Anda di halaman 1dari 10

TUGASAN 1 TOPIK 1: PENDIDIKAN MATEMATIK

Terdapat ramai ahli matematik di seluruh dunia yang menyumbang kepada perkembangan matematik. Secara individu bincangkan sumbangan tokoh terkenal terhadap pendidikan matematik masa kini. Sertakan hasil sumbangan beliau.

ALI BIN ABI THALIB (658-695 )

Ali bin Thalib adalah Khalifah ke 4 dalam sistem pemerintahan Islam.Ketika kecil lagi Ali bin Abi Thalib menyukai berbagai ilmu dan sering bersama dengan Nabi Muhammad SAW. Beliau telah dikahwinkan dengan salah seorang anak Nabi Muhammad S.A.W. Beliau hidup secara sederhana namun tidak sedikit pun keadaan sedemikian melunturkan semangatnya untuk mencari ilmu pengetahuan. Rasullah S.A.W pernah bersabda, Apabila aku kota ilmu maka Ali adalah gerbangnya. Sabda tersebut telah menunjukkan betapa tingginya ilmu yang telah dikuasai oleh Ali bin Abi Thalib. Lambang bilangan dalam matematik yang menggunakan huruf-huruf yang di ajar oleh bangsa Romawi adalah rumit, Ali bin Abi Thalib telah memainkan peranan memperkenalkan lambang bilangan dalam huruf Arab dengan angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 0. Ali juga yang menyederhanakan penulisan lambang bilangan Romawi di mana sepuluh dengan X, seratus dengan C, seribu dengan M dan seterusnya dipermudah dengan menambahkan angka nol di belakang angka puluhan, ribuan dan satuan dengan bilangan 10, 100, 1000 dan seterusnya, di mana angka 0 dalam bilangan Arab diwakili dengan titik.

EUCLID (325-365 )

Euclid adalah seorang Bapa Geometri. Beliau adalah seorang ahli matematik Yunani Purba yang dilahirkan pada 300 Sebelum masehi.Beliau juga dikenali sebagai Euclid yang berasal dari Iskandariah. Semasa pemerintahan Ptolemy I Soter (323-328SM) telah dicatatkan yang beliau sangat aktif dalam menghasilkan karya matematik dan karya beliau yang paling berpengaruh ialah berjudul Elemen. Ia di jadikan sebagai buku teks utama dalam pengajaran matematik. Geometri merupakan hasil rujukkan dari karya tersebut dan ia telah diterbitkan sehingga kurun ke 19 atau ke 20. Beliau juga turut menghasilkan karya berkaitan dengan perspektif, keratin kon, goemetri sfera, teori nombor dan rigor. Karyanya juga menjadi rujukkan sejarah setelah kematiannya. Proclus dan Pappus memainkan peranan dalam menjadikan karyanya sebagai rujukkan sejarah. Karyanya yang dihasilkan melalui Elementterkenal dengan keputusan-keputusan geometrinya, Selain itu ia juga turut mengandungi teori nombor yang mana ia menerangkan hubungan antara nombor sempurna dan nombor perdana Mersenne, ketakterhinggaan nombor perdana, lema Euclid ke atas pemfaktoran (yang menghasilkan teorem asas aritmetik untuk keunikan pemfaktoran perdana) dan algoritma Euclid untuk mencari pembahagi sepunya terbesar bagi dua nombor. Sistem geometri yang diterangkan dalam Elemen telah lama dikenali hanya dengan nama geometri, dan pernah dianggap satu-satunya geometri dalam matematik. Bagaimanapun kini, sistem tersebut sering dirujuk sebagai Geometri Euclid untuk membezakannya dengan geometri bukan Euclid yang ditemui ahli matematik pada kurun ke-19.

