Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR KARNIVAL SUKAN KPKT 2012

TARIKH PERTANDINGAN o Pertandingan ini akan diadakan pada 13 hb dan 14 hb Oktober 2012 (Sabtu & Ahad) dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang

LOKASI PERTANDINGAN o Pertandingan ini akan diadakan di :Gelanggang Bola Tampar, Taman Pancarona Presint 18, Putrajaya

TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN UNDIAN o Pada 05 hb Oktober 2012 (Jumaat). Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada penganjur di Aras 28, Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT, atau melalui emel m.azhari@kpkt.gov.my / radzif@kpkt.gov.my o Pengurus / Wakil pasukan dijemput untuk taklimat pertandingan dan juga proses undian pertandingan pada 12 hb Oktober 2012 (Jumaat) pada pukul 3.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 28, JKT, KPKT Putrajaya. Sekiranya tiada wakil pasukan, pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak.

SYARAT SYARAT DAN PERATURAN AM PERTANDINGAN o Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua warga KPKT o Setiap pasukan yang mendaftar hanya dibenarkan SEORANG sahaja pemain yang pernah mewakili NEGARA dan NEGERI dalam kejohanan KEBANGSAAN, MAKSAK dan SUKMA bagi tahun 2002 hingga kini. Pertandingan ini akan dibahagikan kepada DUA KATEGORI iaitu: Kategori Lelaki Terbuka (18 Tahun ke atas)* Kategori Wanita Terbuka (18 Tahun ke atas)

*Setiap pasukan lelaki wajib dianggotai sekurang-kurangnya oleh seorang veteran (berumur 40 tahun dan ke atas) o Setiap pasukan boleh menghantar 2 (Dua) pasukan lelaki dan 1 (Satu) pasukan wanita. o Pertandingan ini akan dijalankan mengikut UNDANG-UNDANG BOLA TAMPAR ANTARABANGSA ( F.I.V.A ) dan PERSATUAN BOLA TAMPAR AMATUR MALAYSIA (M.A.VA ) serta peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

PENDAFTARAN o Setiap pasukan hendaklah mengandungi 10 pemain (6 pemain + 4 simpanan ) o Pendaftaran pemain hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa Pengelolasebelum pertandingan pertama dimulakan. o Hanya pemain-pemain yang berdaftar dalam borang pendaftaran sahajadibenarkan bermain dalam pertandingan ini o Setiap pasukan dibenarkan mempunyai LIBERO (2 orang) semasa pertandingan dijalankan. o Sekiranya ingin menggunakan pemain libero, sila maklumkan kepada pihak penganjur sebelum perlawanan. o Pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai. Sekiranya pasukan tidak mempunyai jersi yang seragam, pemain-pemain pasukan tersebut hendaklah memakai bit yang tidak disediakan oleh pihak penganjur

SENARAI PEMAIN-PEMAIN o Pengurus / Ketua Pasukan dikehendaki menyerahkan SATU (1) SENARAI NAMA PEMAIN-PEMAIN dalam borang khas yang disediakan kepada Jawatankuasa pertandingan TIGA PULUH (30) MINIT sebelum perlawanan bermula.

PERATURAN PERTANDINGAN DALAM KUMPULAN o Di pertandingan secara liga kumpulan (Peringkat Awal). MATA akan diberikan seperti berikut: Pasukan yang menang Pasukan yang kalah Pasukan yang menarik diri 3 mata 0 mata 0 mata

o Permainan akan dijalankan berdasarkan kiraan TIGA SET TERBAIK (Best of 3) dengan kiraan mata 21 dan tambahan sehingga 25 sekiranya terikat dengan 24 sama. Pemenang akan ditentukan sekiranya menang dua (2) set berturut-turut dan sekiranya seri, set penentuan akan dijalankan dengan kiraan mata 15. o Pasukan yang mendapat mata terbanyak dikira pemenang dan sekiranya kiraan MATA adalah sama dalam pertandingan, maka pasukan yang mempunyai : Nisbah set yang terbanyak dianggap sebagai pemenang. Sekiranya terdapat pasukan-pasukan yang memperolehi Nisbah Set yang sama, maka pasukan yang memperolehi Nisbah Mata terbanyak dianggap sebagai pemenang. Jika semua perkara diatas didapati sama juga, maka keputusan muktamad akan ditentukan dengan CABUTAN UNDI.

