Anda di halaman 1dari 22

NO. KUMPULAN: UPSI35A(313PJJ) NAMA PENSYARAH: DR.

NORKHALID B SALIMIN

KERJA KURSUS CMP2011 PENGURUSAN KOKURIKULUM

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM, PERAK.

3.1 SURAT UCAPAN TERIMA KASIH

SK BUKIT RIDAN 26700 MUA DZAM SHAH

Tel Fax

: 09-4522800 : 09-4525822

PAHANG DARULMAKMUR

E.mail skbridan@gmail.com Ruj.Kami : CBA 5077/01/03/012/Jld 5 ( 12 ) Tarikh : 12 November 2013

En.Roslam bin Ahmad, SK Muadzam Jaya, 26700 Muadzam Shah.

Tuan UCAPAN TERIMA KASIH Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang telah tuan

berikan dalam Pertandingan Pertolongan Cemas di Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform SK bukit Ridan pada 11Oktober yang lalu. 3. Bersama-sama ini disertakan sijil penghargaan dari pihak sekolah sebagai tanda

ucapan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah ............................ ( EN.MOHAMAD LOTFI BIN ABU TALIB) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan, 26700 Muadzam Shah. Pahang Darul Makmmur

sk: Fail Kokurikulum

SK BUKIT RIDAN

Tel

: 09-4522800

26700 MUA DZAM SHAH PAHANG DARULMAKMUR

Fax

: 09-4525822 E.mail skbridan@gmail.com

Ruj.Kami : CBA 5077/01/03/012/Jld 5 ( 12 ) Tarikh Guru Besar, SK Muadzam Shah, 26700 Muadzam Shah. : 12 November 2013

Tuan UCAPAN TERIMA KASIH DAN SIJIL PENGHARGAAN Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama pihak tuan kerana

sudi memberi pinjaman peralatan perkhemahan . 3. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah Kerjasama yang diberikan amat kami hargai..

............................. ( EN.MOHAMAD LOTFI BIN ABU TALIB) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan, 26700 Muadzam Shah. Pahang Darul Makmmur

sk: Fail Kokurikulum

SK. BUKIT RIDAN

Tel

: 09-4522800

26700 MUA DZAM SHAH PAHANG DARULMAKMUR

Fax

: 09-4525822 E.mail skbridan@gmail.com

Ruj.Kami : CBA 5077/01/03/012/Jld 5 ( 14 ) Tarikh Warga SK Bukit Ridan : 12 November 2013

Tuan UCAPAN TERIMA KASIH Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.

Saya berbesar hati mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada warga SK Bukit

Ridan kerana bertungkus lumus menjayakan aktiviti perkhemahan Bersepadu Unit Uniform pada tahun ini.

3.

Sehubungan dengan itu,saya mengharapkan kerjasama ini akan berterusan pada

tahun-tahun akan datang. Kita jadikan segala kebaikan sebagai panduan dan segala kelemahan yang timbul sebagai teladan bagi memantapkan lagi program akan datang. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah ............................. ( EN.MOHAMAD LOTFI BIN ABU TALIB) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan, 26700 Muadzam Shah

sk: Fail Kokurikulum

3.2 LAPORAN JAWATANKUASA KERJA

LAPORAN JAWATAN KUASA KERJA

JAWATAN KUASA

BIDANG TUGAS

PENYELARAS PERKHEMAHAN En. Adrine B Sapari

Semua aktiviti berjalan dengan lancar,walaupun aktiviti yang dijalan kan tidak menepati masa yang telah ditetapkan.Kerjasama dari semua AJK sangat baik.

SETIAUSAHA Pn. Zafida bt Zainal abidin

Segala maklumat aktiviti telah direkodkan dan disimpan dalam fail perkhemahan.

Sepanjang program perkhemahan telah mengantikan tempat AJK yang tidak hadir.

BENDAHARI

Telah menyedikan penyata kira-kira dan telah direkodkan. Perbentangan kewangan akan dilakukan sekiranya diperlukan.

URUSETIA 1. Cik Zurina Bt. Ismail (K) 2. Cik Nur Syazana bt Haron 3. Cik Aifa Farahaina Syumaima bt Mohamad 4. Encik Fadhil b Ahmad 5. Encik Hazlan b Muis

Kehadiran guru memuaskan. Terdapat juga guru yang tidak dapat hadir kerana masalah tertentu dan telah dimaklumkan kepada urusetia.Guru yang tidak dapat hadir telah diganti oleh guru yang lain.

HAKIM PENGURUSAN PERTANDINGAN 1. Pn. Ruzilawati Bt. Ali 2. Pn. Hjh. Zalidah Bt. Sukarman 3. Pn. Nor Hafshah Bt. Hasnan 4. Pn Zafida bt Zainal Abidin 5. Pn Rozidah bt Jusoh 6. Pn. Rosliza bt Abu Hassan Pertandingan dapat dijalankan dengan baik.Namun begitu,pelajar tidak dapat menepati masa yang telah ditetapkan. Kerjasama AJK amat memuaskan.

PENDAFTARAN / PERASMIAN PENUTUP

Pendaftaran berjalan dengan baik. Jumlah pelajar yang teribat pada hari perkhemahan adalah seperti berikut:

1. Pn. Rosniza Bt. Yusof (K) 2. Pn. Nuraini Bt. Ismail 3. Pn. Indra Devi A/P Maniam 4. Pn Murniaty bt Masor

Hadir : 95 orang Tidak hadir : 5 orang (bersebab). majlis perasmian berjalan dengan

lancer,walaupun majlis agak lewat dimulakan kerana masalah teknikal.

PERSIAPAN TEMPAT / PERALATAN 1. Pn. Ruzilawati Bt. Ali (K) 2. En. Mohamad Sairi B. Yatim 3. Muhamad Fahmi b. Mohd Ramli 4. En. Saimi B. Mohamad 5. En. Mohd Hafiz B. Roslan

Khemah untuk pelajar mencukupi walaubagaimapun,banyak yang telah khemah zip

rosak,contohnya

khemah. Guru lelaki terpaksa tidur di dalam khemah yang rosak. Peralatan untuk aktiviti mencukupi.

HADIAH/CENDERAMATA 1. Pn. Sarah Rahayu Bt Shaudi (K) 2. Pn Rosmazilah bt Rosli 3. Pn Siti Saaidah bt Jaafar 4. Pn Wan Azniza bt Wan Mat Ripin

Setiap hadiah dan cenderahati telah dapat diuruskan dengan baik. Setiap unit uniform telah menerima hamper sebagai hadiah pemenang dan penyertaan.Bagi peserta terbaik pula menerima plak.

SIJIL 1. Pn. Nik Nabihah Bt. Salleh (K) 2. Pn. Hasnah bt Ibrahim.

Sijil pelajar dapat disediakan seperti jumlah yang dikehendaki.

KEROHANIAN 1. En.Muhammad Safri b Ibrahim (K) 2. En. Mohd Bukhari b Yaacob 3. Pn. Noraini bt Ismail 4. Cik Zurina bt Ismail

Aktiviti kerohanian berjalan dengan baik.Setiap waktu solat diadakan solat jemaah yang diimamkan oleh seorang pelajar yang terpilih dan diawasi oleh AJK terlibat. Bagi pelajar perempuan yang uzur pula akan dikumpulkan pada stu tempat dan dikehendaki membersihkan kawasan tertentu sementara pelajar yang lain sembahyang.

SIARAYA 1. En. Ahmad Fahmi B. Ismail (K) 2. Cik Siti Aisyah Binti Abdullah

Kemudahan elektrik dan peralatan siaraya adalah baik. Masalah siaraya pada majlis

Penutupan tidak dapat di elakkan kerana berpunca daripada bekalan elektrik yang terputus. Bekalan lampu kurang mencukupi di kawasan perkhemahan dan perlu

ditambah pada masa akan datang.

MAKANAN / MINUMAN 1. Pengerusi: Pn. Farizah Bt. Abdul Mutalib (K) 2. Pn. Hanim Rose Bt. Abu Samah 3. Hjh Roslah bt Abdul Rani 4. Pn Zafida bt Zainal Abidin 5. Pn Kamariah bt Mohd Amin 6. Pn Napisah Bt Derama Penyedaan makanan dan minuman mencukupi bagi semua guru dan pelajar pada hari perkhemahan. Pihak kantin menyediakan

makanan mengikut masa yang ditetapkan.

