Anda di halaman 1dari 4

BAHASA MELAYU SPM KERTAS 2 : SOALAN 4

STRATEGI MENJAWAB SOALAN NOVEL


Soalan 4(a) dan 4(b) memerlukan calon menulis: i) pernyataan isi ii) peristiwa Kelemahan jawapan calon yang sering dikesan ; i) tiada pernyataan isi ii) tiada peristiwa iii) peristiwa terlalu umum iv) jawapan yang terlalu pendek

Kaedah mengatasi kelemahan: i) mengingati dan mampu menghurai 5 peristiwa yang besar/dominan ii) mengaplikasi peristiwa sesuai dengan kehendak soalan

Contoh Soalan 4(a)Huraikan perwatakan salah seorang watak yang anda kagumi dalam sebuah novel yang anda kaji. ( 7 markah) Analisis Soalan 1. Soalan 4(a) memerlukan calon memberikan 2 isi 2 isi x 2 markah = 4 markah Bahasa = 3markah 2. Pilih seorang watak yang anda kagumi ( tidak semestinya watak utama, asalkan peranan wataknya besar dalam novel) 3. Setiap perwatakan yang anda tulis dikaitkan dengan mana-mana peristiwa yang telah anda ingat. Pastikan anda menghurai peristiwa tersebut dengan jelas. 4.Calon hanya perlu menyatakan 2 perwatakan dan dihurai dengan peristiwa tersebut. ******************************************************************

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan satu latar masyarakat yang dikemukakan oleh pengarang Analisis Soalan 1.Soalan 4(b) memerlukan calon memberikan 2 atau 3 isi bergantung kepada arahan soalan. 2 isi x 3 markah 3 isi x 2 markah Bahasa = 6 markah = 6 markah = 2 markah

2. Sekiranya soalan melibatkan 2 buah novel, calon perlu mengemukakan mana-mana 2 buah novel sama ada dalam zon yang sama atau zon yang berbeza ( Tingkatan 4 atau Tingkatan 5) 3. Calon perlu menulis pernyataan isi dan disusuli dengan huraian peristiwa. Contoh : Pernyataan : Latar masyarakat dalam novel Melunas Rindu ialah latar masyarakat yang mementingkan agama Peristiwa : Sebagai contohnya, Fuad rajin ke surau untuk solat berjemaah. Malah dia juga mendalami ilmu agama dengan bapa angkatnya

EDISI KL,SELANGOR, NEGERI SEMBILAN 5 PERISTIWA : PAPA... (akhirnya kau tewas jua!) BIL 1 PERISTIWA BESAR/DOMINAN Mama sanggup untuk mengandung lagi - kerana cinta yang tulus, mama sanggup menanggung risiko. - cikgu Suzie menasihatkan Intan tentang risiko -Mak Cik Noraini turut cemas dengan tindakan Intan Mama terlantar koma - mama menjalani pembedahan semasa bersalin. - bayi kembarnya meninggal dunia dan mama koma akibat pendarahan yang banyak. -ketabahan Papa dan Juliana Julia melanjutkan pelajaran -Julia memperoleh keputusan cemerlang-SPM Julia diterima masuk Pusat Matriks UIA. - Julia berdikari dengan tinggal di asrama walaupun rumahnya dekat UIA. Contoh pernyataan Kesanggupan isteri untuk mengandung lagi

Kesan pengorbanan isteri

Semangat belajar yang tinggi

Hubungan Juliana dengan Rasylan - berkawan sejak sekolah sehingga ke UIA. - Ju menjadi tempat Rasylan meluahkan masalah. - hubungan mereka ditentang oleh Jefri. -konflik siapa sebenar Rasylan Papa mengahwini Aishah - Jefri menyatakan hasratnya untuk mengahwini Aisyah kepada Mak Cik Noraini. - Ju kecewa dengan keputusan Papa. -akhirnya Ju mengizinkan tindakan papa. -papa membawa Aishah tinggal bersama-sama Papa tidak pernahmengabaikan kasih sayangnya kepada Mama.

Persahabatan yang ikhlas

Kasih sayang yang tiada berbelah bagi

EDISI JOHOR, SABAH, SARAWAK, LABUAN TINGKARAN 4 : MELUNAS RINDU BIL PERISTIWA BESAR/DOMINAN 1 Fuad menjadi angkat kepada keluarga Pak Ismail dan Mak salmah - selepas dipelihara oleh bapa saudaranya Peter lim - dia membantu kehidupan keluarga angkatnya yang miskin Fuad mendalami ilmu agama daripada Pak Ismail - dia selalu menunaikan solat berjemaah di surau - meminta pandangan dan nasihat berkaitan agama Fuad menjalinkan hubungan yang rapat dengan Farhana -dia mengenali Farhana semasa menjadi guru sambilan - Farhana merupakan Ketua Panitia Bahasa Inggeris Fuad berkorban masa dan wang ringgit untuk mencari ibu kandungnya -dia pergi ke serata tempat untuk mencari ibunya - dengan bantuan Robert Lim, akhirnya dia berjaya mengesan ibunya. Fuad menerima hakikat dia dan Farhana adikberadik - Fuad terjumpa kad pesakit ibu Farhana, nama yang tertera sama dengan nama ibunya - keinginannya untuk memperisteri Farhana terpadam.

Contoh pernyataan Membantu kehidupan orang susah

Mendalami ilmu agama

Hubungan setia kawan

Pengorbanan demi mencapai matlamat

Pasrah/reda dengan ketentuan Tuhan

EDISI JOHOR, SABAH, SARAWAK, LABUAN TINGKARAN 5 : KABUS DI PERBUKITAN BIL 1 PERISTIWA BESAR/DOMINAN Faridah dan Rahayu berpisah sejak kecil - penceraian Kamarudin dan Salmah menyebabkan Rahayu dijaga oleh ibu tirnya - Rahayu dikesan menghidapi kanser paru-paru Faridah menetap di New Zealand - pergi berkursus dan terus menetap - berkahwin dengan Soleh Johnson - mempunyai dua orang anak Melina dan Anne Pertemuan semula dengan Azrul, teman rapat Rahayu -mengimbau kisah silam -berunding dengan Datuk Azrul tentang perkahwinan anaknya dengan Anne Faridah kembali ke Malaysia dan menetap di Cameron Highland -sayangnya pada negara kelahiran tidak pernah padam - mempunyai jati diri ynag kuat. Faridah tetap mengamalkan ajaran Islam semasa di new Zealand - keluarga barunya bersama dengan Soleh hidup dalam Islam .didikan anak-anak menurut Islam Contoh pernyataan Masalah rumah tangga mengorbankan kebahagian anak-anak

Merantau ke negeri orang

Hubungan setia kawan

Sayang akan negara tercinta

Berpegang teguh pada ajaran agama

TUGASAN 1.Kepincangan masyarakat sering digarapkan dalam novel. Kemukakan dua contoh kepincangan berdasarkan sebuah novel yang anda kaji. 2. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua perwatakan daripada watak utama. 3. Berdasarkan dua buah novel, huraikan satu contoh persoalan kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel. 4. Berdasarkan dua buah novel , jelaskan binaan plot permulaan cerita.

Anda mungkin juga menyukai