Anda di halaman 1dari 2

NASIB SEEKOR PENYU

Ada dua orang kawan iaitu Nemo(Ikan) dan Aloy(Penyu). Pada suatu hari,si Aloy membuat satu parti secara kecil-kecilan. Dia pun mengajak Nemo ke rumahnya untuk menyambut HARI KEHIDUPAN LAUT di rumahnya. Maka,datanglah Nemo berpesta habis-habisan di rumah Aloy.Satu jam kemudian,Aloy berkata kepada Nemo.

Aloy: Hei,Nemo, aku rasa ada sesuatu je yang takde lah. Nemo: em...patutlah, tong sampah tak adalah..sebab tu kawasan ini dipenuhi dengan sampah-sarap. Aloy: Aah, betullah. Apa kata kau pergi beli tong sampah sekejap kat kedai depan tu. Nemo:Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik berjalan je. Kau mintak anak kau jelah pergi beli. Aloy:Boleh jugak idea kau tu, tapi anak saya sedang melayan tetamu-tetamu saya. Nemo: Kalau macam gitu, kamu jelah pergi beli....saya tolong kamu kemaskan tempat yang kotor ini.. Aloy:Ala... Ok lah,aku pergi beli sekarang..terima kasih. 10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,Aloy masih belum pulang lagi dari kedai. Nemo dan anak Aloy berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada Aloy. Nemo kemudian keluar pergi mencari Aloy yang belum pulang lagi. Setibanya di pintu keluar,Nemo ternampak Aloy dalam keadaan lemas, seluruh tubuh badannya tak bergerak. Lalu Nemo mendekati Aloy sambil menjerit nama Aloy.

Nemo: A...Aloy...Aloy...Apa terjadi kepada kamu ni? Aloy:Aaaa..ku..aku tak boleh bernafas.....Saya ter...cekik ....dengan beg plastik ini....tolong...tolong Nemo: Aloy...Aloy...aduh macam mana saya nak tolong kamu ini? Aloy: Nemo....tolong aku! Selepas beberapa minit Aloy meeninggal dunia akibat sesak nafas. Nemo dalam keadaan yang amat sedih sehingga tidak dapat menerima kematian kawan rapatnya, Aloy.

Anda mungkin juga menyukai