Anda di halaman 1dari 4

KEBERSIHAN DIRI Kebersihan diri adalah membersihkan diri kita dari segala kekotoran.

Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya diri kita sentiasa bersih dan sihat. Cara Cara Menjaga Kebersihan Diri.

1. Mandi - Kita mestilah mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pagi dan petang. Gunakan sabun yang sesuai dengan kulit kita.

2. Gosok gigi - Kita mestilah menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pagi dan malam. Lebih elok kalau digosok setiap kali selepas makan. Semasa menggosok gigi, gosoklah arah ke atas dan ke bawah, bukan dari kiri ke kanan atau sebaliknya

Berjumpalah dengan doctor gigi sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan.

3. Sikat rambut Pertama sekali, pilih sikat yang bersesuai dengan jenis rambut kamu. Jangan sikat rambut ketika rambut kamu sedang basah. Jangan terlalu kerap menyikat rambut, ia akan menyebabkan rambut menjadi semakin halus, rosak dan gugur. Sebelum kamu menggunakan sikat, pastikan kamu bersihkan dahulu sikat itu kemudian barulah sisirkan di rambut. Jika tidak, segala kotoran akan melekat di rambut.

4. Pakai baju bersih Sentiasa memakai baju yang bersih, kering, dan selesa.

5. Basuh tangan - Kita mestilah cuci tangan sebelum dan selepas makan dengan menggunakan sabun. - Jangan lupa untuk membasuh tangan dengan bersih setiap kali sebelum dan selepas makan dan selepas masuk ke tandas. - Ini dapat mencegah jangkitan kuman dan penyakit.

6. Potong kuku - Kuku mestilah sentiasa pendek dan bersih supaya tidak dijangkiti kuman. - Jangan gigit kuku. Gunakan alat pengetip kuku untuk memotong kuku.