Anda di halaman 1dari 2

PENGERUSI,

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,


SJK (T) DESA CEMERLANG,
81800 ULU TIRAM, JOHOR.

TEL : 07-8612424
FAX : 07-8619120

_______________________________________________________________________
_
11.03.2011
KEPADA,
YB/ DATO / DATIN / DR / TUAN / PUAN / CIK
MEMOHON SUMBANGAN / TAJAAN KEWANGAN BAGI MAJLIS JAMUAN
AMAL SJK (T) DESA CEMERLANG
Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bagi kami dari SJK (T) Desa Cemerlang adalah
sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang semakin berkembang dari segi populasi,
pencapaian akademik dan ko akademik. Sekolah ini semakin di kenali dan disegani
disebabkan oleh pencapaian prestasi akademik yang semakin positif.
2.
Untuk makluman YB / Dato/ Datin / Dr/ Tuan / Puan/ Cik kami Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SJK (T) Desa Cemerlang akan mengadakan satu Jamuan Amal 2011
pada ketetapan berikut :
Tarikh : 18 Jun 2011 (SABTU)
Masa : 7.30 Malam
Tempat : Dewan Serbaguna, Johor Jaya.
3.
Oleh yang demikian, kami PIBG SJK (T) Desa Cemerlang dengan rasa rendah
diri memohon jasa baik pihak YB / Dato/ Datin / Dr/ Tuan / Puan/ Cik dapat membeli
kad jemputan untuk menjayakan majlis jamuan amal ini. Butiran Kad jemputan seperti
berikut :
i. RM 200 (Satu Kerusi) - RM 2000.00 (Satu Meja)
ii. RM 300 (Satu Kerusi) - RM 3000.00 (Satu Meja)
iii. RM500 (Satu Kerusi) - RM 5000.00 (Satu Meja)
4.
Kami amat berharap sumbangan ini dapat membantu pihak sekolah untuk
meningkatkan prestasi akademik, ko kurikulum, sukan dan kebudayaan SJK (T) Desa
Cemerlang secara berterusan dan berkekalan. Semoga sumbangan YB / Dato/ Datin /
Dr/ Tuan / Puan/ Cik menjadi pemangkin kegemilangan sekolah kami. Kami menghargai
segala sumbangan YB / Dato/ Datin / Dr/ Tuan / Puan/ Cik.
5.
Sekian sahaja untuk makluman dan perhatian YB / Dato/ Datin / Dr/ Tuan /
Puan/ Cik. Segala Kerjasama yang telah dan akan di berikan kami dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih. Semoga Tuhan akan membalas segala jasa baik YB / Dato/ Datin /
Dr/ Tuan / Puan/ Cik.

PROGRAM PROGRAM YANG AKAN DIANJURKAN OLEH PIHAK SEKOLAH.


1. Kelas Tambahan
2. Program Motivasi (PDP) 3 hari 2 malam
3. Program Motivasi Guru
4. Program Motivasi Ibubapa
5. Progaram Sehari Bersama Pelajar
6. Bengkel Teknik Menjawab Soalan
7. Bengkel Teknik Belajar
8. Program Kegemilangan UPSR
9. Science Fair
10. Sukan
11. RIMUP

Anda mungkin juga menyukai