Anda di halaman 1dari 72

PENSEJARAHAN MALAYSIA WACANA KARYA-KARYA AGUNG / UTAMA

HAZMAN BIN AZHAR ILYA ADIRA BINTI JAININ HAINI SYAFIKA BINTI SHAHARUDIN NURUL IZZAH SYAZWANI BINTI MD REDZON

KEUNIKAN KARYA-KARYA AGUNG seperti :


1. 2. 3. HIKAYAT ABDULLAH TUHFAT AL- NAFIS SEJARAH MELAYU

Dari aspek berikut : Pembinaan jati diri bangsa Pembentukan masyarakat Kritikan sosial Pendidikan Pemikiran Peranan wanita

ASPEK

SEJARAH MELAYU
Masyarakat yang berpegang teguh kepada ikatan daulat Masyarakat yang berasimilasi dengan Islam Sistem politik piramid Sistem Menteri yang Empat Masyarakat berdagang

HIKAYAT ABDULLAH
Masayarakat yang tawaduk Masayarakat yang mementingkan pendidikan

TUHFAT ALNAFIS
Tiada

Pembinaan jati diri bangsa

Pembentukan masyarakat

Masayarakat yang Masyarakat pentingkan pendidikan bugis Masayarakat yang berdikari Masayarakat yang pentingkan kesihatan Masayarakat yang bersikap adil Masayarakat yang memberi kepercayaan serta menghormati guru

ASPEK

SEJARAH MELAYU

HIKAYAT ABDULLAH
Kritikan terhadap raja-raja melayu. Masyarakat tengaruh dengan budaya dan kepercayaan hindubuddha Masyarakat terpengaruh dengan kepercayaan karut Masyarakat yang mundur

TUHFAT ALNAFIS
Kaum Melayu

Kritikan sosial

Sikap terburuburu Raja Hawa nafsu Raja yang buruk Pembesar yang belot


Pendidikan Islam oleh ulama Arab Kitab Darul Manzum

Pendidikan

Masyarakat yang mempunyai latar belakang pendidikan agama. Masyarakat yang pentingkan ilmu pendidikan.

Tiada

ASPEK

SEJARAH MELAYU Mitos dan mistik dalam pemikiran orang Melayu Kebijaksanaan tokoh dalam pelbagai peristiwa

HIKAYAT ABDULLAH
Kepentingan membaca hikayat-hikayat klasik melayu Kepentingan membaca hikayat-hikayat klasik melayu Propenjajah

TUHFAT ALNAFIS
Bugis Centric

Pemikiran

Putri Syahrul Peranan wanita Bariyah, anak Raja Kida Hindi Bonda Sultan Mahmud Syah Puteri Hang Li Po

Kaum kerabat Tiada diraja mempunyai kuasa autonomi. ii. Golongan bawahan perlu taat setia kepada golongan atasan

1. PEMBINAAN JATI DIRI BANGSA: a) MASAYARAKAT YANG


TAWADUK

CONTOH 1 :

..SAMBUNGAN..

Setelah enam tujuh bulan aku duduk menulis- dibetulkan perkataan yang silap aku sudah boleh menulis al-Quran dan kitab dengan betul. Setelah dilihatnya aku boleh menulis al-Quran, kata bapaku Ada satu kitab bahasa Melayu dan bahasa Arab, cukup bagus. Salin kitab itu. Kusalin kitab itu sehingga selesai. Orang yang melihat kitab salinanku itu mengatakan tulisanku baik, tetapi bapaku tidak pernah memuji aku. Katanya Lihat tulisanmu, seperti cakar ayam, membuang-buang kertas sahaja! Budak-budak kecil pun boleh menulis seperti ini! Tidak ada satu pun yang baik. Sekarang aku sedar tujuan bapaku. Dia tidak mahu memuji aku, bimbang aku jadi besar kepala dan congkak kerana kepandaian dan ilmu itu.

1. PEMBINAAN JATI DIRI BANGSA: b) MASAYARAKAT YANG


MEMENTINGKAN PENDIDIKAN

CONTOH 1 :

..SAMBUNGAN..