AL-KHAWARIZMI (780-850) Al-Khawarizmi adalah ahli matematik yang teragung. Al-Khawarizmi lebih dikenali sebagai Bapa Algebra. Nama sebenar Al-Khawarizmi adalah Muhammad Ibn Musa Al Khawarizmi. Tarikh kelahiran dan kematian secara tepat tidak diketahui, tetapai ada sebahagian sumber yang menyatakan bahawa beliau dikatakan hidup diantara tahun 790 hingga 840 Masihi. Antara sumbangan beliau terhadap ilmu matematik adalah seperti menjelaskan kegunaan sifar iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab. Beliau juga turut membangunkan sistem perpuluhan dan hasil daripada itu keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan orang Arab. Beliau juga turut menyumbangkan peranan dalam membangunkan bidang Trigonometri iaitu ilmu matematikmengenai sudut dan sempada segitiga yang mengandungi fungsi sine. Di samping itu beliau turut melibatkan diri dalam menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep pembezaan. Di zaman pemerintahan Mamun Al- Rasid, beliau bekerjasama dalam pengukuran darjah yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi.Buat pengetahuan semua, Sedikit tambahan berkaitan Al Khawarizmi iaitu beliau juga merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia.

ZU CHONG ZHI ( 429 ) Zu Chong Zhi atau Tsu Chung Chi adalah seorang tokoh matematik yang terkenal pada zaman tamadun Cina dahulu. Menurut sumber yang diperolehi beliau adalah merupakan ahli

matematik yang terkemuka di zaman pemerintahan Dinasti Liu Sung. Pada zaman tersebut satu ketaksuban nilai Pi ( ) telah muncul dan telah menyebabkan satu hasil penemuan Zu Chong Zhi berkaitan nilai tersebut pada tahu 430 hingga 501. Sumbangan beliau terhadap perkembangan ilmu matematik adalah bermula dengan penemuan nilai Pi ( ) dalam angka 7 digit. Dikatakan juga bahawa nilaian digit yang diperolehinya juga mirip berbentuk pecahan dan satu daripadanya turut dinyatakan menyerupai nilai Pi Archimedean iaitu 22/7. Zu Chong Zhi telah menyatakan yang nilai tersebut kurang tepat dan telah menetapkan bahawa nilai 355/113 adalah tepat.

ARYABHATA (475 550 )

Aryabhata adalah seorang tokoh matematik dalam tamadun India. Beliau adalah orang yang memainkan peranan dalam memperkenalkan peningkatan baru kepada trigonometri. Ia berlaku sekitar tahun 500 A.D .Beliau telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Aryabhatiyam. Buku ini telah menjelaskan tentang konsep penggunaan Sinus dan Konsinus adalah salah satu hasil kajian yang terdapat didalam tadi. Ardha-jya atau separuh kord yang melibatkan kord tersebut dipanggil jya (Sinus) dan kojla (kosinus). Beliau telah memperkenalkan jadual sinus. Hasil daripada penciptaan jadual sinus maka jadual yang telah dihasilkan oleh kord Yunani telah digantikan . Selain daripada kajian beliau dalam bab tersebut , beliau juga turut mengkaji fungsi tagen dan kotangen. Di samping itu juga beliau turut mendefinisikan luas segitiga sebagai hasil serenjang dengan separuh dan mengkaji trigonometri dengan menggunakan permukaan satah dengan permukaan sfera.

LEONARDO FIBONACCI (1170-1250)

Leonardo Fibonacci adalah merupakan ahli matematik terunggul pada Zaman Pertengahan. Beliau amat terkenal dalam tamadun Eropah iaitu di Itali.Ia mempunyai umur sekitar 80 tahun. Sewaktu kecil beliau menetap di Algeria bersama bapanya Guilielmo seorang saudagar ( Pisan Merchant).Semasa berada di Bugia, beliau telah mendalami ilmu matematik bersama seorang berbangsa Arab. Leonardo Fibonanci seorang yang suka mengembara bersama ayahnya dan beliau banyak menjumpai kelebihan sistem matematik di negara yang dilawatinya. Antara sumbangannya dalam bidang matematik adalah seperti penemuan dalam siri nombor Fibonanci dan nisbah keemasan. Penemuan ini dibuktikan dengan jelas melalui karyanya iaitu Liber Abaci pada tahun 1202. Seksyen 3 dalam buku Liber Abaci telah menjelaskan lagi peranan beliau dalam mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang telah timbul. Hasil daripada pernyataan masalah yang dikenalpasti , telah timbul satu idea dalam fikirannya untuk beliau memperkenalkan satu siri nombor Fibonacci yang unik. Nombor yang dikenal pasti oleh beliau mempunyai perkaitan yang unik. Siri nombor itu ialah 1,1,2,3,5,8,13,21,34,55Yang dikatakan unik nombor ini adalah kerana apabila dua nombor berturutan dibahagi, nisbah yang diperolehi akan menghampiri nilai limitnya iaitu 1.618033988 dan nilai ini dipanggil nilai phi yang mewakili Nisbah Keemasan.

AL- BIRUNI ( 973 1050) Abu Arrayhan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni adalah nama sebenarnya . Beliau dilahirkan pada 15 September 973 di Kath, Khwarazm (sekarang dikenali sebagai KaraKalpakskaya, Uzbekistan) dan meninggal dunia pada 13 Dec 1048 di Ghazna (sekarang dikenali sebagai Ghazni, Afganistan). Al-Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik dan ahli matematik. Selama 600 tahun sebelum Galgeo, Al-Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri. Sumbangan Al-Biruni dalam ilmu Matematik adalah dengan menggunakan kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia. Beliau juga adalah orang yang pertama menyatakan bahawa jejari bumi ialah 6339.6 km.

RENE DESCARTES ( 1596 1650 ) Di gelarkan sebagai Pengasas Falsafah Moden serta Bapa Matematik Moden pada zaman itu.Ren Descartes juga dikenali sebagai Cartesius. Beliau juga adalah seorang ahli falsafah, ahli matematik, dan ahli sains yang terkenal. Beliau turut mendapat tempat sebagai salah satu ahli fikir yang terpenting dan terpengaruh pada zaman moden. Untuk kebaikan atau keburukan, kebanyakan daripada falsafah barat yang kemudian merupakan satu reaksi terhadap karya-karyanya yang telah dikaji dengan teliti sejak masanya sehingga hari ini. Descartes adalah salah satu ahli fikir utama dalam Revolusi Saintifik di Dunia Barat.

Sumbangan beliau dalam bidang matematik adalah pencipta bagi cabang matematik geometri koordinat. Menurut beliau, adalah mencukupi untuk melukis suatu garis lurus jika penjangnya diketahui. Graf dilukis pada paksi Cartesan mengandungi satu set pasangan tertib (x,y). Beliau dikatakan mendapat idea mengenai koordinat ketika beliau sedang terbaring dan memerhatikan seekor labah-labah pada siling biliknya.

SIR ISAAC NEWTON ( 1942 1727 ) Dilahirkan pada 1642 di sebuah keluarga petani di jajahan Lincoln, England. Semasa kecil beliau tidak dapat bermain permainan kasar kerana badannya tidak cukup kuat, maka beliau menghabiskan masa lapangnya dengan merekacipta berbagai permainan seperti lelayang bertanglung, roda yang dipusingkan oleh air, jam kayu dan jam matahari. Sumbangan tokoh ini dalam bidang Matematik adalah dengan memperkenalkan Hukum Newton dan juga Teorem binomial.

AL- BATTANI ( 850 929 ) Nama Al-Battani yang sebenar adalah Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah.Beliau adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik. Al Battani juga merupakan putera Arab dan juga pemerintah Syria pada ketika itu.Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor.

Sumbangan beliau dalam bidang matematik adalah kejayaan dalam meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents..Antara penemuan Al Battani dalam bidang trigonometri adalah membentuk persamaan trigonometri. Beliau juga telah memperkenalkan persamaan persamaan seperti berikut:

orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents.