Anda di halaman 1dari 9

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI Tarikh : 10 Oktober 2012 Masa : 8.50 pagi hingga 10.

10 pagi Bilangan pelajar : 35 orang Tunjang Pembelajaran : Kemahiran Tajuk pembelajaran : Bola Baling Fokus Pembelajaran : menghantar, menangkap, mengacah, menggelecek Objektif : Di akhir proses pengajaran,pelajar dapat:Psikomotor a)Melakukan serangan dengan menggunakan kemahiran menghantar dan menangkap dengan betul. b) Menggunakan kemahiran mengelecek dan mengacah untuk menewaskan pihak lawan. Kognitif a) Afektif a) Menunjukkan semangat kesukanan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. b) Berusaha menjaringkan gol an mendapatkan jawapan kepada setiap soalan Pengetahuan awal pelajar : pelajar pernah melihat permainan bola baling dimainkan Strategi : Teaching games for understanding (TGFU) Persediaan pelajar : Pakaian sukan yang sesuai dan pengetahuan awal mengenai bola baling Persediaan guru : Bola, Bahan bantu mengajar, kon, maker, wisel, skitel, pita ukur, gelung, pakaian sukan Menjawab soalan yang dikemukan dengan betul soalan berkaitan kemahiran yang diajar. Hari : Rabu Kelas : 2 Inovatif & 2 Dinamik

FASA/MASA Permulaan Set induksi (10 minit)

AKTIVITI Pelajar menjawab soalan yang dikemukan oleh guru mengenai bola baling.

BUTIRAN P&P Antara soalan yang ditanya oleh guru ialah: 1.Apakah tujuan utama permainan bola baling? Tujuan utama permainan bola baling adalah untuk menjaringkan gol sebanyak yang boleh sepanjang waktu permainan. 2.Apakah kemahiran utama untuk mendapatkan mata/gol? Pemain perlu menggunakan teknik memperdaya pihak lawan, mengacah dan melakukan hantaran untuk serangan 3.Namakan otot-otot utama dalam permainan bola baling Quadriceps, gastrocnemius, biceps dan triceps P

ORGANISASI G P P Petunjuk: G: guru P: murid P P P

CATATAN

Pelajar memanaskan badan sambil diawasi oleh guru.

Hantaran dan larian Objektif: Mengaplikasikan teknik hantaran dan larian dalam aktiviti memanaskan badan. Persediaan: Terdapat dua bentuk digunakan dalam aktiviti memanaskan badan bagi disesuaikan dengan jumlah pelajar iaitu segi empat sama dan tiga segi Bagi setiap bentuk, jarak antara skitel adalah 5 meter Disetiap bucu, terdapat seorang pelajar kecuali di tempat permulaan terdapat dua pelajar. Prosedur: Bentuk segi empat sama Sebagai permulaan, pelajar A akan menghantar bola kepada pelajar B dan pelajar A akan berlari kearah tempat pelajar B. Selepas iti, pelajar B yang menerima bola akan menghantar kepada pelajar C dan Pelajar B akan berlari kea rah pelajar C.

Lampiran 1

-Skitel -Bola -Wisel

Pelajar C yang menerima bola akan menghantar kepada pelajar D dan berlari kea rah pelajar D. Pelajar D menerima bola dan menghantar kepada pelajar E dan berlari ke arah pelajar E. Pelajar E akan mengulangi pergerakan seperti di atas. Pergerakan ini menggunakan sebiji bola dan hendaklah dilakukan sepantas yang boleh.

Bentuk segi tiga Sebagai permulaan, pelajar A akan menghantar bola kepada pelajar B dan pelajar A kan berlari ke tempat pelajar B. Selepas iti, pelajar B yang menerima bola akan menghantar kepada pelajar C dan Pelajar B akan berlari kea rah pelajar C. Pelajar C yang menerima bola akan menghantar kepada pelajar D dan berlari kea rah pelajar D. Pelajar D akan mengulangi pergerakan tersebut. Pergerakan ini menggunakan sebiji bola dan hendaklah dilakukan sepantas yang boleh. Perkembangan Langkah 1 (20 minit)

Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi 4 pelajar. Pelajar akan bermain permainan Block Ball

Nama permainan : Block Ball Objektif permainan: Menyerang untuk mendapatkan mata Mengunakan kemahiran menghantar dan mengacah untuk mendapatkan mata Prosedur : Satu kon kecil akan diletakkan di dalam gelung untuk dijadikan sasaran. Pelajar akan bermain empat lawan empat dimana satu pasukan akan menyerang dan satu pasukan akan bertahan. Pasukan bertahan akan cuba mempertahan kon kecil sementara pasukan menyerang akan cuba mencari ruang untuk menyerang sasaran.