Kadang-kadang aku terfikir, apakah gunanya hidupku ini? Setiap hari tidak boleh senang, duduk belajar sahaja, tidak boleh bermain dan bertemu dengan kawan-kwan. Aku pun menangis dan bermuka masam. Kata ibuku :Apa yang membuatkan engkau susah hati? Jwabku, Setiap hari bapa menyuruh saya belajar, lepas satu, satu. Tidak boleh senang. Saya tidak dibenarkan bergaul dengan kawankawan, rasanya seperti duduk dalam kubur. Siang malam asyik kerja sahaja.

..SAMBUNGAN..

Setelah mendengar kata-kataku, dipeluknya leherku dan dicium mukaku. Katanya Anak, belum sampai fahammu. Sekarang, engkau belum tahu gunanaya ilmu itu. Kemudian hari kelak, engkau akan tahu gunanya ilmu dan kasih ibu bapa terhadap anaknya. Bukankah engkau ini anakku yang seorang? Jika engkau tidak tahu mengaji dan menulis, iaitu pekerjaan anak orang baik-baik, setelah engkau besar kelak, engkau akan sesalkan kami kerana tidak mengajari perkara yang baik. Kelak, barulah engkau tahu ilmu itu rasnya lebih manis daripada madu. Pada masa itu barulah engkau memuji kami. Jika kami tinggalkan banyak harta untukmu, kalau tiada untung, akan habis harta tersebut. Ilmu yang baik akan berkekalan sehingga mati. Benar kata-kata ibuku. Sekarang barulah aku rasa manisnya ilmu itu, lebih daripada itu.

1. PEMBENTUKAN MASAYARAKAT: a) MASAYARAKAT YANG


PENTINGKAN PENDIDIKAN

CONTOH 1 :

..SAMBUNGAN..

Nenek kepada Abdullah Kadir telah menekankan kepentingan pendidikan dengan memberikannya barang permainan seperti kalam resam, satu papan loh dan dakwat beras. Katanya inilah barang permainan engkau. Aku pukul jika engkau bermaian tanah ataupun bermain di tengah panas.

CONTOH 2 :

..SAMBUNGAN..

Hukuman dikenankan kepda kanak-kanak yang malas mengaji. Mereka ini dikenakan hukuman seperti diasapkan sabut kering banyak-banyak kemudian di-tonggengkan budak itu di atas asap. Ada pula, yang membubuh lada cina kering dalam sabut tersebut. (Menyebabkan keluar air mata dan air hidung).

CONTOH 3 :

..SAMBUNGAN..

Hukuman kepada kanak-kanak yang tidak datang mengaji, memanjat pokok ataupun menendang kawankawannya. Caranya ialah dimasukkan kedua-dua belah kakinya ke dalam tali (kayu palat) itu diputar ke atas kemudian disesah tapak kakinya. CONTOH 4 : Hukuman kepada budak-budak yang jarang-jarang datang mengaji, selalu berkelahi atau tidak mendengar kata ibu bapanya dan lambat belajar. Carnya, dikuncikan rantai di punggungnya dan disuruh memikul kayu itu berkeliling tempat mengaji.

1. PEMBENTUKAN MASAYARAKAT: b) MASAYARAKAT YANG


BERDIKARI

CONTOH 2 :

..SAMBUNGAN..

Selepas Abdullah bin Abdul Kadir mengaji, beliau akan membuat layang-layang lidi kecil dan menjual kuih untuk membeli buahbuahan dan peganan.

1. PEMBENTUKAN MASAYARAKAT: c) MASAYARAKAT YANG


PENTINGKAN KESIHATAN

CONTOH 1 :

..SAMBUNGAN..

Ayah kepada Abdullah Kadir telah menasihatinya agar tidak menulis al-Quran pada waktu malam. Katanya Jangan biasakan menulis waktu malam, nanti cepat rosak mata. Waktu siang pon jangan bertekun sangat. Engkau budak-budak, takut jadi penyakit nanti.

1. PEMBENTUKAN MASAYARAKAT: d) MASAYARAKAT YANG BERSIKAP


ADIL

CONTOH 1 :

..SAMBUNGAN..

