Anda di halaman 1dari 3

Disediakan oleh Mohd Faidz Hj Ibrahim ( Moderator Blog Insan Istimewa Permata Hati )

Sumber diperolehi daripada http://www.ppdlms.edu.my/pk

KAEDAH KOMUNIKASI KANAK-KANAK PEKAK

a) Makaton
b) Lip Reading / Speech Reading
c) Total Communication / Komunikasi Seluruh
d) Sign Language
e) Cued Speech / Pertuturan Kiu

Makaton

Perbendaharaan kata dari 350 manual sign / isyarat yang diambil dari kata tersebut disusun
dalam sembilan pringkat. Peringkat satu hingga enam berdasarkan kepada perkembangan
perbendaharaan kata kanak-kanak berumur 1 tahun hingga 4 setengah tahun. Peringkat tujuh
hingga lapan ditambah dengan beberapa konsep yang kompleks dan peringkat sembilan
menyediakan perkataan tambahan.

Peringkat pertama hingga lapan diajar mengikut susunan. Makaton diciptakan untuk kegunaan
kanak-kanak pekak dan orang dewasa yang terencat akal (Mental handicap)Kelebihan kaedah ini
ialah ia mudah. Isyarat-isyarat mudah dikenali bagi peringkat umur yang rendah, juga mudah
dikuasai atau difahami hanya perlu latihan yang singkat sahaja.

Kelemahan kaedah ini ialah kekurangan rasionalbunyi-bunyi linguistic dan ketidaktetapan


hubungan dengan struktur nahu Bahasa Inggeris.Kaedah ini juga bagi kanak-kanak bermasalah
pembelajaran yang teruk.

Lipreading / Bacaan bibir

Di US dikenali seperti “Speech Reading”. Lip Reading adalah kaedah komunikasi melalui
memahami pertuturan (spoken language) dengan memerhati atau mengikuti pergerakan bibir
penutur (spoker). Sesetengah bacaan bibir termasuk memahami atau mentafsir sehingga ke otot-
otot muka atau mimic muka dari gerak badan (body Gestures).

Total Komunikasi / Komunikasi Seluruh

Tujuan adalah untuk menyediakan suasana bahasa bagi kanak-kanak pekak, termasuk
pertuturan biasa penggunaan yang optima sisa pendengaran dan alat-alat pendengaran atau
bacaan bibir, bahasa isyarat manual, bersama ejaan jari.Dan kaedah komunikasi yang lain
termasuk tulisan, gambar atau cetakan(print).

Tiga faktor utama dalam Total Komunikasi ialah:

a) Kanak-kanak yang suara isyarat dalam program mains training akan terhad pergaulan
dan interaksi bahasa dengan kanak-kanak lain kecuali murid-murid biasa juga diajar
bahasa isyarat.
b) Pertuturan adalah perlu sebagai cara untuk memberikan orang pekak hidup dalam ruang
biasa.
c) Keputusan untuk memilih komunikasi adalah kontroversi, kita harus juga mengambil kira
pandangan dan keadaan biasa.
Sign Language /Bahasa Isyarat
Bahasa Isyarat ialah cara komunikasi yang biasa digunakan. Bahasa isyarat termasuklah ejaan
jari, mimik muka / facial express, gerak badan / body language dan sentuhan.

Ejaan Jari

I. Ejaan Jari adalah bahagian mustahak dalam komunikasi orang-orang pekak. Ejaan jari adalah
digunakan untuk Nama Khas seperti nama orang, nama tempat, nama institusi dan alamat.Juga
digunakan secara meluas bagi perkataan-perkataan yang tiada Kod Tangan. Ejaan Jari adalah
digabungkan dengan penggunaan Kod Tangan. Sebagai contoh, perkataan-perkataan yang
bergaris di bawah dalam ayat-ayat berikut yang tiada Kod Tangan mesti menggunakan Ejaan
Jari. Contoh:-
- Nama saya Salbiah Yahya