MALAM KEBUDAYAAN 1. Pn. Rahmah Bt Salleh 2. 3. 4. 5. En. Ahmad Fahmi B. Ismail Pn. Rohayu Bt. Nazimudin Pn. Zullyawati Bt Kassim Pn. Rabetah Bt Mat Sham

Malam dengan kerjasama

kebudayaan lancar dan

berjalan mendapat daripada

yang baik

semua pihak. Terdapat rungutan daripada pelajar yang inginkan masa latihan yang lebih banyak untuk latihan.

GURU BERTUGAS MALAM 1. En. Ahmad Azizi B. Musa (K) 2. Semua guru lelaki 3. Cik Nur Syazana bt Haron 4. Cik Aifa Farahaina Syumaima bt Mohamad

Segala aktiviti berjalan seperti jadual yang diberikan.Setiap urusetia unit telah menyediakan jadual setiap guru unit masing-masing bagi memastikan keselamatan pada waktu malam .

PENGURUSAN KEBAJIKAN,KESELAMATAN DAN KECEMASAN 1. Hj. Mohd. Zahar B. Hj Kusnun (K) 2. En. Muhamad Safri B. Ibrahim 3. Pn Azlina bt Ahmad 4. Pn Norzila Bt Husin 5. Pn Rahmah bt Salleh

Tahap kawalan dan keselamatan dalam keadaan baik.Namun begitu komitmen agak kurang daripada guru wanita terutama pada waktu malam.

Hanya ada satu kes pelajar yang lelah dan telah dihantar ke hospital dan dibawa pulang oleh ibu bapanya.

3.3

LAPORAN KEWANGAN

3.3 LAPORAN KEWANGAN PERKHEMAHAN ERSEPADU UNIT UNIFORM 2013

PENDAPATAN 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4

: : RM 1 500.00 RM 1 000.00 RM 500.00 RM 330.00 RM 3 330.00

Wang Kokurikulum SUWA dan KERAJAAN PIBG Sekolah : Kelab Guru Sekolah : Sumbangan : JUMLAH :

PERBELANJAAN : 1. MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK PESERTA i) ii) iii) iv) v) Sarapan pagi Kudapan Makan tengah hari Makan malam JUMLAH RM 1.50 X 95 orang = RM 142.50 X 2 hari RM 1.50 X 95 orang = RM 142.50 X 2 hari RM 3.50 X 95 orang = RM 332.50 X 2 hari RM 3.50 X 95 orang = RM 332.50X 2 hari = RM 1,900.00

2. HADIAH DAN CENDERAHATI


i) Pertandingan Membuat Gajet Tempat pertama : RM 50.00 Tempat ke dua Tempat ke tiga Saguhati JUMLAH : RM 30.00 : RM 20.00 : RM 10.00 x 2 = RM 20.00 : RM 120.00

ii) Pertandingan Ikhtiar Hidup Tempat pertama : RM 50.00 Tempat ke dua Tempat ke tiga Saguhati JUMLAH : RM 30.00 : RM 20.00 : RM 10.00 x 2 = RM 20.00 : RM 120.00

iii) Pertandingan Kebudayaan Tempat pertama : RM 50.00

Tempat ke dua Tempat ke tiga Saguhati JUMLAH

: RM 30.00 : RM 20.00 : RM 10.00 x 2= RM 20.00 : RM 120.00

iv) Bantuan Kecemasan Terbaik (Kumpulan) Tempat pertama : RM 50.00 Tempat ke dua Tempat ke tiga JUMLAH : RM 30.00 : RM 20.00 : RM 100.00

v) Kumpuan Terbaik Mencari Harta Karun Tempat pertama : RM 50.00 Tempat ke dua Tempat ke tiga JUMLAH : RM 30.00 : RM 20.00 : RM 100.00

vi) Kumpulan Terbaik Gotong-royong Tempat Pertama : RM 60.00

vii) Kumpulan Terbaik Tempat pertama : RM 70.00 Tempat ke dua Tempat ke tiga JUMLAH : RM 50.00 : RM 30.00 : RM 150.00

viii) Lelaki

Peserta Terbaik : RM 30.00

Perempuan : RM 30.00 JUMLAH : RM 60.00

ix) Kebersihan & Keceriaan Khemah

Lelaki Perempuan JUMLAH

: RM 50.00 : RM 50.00 : RM 100.00

____________________________ JUMLAH = RM 930.00

______________________________

3. BAYARAN PERALATAN DAN PENGANGKUTAN

JUMLAH

: RM 200.00

4. PERBELANJAAN PELBAGAI JUMLAH : RM 200.00

JUMLAH KESELURUHAN LEBIHAN PENDAPATAN

: RM 2 830.00 : RM 100.00

3.4 KESIMPULAN LAPORAN

3.4.1 KEKURANGAN

Pada perkhemahan Bersepadu Unit Uniform yang telah diadakan baru-baru ini telah berjalan dengan lancar.Namun terdapat juga beberapa kekurangan yang perlu di atasi bagi kebaikan bersama untuk kegemilangan bersama pada masa-masa akan datang.Beberapa kekurangna yang telah dikesan dalam perkehemahan ini. Walaupun penyertaan pelajar dalam perkhemahan kali ini amat memuaskan tetapi hanya segelintir pelajar yang aktif dalam aktiviti yang dijalankan.Tidak semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan.hanya pelajar yang sama dan aktif sahaja memasuki pertandingan yang diadakan.Selain daripada itu,masalah ini berlaku kerana setiap
pertandingan tidak melibatkan ramai murid, sehingga ada murid yang tidak terlibat langsung dalam sesuatu acara. Dari segi disiplin pelajar agak mengecewakan juga,Pelajar kurang berdisiplin terutama ketika malam. Pelajar tidak mengikuti masa tidur seperti yang telah dijadualkan.Pelajar berbualbual sehingga ke pagi sehingga guru tPelajar tidak mendengar arahan guru lain selain daripada guru unitnya sahaja. Kekurangan alatan perkhemahan salah satu punca aktiviti kurang memberangsangkan.Contohnya,kekurangan buluh menyebabkan aktiviti pertandingan gajet tidak dapat dibuat secara sempurna. Terdapat beberapa buah khemah yang rosak menyebabkan pelajar terpaksa menumpang dikhemah lain ketika waktu tidur.Ini menyebabkan keadaan dalam khemah yang agak kurang selesa.Guru yang bertugas pula terpaksa tidur tanpa khemah.Perkara ini mungkin berlaku kerana tidak ada pemeriksaan awal sebelum aktiviti dari AJK bahagian peralatan. Peti pertolongan cemas tidak lengkap sehingga menyukarkan guru untuk memberi rawatan kepada murid. Dari segi kerjasama guru juga perlu diberi perhatian sepenuhnya.Walaupun hanya segelintir guru yang tidak memberi kerjasama kepada program ini,menyebabkan berlakunya ketidak adilan kepada guru lain yang bertungkus - lumus sepanjang aktiviti diadakan.

Surat tunjuk sebab perlu diberikan kepada majikan sekiranya guru tersebut tidak dapat bertugas pada hari perkhemahan. Ketidak hadiran dan kelewatan guru datang bertugas turut menganggu perjalanan aktiviti. Bahagian kawalan dan keselamatan pula menghadapi masalah guru perempuan kurang memberikan kerjasama. Contohnya, mereka tidak tidur di sekolah. Ini menyukarkan murid perempuan untuk mendapatkan bantuan guru perempuan.Selain daripada itu guru perempuan membawa anak-anak kecil ke kawasan perkhemahan menyukarkan mereka menjalankan tugas ketika pertandingan atau pengawasan diadakan.Perkara ini mungkin tidak dapat dielakkan tetapi komitmen kepada tugas perlulah di utamakan. Kawasan tapak perkhemahan ke tandas agak jauh menyebabkan pelajar lambat mengurus diri dan takut untuk ke tandas apabila tengah malam. Aktiviti yang padat mendapat rungutan daripada pelajar kerana terlalu terkejar-kejar melakukan aktiviti.

