipok. Sebelum ini hamba telah menuntut ilmu mereka kasut di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Psikologi pembangunan belia dan komuniti. Sehingga kehari ini hamba masih belum berumah tangga.. 7. pembentangan diteruskan oleh ahli yang lain. Pembentangan dilakukan mengikut kreativiti ahli dengan tujuan untuk memperkanalkan diri mereka kepada ahli yang lain.

35

Beberapa Permainan Memecah Kejenuhan (ICE BREAKER GAME) Rabu, Agustus 28, 2013 Halo kawan-kawan dan agan-agan semuanya, mungkin ada yang sudah mendengar tentang permainan untuk memecah kejenuhan saat pertemuan, pelatihan, MOS atau OSPEK yaitu Ice Breaker, ini bermanfaat buat ade-ade SMA sekalian yang sedang nge-Ospek atau sejenisnya, sedikit saja penjelasan mengenai permainan ini (siapkan secangkir teh hangat terlebih dahulu) hehe.Berikut adalah salah satu contoh permainan ice breaker yang patut kita coba. Ice breaker game ini berjudul Jika Maka (Seru dan lucu menurut saya, hehe). Ice Breaker adalah sebuah permainan untuk memecah kejenuhan saat ada acara pertemuan, mungkin dari namanya Menghentikan Es... hehe maksudnya adalah menghentikan kebekuan (Mungkin seperti itu), tapi saya sendiri pun masih bingung apa maksud dari nama ini, berhubung karena nama ini sudah umum digunakan ya kita ikuti saja lah... hehe. OK langsung saja saya akan Share beberapa games nya:

36

LDK : Kain dan marker pen. Tujuan *Menanamkan sifat kepimpinan dan potensi dalam diri peserta. * Melatih bagaimana bermesyuarat, membuat keputusan yang rasional dalam membuat perancangan. * Menimbulkan nilai-nilai murni. Kaedah * Peserta dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan. * Peserta diminta untuk melukis logo kumpulannya, lengkap dengan organisasi dan maklumat mengenai logo tersebut.

LATIHAN DALAM KELOMPOK 1

Masa : 2 jam Aktiviti 1 : Taaruf Berantai Masa : 30 minit Objektif * Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat. * Melatih peserta untuk mengingati nama-nama ahli dan juga fasi. Kaedah * Fasi dan ahli-ahli kumpulannya duduk di dalam bulatan. * Fasi menerangkan tujuan kita mengenali sahabat-sahabat. * Fasi akan memperkenalkan dirinya dahulu dan kemudian barulah diikuti oleh anak buahnya. * Perkara yang perlu disebut adalah nama, panggilan manja, sekolah, latar belakang keluarga dan perkara-perkara yang difikirkan perlu. * Selepas giliran peserta pertama, peserta kedua hendaklah menyebut nama peserta pertama dahulu kemudian baru memperkenalkan dirinya. * Begitulah untuk peserta-peserta seterusnya secara berantai.

Aktiviti 3 : Surat Muhasabah Masa : 15 minit Bahan : Surat Objektif * Mengenal pasti kejujuran peserta dalam menilai sahabatnya sendiri. 37

* Mengesan kelemahan dan kekuatan dalam diri peserta. Kaedah * Kedudukan masih dalam keadaan bulatan. * Fasi akan memberikan sedikit taklimat berkenaan surat muhasabah. * Peserta akan dibahagikan secara berpasangan dan tidak dimaklumkan siapa pasangannya. * Sepanjang program, peserta akan menilai pasangannya dari setiap sudut dan aspek.

LATIHAN DALAM KELOMPOK 3 Masa : 2 jam Aktiviti 1 : Pokok Ajaib Masa : 30 minit Kaedah * Pilih peserta pertama membaca handout. Baca dengan kadar biasa. Kemudian, fasi meminta peserta lain untuk cuba membuat gambaran. Jika kelihatan mereka ragu-ragu, maka minta peserta lain untuk cuba membaca pula. Ulang sebanyak empat kali jika kelihatan peserta masih ragu-ragu dan akhirnya fasi tunjukkan jawapan beserta penerangan.