II. Ejaan jari mempunyai 3 aspek penting:

a) Penyampaian Ejaan Jari iaitu (Exprenssive Fingerspelling) ialah penggunaan gerakan


fizikal bagi menyampaikan melalui huruf-huruf gerakan tangan.
b) Penerimaan Ejaan Jari iaitu (Receptive Fingerspelling) ialah penggunaan gerakan
pandangan mata bagi menerima maklumat melalui huruf-huruf gerakan jari.
c) Aspek ketiga Ejaan Jari, iaitu mestilah diingatkan selalu yang Ejaan Jari ini digunakan bagi
tambahan kepada pertuturan dab bacaan bibir.oleh yang demikian kita mestilah selalu
bertutur atau menggerakkan bibir menyebut tiap-tiap perkataan serentak dengan Ejaan
Jari dan Kod Tangan. Sekiranya Kod Tangan dan Ejaan Jari disampaikan tanpa pertuturan
atau gerakan bibir adalah kesalahan yang nyata dalam konsep Komunikasi
Seluruh.Kesalahan seperti ini hendaklah selalu disemak dan dihapuskan.

Cued Speech

– Cued Speech dicipta oleh Cornett (1967) untuk mengatasi kesamaan bacaan bibir. (Lip
Reading di US dikenali sebagai speech reading) dengan memberi pelbagai isyarat / tanda
menggunakan tangan secara serentak semasa bertutur. Cued Speech menggunakan sistem
sebelah tangan (Single Hand Shape) dikelilingi bibir untuk membezakan bunyi-bunyi
pertuturan yang dilihat serupa seperti /p/ dan /b/, dan mengenali bunyi-bunyi yang tak dapat
dilihat contohnya /k/

– Ada 4 isyarat (Cue) tangan untuk vocol dan konsonan. Cued Speech dikatakan untuk
membantu ketepatan dan kefahaman ( intelligi bility) bacaan bibir dan membantu kanak-
kanak memahami asas bunyi-bunyi fonetik.

– Kesan Cued Speech terhadap perkembangan pertuturan kanak-kanak yang mempunyai sisia
pendengaran (hearing) belum / tidak diketahui lagi. Sisa pendengaran yang baik dengan
pengunaan alat pendengaran lebih beroleh memberi maklumat dari Cued Speech untuk
membantu kanak-kanak bertutur (Ling 89).

– Cued Spech perlu dipelajari oleh penutur dan pendengar iaitu kedua-dua pihak,baru interaksi
/ komunikasi boleh berlaku.
Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT)

Apakah dia Bahasa Melayu Kod Tangan?

Bahasa Melayu Kod Tangan ini bukan Bahasa Melayu Isyarat Tangan.Bahasa Melayu Kod
Tangan ini diadakan menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Melayu
sebagaimana yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca dan difahami oleh rakyat Malaysia.
Apabila Bahasa Melayu Kod Tangan ini diperturunkan ke dalam bahasa tulisan maka tiada apa-
apa perbezaan pun tentang struktur dan semantik dalam Bahasa Melayu.Ayat-ayat yang diberi
kepada kanak-kanak pekak atau kanak-kanak biasa itu akan sama maknanya.Seseorang kanak-
kanak pekak yang telah dapat menguasai Bahasa Melayu Kod Tangan akan dapat bercakap ``
Bahasa Melayu Kod Tangan” dan menulis bahasa yang lazim dengan rakan-rakannya yang
boleh mendengar.Kepada guru-guru yang mengajar kanak-kanak pekak, maka penguasaan
bahasa Melayu Kod Tangan secara ilmiah, bukan sahaja mustahak untuk mempelajari kod kata
dasar tetapi yang lebih mustahak asas-asas nahu dan tatabahasanya

Prinsip-prinsip Nahu Bahasa Melayu Kod Tangan


Asas-asas bahasa yang digunakan bagi prinsip kod Tangan ini ialah:
1. Kata Dasar
2. Kata Majmuk
3. Kata Ringkas
4. Perkataan Pergandaan
5. Imbuhan (Penambahaan) me, pe, ter, ber dan per
6. Perkataan Seerti
7. Pengecualian
8. Angka

Disediakan oleh:
Pn.Apizah bt Taib