-Skitel -Maker -bola

Petunjuk : - Pelajar bertahan - Pelajar menyerang - Bola

Murid akan bermain dalam kawasan seluas 15 x 15 meter. Pasukan menyerang perlu bergerak ke setiap kawasan dan melakukan hantaran, menggelecek dan mengacah bagi meperdaya pertahanan pihak lawan. Masa yang diberikan adalah selama 3 minit untuk menyerang. Selepas waktu tersebut, pelajar akan bertukar peranan. Pasukan yang Berjaya menjatuhkan kon kecil paling banyak dalam masa tersebut dikira sebagai pemenang. Pelajar akan berbincang di dalam kumpulan masingmasing bagi mendapatkan jawapan.

Pelajar menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

Selepas bermain, guru akan bertanya beberapa soalan kepada pelajar untuk menggalakkan pelajar berfikir. Antara soalan yang ditanya ialah : 1. Apakah cara paling terbaik untuk menyebabkan pasukan pertahanan terkeluar dari posisi dan meningkatkan peluang mendapatkan mata? Bola perlu dihantar dengan cepat dan tepat kepada rakan sepasukan supaya pasukan pertahanan tidak dapat membaca pergerakan bola. Rakan juga harus menangkap dengan baik untuk mengelakkan bola keluar. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan lagi peluang mendapatkan mata? Pasukan menyerang perlu mengaplikasikan kemahiran menggelecek dan mengacah untuk menyebabkan pertahanan lawan keluar dari kedudukan bertahan dan seterusnya meningkatkan peluang mendapatkan gol. Apakah cara yang perlu dilakukan oleh pasukan pertahanan untuk mematikan strategi serangan pasukan menyerang? Pasukan bertahan harus sentiasa bersedia dan hampir dengan pasukan menyerang bagi menyukarkan lawan melakukan hantaran dan kemahiran lain.

2.

3.

Pelajar akan bermain semula.

Pelajar akan melakuakn aktiviti di permainan 1. Pelajar akan menunjukkan pergerakan dan hataran yang lebih baik setelah menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

Aktiviti 2 (20 minit)

Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi 4 pelajar.

Nama permainan : men in the orb Objektif permainan : Menyerang untuk mendapatkan mata Membentuk murid berfikir dan membuat keputusan. Prosedur : Satu gelung diletakkan di tengah kawasan seluas 15 x 15 meter. Pelajar akan bermain empat lawan empat. Satu pemain pasukan menyerang akan masuk ke dalam gelung. Pasukan menyerang perlu mencari peluang untuk menghantar bola kepada pemain yang berada di dalam bulatan. Setelah mendapat hantaran daripada rakan, pemain yang di dalam bulatan perlu menghantar kembali bola tersebut kepada rakannya yang berada di luar bulatan. Pasukan bertahan harus cuba menghalang hantaran dilakukan kepada pemain yang berada di dalam bulatan. Sekiranya bola dirampas, peranan kedua-dua pasukan akan berubah serta merta. Hanya seorang sahaja pemain menyerang dibenarkan berada di dalam bulatan. Masa permainan adalah 6 minit. Pasukan yang Berjaya melakukan hantaran kepada rakan di dalam bulatan paling banyak akan dikira sebagai pemenang.

-Skitel -Maker -bola -Gelung

Petunjuk : - Pelajar bertahan - Pelajar menyerang - Bola


-Gelung

Pelajar menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

Selepas 6 minit, guru akan bertanya beberapa soalan kepada pelajar untuk menggalakkan pelajar berfikir. Antara solan yang ditanya ialah :

1.Bagaimanakah cara untuk mengekalkan penguasaan dan mendapatkan mata? Cara yang terbaik adalah dengan melakukan hantaran yang tepat dan pantas. Kemahiran mengacah dan menggelecek akan membantu menghasilkan ruang untuk membolehkan bola dihantar kepada pemain di dalam gelung. 2. Bagaimanakah untuk mengelakkan pasukan bertahan mendapat penguasaan bola dan posisi menyerang? Kemahiran hantaran yang betul dan cara tangkapan yang betul akan membantu mengelakkan pasukan menyerang kehilangan bola kepada pasukan yang menyerang. 3.Sekiranya percubaan kamu untuk menghantar bola kepada pihak lawan Berjaya dihalang, apakah yang harus dilakukan? Membawa bola kea rah lain dan menghantar kepada rakan sepasukan. Pelajar akan bermain semula Perlakuan pelajar haruslah menunjukkan kemahiran dan aplikasi hasil jawapan terhadap persoalan yang diberikan oleh guru.

Pelajar akan berbincang di dalam kumpulan masingmasing bagi mendapatkan jawapan.

Aktiviti 3 (20 minit)

Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi 4 pelajar Pelajar bermain permainan 4 vs 4.

Nama permainan : score the goal Objektif permainan : Mendapatkan mata sebanyak yang boleh. Membantu pelajar berfikir cara untuk mendapatkan mata Prosedur : Pelajar akan bermain di dalam kawasan seluas 15 x 15 meter dan terdapat gol yang diperbuat daripada gelung. Pelajar akan bermain empat lawan empat di kawasan ini.

-Skitel -Maker -bola -Gelung

Pelajar menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

Pelajar perlu memasukan bola ke dalam gelung yang disediakan. Pelajar perlu memasukkan bola ke dalam gelung sebanyak yang boleh. Pelajar perlu mencari strategi untuk memasukan bola ke dalam gelung yang disediakan. Satu gelung lain akan diletakkan disetiap gelung yang dijadikan gawang gol untuk mengelakkan pasukan bertahan berada terlalu hampir dengan gelung untuk menjringkan gol. Pasukan yang menjaringkan gol paling banyak dikira sebagai pemenang.

Petunjuk : - gol - murid - bola


-Gelung

Selepas 5 minit pelajar akan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh guru untuk menggalakkan pelajar berfikir. Antara soalan yang ditanya ialah : 1.Apakah yang perlu dilakukan apabila berada dihadapan gol? Membaling bola ke gawang untuk mendapatkan mata. (menjaringkan gol) 2.Dimanakah perlu kamu sasarkan bola ketika hendak menjaringkan gol sekiranya terdapat penjaga gol? Jauh daripada jangkauan penjaga gol agar penjaga gol tidak dapat menyelamatkan bola. 3.Bagaimanakah untuk memperdaya pihak lawan dan penjaga gol untuk mendapatkan jaringan? Dengan menggunakan teknik mengacah, menggelecek dan hantaran yang tepat kepada rakan sepasukan yang lain.

Pelajar akan berbincang dalam kumpulan masing-masing.

Pelajar akan bermain semula.

Pelajar akan cuba mengaplikasikan kemahiran yang lebih baik setelah menjawab soalan yang diberikan oleh guru sebelum permainan kembali dijalankan.

Penutup Menyejukkan badan (10 minit)

Pelajar akan melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas bermain.

Tujuan melakukan aktiviti menyejukkan badan : 1. 2. Mengurangkan jumlah asid laktik yang terkumpul Menurunkan suhu dan kadar denyutan jantung ke tahap normal.

Pelajar akan mengaplikasikan menyejukkan badan menggunakan kaedah proprioceptive neuromascular facilitation.

PETUNJUK Pelajar

Guru

Pelajar menjawab soalan yang dikemukakan dan mendengar refleksi guru.

Soalan G 1.Apakah kemahiran yang dipelajari? Hataran, menangkap, mengacah, menggelecek 2.Apakah otot-otot yang terlibat dalam permainan bola baling? Biceps,triceps, quadriceps, gastroicnomeus Petunjuk: 3.Bagaimanakah cara untuk mengelekkan pihak lawan mendapat bola? Menghantar dengan tepat dan melakukan tangkapan dengan baik. Hantaran dan menangkap merupakan kemahiran paling asas yang perlu dikuasai untuk bermain bola baling. Hantaran dan tangkapan yang baik membolehkan pasukan menyerang dan bertahan dengan baik.Kemahiran menggelecek dan mengacah akan membantu untuk menewaskan atau memperdaya pihak lawan bagi mendapatkan ruang melakukan hantaran atau menjaringkan gol. G: guru P: murid P P P P P P

Refleksi Guru ______________________________________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________________________

Refleksi Penyelia ______________________________________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai