Anda di halaman 1dari 19

ASAS KEPIMPINAN DALAM REKREASI DARAT

PENGENALAN & ETIKA SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN REKREASI DARAT

DEFINISI KEPIMPINAN REKREASI DARAT

Kepimpinan adalah suatu proses menggerakkan sekumpulan


manusia menuju kepada suatu yang telah ditetapkan melalui dorongan yang tidak memaksa. Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia untuk memenuhi kehendak jangka panjang.

"Aktiviti untuk mempengaruhi individu supaya berusaha secara


sukarela untuk mencapai objektif kumpulan dan organisasi."(Jaafar Muhammad).

"Kepimpinan ialah proses mempengaruhi individu dan kumpulan


untuk mencapai sesuatu matlamat".

KEPENTINGAN KEPIMPINAN DALAM REKREASI DARAT

Pemimpin / Jurulatih yang efektif dapat mempengaruhi atau


menguasai organisasi / kumpulannya

Pemimpin / Jurulatih yang efektif penting kerana ia boleh


menaikkan semangat, menyelesaikan masalah, pencetus idea dan dapat mendorong kumpulan ke arah pencapaian objektif

Stail kepimpinan jurulatih dapat mencorakkan atau


mempengaruhi kumpulannya

Personaliti & stail kepimpinan jurulatih boleh memberi kesan ke


atas prestasi & kepuasan ahli kumpulan.

CIRI-CIRI KEPIMPINAN REKREASI DARAT


1. JUJUR 4. DISIPLIN

Seseorang jurulatih perlulah jujur ketika mengendalikan kumpulan aktiviti rekreasi darat. Jujur ketika menyampaikan maklumat dan ketika berurusan dengan peserta haruslah dijadikan amalan. Amanah ketika menjalankan tugas adalah perkara yg wajib. Terutamanya yang melibatkan pengurusan kewangan dan penjagaan barangbarang peserta ataupun pengendalian peralatan-peralatan rekreasi Bertanggungjawab ke atas semua perkara adalah keperluan bagi seorang jurulatih. Sifat tanggungjawab boleh membuatkan seseorang jurulatih itu menghargai semua perkara dari semua aspek.

Tahap disiplin yang tinggi amat diperlukan di dalam diri seorang jurulatih. Jurulatih yang tidak berdisiplin tidak akan dapat mengawal disiplin ahli kumpulannya. Minat yang tinggi terhadap aktiviti rekreasi dan selok belok kepimpinan amat penting supaya sesorang jurulatih itu dapat menjiwai setiap tugas yang dilakukan dan memberikan yang terbaik. Menepati masa adalah salah satu kunci kejayaan sesuatu aktiviti rekreasi. Apabila sesuatu aktiviti itu tidak ditepati masanya ia boleh mengganggu perjalanan aktiviti yang menyebabkan kerugian masa, objektif tidak tercapai dan boleh menimbulkan konflik.

5. MINAT

2. AMANAH

6. MENEPATI MASA

3. BERTANGGUNGJAWAB

CIRI-CIRI KEPIMPINAN REKREASI DARAT


7. KEPIMPINAN 10. PROFESIONAL

Sifat kepimpinan atau seorang ketua yang membimbing amat penting bagi memastikan sesuatu kumpulan rekreasi itu mencapai target objektif. Seorang ketua yang baik ialah dimana beliau dihormati kerana kepimpinannya.

Jurulatih perlulah bersikap profesional dalam mengendalikan setiap aktiviti dan situasi. Ia perlu dikaitkan dengan konsep kejujuran

8. KOMUNIKASI

Seorang jurulatih perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi. Teknik komunikasi adalah berbeza mengikut situasi, aktiviti yang dijalankan, jenis peserta yang dikendali, jenis aktiviti dan suasana yang ingin dicetuskan.

9. PENYELESAIAN MASALAH

Kemahiran menyelesaikan masalah adalah penting bagi seorang jurulatih. Setiap masalah atau konflik yang timbul perlulah diselesaikan dgn teknik yang betul dan paling berkesan.

TEKNIK-TEKNIK ASAS KEPIMPINAN REKREASI DARAT

Salah satu teknik-teknik asas kepimpinan rekreasi darat ialah kemahiran menyampaikan taklimat.

Briefing : Taklimat yang diberikan sebelum memulakan aktiviti rekreasi darat. Debriefing : Taklimat yang diberikan selepas melakukan aktiviti rekreasi darat.
Penyampaian taklimat yang betul adalah penting kerana faktor-faktor berikut : Bagi mendapatkan perhatian dan rasa hormat peserta terhadap jurulatih. Bagi menyampaikan prosedur aktiviti dan tatacara penggunaan peralatan Bagi menyampaikan faktor-faktor risiko disepanjang aktiviti Bagi memastikan peserta tahu objektif aktiviti dijalankan. Bagi memperkenalkan jurulatih lain yang terlibat disepanjang aktiviti. Bagi menyampaikan jadual perjalanan aktiviti.

TEKNIK-TEKNIK ASAS KEPIMPINAN REKREASI DARAT


BRIEFING - Cara Melakukan Taklimat Untuk Memulakan Aktiviti

Bersedia dengan maklumat yang hendak disampaikan

Pastikan semua peserta telah berkumpul dan mengambil tempat.


Memberi ucap selamat. Pastikan peserta memberikan tumpuan Teruskan dengan memberi taklimat bagi memulakan aktiviti Memperkenalkan jurulatih lain yang terlibat jika ada.

Pengenalan kepada aktiviti yang akan dijalankan


Memperkenalkan peralatan dan cara menggunakan peralatan secara praktikal. Melibatkan peserta ketika memberi penerangan secara praktikal Menggunakan nada serius ketika menyampaikan maklumat yang berkaitan keselamatan dan risiko-risiko yang berkemungkinan dihadapi. Menggunakan nada galakkan bagi memberi motivasi kepada peserta untuk melakukan aktiviti tersebut. Menerangkan objektif aktiviti tersebut. Membuat penutup kepada taklimat.

TEKNIK-TEKNIK ASAS KEPIMPINAN REKREASI DARAT


DEBRIEFING - Cara Melakukan Taklimat Selepas Melakukan Aktiviti

Pastikan semua peserta telah berkumpul dan mengambil tempat. Pastikan peserta memberikan tumpuan Memberi arahan agar mengumpulkan peralatan yang terlibat jika ada. Teruskan dengan memberi taklimat selepas melakukan aktiviti. Menerangkan tentang objektif yang telah dicapai atau tidak capai Memberi penerangan mengapa objektif tidak dicapai Bertanya khabar atau keadaan peserta selepas melakukan aktiviti. Memberi peluang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman & pendapat Memberi teguran & nasihat untuk perkara yang sepatutnya tidak dilakukan ketika aktiviti. Memberi ucap tahniah kepada peserta walaupun objektif tidak dicapai dan menggalakkan peserta untuk terus bergiat di dalam aktiviti rekreasi. Menerangkan secara ringkas aktiviti yang akan dijalankan selepas itu.

Membuat penutup.

KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO

Mengikut Kamus Dewan, (edisi ketiga, mukasurat 1143), Risiko didefinisikan sebagai kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian. Risiko didefinisikan sebagai kemungkinan kerugian, kemalangan, kelemahan dan keruntuhan dan pengurusan risiko pula didefinisikan sebagai pengurusan menyeluruh yang proaktif dalam aktiviti bagi sesuatu program dan kemungkinan menerima kegagalan dalam program berkenaan (Simmons, 1998). Pengurusan risiko ialah proses menggunakan analisis risiko untuk membuat keputusan bagi mencapai objektif bagi sesuatu projek dengan menerima sebahagian daripada risiko (Powell dan Klien,1996). Pengurusan risiko bagi aktivti rekreasi adalah amat penting kerana secara kasarnya semua aktiviti rekreasi darat mempunyai risikonya yang tersendiri kerana ia melibatkan penggunaan fizikal dan direct contact dengan alam semulajadi.

KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO

KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO


Pengenalpastian Risiko

Sebagai seorang jurulatih rekreasi, anda perlulah mahir dalam


pengenalpastian risiko yang berkemungkinan akan terjadi semasa aktiviti dijalankan.

Pengenalpastian risiko boleh dilakukan dengan cara-cara berikut : Membuat lawatan awal terlebih dahulu di sesuatu lokasi. Membuat kajian risiko-risiko yang pernah terjadi di sesuatu lokasi atau
aktiviti.

Mendapatkan maklumat dari komuniti setempat. Membawa tenaga pakar ke lokasi-lokasi terpilih untuk pengenalpastian. Pengenalpastian risiko juga bukan sahaja tertumpu kepada lokasi & aktiviti
tetapi juga mengambilkira jumlah peserta, umur peserta, jantina dan latarbelakang peserta.

KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO


Penilaian Risiko

Penilaian risiko akan dilakukan selepas pengenalpastian risiko. Penilaian risiko dilakukan bagi mengenalpasti tahap risiko yang
kemungkinan akan terjadi.

Terdapat 3 tahap risiko yang asas iaitu :


Tahap rendah : aktiviti boleh dijalankan dengan memastikan peraturan & keselamatan diutamakan
Tahap sederhana : aktiviti boleh dijalankan tetapi perlu dibuat pengubahsuaian bagi mengurangkan risiko. Tahap tinggi : aktiviti tidak digalakkan untuk dijalankan kerana dikhuatiri akan mendatangkan bahaya kpd nyawa.

KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO


Pengubahsuaian Tahap Risiko

Bagi aktiviti yang telah dikenalpasti dan kategori-kategori risikonya, maka pengubahsuaian tahap risiko perlu dijalankan. Pengubahsuaian tahap risiko boleh dilakukan dengan mengubah perkara-perkara seperti berikut : Mengubah tahap kesukaran aktiviti kepada yang lebih senang contohnya memendekkan jarak jungle tracking. Mengecilkan jumlah peserta dalam setiap kumpulan atau menambah jumlah jurulatih untuk mengawal aktiviti & keselamatan peserta. Menukar jenis aktiviti yang akan dijalankan kepada aktiviti lain yg bersesuaian.

Pengubahsuaian tahap risiko hanya boleh dilakukan kepada faktor atau rancangan yg dibuat oleh manusia. Namun jika ia melibatkan faktor alam sekitar tahap risiko tetap wujud.

KEMAHIRAN PENGURUSAN RISIKO


Pelan Pengurusan Risiko Yang Sesuai

Setiap program rekreasi darat memerlukan pelan pengurusan risiko yang


sesuai.

Salah satu pelan pengurusan risiko merupakan mempunyai pelan


kontigensi. Pelan kontigensi merupakan alternatif jadual atau aktiviti lain jika jadual atau aktiviti yang asal tidak dapat dijalankan.

Pelan pengurusan risiko juga melibatkan pelan kecemasan jika berlaku


kemalangan yang tidak diingini.

Pelan pengurusan risiko juga melibatkan faktor peserta, jurulatih, cuaca,


aktiviti, peralatan, lokasi dan pengangkutan.

PERMAINAN INTERAKTIF & PERMAINAN PENGURUSAN


Permainan interaktif & permainan pengurusan merupakan salah satu
aktiviti yang boleh dijalankan ketika program rekreasi darat. Permainan yang dimaksudkan ini bukanlah berbentuk sukan atau permainan rakyat. Permainan ini lebih tertumpu kepada penggunaan kognitif (akal fikiran) dan psikomotor atau pergerakan refleks terhadap sesuatu rangsangan. Permainan ini sering dijalankan sebelum bermulanya sesuatu aktiviti utama dan waktu senggang. Permainan ini bukan sahaja sesuai dijalankan untuk program rekreasi darat, tetapi ia turut sesuai dijalankan untuk bengkel-bengkel pengurusan dan ketika aktiviti ice breaking.

PERMAINAN INTERAKTIF & PERMAINAN PENGURUSAN


Peranan & Fungsi Permainan

Permainan interaktif berfungsi untuk mendapatkan perhatian atau tumpuan peserta rekreasi darat. Permainan ini mampu mengasah kognitif atau akal fikiran, deria manusia dan tindakan refleks peserta terhadap ransangan atau provokasi. Permainan ini juga mampu memupukkan semangat kerjasama di dalam kumpulan dan membuatkan peserta semakin erat. Oleh itu ia sering dijalankan ketika ice breaking. Permainan ini juga mampu membuatkan peserta terhibur dan seterusnya mengurangkan tekanan peserta. Permainan ini juga berfungsi sebagai indikator kepada jurulatih untuk melihat tahap kepekaan dan pengurusan peserta. Setiap permainan interaktif mempunyai objektifnya yang tersendiri seperti:

Supaya setiap peserta mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat
Supaya jurulatih dapat mengenalpasti tahap kepekaan , leadership dan kelemahan peserta secara tidak langsung. Supaya peserta terhibur dan tenang selepas atau sebelum melakukan aktiviti yang mencabar atau extreme. Supaya dapat memastikan yang peserta sentiasa memberikan tumpuan yang sepenuhnya disepanjang aktiviti dijalankan.

Supaya menaikkan semangat berkumpulan .


Sebagai aktiviti kontigensi jika sesuatu aktiviti tidak dapat dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan diatas sebab-sebab teknikal.

PERMAINAN INTERAKTIF & PERMAINAN PENGURUSAN


Pengurusan Permainan Interaktif Pengurusan permainan interaktif adalah bergantung kepada jenis
permainan.

Permainan interaktif untuk rekreasi darat selalunya dijalankan di dalam


bentuk kumpulan bukannya secara individu.

Persediaan untuk menjalankan aktiviti ini adalah bergantung kpd jenis


permainan sama ada yang memerlukan peralatan, bahan ataupun tidak.

Jurulatih perlulah mahir dengan permainan yang akan dikendalikan, kerana


beliau menerangkan kepada peserta bagaimana permainan ini akan berjalan.

Jumlah jurulatih yang terlibat pula adalah bergantung kpd jenis permainan
dan jumlah peserta yang terlibat.

PERMAINAN INTERAKTIF & PERMAINAN PENGURUSAN

PERMAINAN INTERAKTIF & PERMAINAN PENGURUSAN