Objektif * Fikir dahulu baik dan buruknya. * Kita perlu berhati-hati dalam membuat satu tindakan. * Dengar dahulu sebelum membuat tindakan. Cerita : Diceritakan pada satu masa dahulu, terdapat sebatang pokok ajaib di Negeri Tanjung Karma. Pokok itu bercabang tiga bermula di pangkal. Terdapat tiga cabang dahan pada cabang yang pertama di pangkal di mana pada cabang yang kedua daripada cabang yang kedua daripada cabang yang pertama di pangkal, terdapat dua cabang dahan yang lain. Cabang yang kedua di pangkal mempunyai tiga cabang dahan. Terdapat dua cabang yang lain pada cabang yang ketiga daripada cabang yang kedua di pangkal dan pada cabang yang ketiga di pangkal poko, terdapat dua cabang dahan. Pada cabang yang kedua daripada cabang kedua di cabang yang pertama yang berasal dari pangkal, terdapat tiga biji buah tetapi tiada dan pelepah. Terdapat tiga daun pelepah tetapi tiada buah pada cabang yang pertama daripada cabang ketiga di cabang kedua yang berasal daripada pangkal. Dan pada cabang yang pertama daripada cabang ketiga di pangkal, tiada buah dan pelepah tetapi terdapat tiga ekor monyet.

38

Aktiviti 2 : Persediaan untuk malam amal. Masa : 2 jam Kaedah * Latihan bersama fasi

LATIHAN DALAM KELOMPOK 4 Masa : 1jam Aktiviti 1: Saya OK Masa : 30 minit Bahan : Kertas A4 dan pen. Objektif * Menumpukan kepada kemahiran mengenal potensi diri. * Melihat pegangan hidup peserta. * Memastikanahli kelompok dapat mengenal pasti matlamat penglibatan sepanjang program.

Kaedah * Peserta dikehendaki menulis saya ok pada pagi ini kerana. * Peserta dikehendaki menyenaraikan lima pernyataan positif tersebut. * Fasi wujudkan suasana perbincangan dengan mengajukan soalan : * Adakah sukar bagi anda untuk meluahkan pernyataan positif. * Apa yang akan berlaku jika anda berfikiran seperti sedemikian. * Apakah kesan yang paling teruk jika anda dalam situasi yang mempunyai tekanan.

Aktiviti 2: Penyerahan Surat Muhasabah Masa : 15 minit Bahan : Surat Muhasabah Kaedah * Peserta diminta untuk menyerahkan surat muhasabah kepada pasangannya. * Peserta juga diminta untuk membuta ulasan mengenai surat tersebut.

Aktiviti 3: Kesimpulan Masa : 15 minit 39

Kaedah

* Fasi membuat kesimpulan. Latihan Dalam Kelompok ( LDK )

Slod 1 : Taaruf

Aktiviti 1 : Taaruf Berantai Masa : 10 minit Objektif Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat. Melatih peserta untuk mengingati nama-nama ahli dan juga fasi.

Kaedah Fasi dan ahli-ahli kumpulannya duduk di dalam bulatan. Fasi menerangkan tujuan kita mengenali sahabat-sahabat. Fasi akan memperkenalkan dirinya dahulu dan kemudian barulah diikuti oleh anak buahnya. Perkara yang perlu disebut adalah nama, panggilan manja, sekolah, latar belakang keluarga dan perkara-perkara yang difikirkan perlu. Selepas giliran peserta pertama, peserta kedua hendaklah menyebut nama peserta pertama dahulu kemudian baru memperkenalkan dirinya. Begitulah untuk peserta-peserta seterusnya secara berantai.

Atau

Aktiviti 2 : Taaruf Posmen Masa : 10 minit

Objektif Menghilangkan sifat pemalu peserta untuk bertanya ataupun memperkenalkan dirinya. Menghilangkan rasa mengantuk dikalangan peserta atau ahli.

