Anda di halaman 1dari 5

HJ-Split merupakan salah satu lagi aplikasi yang digunakan untuk menceraikan dan mencantumkan file-file yang bersaiz

besar terutamanya yang melebihi 100MB (Biasanya movie). Selain HJ-Split, aplikasi lain yang sering digunakan secara meluas adalah winzip, winrar (walaupun tujuan asalnya untuk compress) dan juga 7-zip

File yang di'split'kan menggunakan HJ-Split, dapat dikenalpasti dengan melihat pada extention sesebuah file. Bagi yang menggunakan HJ-split, extentionnya adalah bermula dengan .001, .002

dan seterusnya, bergantung besar mana file yang telah displit. Antara kelebihan Hj-split adalah aplikasi yang bersifat 'stand alone' dan juga size file yang kecil (334Kb) Download Hj-split dengan klik ikon dibawah.

Untuk entri ini, aku akan tunjukkan cara (yang mudah:), untuk joinkan file yang telah di'split'kan menggunakan HJ-Split. 1. Kenalpasti file dan letakkan dalam satu folder.

2. Buka Hj-Split, kemudian klik pada 'join'

3. Klik pada input file

4.Seterusnya buka folder dimana file diletakkan, kemudian pilih file yang berakhir dengan .001

(memang file ini sahaja yang muncul, tak perlu bimbang file2 lain, yang penting adalah .001). Kemudian klik open

5.Langkah terakhir, klik start. Tunggu siap proses dan lihatlah hasilnya di folder asal.:)

Senang Bukan..:)

Anda mungkin juga menyukai