Anda di halaman 1dari 2

MATTHEW ANAK ENTERING (D20101037959)

MODUL KURIKULUM DAN PENGAJARAN RALPH TYLER Mata pelajaran : Pendidikan Moral Tingkatan Tajuk Tema : Tingkatan 1 : Kanang anak Langkau : Nilai Berkaitan Dengan Patriotisme (Sanggup Berkorban Untuk Negara)

Objektif a. Pelajar dapat menghuraikan nilai yang dipelajari dan mengaplikasikannya dalam kehidupan. b. Pelajar dapat mengenal tokoh-tokoh yang telah berjuang mempertahankan negara. c. Menanamkan nilai ingin berbakti kepada negara dalam diri pelajar. Isi Pelajaran 1.1 Sanggup Berkorban Untuk Negara 1.1.1 Kesanggupan rakyat untuk berkorban demi negara. 1.1.2 Tanggungjawab dan peranan anggota keselamatan negara. 1.1.3 Perjuangan tokoh-tokoh yang telah mempertahankan negara. Kaedah Pembelajaran a. Kuiz b. Perbincangan Alat Bantu Mengajar a. Kad soalan, kertas mahjong dan marker.

Set Induksi Aktiviti 1 a. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan b. Setiap kumpulan menghantar wakil untuk sebagai tukang cerita. c. Setiap tukang cerita akan melakonkan atau mengayakan tokoh-tokoh yang telah diberikan menggunakan kad kuiz. d. Setiap kumpulan akan meneka tokoh berkenaan. e. Kumpulan yang paling banyak meneka dengan tepat menjadi pemenang. f. Kumpulan yang menang boleh memilih tokoh yang ingin mereka bentang untuk aktiviti ke dua. Aktiviti 2 a. Setiap kumpulan diberikan sehelai kertas mahjong dan marker. b. Masa 15 minit diberikan kepada setiap kumpulan untuk menyediakan pembentangan mereka. c. Setelah itu setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka. d. Setelah itu sesi soal jawab dibuka bagi menyelesaikan sebarang persoalan daripada pelajar berkenaan tokoh yang dibentangkan. e. Di akhir pelajaran guru membuat kesimpulan tentang tajuk dan mengingatkan kembali tentang hasil pembelajaran yang telah dipelajari. Penilaian Sebagai kerja rumah setiap pelajar dikehendaki membuat biodata seorang tokoh nagara dan sumbangannya kepada negara. Biodata berkenaan akan dilekatkan di sudut informasi kelas sebagai bahan bacaan.

Anda mungkin juga menyukai