Anda di halaman 1dari 2

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

1. Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 C), tahan sehingga 4 jam 2. Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 C), tahan sehingga 12-24 jam 3. Di dalam peti sejuk (kurang 4 C), tahan sehingga 7 hari 4. Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Mencairkan Perahan Susu Ibu yang disejukkan/dibekukan

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.

Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk;

* *

Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika. Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.

Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian2 yang terpisah dan menyamaratakan suhunya.

Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda

TIPS PENTING:

1. 2. 3.

Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja. Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (walaupun tidak diminum oleh bayi). Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4-6 jam

4.

Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan beri kepada bayi pada penyusuan seterusnya.

TIDAK BOLEH:

* TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur. * TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven). * TIDAK BOLEH didihkan susu perahan. * Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien juga akan termusnah oleh kepanasan melampau.

Anda mungkin juga menyukai