40

Kaedah Fasi duduk di dalam bulatan kelompoknya. Fasi menerangkan secara ringkas tujuan kita mengenali seseorang. Ahli-ahli diminta untuk mengeluarkan kertas kosong. Fasi memberi masa selama 5 minit kepada ahli-ahli untuk mendapatkan segala maklumat daripada semua ahli-ahli di dalam kelompoknya walau apa cara sekalipun. Fasi akan memilih dikalangan peserta untuk membentangkan maklumat rakan-rakannya. Fasi memberi kesimpulan bagaimana perasaan kita apabila orang mengenali diri kita.

Slod 2: Wasiat Masa : 15 minit

Objektif Merapatkan lagi hubungan ukhuwwah dikalangan peserta dan fasi. Mengenal kelemahan dan kekurangan diri.

Kaedah Peserta diminta mencari pasangan dikalangan ahli kelompok. Fasi meminta setiap pasangan menulis keburukan dan kekurangan pasangannya di muka hadapan sekeping kertas. Kemudian, dibahagian belakangnya dituliskan wasiat ataupun pesanan buat sahabat. Fasi akan mengutip kembali kesemua kertas-kertas dan ahli diingatkan supaya tidak mendedahkan kepada pasangannya. Fasi menyerahkan kertas-kertas tersebut kepada nama pemiliknya. Fasi membuat rumusan.

Slod 3 : Pelan Tindakan Masa : 35 minit Objektif Mengenal kekuatan diri. Menyediakan diri bagi menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup. 41

Mengetahui persepsi keburukan diri dan harapan seorang sahabat.

Kaedah Fasi akan menerangkan tujuan dan kaedah aktiviti 3K. Peserta diminta menyenaraikan 3 kekuatan yang sedia ada dalam dirinya. Setiap peserta diminta membentangkan kekuatan tersebut. Fasi memberi kesimpulan terhadap kesemua aktiviti yang dijalankan.

MODUL BENGKEL PEMUDAHCARA BINA INSAN ICE BREAKING (JEJAK INSAN)

Objektif Menanamkan sifat inginkan kawan dalam diri peserta Menyatukan peserta menjadi satu kelompok yang bersatu Membina semangat setiakawan dalam diri peserta Memecahkan peserta kepada beberapa kelompok kecil Melihat bagaimana perhubungan mereka sebelum ini

Gerak Kerja Fasi mengeluarkan kertas yang memastikan peserta mendata tandatangan daripada ciri-ciri individu yang tertulis di kertas. Peserta dikehendaki mendapat tandatangan sebanyak 50 individu yang ciri-cirinya ada di kertas. Fasi akan melakukan proses penyatuan kelompok melalui kaedah sinar nombor. Kelompok dikehendaki 1) Namakan Kelompok 2) Etika Kelompok 3) Wujudkan ketua kelompok 4) Logo

LDK 1 (POHON / POKOK MUHASABAH DIRI) 42

Objektif Mengenal watak dan perilaku ahli lain Mewujudkan kejelikitan di kalangan ahli kelompok Mencari sifat sebenar ahli kelompok Bagaimana ingin mengetahui dan memahami tingkah laku dan perilaku ahli kelompok.

Gerak Kerja Peserta diberikan kertas A4 dan dikehendaki melukis pokok selain pokok pinang, pisang, kelapa sawit dan salak. Fasi mengumpul dan menafsirkan perwatakan ahli kelompok berdasarkan sifat yang ditunjukkan melalui lukisan pokok muhasabah tersebut. Dapatkan persetujuan ahli mengenai tafsiran yang dibuat ke atasnya. Asimilasikan dengan sifat atau akhlak yang baik atau sebaliknya.

LDK 2 (THE LAST GENERATION) Objektif Melihat kepintaran kelompok memberi pendapat Memastikan kelompok mempunyai ide yang bernas Melihat bagaimana pencapaian inkuri ahli kelompok Disiplin ahli dengan peraturan yang telah ditetapkan Mendapatkan gambaran sebenar mengenai tahap kesabaran dan tolak ansur ahli kelompok

Gerak Kerja Peserta dipecahkan kepada dua kumpulan besar jika peserta terdiri daripada lelaki dan perempuan, peserta akan dipecahkan kepada kumpulan mengikut jantina. Peserta dikehendaki memilih untuk menyelamatkan generasi terakhir di bumi untuk dipindah dan membangunkan satu planet baru.

