Anda di halaman 1dari 12

Pendahuluan Sejarah merupakan sebuah naratif atau penceritaan peristiwa yang bermakna dan penting di dalam sesebuah negara.

Di dalam penafsiran sejarah, ahli sejarah menggunakan beberapa teori untuk membuat penjelasan dalam sejarah. Penjelasan sejarah ialah bagaimana ahli sejarah menerangkan mengapa sesebuah peristiwa sejarah itu boleh berlaku. Menurut Abdul Rahman Haji Ismail penjelasan sejarah melibatkan kajian tentang sebab-musabab atau punca-punca terjadinya sesuatu peristiwa itu.1 Ini bermakna sejarah bukan sahaja setakat penceritaan secara naratif, malah mempunyai penjelasan dan analisis tentang sebab musababnya. Pandangan ini dipersetujui oleh William H. Dray, Oakeshott, D.H. Porter iaitu mereka melihat penjelasan sejarah sebagai suatu jawapan terhadap pertanyaan mengenai bagaimana berlakunya sesuatu peristiwa sejarah itu.2 Penjelasan dalam sejarah boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa teori. Penggunaan teori dalam penjelasan sejarah adalah bertujuan untuk memudahkan para sarjana memahami mengapa dan bagaimana sesuatu peristiwa sejarah itu berlaku. Teori Penjelasan dalam Sejarah Terdapat beberapa teori di dalam penafsiran sejarah, antaranya teori determinisme Tuhan iaitu Tuhan yang menentukan segala peristiwa sejarah dan manusia seolah-olah tiada peranan selain mengamalkan ketentuan Tuhan. Teori kemalangan iaitu peristiwa yang berlaku kerana berlakunya suatu peristiwa sebelum itu. Sekiranya peristiwa awal itu tidak berlaku maka peristiwa yang kemudiannya tidak akan berlaku. Teori tokoh besar pula menerangkan sesuatu peristiwa itu berlaku kerana
1

Abdul Rahman Haji Abdullah, (1994) Pengantar Ilmu Sejarah, Pulau Pinang: Pusat Pendidikan Jarak Jauh USM, hlm 121. 2 Abdul Rahman Haji Abdullah, (1994) Pengantar Ilmu Sejarah, Pulau Pinang: Pusat Pendidikan Jarak Jauh USM, hlm 121.

wujudnya seorang tokoh dipentas sejarah pada waktu itu. Tanpa tokoh itu peristiwa sejarah tidak akan berlaku. Teori suasana yang sesuai menjelaskan mengenai suasana yang wujud pada sesuatu waktu itu menentukan berlakunya sesuatu peristiwa sejarah. Manakala teori hukum am pula ialah sejarah seharusnya menggunakan hukum am untuk menjelaskan sesuatu peristiwa. Teori yang Tertolak Biasanya ahli sejarah menggunakan teori suasana yang sesuai dan tokoh besar dalam membuat penjelasan dalam sejarah. Hal ini kerana teori-teori lain dilihat kurang relevan atau sesuai dengan penjelasan sejarah yang efektif. Contohnya mengapa ahli sejarah menolak teori hukum am kerana pemikiran manusia adalah berbeza-beza maka tidak adil jika ahli sejarah mentafsir sejarah mengikut pemikiran masing-masing. Lihat kepada Ranke yang menulis sejarah dengan sebenar-benarnya.3 Hal ini adalah untuk menghasilkan sejarah yang betul-betul asli dan sejarah yang bersifat objektif. Kita boleh menilai bahawa teori hukum am tidak sesuai untuk digunakan dalam penjelasan sejarah. Manakala teori kemalangan pula tertolak kerana teori ini tidak mengandungi unsur ilmiah. Teori ini mengaitkan sejarah dengan kejadiaan yang tidak disengajakan dan tidak dirancang. Ia mengambil kita semua unsur lain walaupun unsur itu tidak penting. Manakala teori determinisme Tuhan jarang sekali digunakan kerana manusia dianggap seolah-olah seperti boneka yang menari di atas pentas mengikut muzik yang di alunkan dan rentak yang di tetapkan. Hal ini kerana menurut teori ini semua kejadian sejarah adalah ketentuan Tuhan semata-mata dan manusia hanya mengikut sahaja apa yang ditentukan oleh Tuhan tanpa membantah atau mengubahnya. Pada zaman kini jarang ahli sejarah menggunakan teori ini kerana manusia boleh mengubah sesuatu peristiwa dan terdapat ahli sejarah yang tidak setuju dengan teori ini. Hanya ahli sejarah
3