3.4.2 KELEBIHAN

Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform ini banyak member pengalaman baru kepada pelajar-pelajar.banyak ilmu dan kemahiran yang mereka peroleh dalam perkhemahan ini.Contohnya pelajar dapat merasi sendiri pengalaman tidur di dalam khemah dan memasak atau membuat gajet. Ada sesetangah pelajar yang terlalu teruja dengan aktiviti yang dijalankan serta member kerjasama yang baik.pelajar member komitmen dalam penyertaan pertandingan yang diadakan kerana ingin mencapai kemenangan dalam pertandingan tersebut.Sikap ini amat baik dan harus diteruskan bagi membimbing pelajar untuk berusaha untuk mencapai kejayaan di masa akan datang.Sikap tolong menolong juga dapat dilihat dalam program perkhemahan ini.Pelajar bantu membantu bagi menyiapkan sesuatu tugasan seperti memasang khemah,gotong-royong dan sebagainya.

Walaupun masa latihan tidak mencukupi,para peserta dapat membuat persembahan atau menghabiskan pertandingan dengan daya usaha dan kreativiti serta bakat yang ada pada diri mereka.Tanpa desakan atau kesuntukan masa mungkin pelajar tidak tahu mengisi masa yang terhad dengan baik dan teratur.Mereka terpaksa melakukan sesuatu tugasan walaupun kekurangan masa. Kerjasama dan komitmen guru juga perlu diberi penghargaan.Guru sanggup menghabiskan masa bersama pelajar di tapak perkhemahan terutamanya guru lelaki.Tindakan pantas guru yang bertugas bagi member rawatan kecemasan atau menghantar pelajar yang sakit ke hospital menjadikan sesuatu kerja menjadi mudah. Tidak ketinggalan,kerjasama daripada ibu bapa amat memuaskan dengan member keizinan dan kepercayaan kepada anak mereka untuk terlibat dalam perkhemahan ini. Makanan yang disediakan mengikut waktu dan menepati selera sebahagian besar pelajar.

3.4.3 CADANGAN PENAMBAIKAN UNTUK PROGRAM AKAN DATANG

A) ALATAN PERKHEMAHAN Peralatan perkhemahan perlulah diselenggara dengan baik supaya peralatan tersebut tahan lama dan berada dalam keadaan baik serta dapat digunakan pada masa yang akan datang,contohnya khemah.Khemah juga perlu diberi penambahan dari segi bilangan.Disarankan pihak sekolah membeli beberapa buah khemah lagi mengikut keperluan sekiranya ada badget yang sesuai.Apabila ada khemah atau peralatan yang mencukupi tidak perlu lagi meminjam dari sekolah lain.

Penggunaan peralatan perkhemahan perlu direkodkan agar memudahkan pihak sekolah mengesan punca kerosakan.Unit uniform atau persendirian yang meminjam dan merosakkan peralatan perkhemahan hendaklah menganti dalam bentuk wang atau peralatan tersebut.Cara ini boleh menjimatkan serta mendisiplinkan peminjam. Peralatan perkhemahan yang lain seperti dapur, cerek,periuk juga perlu diganti kerana terlalu uzur.guru terpaksa membawa peralatan sendiri dari rumah untuk digunakan masa perkhemahan.

B) PUBLISITI YANG LEBIH MELUAS

Publisiti memainkan peranan yang utama bagi menarik minat pelajar mengikuti perkhemahan.Publisiti yang meluas amat perlu bagi pelajar mengetahui sebarang aktiviti kokurikulum yang akan diadakan.Apabila murid mengetahui maklumat dengan tepat dan cepat maka barulah penyertaan yang lebih menggalakkan.Tidak akan berlaku keciciran maklumat kepada segelintir pelajar.

Publisiti ini juga dapat meringgan tugas guru untuk mencari pelajar yang ingin menyertai perkhemahan.Publisiti ini boleh dilakukan seperti menggantung kain rentang,menyediakan pamplet dan diletakkan di tempat-tempat yang selalu dikunjungi pelajar seperti di kantin sekolah,di perpustakaan dan di pondok-pondok bacaan di sekolah. Penjaga dan Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti yang akan dijalankan di sekolah seterusnya membolehkan pelajar mendapat keizinan dari penjaga atau ibu bapa.