Daripada 12 individu terbabit, peserta hanya dikehendaki memilih 6 yang terbabit untuk dipindahkan ke planet baru.

LDK 4 (FESYEN KEPIMPINAN) Objektif 43

Memberi kesedaran bahawa pemimpin dan anak pimpinan akan sentiasa saling

bergantungan

Menanamkan sikap bertolak ansur dan mematuhi arahan selaras dengan tugas

Gerak kerja

Ahli kelompok akan memilih seorang fasinya untuk dipakaikan dengan pakaian

ciptaan kelompoknya

Fasi akan mengikut sahaja setiap arahan yang diberikan oleh kelompok semasa

proses penciptaan fesyen

Pakaian yang dicipta daripada kertas yang berwarna warni oleh kelompok akan

diperagakan oleh fasi . Ketua fasi akan memberi ulasan.

APRESIASI ALAM Objektif Mewujudkan kejelikitan dan membuka minda peserta

Memberi kesedaran akan pentingnya sifat kerjasama

Mencungkil kemahiran dan kekuatan kognitif peserta

Memberi ruang kegembiraan kepada peserta 44

Melepaskan perasaan yang tidak menepati dengan bengkel

Gerak Kerja 1. Paku Millenium Peserta dikehendaki meletakkan 13 batang paku di atas sebatang paku yang tercacak di atas sekeping papan. Peserta akan dikehendaki membawa paku tersebut sejauh jarak yang telah ditetapkan. 2. Mengapungkan Bata Peserta akan dikehendaki mengapungkan bata dengan menggunakan 4 helai kertas A4. Apungan bata tersebut hendaklah melepasi tangan yang dihulurkan melaluinya. 3. Belon Sifat Peserta dikehendaki meniup belon dan mengikatnya dengan cantik dan paling

kreatif. Belon tersebut akan dijaga agar tidak dipecahkan oleh ahli yang lain. Tertakluk kepada perubahan

Ice-breaking : Mencari Rakan Masa : 30 minit Bahan : Kertas keras, pen

Objektif : 1. Memberi peluang kepada peserta untuk mengenali ahli kumpulannya dalam suasana yang menyeronokkan. Mengurangkan rasa rendah diri dan takut apabila berada dalam satu kumpulan yang berbeza umur. Kaedah : Peserta-peserta diberi kad/keratan yang bergambar. Setiap kumpulan akan memiliki satu atau isyarat (mencantumkan kepingan-kepingan kad atau keratan) . Contoh bunyi ayam, bunyi katak dan sebagainya. 45

Peserta dikehendaki mencari ahli kumpulan masing-masing seperti yang dinyanyikan/diisyaratkan. Apabila bertemu dengan rakan yang mempunyai bunyi atau isyarat yang sama, peserta perlulah memberi salam dan mengekori peserta tersebut dan terus mencari ahli kumpulan yang lain. Fasi perlu memastikan para peserta tidak bercakap atau sebagainya. Jika ada ahli kumpulan yang masih tidak menemui kumpulan masing-masing setelah masa tamat, mereka dikehendaki menyanyi dan kumpulan yang berkenaan akan menyambutnya. Latihan Dalam Kelompok 1 (LDK I)

Objektif : Mengeratkan hubungan antara peserta dan fasilitator. Mewujudkan sifat setiakawan dan semangat kerjasama dalam kumpulan. Mewujudkan sifat keterbukaan dalam diri peserta. Menggalakkan individu memberi maklumbalas terhadap ahli kumpulan yang lain.

Aktiviti 1 : Salam Muhibbah Masa : 10 minit Kaedah : Fasi memperkenalkan diri dahulu. Diikuti oleh peserta. Fasi menutup mata salah seorang peserta. Peserta yang ditutup matanya dikehendaki meneka rakannya dengan sentuhan dan suara.

Aktiviti 2 : Impressi Kali Pertama Masa : 20 minit

Kaedah : Peserta masih berada di dalam satu bulatan. Seorang daripada ahli diminta berdiri di tengah-tengah bulatan. Setiap ahli diminta membuat tanggapan tentang individu yang berada di tengah bulatan. Apabila semua ahli kumpulan telah memberikan impressi mereka, proses itu diulang sehingga semua ahli mendapat maklumbalas daripada ahli lain.

46

Aktiviti 1 : Resolusi Masa : 10 minit

Objektif : Mengetahui tahap kefahaman peserta selepas Slot 2. Meningkatkan pengukuhan dan motivasi diri peserta. Mengenal pasti kelemahan diri peserta.

Kaedah : Ahli-ahli duduk di dalam satu bulatan. Setiap ahli diminta membuat satu rumusan.

Aktiviti 2 : Beg Kendiri Masa : 1 jam Bahan : Kertas Mahjong, pen marker, gam, gunting, majalah dan akhbar lama. Objektif : Meningkatkan keyakinan diri ahli kumpulan. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri setiap kumpulan. Mengenal pasti tanggungjawab sebagai pengawas.

Kaedah : Setiap kumpulan mendapat dua helai kertas mahjong. Fasi dikehendaki memecahkan kumpulannya kepada 2 kumpulan kecil. Dengan daya kreativiti masing-masing, setiap kumpulan diminta membuat sebuah beg. Fasi mengarahkan peserta menggunting gambar / huruf / perkataan di dalam akhbar lama yang berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab serta kelemahan dan kekuatan sebagai seorang pengawas. Gambar / Huruf / Perkataan yang menggambarkan kekuatan dan tanggungjawab ditampal di luar beg manakala gamabar / huruf / perkataan yang menunjukkan kelemahan disimpan di dalam beg. Perbincangan : Ahli kumpulan diminta menerangkan tentang beg kumpulannya. Fasi menggalakkan ahli kumpulan bertanya soalan. 47

Rumusan : Kekuatan dan tanggungjawab seorang pengawas boleh dilihat dan ditonjolkan. Kelemahan seorang pengawas perlu disimpan dan diperbaiki. Tanggungjawab berpunca daripada kekuatan dan kelemahan seorang pengawas.

Aktiviti 3 : Soal Selidik Diri Masa : 20 minit Bahan : Borang soal selidik Objektif : Mengenal pasti kejujuran peserta. Mengesan kelemahan dan keutan dalam diri peserta. Kaedah : Kedudukan masih dalam keadaan bulatan. Fasi akan memberikan sedikit taklimat berkenaan borang soal selidik. Fasi meminta setiap ahli kumpulan untuk mengisi borang soal selidik.

MODUL 1

Aktiviti 1 : Muslim Cemerlang Ummah Gemilang Masa : 1 jam Bahan : Kertas mahjong, marker pen dan gam. Objektif : Membuka pemikiran peserta ke arah perbincangan dan pemahaman. Mengenal pasti kemampuan peserta di dalam melakarkan sesuatu yang diusulkan.

Kaedah : Fasi akan membacakan cerita yang diarahkan. Semua peserta diminta membuat lakaran berdasarkan arahan fasi. Cerita : Man, hang mai sini nak tidoq ka nak baca buku ?. Aku memang setai nie, mula-mula tidoq, lepaih tu baru studi. 48

Begitulah suasana Samad dan rakannya yang baru mula menumpukan study kerana exam yang sudah dekat, di sebuah pulau yang agak jauh dari rumah mereka. Pulau tersebut menjadi pilihan lantaran suasananya indah dan permai dengan pembangunan yang menggagumkan. Selesai mereka berceloteh, mereka meneruskan study mereka. Bedegum !!!! Begedum !!!! Peng !!! Peng !!!! Kedengaran bunyi letupan yang dahsyat di sana-sini. Woi, lari woi !. Selamatkan diri masing-masing. Masuk ke bilik rahsia dekat sini, cepat, jerit Man kepada kawan-kawannya.