R. Suntharalingam, (1987) Pensejarahan Barat, Petaling Jaya: Fajar Bakti, hlm 111

yang berada pada zaman kuno dahulu yang taksub pada teori ini contohnya tokoh-tokoh Sophistme iaitu Herodotus yang memasukkan unsur teokratik (peranan Tuhan atau dewa-dewi) dan mitos dalam karyanya.4 Teori yang Dominan Teori suasana yang sesuai dan tokoh besar tidak dapat dipisahkan dan ia bergerak seiring dengan peristiwa sejarah. Persoalannya mengapa ahli sejarah sering menggunakan teori suasana yang sesuai dan tokoh besar? Disini kita akan merungkai persoalan ini. Terdapat beberapa contoh peristiwa yang membuktikan teori suasana yang sesuai dan tokoh besar lebih dominan daripada teori-teori lain. Sebelum itu kita perlu menjelaskan mengenai suasana yang sesuai, iaitu merujuk kepada suasana pada ketika itu sudah sedia untuk menerima kehadiran seseorang tokoh untuk mencetuskan peristiwa yang penting dan bermakna. Manakala peranan individu (tokoh besar) pula ialah tokoh bersifat pemimpin yang dapat memimpin pada waktu berkenaan dan mampu menentukan haluan sejarah. Menurut Sidney Hook, peranan individu terbahagi kepada dua iaitu eventful man dan event making man.5 Eventful man ialah pemimpin yang berada di pentas sejarah semasa berlakunya sesuatu peristiwa dan beliau bertindak mengikut kehendak suasana serta membuat keputusan-keputusan penting yang membawa kejayaan kepada sesuatu pergerakkan. Manakala event-making man pula ialah tokoh yang bukan sahaja memahami suasana yang wujud malah berupaya mewujudkan suasana mengikut objektif perjuangan yang dirancangkan. Disini saya megemukakan tiga contoh untuk menjelaskan dengan terperinci mengenai teori suasana yang sesuai dan tokoh besar adalah teori yang dominan. Contohnya peristiwa

Abdul Rahman Haji Abdullah, (1994) Pengantar Ilmu Sejarah, Pulau Pinang: Pusat Pendidikan Jarak Jauh, USM, hlm 4. 5 Sidney Hook, (1943) The Hero In History: A Study in Limitation and Possibility, Boston, hlm 14.

pembukaan Melaka oleh Parameswara, penguasaan Lenin dan pergerakan Islah Martin Luther. Pensejarahan Melaka Melaka dibuka oleh Parameswara pada tahun 1400.6 Parameswara merupakan pemerintah Palembang yang lari kerana menghadapi masalah di sana. Parameswara singgah di Temasik, Muar, Bentan dan akhirnya sampai di Melaka. Pada waktu itu di Melaka telah mempunyai petempatan iaitu sebuah perkampungan nelayan. Beliau melihat Melaka merupakan sebuah kawasan yang sesuai untuk dijadikan sebuah empayar pemerintahan yang agung. Hal ini kerana tempatnya strategik iaitu berhampiran dengan kawasan perairan (Selat Melaka), mempunyai haiwan-haiwan yang gagah (peristiwa anjing buruannya ditendang oleh seekor pelanduk), dan terlindung dari tiupan angin monsun. Parameswara berusaha bersama-sama pengikutnya menubuhkan sebuah kerajaan di Melaka. Akhirnya mereka berjaya membuat transformasi di Melaka. Pada awalnya Melaka tidak mempunyai sebarang pembangunan namun Parameswara berjaya menjadikan Melaka sebuah empayar yang terkenal dan pelabuhan entrepot.7 Ramai pedagang mengunjungi pelabuhan Melaka. Melaka menjadi terkenal dan maju. Kebijaksanaan parameswara jelas terpancar apabila beliau berjaya

mengadaptasikan kelebihan bentuk muka bumi dan persekitaran yang ada di Melaka untuk menubuhkan sebuah kerajaannya sendiri sehingga mencapai tahap kegemilagan. Beliau pintar dan cekap dalam membuat keputusan membina kerajaan kekalnya di Melaka setelah beberapa tempat beliau singgah untuk mencari kawasan bagi
6

Penyelenggaraan, Abdul Rahman Haji Ismail, (2007) Malaysia Sejarah Kebangsaan: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm 78. 7 Babara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, (1982) Sejarah Malaysia: Macmilan Publisher (M) Sdn.Bhd, Petaling Jaya, hlm 49.

mendirikan kerajaannya. Selain itu beliau menggunakan orang laut untuk mengawal peraiaran Selat Melaka serta membuat hubungan diplomatik dengan kerajaan China untuk tujuan menjamin keselamatan kerajaanya. Malah beliau juga menjalinkan hubungan baik dengan raja-raja yang berhampirannya dengan melakukan hubungan persaudaraan iaitu melalui perkahwianan diraja.8 Parameswara menggunakan negeri naungannya dan negeri-negeri yang berhampiran untuk mendapatkan bekalan bahan mentah untuk didagangkan di pelabuhan Melaka.9 Negeri naungan ini juga akan membantu Melaka jika Melaka memerlukan bantuan seperti ketenteraan, buruh mahir, kewangan dan lain-lain. Kita dapat lihat di sini Parameswara pandai menggunakan peluang dan kelebihan yang ada untuk mewujudkan kerajaan yang agung dan terkenal. Semua orang mengikuti kehendak Parameswara kerana pada waktu itu beliau sangat berpengaruh dan berkuasa. Para rakyat dan pembesar serta raja-raja yang dibawah negeri naungannya mengikut sahaja apa yang diperintahkan dan yang dirancangkan oleh Parameswara. Oleh itu kita boleh katakan bahawa Parameswara merupakan eventful man kerana beliau merupakan pemimpin pada waktu itu dan beliau mampu

memanipulasikan semua oarang untuk mengikut perintahnya. Dia atas kebijaksaannya Melaka menjadi sebuah pelabuhan yang penting dan terkenal di seantero Nusantara. Ketokohan dan kebijaksaan yang luar biasa yang ada pada Parameswara telah menjadikannya sebagai eventful man. Satu lagi contoh yang boleh membuktikan pengaruh dan kuasa parameswara ini kuat iaitu apabila beliau memeluk agama Islam, semua para pembesar dan hampir keseluruhan rakyatnya memeluk agama Islam juga.

Babara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, (1982) Sejarah Malaysia: Macmilan Publisher (M) Sdn.Bhd, Petaling Jaya, hlm 55. 9 Babara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, (1982) Sejarah Malaysia: Macmilan Publisher (M) Sdn.Bhd, Petaling Jaya, hlm 57.

Malah selepas pengislamannya kuasa dan pengaruhnya lebih kuat lagi kerana Parameswara diangkat tarafnya menjadi wakil Allah di muka bumi untuk menjadi pemimpin kepada umat manusia yang ada di sekalian alam.10 Penguasaan Lenin Rusia mengalami masalah pentadbiran iaitu berlaku pertukaran sistem pentadbiran dari sistem monarki kepada sistem demokrasi.11 Pada waktu itu Kerajaan Sementara mentadbir Rusia iaitu ditubuhkan oleh para pemimpin yang memainkan peranan dalam menggulingkan Tzar. Parti politik yang berfahaman sosialis tidak dibenarkan berada di dalam Kerajaaan Sementara. Malahan keadaan rakyat pada ketika itu masih belum dipengaruhi oleh fahaman komunisme dan sosialis lagi serta tidak bersedia untuk menerima mana-mana fahaman. Para pemimpin Parti Bolshevik menyedari keadaan sedemikian dan mereka mahu membuat revolusi sosial untuk menyelamatkan negara mereka daripada kehilanagn ideologi komunisme. Keadaan waktu itu tidak sesuai untuk melakukan revolusi sosial. Tiada pemimpin Parti Bolshevik yang mampu untuk memimpin rakyat waktu itu. Lenin merupakan salah seorang pemimpin Parti Bolshevik. Beliau tidak sama dengan pemimpin yang lain. Lenin percaya revolusi sosial masih boleh dilaksanakan di Rusia. Beliau kembali ke Rusia pada bulan April tahun 1917 dan beliau mula mengatur strategi setelah sekembalinya beliau ke Rusia. Langkah pertama yang diambil adalah beliau berjaya menyakinkan rakan-rakannya dalam Parti Bolshevik. Melalui bantuan rakan-rakannya, Parti Bolshevik berjaya mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat hanya dalam masa dua bulan. Mereka memanipulasikan perasaan tidak
10