C) KEKERAPAN MESYUARAT Mengadakan serta menjalan aktiviti tidak semudah mencadangkan aktiviti.Proses mengurus dan menjalankan aktiviti memerlukan komitmen daripada semua guru.Mesyuarat merupakan perjumpaan yang penting bagi melincinka perjalanan sesuatu program yang hendak diadakan.Kelazimanya mesyuarat sesuatu program hanya dijalankan sekali sahaja dengan semua guru.sementara bagi mesyuarat untuk ketua unit hanya diadakan dua kali sahaja.Perjumpaan seperti initidak mencukupi dan perlu diadakan lebih kerap untuk mendapat maklum balas dan tindakan yang sesuai bagi melicinkan program tersebut. Kekangan masa dan bebanan tugas harian di sekolah adalah menjadi penghalang dari mengadakan mesyuarat yang kerap.Bagi mengatasi masalah ini,peranan ketua unit atau ketua AJK bagi setiap bahagian perlu mengadakan mesyuarat kecil untuk membincangkan masalah yang belum dapat diselesaikan sebelum aktiviti bermula.

Perjumpaan seperti ini juga dapat memaklumkan tugas setiap guru dengan lebih terperinci dan tidak ada lagi guru yang cuba melepaskan tanggungjawabnya kepada orang lain dengan alasan tidak tahu atau faham akan tugasnya.

D) KERJASAMA DARI PIHAK PENTADBIR

Kejayaan sesuatu program adalah atas kerjasama yang erat antara pihak pentadbir dan guru.pihak pentadbir hendaklah memberi kerjasama yang baik ke atas setiap program yang di adakan.Pemantauan dan keprihatinan terhadap keperluan ataupun masalah yang dihadapi boleh menjadikan sesebuah program itu berjaya. Setiap aktiviti hendaklah disertai oleh pihak pentadbir terutama Guru Penolong Kanan Kokurikulum.Tidak semestinya Guru Penolong kanan Pentadbiran atau Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid tidak perlu mengikuti atau mengambil berat aktiviti yang dijalankan.Apabila pihak pentadbir bergabung dan bekerjasama menjadikan guru guru lebih bersemangat dan seronok menjalankan tugas.Bak kata perpatah ringan sama dijinjing,berat sama dijunjung.

E) AKTIVITI YANG LEBIH MENCABAR Aktiviti perkhemahan memang amat menyeronokkan para pelajar.Program ini memberi banyak pendedahan kepada pelajar.Tidak dinafikan mengadakan perkhemahan di kawasan sekolah memudahkan para guru untuk menjalankan tugasan dan lebih selamat.Namun begitu, pendedahan yang lebih meluas perlu diberikan kepada pelajar untuk memantapkan lagi ilmu kepada pelajar.Contohnya kawasan yang berdekatan dengan hutan dapat memberi impak kepada murid tentang penghayatan yang baik bagi mencintai alam sekitar.Aktiviti perkhemahan di luar kawasan sekolah dapat memberi pengalaman yang berbeza dan lebih menarik minat kepada pelajar untuk bergiat aktif dalam aktiviti ko kurikulum. Aktiviti perkhemahan di luar kawasan sekolah tidak semestinya di kawasan yang jauh daripada sekolah,tetapi ia boleh dilakukan di kawasan atau tapak perkhemah yang terdapat di dalam zon sekolah atau di dalam daerah.Selain daripada itu,aktiviti yang lebih mencabar seperti menjalankan aktiviti di dalam hutan dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang perkhemahan di peringkat daerah atau negeri seterusnya di peringkat kebangsaan.di sampig itu juga,perkhemahan ini dapat memberi impak kepada murid tentang penghayatan yang baik bagi mencintai alam sekitar.

Sijil Penghargaan
Sijil ini dianugerahi kepada
EN.ROSLAM BIN AHMAD

Atas Penghargaan Dalam Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Peringkat Sekolah Pada
21 -23 September 2012

Bertempat di
Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan, Muadzam Shah ..
MOHAMAD LOTFI BIN ABU TALIB Pahang Darul Makmur GURU BESAR SK BUKIT RIDAN

Anda mungkin juga menyukai