Mereka bergegas masuk ke dalam bilik rahsia tersebut dan bersembunyi beberapa ketika..Selamat..Panas..Sunyi. Keriok, kedengaran bilik bawah tanah dibuka oleh seseorang dan kesemua sahabat ini keluar dari situ sambil memerhatikan dunia yang sudah berubah menjadi padang jarak padang terkukur. Di sana-sini mayat bergelimpangan di bawah runtuhan bangunan. Samad, bot kita dah musnah la.Macam mana nak balik nie ???, pekik Murad. Apa..!!!!, kata mereka serentak. Tidak.TidakAku nak balik jugak..Mama nak balik., pekik Man. Woi, diam la budak, jerit Murad. Ish.Macam mana nak buat nie, kata si Samad. Keadaan menjadi tidak terkawal setelah mengetahui mereka kehilangan kenderaan untuk pulang. Mahu tidak mahu, mereka perlu menyusun satu tindakan bagaimana hendak meneruskan hidup di pulau ini. Mereka terpaksa membangunkan kembali pulau tersebut dengan menggunakan duit dan bekalan yang mereka ada, iaitu RM 100,000 hasil simpanan bersama atau mereka mencipta sebuah bot lalu berangkat pulang ke rumah masing-masing meninggalkan mayat-mayat dan pulau tersebut tanpa ada sedikitpun rasa tanggungjawab.

Aktiviti 2 : Pembentangan Masa : 1 jam 30 minit. Objektif : Menambahkan keyakinan peserta untuk berucap di khalayak ramai. Memperlihatkan kemahiran berdebat.

Kaedah : Fasi meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil ciptaan mereka. Masa yang diperuntukkan untuk setiap kumpulan adalah 10 minit.

MODUL 2 Aktiviti : Strategi dan Perancang 49

Masa : 2 jam Bahan : Duit kertas Objektif : Menambahkan kemahiran peserta untuk mempertahankan hujahnya. Menanamkan sifat tanggungjawab peserta untuk memelihara maruah kumpulannya.

Kaedah : Masih menggunakan bahan Modul 1 (lakaran pembangunan pulau). Setiap kumpulan dipecahkan kepada 2 kumpulan kecil (A dan B). Kumpulan A: Strategi. Kumpulan B: Perancang. Tugas strategi adalah untuk merangka soalan berdasarkan kelemahan lakaran pembangunan pulau kumpulan lain dan akan berhujah dengan kumpulan perancang dari kumpulan lain. Manakala tugas perancang adalah sebagai pertahanan untuk mematahkan soalan dan hujuh daripada kumpulan strategi (kumpulan yang berbeza). Setiap ahli akan dibekalkan dengan duit kertas sebagai maruah kumpulan. Mana-mana kumpulan atau ahli samada dari kumpulan strategi maupun perancang yang tewas berhujah akan menyerahkan maruah kumpulannya.

MODUL RIADHAH Aktiviti 1 : Pusingan Roda Masa : 30 minit Objektif : Meningkatkan kefahaman peserta melalui kerjasama dalam kumpulan. Meningkatkan keyakinan diri. Kaedah : Fasi meminta ahli kumpulan berdiri dan membentuk satu bulatan. Dalam bulatan, peserta akan berpusing mengikut arah jam. Fasi meminta peserta dihadapan duduk di atas peha peserta dibelakangnya. Fasi kemudian mengarahkan peserta berjalan sambil duduk dalam bultan tadi. Untik lebih menarik, aktiviti ini boleh dijalankan dalam kumpulan yang besar atau diadakan pertandingan di antara kumpulan.

50

Aktiviti 2 : Berita Sensasi Masa : 30 minit. Bahan : Kertas yang ditulis dengan berita dimasukkan ke dalam sampul surat. Objektif : Menyedarkan peserta bahawa penyakit mudah percaya kepada khabar angin adalah gejala yang perlu dihapuskan. Maklumat yang disampaikan dari mulut ke mulut adalah tidak semestinya tepat.