Babara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, (1982) Sejarah Malaysia: Macmilan Publisher (M) Sdn.Bhd, Petaling Jaya, hlm 60. 11 Badriyah Haji Salleh, Tan Liok Ee (penyelenggara), (1996) Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, hlm 44.

puas hati rakyat terhadap Kerajaan Sementara kerana tidak mampu memulihkan keadaan. Pada bulan Jun dan Julai para pengikut Parti Bolshevik semakin ramai dan menimbulkan masalah kerana mereka menuntut rasa tidak puas hati mereka. Pada bulan Julai para penyokong bersiap sedia untuk melancarkan serangan terhadap Kerajaan Sementara namun tidak mendapat restu daripada Lenin.12 Keadaan ini memperlihatkan kepintaran Lenin dalam membuat keputusan penting. Pada waktu itu, para penyokong sudah bersepakat dan mahu bangkit menentang namun Lenin merasakan masanya belum tiba kerana Kerajaan Sementara masih kuat dan mampu mematahkan serangan mereka. Oleh kerana tindakkan Lenin itu, para penyokong termasuk rakan-rakannya sudah hilang sedikit kepercayaan akan keupayaan Lenin. Pada bulan Oktober Lenin mengarahkan rampasan kuasa dilaksanakan namun rakan-rakannya sendiri enggan bertindak. Setelah berjam-jam Lenin berdebat dengan rakan-rakannya, akhirnya beliau berjaya memujuk mereka melaksanakan

rancangannya. Rampasan kuasa berjaya dialakukan dan fahaman komunisme berjaya dikekalkan di Rusia.13 Oleh itu kita boleh katakan Lenin ialah event making man kerana beliau bukan sahaja memahami susana yang wujud pada ketika itu malah beliau berupaya mewujudkan suasana mengikut objektifnya. Revolusi ini berjaya akhirnya, tanpa Lenin komunisme tidak akan wujud di Rusia. Beliau sangat hebat kerana mampu menarik semua rakyat Rusia melancarkan rampasan kuasa dan mengikut segala arahannya. Kebolehan seperti ini hanya terdapat pada sesetengah insan sahaja dan hanya orang yang hebat dapat mempengaruhi orang lain.

12

Badriyah Haji Salleh, Tan Liok Ee (penyelenggara), (1996) Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, hlm 15. 13 Badriyah Haji Salleh, Tan Liok Ee (penyelenggara), (1996) Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, hlm 16.

Pergerakan Islah Martin Luther Pergerakan Islah di Jerman berlaku pada 1521 iaitu dipimpin oleh Martin Luther.14 Menurut Gustavson, beliau menyimpulkan bahawa peristiwa pergerakan

Islah di Jerman bukan kerana kepintaran Martin Luther. Beliau mengatakan perubahan yang telah mula berlaku dalam masyarakat Jerman sejak awal kurun ke-15 telah mewujudkan suasana yang matang pada awal kurun ke-16. Suasana yang matang ini telah mencetuskan pergerakan Islah dan menentukan kejayaannya. Oleh itu Gustavson menegaskan bahawa pergerakan Islah adalah sesuatu perkara yang pasti akan berlaku juga sama ada Martin Luther ada atau pun tiada pada ketika itu. Pergerakan itu tidak semestinya berlaku pada 1521, seperti mana yang telah berlaku, tetapi boleh juga berlaku seratus tahun sebelum atau seratus tahun selepas tarikh itu. Dalam hal ini memang tidak boleh disangkal bahawa masyarakat Jerman telah mengalami perubahan untuk lebih seratus tahun sebelum pergerakan Islah berlaku. Oleh itu perubahan yang berlaku telah membawa kepada suasana untuk mencetuskan satu pergerakan. Jika kita meneliti pandangan Gustavson ini kita dapati semua usaha sebelum Martin Luther tidak berjaya. Hal ini jelas bahawa jika hanya suasana sahaja yang sesuai tetapi tiada tokoh yang berwibawa pada waktu itu maka tidak berlaku sesuatu peristiwa sejarah atau tidak akan berjaya sesuatu pergerakan.

