Anda di halaman 1dari 8

Nota Pengakap Muda

Persekutuan Pengakap Malaysia : Akta Parlimen No.38 [1968] pindaan No.134[1974]

Persekutuan Pengakap Malaysia

Lencana Pengakap Unit Laut

Lencana Keahlian

Lencana Usaha
Lencana Maju

Lencana Jaya
CARTA LENCANA PENGAKAP MUDA

LENCANA KEAHLIAN

LENCANA KEAHLIAN ... IKATAN & SIMPULAN

Mengetahui mengikat dan menggunakan semua simpulan berikut:


§ Buku Sila (reef knot)
§ Bunga Geti (sheet bend)
§ Simpul Manuk (clove hitch)
§ Tindih Kasih (bowline)
§ Lilit Dua Simpul (round turn & two hitches)
§ Lilit Pemati Biasa (common whipping)
LENCANA KEAHLIAN ... SEJARAH BP

Mengetahui sejarah Pengakap Malaysia dan sejarah Pengasas Pengakap,


Lord Baden-Powell.

LENCANA KEAHLIAN ... HORMAT

Mengetahui cara ”Hormat Pengakap” dan ”Cogankata Pengakap Muda”.

LENCANA KEAHLIAN ... PERSETIAAN & UNDANG-UNDANG

Melafazkan “Persetiaan Pengakap” dan memahami “Undang-Undang


Pengakap”.

PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya
Saya berjanji dan bersetia
Yang saya dengan seberapa daya upaya saya
Akan taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;
Menolong orang pada setiap masa;
Menurut Undang-Undang Pengakap.
UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai


maruah dan kehormatan dirinya.
2. Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang
Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin
pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang
yang dibawahnya.
3. Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong
orang pada setiap masa.
4. Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara
kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya
sekalipun.
5. Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan
sentiasa berbudi.
6. Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
7. Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah
dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-
pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.
8. Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis
mukanya dalam kesusahan.
9. Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat
10. Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya,
perkataannya dan perbuatannya.

LENCANA KEAHLIAN ... LAMBANG PENGAKAP

Mengenali lambang Pengakap Malaysia dan lambang Pengakap Dunia


serta memahami secara mendalam erti lambang-lambang tersebut.

Lambang Pengakap Malaysia

Lambang Pengakap Dunia

\LENCANA KEAHLIAN ... RUKUNEGARA


Memahami makna dan semangat 5 prinsip Rukunegara.

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :


mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
memelihara satu cara hidup demokratik ;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama ;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai corak ; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang
berikut :

• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

WHEREAS OUR COUNTRY MALAYSIA nurtures the ambitions of:


achieving a more perfect unity amongst the whole of her society;
preserving a democratic way of life;
creating a just society where the prosperity of the country can be enjoyed together in a fair
and equitable manner;
guaranteeing a liberal approach towards her rich and varied cultural traditions; and
building a progressive society that will make use of science and modern technology.
NOW THEREFORE WE, the people of Malaysia, pledge to concentrate the whole of our
energy and efforts to achieve these ambitions based on the following principles:

• BELIEF IN GOD
• LOYALTY TO KING AND COUNTRY
• THE SUPREMACY OF THE CONSTITUTION
• THE RULE OF LAW
• COURTESY AND MORALITY

LENCANA KEAHLIAN ... SERAGAM

Mengetahui peraturan memakai pakaian seragam lengkap Pengakap.

LENCANA KEAHLIAN
Sebelum dilantik menjadi ahli dan mendapat Lencana Keahlian, seorang
budak akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut untuk memberi
pengetahuan asas yang mudah serta pengalaman berpengakap.

i. Mengetahui peraturan memakai pakaian seragam lengkap Pengakap.


ii. Memahami makna dan semangat 5 prinsip Rukunegara
iii. Mengenali lambang Pengakap Malaysia dan lambang Pengakap Dunia
serta memahami secara mendalam erti lambang-lambang tersebut.
iv. Melafazkan “Persetiaan Pengakap” dan memahami “Undang-Undang
Pengakap”.
v. Mengetahui cara ”Hormat Pengakap” dan ”Cogankata Pengakap Muda”.
vi. Mengetahui sejarah Pengakap Malaysia dan sejarah Pengasas
Pengakap, Lord Baden-Powell.
vii. Mengetahui mengikat dan menggunakan semua simpulan berikut:
§ Buku Sila (reef knot)
§ Bunga Geti (sheet bend)
§ Simpul Manuk (clove hitch)
§ Tindih Kasih (bowline)
§ Lilit Dua Simpul (round turn & two hitches)
§ Lilit Pemati Biasa (common whipping)

APAKAH PENGAKAP MUDA?

PENGAKAP MUDA adalah salah satu daripada beberapa unit dalam


persaudaraan Pengakap. Antara unit yang terdapat di dalam persaudaraan
Pengakap ialah Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Remaja, Pengakap Laut
dan Pengakap Kelana. Keahliah unit Pengakap Muda terdiri dari budak-
budak yang berumur dari 12 hingga 15 tahun.
Seorang budak itu boleh menjadi Pengakap Muda terus daripada
Pengakap Kanak-Kanak atau sebagai seorang ahli baru apabila telah
berumur 12 tahun dan telah mendapat Lencana Keahlian setelah
menjalani ujian dalam beberapa perkara yang tertentu.
Unit ini ialah peringkat yang kedua dalam sistem latihan yang progresif
dalam Pergerakan Pengakap bagi menggalakkan dan memperbaiki lagi
kesuburan rohani, jasmani, akal dan pergaulan di kalangan ahli-
ahlinya.Unit ini dibahagikan kepada beberapa patrol. Tiap satu patrol
disertai oleh 6 hingga 8 orang yang diketuai oleh seorang Ketua Patrol di
bawah pimpinan seorang dewasa lelaki yang di panggil Pemimpin
Pengakap.
INFO 1