Kaedah : Fasi menyediakan potongan karangan. Asingkan peserta di antara satu sama lain. Fasi berikan petikan karangan kepada peserta yang pertama. Beri penerangan sehingga ia benar-benar faham dan mengingati apa yang ditunjukkan. Panggil peserta yang kedua untuk menerima mesej yang ingin disampaikan. Setelah semuanya menerima mesej, peserta yang terakhir diminta untuk menulis kembali mesej yang diterimanya. Tanya kepada semua peserta mengapa mesej yang diterima berbeza-beza. Petikan : Dalam perjalanan saya ke bandar pagi semalam dalam hujan yang tidak berapa lebat saya nampak sebuah kereta Datsun putih datang dengan laju dari utara. Kereta itu membelok ke kiri di persimpangan jalan dan berlanggar dengan sebuah kereta Toyota merah yang hendak menuju ke selatan. Sebuah lori tidak sempat berhenti lalu melanggar kereta Datsun tadi. Pemandu lori dimasukkan ke hospital.` Falsafah : Berita yang disampaikan dari mulut ke mulut tidak tepat / semestinya tepat. Jangan mudah percaya dengan khabar angin kerana ianya sangat merbahaya. Bila merasakan keraguan apabila mendengar yang disampaikan, hendaklah mencari sumber yang asal. Jangan suka menyalahkan orang lain, lihat kelemahan diri sendiri dan cuba memperbaikinya. Adalah lebih baik menyampaikan sesuatu maklumat itu secara bertulis. Sila JANGAN bercakap dengan sesiapa atau melihat kertas orang lain. Buat kerja dengan cepat tetapi berhati-hati. Anda hanya mempunyai masa 3 minit sahaja untuk menghabiskan ujian ringkas ini. Sila baca dengan teliti dan jawab dengan berhati-hati.

51

1. Sila letakkan ibu jari tangan kanan anda di hujung hidung. 2. Kemudian, angkat tangan kiri anda setinggi yang boleh sambil menyebut perkataan Subhanallah sebanyak 3 kali. 3. Letakkan tangan kanan anda di dada. 4. Urut perlahan-lahan dada anda sebanyak 5 kali sambil menyebut perkataan Alhamdulillah sebanyak 5 kali. 5. Pegang tapak kaki kiri anda dengan tangan kanan sambil merungut AduhLemahnya iman aku hari ini. 6. Kemudian, letakkan tapak tangan kiri anda di atas kepala sambil melafazkan kalimah Allahuakhbar sebanyak 2 kali. 7. Sila pegang bahu kanan kawan di sebelah kiri anda.

8. Berapakah hasil darab 2 dengan 8.

9. Sebutkan nama rasul kita yang terakhir. 10. Sebutkan Masya-Allah sebanyak 5 kali sambil menggeleng-gelengkan kepala ke kiri dan ke kanan. 11. Duduk dalam keadaan tahiyyat awal dan sila sebutkan Saya anak yang soleh. 12. Sebutkan rukun Islam yang ketiga dan rukun Iman yang keempat. 13. Bisikkan ke telinga kawan di sebelah kanan perkataan Aku kasih kepadamu sahabat. 14. Campurkan 44 dengan 56. 15. Sila bacakan ayat tersebut, Hari ini aku bertuah kerana dapat menunaikan sembahyang Maghrib berjemaah. 16. Sebenarnya, anda tidak perlu menjawab kesemua soalan. Anda hanya perlu berdiri tegak dan lafazkan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar sebanyak 3 kali sahaja. 17. Dimanakah terletaknya Bandar Diraja Kuala Kangsar.

Pengertian fasilitator A Sebagai pemudahcara A Sebagai seorang abang atau kakak A Bukan sebagai seorang guru yang sedang mengajar 52

A Untuk berkongsi pengalaman A Menjadikan diri sebagai seorang yang dipercayai A Kalau boleh menjadi tempat rujuk,tempat mengadu hal peribadi dan seumpamanya.

Peranan seorang fasilitator A Memperkenalkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ada dalam diri pelajar.(contohnya teknik belajar) A Memberi alternative penyelesaian bagi masalah pelajar A Mewujudkan nilai mulia dalam diri pelajar A Memotivasikan pelajar Tugas-tugas seorang fasilitator A Ice-breaking atau mewujudkan kemesraan dikalangan ahli dan juga fasilitator A Mewujudkan kepercayaan di antara ahli dan juga fasilitator ( contoh, fasi terlebih dahulu sanggup menceritakan pengalaman hidupnya kepada ahli) A Mengambil berat terhadap kebajikan ahli *Perlu diingat bahawa kemesraan dan kepercayaan adalah kunci utama dalam mewujudkan sebuah kumpulan yang bermakna. Kemahiran berkomunikasi A Fasilitator dinasihatkan menggunakan gantinama seperti abang,kakak,adik-adik dan sebagainya. A Jika hendak panggil nama seseorang ,panggillah dengan nama manja tersebut. A Gaya pengucapan atau diskusi janganlah seperti gaya pengucapan seorang guru.

A Pengucapan mestilah seperti perbualan biasa di antara abang/kakak dengan adik-adiknya.

Perkara-perkara penting 1. A Fasilitator dinasihatkan agar tidak banyak berdiri dan mengelilingi bulatan kerana ia akan mengganggu tumpuan ahli-ahli kumpulan. 2. A Jika boleh,tiada halangan fizikal diantara fasi dan ahli. 3. A Elakkan terlalu series,teka-teki dan banyak ketawa dengan ahli dan fasi mestilah pandai dan bijak menyesuaikan diri dengan masa dan situasi. 4. A Jangan berceramah berlebihan 5. A Menyebut perkara penting berulang kali ( 3 kali) 6. A Menerima segala pandangan dan jawapan setiap ahli walaupun pandangan atau jawapan itu salah. 7. A Jangan sesekali menyatakan bahawa pandangan dan jawapan yang dikemukakan ahli salah kerana ianya akan melentur dan mematikan semangat pelajar. 53

8. A Menyesuaikan pertuturan,bahasa dan isi ucapan dengan tahap pendengar. 9. A Hendaklah menyesuaikan nada suara mengikut keadaan bercakap perlahan dan lembut ketika menyelesaikan masalah. 10. A Jangan menunjukkan bahawa kita tidak tahu jika ditanya oleh ahli kumpulan kerana ia akan menyebabkan hilangnya penghormatan ahli kepada fasi. 11. A Dalam perbincangan ,banyakkan mencungkil apa yang ada dalam minda pelajar supaya diluahkan segalanya dan jangan sesekali tidak menghargai pendapat mereka.

CIRI-CIRI FASILITATOR 1. 2. 3. 4. 5. A Berpakaian kemas mengikut aktiviti yang dijalankan A Mempamerkan peribadi yang kemas seperti rambut pendek dan berpakaian kemas A Menunjukkan daya kepimpinan yang menyakinkan A Mampu menggerakkan ahli kumpulan sebagai kumpulan yang berdaya maju dan aktif A Mampu menyelami hati ahli kumpulan terutama yang berkaitan dengan masalah masalah yang ditimbulkan. 6. A Mempamerkan akhlak Islam yang baik. 54

7. A Sentiasa mendampingi adik-adik dengan tujuan penyampaian kefahaman Islam dapat berterusan dan dufahami dengan lebih berkesan. 8. A Perlu aktif dan cepat dalam merumuskan dan menunjukkan jalan penyelesaian jika ahli-ahli kumpulan mempunyai masalah. 9. A Sentiasa menjaga dan menepati waktu aktiviti 10. A Menghormati dan mengasihi ahli kumpulan seperti adik kandung sendiri. 11. A Menegur kesalahan-kesalahan ahli kumpulan dengan cara yang terbaik dan penuh hikmah. 12. A Bercakap dengan penuh lemah-lembut dan menggunakan perkataan yang mudah difahami. 13. A Sentiasa senyum dan berwajah manis walaupun banyak tugas dan masalah harus hadapi

55

Anda mungkin juga menyukai