PERTANDINGAN SUKU AKHIR o Pasukan yang memperolehi MATA yang terbanyak dalam kumpulan masing-masing adalah layak bermain dalam PERINGKAT SUKU AKHIR. o Pertandingan suku akhir akan dimainkan secara KALAH SINGKIR. PERTANDINGAN SEPARUH AKHIR o Pasukan yang memenangi PERINGKAT SUKU AKHIR adalah layak bermain dalam PERINGKAT SEPARUH AKHIR. o Pertandingan separuh akhir akan dimainkan secara KALAH SINGKIR.

PERTANDINGAN AKHIR o Pemenang-pemenang perlawanan SEPARUH AKHIR adalah layak bermain dalam Pertandingan Akhir untuk menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN.

PERLAWANAN o Semua perlawanan akan dimulakan mengikut masa yang telah jawatankuasa pengelola pertandingan. ditetapkan oleh

Setiap pasukan dikehendaki berada ditempat permainan LIMA BELAS MINIT lebih awal dari masa yang dijadualkan. Penangguhan masa LIMA BELAS MINIT hanya akan diberi dan selepas penangguhan tersebut maka pengadil berkuasa memberi kemenangan percuma kepada pasukan yang hadir mengikut jadual.

o Semua pemain tidak dibenarkan memakai objek larangan seperti barang kemas, pin, gelang tangan, cincin atau apa sahaja yang boleh membahayakan pemain. Penentuan gelanggang Pertandingan. akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola

o Bola tampar akan disediakan oleh Jawatankuasa pengelola keputusan adalah MUKTAMAD dalam penggunaannya.

Pertandingan dan

o Jadual pertandingan boleh diubah sekiranya difikirkan perlu oleh Pengerusi Pertandingan. Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab untuk memastikan perlawanan-perlawanan seterusnya dari Pengerusi Pertandingan. BANTAHAN o Sebarang bantahan hendaklah dibuat satu (1) jam selepas perlawanan berkenaan tamat dengan wang cagaran sebanyak RM200.00 secara bertulis. o Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.

o Panel bantahan akan di diwakili oleh jawatankuasa penganjur dan tiga (3 )orang wakil berkecuali yang akan ditentukan sendiri oleh pihak penganjur. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBERHENTIKAN o Sekiranya pengadil berpendapat gelanggang tidak sesuai untuk dimainkan disebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan,permainan itu tidak dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan diberhentikan akibat hal-hal diluar kawalan kedua dua pasukan dan sekiranya melebihi 4 jam keputusan berikut akan diikuti :o Sekiranya bermain semula digelanggang yang sama, set yang tergendala akan disambung semula dengan mata, pemain dan kedudukan pemain yang sama. o Set yang telah dimainkan dahulunya dikekalkan keputusannya. o Sekiranya perlawanan dimainkan di gelanggang yang lain, set yang sedang dimainkan dikira batal dan dimainkan semula dengan pemain pemainyang sama. o Set yang telah dimainkan dahulu dikekalkan keputusannya. o Sekiranya berlaku gangguan perlawanan melebihi 4 jam, maka keseluruhan perlawanan akan dimainkan semula. BANTAHAN/ RAYUAN o Mengikut Peraturan AM MASUM, perkara (13.0 dan 15.0) PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN o Sila rujuk Peraturan AM MASUM, perkara (21.0)

TANGGUNGJAWAB PENGURUS PASUKAN o Pengurus Pasukan adalah bertanggungjawab untuk mengawal ahli-ahli pasukannya dengan sepenuhnya supaya mematuhi segala syarat-syarat yang dikenakan kepada para peserta bagi melicinkan perjalanan pertandingan ini. Jawatankuasa pengelola pertandingan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan atau kecederaan atau kerugian para peserta sepanjang pertandingan ini.

o Keputusan penganjur adalah muktamad.