Hukuman boleh dilakukan oleh guru-gurunya di tempat mengaji. Jika anak raja ataupun anak orang kaya melakukan kesalahan, dia boleh dipukul oleh gurunya di tempat mengaji. Walaupun sampai berdarah, guru itu tidak boleh didakwa kerana tujuannya baik iaitu untuk mengajar.

1. PEMBENTUKAN MASAYARAKAT: e) MASAYARAKAT YANG MEMBERI


KEPERCAYAAN SERTA MENGHORMATI GURU

..SAMBUNGAN..

CONTOH 1 :
Apabila seseorang itu menghantar anaknya mengaji, ibu bapanya akan berjumpa gurunya dengan membawa sirih secerana dan penganan sedulang. Katanya Tuan, saya minta dua perkara sahaja. Pertama, biji mata budak ini dan kedua, kaki tangannya, janganlah dipatahkan. Lain daripada itu, terserah kepada tuanlah. Disuruhnya anaknya itu menyembah kaki gurunya. Kemudian guru itu membacakan doa selamat.

2. KRITIKAN SOSIAL:
a) KRITIKAN TERHADAP RAJARAJA MELAYU.

..SAMBUNGAN..

CONTOH 1 : Digambarkan bagaimana Sultan Hussein Syah yang tertipu kepada helah Inggeris kerana mahukan sejumlah wang sebagai habuan dan gaji bulanan bersama temenggung.

CONTOH 2:

..SAMBUNGAN..

Sikap sultan dan kaum kerabatnya : Sultanah yang membunuh dan menyeksa dengan sewenang-wenangnya hamba abdi perempuan yang ada rupa(cantik) kerana cemburu. Ini kerana risau dijadikan oleh Sultan Hussain Syah sebagai gundik.

CONTOH 3 : Lebih jelas lagi apabila Abdullah mengungkapkan sikap raja-raja Melayu dan kerabatnya dengan katanya : Setelah Sultan Mahmud mangkat, entah dari mana datangnya, dalam dua tiga hari singgahlah dua tiga orang anak raja di Padang. Setelah sampai di pantai, disuruhnya orang membawa tombaknya ke darat untuk meminta beras, ayam, dan barangbarang lain yang dikehendakinya. Kasihan orang Padang kerana kebodohannya. Apabila mereka nama raja atau anak raja, dihormatinya seperti Allah. Dengan gementar tulangnya, mereka serahkan sebarang kehendaknya tanpa bayaran. Sepuluh lima belas hari kemudian, datang pula empat lima anak-anak raja. Mereka pun meminta juga. Ada yang naik sendiri ke darat. Barang yang ditemuinya diambil seperti barang sendiri. Mereka seperti penyamun.

..SAMBUNGAN..
"Tuan punya harta hanya terkelip-kelip matanya, bodoh sebab takut pada nama anak raja. Diam sahaja. Anak raja yang tidak tahu malu dan takut kepada Allah dan makhluk kerana makan barang haram, berbuat sesuka hatinya.

Ada pula kelakuan seperti binatang, mengejar dan memperkosa anak-anak perempuan. Setelah itu mereka belayar. Kemudian datang pula yang lain. Kehendak mereka tidak boleh dilawan. Jika dilawan, akan dibunuh dan rumah dibakar. Pokok-pokok kelapa mereka habis ditebang untuk umbutnya. Demikianlah mereka membinasakan hamba Allah dengan zalim dan aniaya.

..SAMBUNGAN..
Mereka meninggalkan kampung halaman dan sawah ladang yang porak-parik, membawa diri ke tempat lain. Ada yang menjadi hamba orang, beribu-ribu orang, bertaburan sepanjang tempat. Kampung-kampung itu tinggal menjadi hutan rimba tempat gajah dan harimau sekarang ini. Tidakkah mereka sedar segala kezaliman dan aniaya mereka itu akan dibalas oleh Allah? Ada satu lagi perkara pelik kedengaran. Ada raja yang membuat satu adat, bukannya adat orang Islam atau adat bangsa-bangsa lain di dunia, melainkan adat Iblis ataupun adat hawa nafsu yang jahat. Raja-raja itu mengambil anakanak dara orang kebanyakan untuk dijadikan gundik dengan paksa, tiada reda perempuan itu, apalagi ibu bapanya.