14

Badriyah Haji Salleh, Tan Liok Ee (penyelenggara), (1996) Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur, hlm 35.

Orang-orang Jerman sebenarnya pada waktu itu hanya mahu pembebasan daripada tekanan ekonomi dan sosial. Para pemimpin Jerman percaya bahawa masalah yang mereka hadapi boleh diselesaikan dengan membersihkan agama Katolik. Mereka merasakan bahawa penindasan rakyat berlaku kerana berlakunya banyak penyelewengan dengan mempergunakan agama. Sebelum ini terdapat beberapa orang tokoh cuba untuk memurnikan agama Katolik seperti John Hus, Peter Waldo. Wyclif dan Savanarola namum mereka menemui jalan buntu. Persoalannya mengapa mereka gagal sedangkan pada waktu itu susana telah menuntut pembersihan agama Katolik telah pun wujud? Mengikut pandangan Leopold Von Ranke menyatakan bahawa suasana pada waktu itu masih belum matang untuk menjayakan usaha para pemimpin pada waktu itu. Tambah beliau lagi suasana yang matang wujud semasa Martin Luther bertindak. Jika sedemikian adakah ini bererti sesiapa sahaja yang berada pada waktu itu akan berjaya melakukan pergerakan Islah ini. Satu lagi menimbulkan tanda tanya bagaimanakah caranya untuk memastikan suasana sudah cukup matang atau tidak? Jika Martin Luther gagal adakah sarjana akan megatakan bahawa suasana masih belum matang. Saya tidak menolak suasana memainkan peranan untuk menentukan kejayaan sesuatu pergerakan tetapi tokoh yang berwibawa juga amat penting. Jika kedua-dua ini berjalan serentak maka kejayaan akan dikecapi. Kesimpulan Teori suasana dan tokoh besar memainkan peranan masing-masing dan saling melengkapi antara satu sama lain. Kedua-dua teori ini lebih dominan jika dibandingkan dengan teori-teori lain. Para sarjana menggunakan kedua-dua teori ini untuk melihat penjelasan dalam sesuatu peristiwa sejarah. Mereka mengkaji dan melihat daripada kedua-dua aspek ini. Melalui contoh-contoh yang telah dibincangkan jelas

menunjukkan kepada kita bahawa suasana yang mempengaruhi tindakkan seseorang

tokoh. Namun tokoh yang luar biasa seperti Lenin

mampu mengubah suasana

mengikut kehendaknya. Di sini kita boleh membuat kesimpulan bahawa tokoh dan suasana merupakan elemen yang saling berkait di antara satu dengan yang lain. Jika tiada tokoh, maka sejarah tidak berlaku begitu juga jika suasana tidak sesuai, maka sejarah juga tidak dapat berlaku.

Bibiliografi
Abdul Rahman Haji Abdullah. 1994. Pengantar Ilmu Sejarah. Pulau Pinang : Pusat Pendidikan Jarak Jauh USM. Abdul Rahman Haji Ismail (penyelenggaraan). 2007. Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Badriyah Haji Salleh, Tan Liok Ee (penyelenggara). 1996. Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. Hook ,Sidney. 1943. The Hero In History: A Study in Limitation and Possibility. Boston. Suntharalingam, R. 1985. Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican.

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN SIDANG AKADEMIK 2012 / 2013 HSK 203 / 3 TEORI DAN KAEDAH SEJARAH

SOALAN 3 : DENGAN MERUJUK KEPADA CONTOHCONTOH YANG SESUAI BINCANGKAN BAGAIMANA PARA SEJARAWAN MENDEKATI SOAL PENJELASAN DALAM BIDANG SEJARAH. .

NAMA NO. MATRIK WAKTU TUTORIAL TUTOR

: MOHAMAD

HAFIZ BIN ZAKARIA

: 113297 : KHAMIS ( 9 HINGGA 10 PAGI ) : DATO DR. K. ANBALAKAN