..SAMBUNGAN.. Dengan paksa perempuan itu dibawa ke rumahnya. Dipanggilnya khatib atau lebai-lebai yang bebal dalam hukum agama Islam dan tamakkan upah. Disuruh oleh raja nikahkan perempuan itu dengan keris raja. Adakah nikah itu sah?

"Oleh sebab itu, banyaklah lahir anak haram. Kelakuan rajaraja itu seperti iblis yang tidak takutkan Allah dan rasul, dan tiada malu kepada makhluk. Tidakkan patut perbuatan zalim dan aniaya itu dibalas oleh Allah dengan bala-Nya? (Rujuk: Hikayat Abdullah edisi semi klasik adaptasi oleh Hamzah Hamdani, 2007: 330-338)

2. KRITIKAN SOSIAL : b) MASYARAKAT TENGARUH DENGAN BUDAYA DAN KEPERCAYAAN HINDUBUDDHA

..SAMBUNGAN..

Masyarakat tengaruh dengan budaya dan kepercayaan Hindu-Buddha yang terlebih dahulu bertapak di kepulauan Nusantara. Turut mempengaruhi bentuk dan simbolsimbol dalam penulisan/ penceritaan hikayat sebelum kedatangan Islam.

..SAMBUNGAN..

CONTOHNYA
Semasa Hindu-Buddha menjadi agama umum di Nusantara kebanyakan hikayat adalah berkisarkan kepada kesaktian dan kejaiban kuasa para dewa dan dewi. Ia juga menggagaskan konsep raja sebagai dewa di bumi atau anak kepada dewa itu sendiri. Apabila Islam datang, para pendakwah Islam termasuk para Wali Songo menggunakan cara yang berhikmah dalam mengambil hati masyarakat Nusantara. Antara cara yang digunakan dengan mengasimilasikan dakwah Islam dengan adat, budaya dan kesenian termasuk sastera yang sedia ada seperti Hikayat Amir Hamzah.

2. KRITIKAN SOSIAL : C ) MASYARAKAT TERPENGARUH DENGAN KEPERCAYAAN KARUT

..SAMBUNGAN..
CONTOH 1 : Ibu bapa Abdullah Bin Abdul Kadir percaya bahawa untuk mengubati penyakit yang dialaminya itu, maka mereka perlu menjualnya kepada orang yang banyak anak. CONTOH 2 : Percaya nama budak itu terlalu besar , kononnya mendatangkan penyakit atau kematian. *Semuanya itu adalah karut tapi oleh sebab ibu bapa sangat kasihkan anaknya, maka, mereka turutkan adat itu jugak.

3. KRITIKAN SOSIAL : a) MASYARAKAT YANG MUNDUR

CONTOH 1 :

..SAMBUNGAN..

Aku berasa sedih apabila mengenangkan hal orang Melayu yang masih belum insaf mengenai kemunduran mereka, kerana mereka tidak mahu belajar bahasanya sendiri dan tidak mahu menyediakan tempat untuk belajar bahasanya. Adakah orang yang tiada belajar itu akan pandai sendiri? Bukankah segala bangsa di dunia ini belajar bahasanya sendiri? Kata mereka, Apakah gunanya belajar, bukankah itu bahasa kita? Gunanya di dunia sahaja. Lebih baik bahasa Arab, berguna di dunia dan akhirat. Hal itu benar, tapi bagaimana boleh mengetahui bahasa sendiri terlebih dahulu? Mereka berkata-kata, berjual beli, berkirim dan membalas surat, semuanya dalam bahasa Melayu. Belum pernah aku melihat, sama ada orang Melayu ataupun peranakan. Yang menggunkan bahasa Arab sewaktu berniaga, membuat kira-kira dan berkirim serta membalas surat, melainkan dalam sembahyang dan berdoa sahaja.

3. PENDIDIKAN :
a) MASYARAKAT YANG MEMPUNYAI
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN AGAMA.

..SAMBUNGAN..

CONTOH 1 :
Sepanjang membaca Hikayat Abdullah, beliau tidak lekang melafazkan doa dan bertasbih, kadang-kadang mengungkap kata-kata tazkirah dan tazkiatun nafs yang memperlihatkan betapa beliau adalah seorang Muslim yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang kuat selain berpegang teguh dengannya.

..SAMBUNGAN..
CONTOH 2 : Ayah kepada Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi telah khatam mengaji al-Quran di samping mengajar orang di Hulu Melaka mengenai mengaji, sembahyang dan ilmu agama Islam. Selain itu, ayahnya telah dilantik menjadi khatib.

..SAMBUNGAN..
CONTOH 3 : Setelah datangnya seorang Arab ke Melaka ( Habib Abdullah - Aulia), semua masyarakat di Melaka belajar agama Islam daripadanya. CONTOH 4 : Nenek perempuan sebelah ayah Abdullah Abdul Kadir telah mengajar anak-anak kampung belajar mengaji al-Quran dan ilmu-ilmu lain seperti menulis, membuat surat dan bahasa Melayu mengikut kehendak masing-masing.

3. PENDIDIKAN :
b) MASYARAKAT YANG PENTINGKAN ILMU PENDIDIKAN.

..SAMBUNGAN..

CONTOH 1 :
Nenek kepada Abdullah Kadir telah menekankan kepentingan pendidikan dengan memberikannya barang permainan seperti kalam resam, satu papan loh dan dakwat beras. Katanya inilah barang permainan engkau. Aku pukul jika engkau bermaian tanah ataupun bermain di tengah panas. Aku takut hendak pergi ke mana-mana, jadi aku duduklah menconteng-conteng papan loh itu dengan kalam dakwat. Setelah papan itu penuh dengan dakwat, nenekku menyuruh anak muridnya membasuh dan menjemurnya. Setelah kering, kuconteng-conteng lagi. Itulah kerjaku sehari-harian disuruh oleh nenekku sebelum aku mengenal huruf.

CONTOH 2 :

..SAMBUNGAN..

Hukuman dikenankan kepda kanak-kanak yang malas mengaji. Mereka ini dikenakan hukuman seperti diasapkan sabut kering banyak-banyak kemudian di-tonggengkan budak itu di atas asap. Ada pula, yang membubuh lada cina kering dalam sabut tersebut. (Menyebabkan keluar air mata dan air hidung).

..SAMBUNGAN..

CONTOH 3 :
Setiap hari aku pergi mengaji di tempat belajar, dan pada sebelah malamnya aku diajar oleh bapaku di rumah. Banyak kali aku kena pukul dan tampar dan beberapa papan lohku pecah dihempaskan oleh bapaku ke kepalaku dan banyak rotan pecah-pecah di tubuhku. Demikianlah sukarnya untuk mendapatkan ilmu, akal, kepandaian dan pelajaran yang baik.

CONTOH 4 :

..SAMBUNGAN..

Aku wasiatkan nasihatku ini kepada kanak-kanak yang dibukakan Allah SWT mata hatinya. Jika sekiranya umurmu seribu tahun sekalipun, janganlah takut berbelanja untuk menuntut ilmu, kerana semua hamba Allah di dunia ini mahukan kebesaran, kemuliaan dan kekayaan. Tidak ada orang yang benci akan pekara tersebut. Dengan ilmulah akan diperolehnya. Jika engkau memiliki ilmu, engkau tidak akan terbuang ataupun dihinakan orang, sebaliknya dimuliakan. Ilmulah yang akan menolong engkau di dunia dan di akhirat.

CONTOH 5 :

..SAMBUNGAN..

Apabila dilihat oleh nenekku aku boleh membaca dan menulis, aku dilantik menjadi ketua semua kanak-kanak yang sebaya denganku. Tugasku ialah mendengar bacaan, mengajar dan menuliskan pada papan loh mereka. Setiap hari, siang dan malam, aku terus belajar. Setiap perkataan yang disebutkan orang, aku boleh mengeja dan menuliskannya.

CONTOH 6 :

..SAMBUNGAN..

Bapaku menyuruh aku mengulang-ulang bacaanku, sehingga dua puluh kali tamat. Aku hampir-hampir hafaz akan al-Quran. Kemudian bapaku mengarah engkau hendaklah pergi ke masjid setiap hari, dan mengaji dalam masjid selepas sembahyang Magrib. Beratus-ratus orang keluar masuk masjid. Sesiapa yang mendengar salah bacaanmu, tentu ditegurnya.

3. PEMIKIRAN : a) KEPENTINGAN MEMBACA HIKAYAT-HIKAYAT KLASIK MELAYU

..SAMBUNGAN.. Ketika itu aku suka membaca hikayat-hikayat kerana banyak faedah kuperoleh daripadanya. Di situlah aku menemui rahsia-rahsia bahasa Melayu. Kalau aku dengar ada orang menyimpan hikayat yang belum aku baca, sedaya mungkin aku akan meminjamnya ataupun menyewanya. Setelah habis kubaca, barulah aku pulangkan. Dari situlah aku mendapat kefahaman mengenai tempat hentian dan kuat perlahan dan sebagainya dalam bacaan. Pesanku kepada sekalian sahabat yang membaca kisahku ini, jika hendak pandai dalam bahasa Melayu, rajinlah membaca segala hikayat dalam bahasa Melayu. Di dalamnya tersembunyi perkara-perkara yang mulia yang tidak kita ketahui faedahnya sekarang. Kemudian hari kelak ia akan berguna apabila kita hendak mengarang, ataupun hendak menggunakannya.

..SAMBUNGAN.. Pada ketika itu barulah kita teringat bahawa kita pernah bertemu perkataan tersebut dalam kitab dan hikayat yang kita baca. Demikianlah gunanya dan maknanya. Dalam hal ini, jangan engkau salah faham. Kebanyakan hikayat itu aku tahu sebenarnya adalah karut belaka. Aku tidak meminta engkau percaya cerita-cerita itu. Namun biarlah ia tinggal sebagai cerita. Yang penting, pengarangnya itu orang yang pandai. Kita ambil kepandaian ilmunya itu. Apabila kita sudah mengetahui semua rahsia tersebut, bolehlah kita mengarang perkara yang kita kehendaki, iaitu kisah yang benar dan rencana yang baik. Apabila sudah kita tahu maknanya, maka bertambah baiklah karangan itu. Sudah terang lagi bersuluh.

..SAMBUNGAN..

"Namun ramai orang yang pandai membaca surat-surat dan hikayat-hikayat Melayu apabila ditanya makna sesuatu perkataan yang ada di dalamnya, mereka tidak dapat menjawab. Mereka tidak belajar tentang asalnya perkataan itu dan tidak mengetahui gunanya. Mereka hanya meniru-niru sahaja. (Rujuk: Hikayat Abdullah edisi semi klasik adaptasi oleh Hamzah Hamdani, 2007: 108-109)

3. PEMIKIRAN : b) PROPENJAJAH
Segelintir masyarakat menghukum beliau sehingga kepada murtad kerana beliau sangat propenjajah disebabkan : Beliau banyak membantu penjajah dalam membuat gerak kerja serta mengajar bahasa Melayu. Contohnya :

Hikayat-hikayat.

..SAMBUNGAN..

CONTOHNYA :

4. PERANAN WANITA : a) KAUM KERABAT DIRAJA MEMPUNYAI KUASA AUTONOMI

CONTOHNYA :
Sultanah sanggup membunuh dan menyeksa dengan sewenang-wenangnya hamba abdi perempuan yang ada rupa yakni cantik kerana cemburu. Ini kerana risau dijadikan oleh Sultan Hussain Syah sebagai gundik.

4. PERANAN WANITA : b) GOLONGAN BAWAHAN PERLU TAAT SETIA KEPADA GOLONGAN ATASAN

..SAMBUNGAN..

CONTOHNYA :
Ada raja yang membuat satu adat, bukannya adat orang Islam atau adat bangsa-bangsa lain di dunia, melainkan adat Iblis ataupun adat hawa nafsu yang jahat. Raja-raja itu mengambil anak-anak dara orang kebanyakan untuk dijadikan gundik dengan paksa, tiada reda perempuan itu, apalagi ibu bapanya. Dengan paksa perempuan itu dibawa ke rumahnya. Dipanggilnya khatib atau lebai-lebai yang bebal dalam hukum agama Islam dan tamakkan upah. Disuruh oleh raja nikahkan perempuan itu dengan keris raja. Adakah nikah itu sah? "Oleh sebab itu, banyaklah lahir anak haram. Kelakuan raja-raja itu seperti iblis yang tidak takutkan Allah dan rasul, dan tiada malu kepada makhluk. Tidakkan patut perbuatan zalim dan aniaya itu dibalas oleh Allah dengan bala-Nya? (Rujuk: Hikayat Abdullah edisi semi klasik adaptasi oleh Hamzah Hamdani, 2007: 330-338)

Wacana karya-karya agung/utama


Menganalis karya Tuhfat Al Nafis Raja Haji Ahmad dan Raja Ali Haji

PEMBENTUKAN MASYARAKAT: a) MASYARAKAT BUGIS

..SAMBUNGAN..

Raja Kecil merupakan orang Minangkabau yang ingin merebut kuasa sultan dari Sultan Abdul Jalil IV dan mengaku bahawa baginda adalah waris kepada Sultan Mahmud Shah II yang sah. Disebabkan Raja Kecil ini adalah bukan anak gahara,jadi baginda tidak disenangi oleh masyarakat Johor, oleh itu,Raja Sulaiman mencari inisiatif untuk menumbangkan pemerintahan Raja Kecil dengan meminta bantuan lima bugis Bersaudara. Pemerintahan Raja Kecil digantikan dengan pemerintahan Raja Sulaiman.

..SAMBUNGAN..

Pemerintahan Raja Sulaiman yang dibantu oleh kaum Bugis telah melahirkan masyarakat kaum Bugis di Tanah Melayu. Karya ini mengisahkan kedatangan orang Bugis yang dihubungkan dengan mitos bahawa orang Bugis di Tanah Melayu adalah berketurunan Nabi Sulaiman yang menikah dengan Puteri Balkis. Dibuktikan lagi dengan perkahwinan itu melahirkan seorang penguasa wanita yang bernama Sitti Mallangkaik,yang berkuasa di Selangi . Wanita itu kemudian menikah dengan Raja Bugis yang berkuasa di Luwuk.

..SAMBUNGAN..

Setelah Siti Mallangkaik melahirkan kesemua putera puterinya ,maka bergaul lah mereka dengan masyarakat Melayu. Dengan ini wujudlah pembentukan masyarakat Melayu Bugis. Contoh, syahadan adalah Siti Mallangkaik itu menjadi raja kerajaan di Selangi. Maka ialah bersuamikan raja bugis yang besarnya sekali di negeri Luwuk. Maka Siti Malangkaik inilah beranakkan Datuk Palingik inilah beranakkan Patotok,beranakkan Batara Guru,berannakkan Batara Lattuk,berannakkan Paduka Sawerigading,beranakkan La Galigo

..SAMBUNGAN..

Contohnya, syahadan adalah Paduka Sawerigading berdua putera La Galigo ini kisah yang masyhur di dalam beberapa hikayat bugis dan Melayu kerana Paduka Sawerigading itu mengembara bermain-main hingga sampai ke sebelah barat Melaka dan lainlainnya.Pada masa itu ialah anak raja yang tiada bandingnya pada kebesarannya dan gagah beraninya. Dengan ini dibuktikan anak kelahiran mereka telah bergaul dengan orang Melayu di Tanah Melayu sehingga telah membentuk masyarakat campuran Bugis.

KRITIKAN SOSIAL : a) KAUM MELAYU

..SAMBUNGAN..

Pengarang memberi anggapan yang negatif terhadap kaum Melayu Contoh, syahadan apabila dilihat oleh sesetengah suku-suku sebelah Melayu hal yang demikian itu,maka terbakarlah hatinya oleh api hasad yang tertanam di dalam hatinya . Selain itu ,pengarang cuba menyatakan bahawa suku kaum Melayu ada menyimpan perasaan dengki terhadap kaum Bugis yang dikatakan rapat dan baik dengan Sultan Sulaiman. Pengarang menyatakan bahawa kaum Melayu tidak baik.

..SAMBUNGAN..

Dibuktikan apabila pengarang menyatakan kaum Melayu termasuk Raja Terengganu dikatakan membuat fitnah terhadap kaum Bugis untuk menghalau mereka daripada terus tinggal di Johor Riau. Pengarang lebih meningkatkan imej orang bugis berbanding kaum di Tanah Melayu dengan cara memuliakan kaum bugis berbanding dengan kaum lain di Johor Riau. Serta dibuktikan lagi bahawa pengarang menceritakan tentang pemeriksaan terhadap fitnah yang dilakukan adalah palsu semata-mata.(ingin menunjukkan kaum Melayu menyebarkan fitnah kepada orang bugis)

PEMIKIRAN : a) BUGIS CENTRIC

..SAMBUNGAN..

Disebabkan karya Tuhfat Al Nafis adalah ditulis oleh pengarang yang berketurunan bugis Jadi karya nya adalah berpasakkan Bugis Centric Pengarang bersifat antagonis terhadap suku kaum Melayu dan suku kaum Minangkabau. Pengarang adalah keturunan daripada Yang Di Pertuan Muda yang kedua iaitu Opu Daeng Cellak Pengarang menaikkan imej lima bersaudara Opu Bugis

..SAMBUNGAN..

Contoh daripada karya ini pengarang bersifat bias yakni bersikap Bugis centric dengan mengagungagungkan tokoh-tokoh bugis dengan menonjolkan keberanian,kesetiaan serta kehandalan mereka di dalam peperangan. Contoh,seperti bugis lima bersaudara yang terkenal juga ditonjolkan sehingga begitu ramai sekali raja di Alam Melayu memohon pertolongan daripada mereka untuk menghadapi musuh masing-masing.

..SAMBUNGAN..

Contoh, pengarang sentiasa memegang prinsip bahawa orang bugis ini adalah golongan yang baik dan mereka datang ke Tanah Melayu bukan kerana pencarian harta tetapi hakikatnya kedatangan lima Opu Bersaudara itu bertujuan untuk mencari harta kekayaan,kedudukan nama dan pengaruh yang kuat. Ini dapat dilihat setelah lama memberi khidmat setia kepada Sultan Sulaiman, Opu Daeng Cellak telah dianugerahkan dengan gelaran Yang Dipertuan Muda

..SAMBUNGAN..
Pengarang juga memasukkan unsur-unsur mitos dalam penulisannya. Pengarang cuba menyatakan susur galur keturunan mereka berasal dari Puteri Balkis. Contoh, adalah Siti Mallangkaik itu pada setengah kaum Bugis,keturunan daripada Puteri Balkis konon. Contoh, syahadan adalah Siti Mallangkaik itu menjadi raja kerajaan di Selangi. Maka ialah bersuamikan Raja Bugis yang besarnya sekali di negeri Luwuk. Maka Siti Malangkaik inilah beranakkan Datuk Palingik inilah beranakkan Patotok,beranakkan Batara Guru,berannakkan Batara Lattuk,berannakkan Paduka Sawerigading,beranakkan La Galigo Jadi dengan ini dibuktikan pula,karya ini juga menceritakan tentang peranan wanita untuk melahirkan generasi yang seterusnya.

Bibliografi
Abdullah Bin Abdul Kadir. (1970). The Hikayat Abdullah (A. H. Hill, Trans.). Kuala Lumpur: Singapore. Oxford University Press. Hamzah Hamdani. (2007). Hikayat Abdullah. Selangor : PTS Publication. Sdn. Bhd. Muhd. Yusuf Ibrahim & Mahayudin Haji Yahaya. (1988). Sejarawan dan Pensejarahan Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Prof. Mohd. Taib Osman & Abu Hassan Sham. (1978). Warisan Prosa Klasik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai