Anda di halaman 1dari 3

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 7, BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA

LUMPUR

Tel : 03-2586900 Fax : 03-2535150

KP(BS) 8591/Jld.XVII (1) 12 Januari 2001

Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/2001 : Pemilihan Pakej Pengkhususan Sains dan Teknologi Sekolah Menengah Atas
Kementerian Pendidikan Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan bilangan pelajar yang mengambil pengkhususan Sains dan Teknologi bagi memenuhi keperluan sumber manusia dalam bidang ini pada masa hadapan. Bagi mencapai matlamat ini nisbah 60:40 pelajar Sains dan Teknologi dan pelajar Sastera hendaklah dicapai. 2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah hendaklah memainkan peranan untuk menggalakkan pelajar-pelajar yagn mendapat kelulusan Sains dan Matematik yang baik dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) supaya mengambil pakej-pakej pengkhususan yagn berorientasikan Sains dan Teknologi. Bagi tujuan ini, semua Pengetua, Kaunselor dan guru-guru lain perlulah memberi bimbingan dan nasihat kepada pelajarpelajar berkenaan supaya memilih pakej pengkhususan yang mirip kepada Sains dan Teknologi. 3. Pihak sekolah juga disarankan supaya menetapkan bilangan pelajar yang mengambil pengkhususan Sains dan Teknologi untuk setiap tahun supaya akhirnya nisbah pelajar yang mirip Sains dan Teknologi dan Sastera dapat direalisasikan. Justeru, pihak sekolah perlulah berusaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di peringkat menengah rendah agar lebih ramai pelajar berminat untuk mengambil pengkhususan Sains dan Teknologi di peringkat menengah atas. 4. Sebagai panduan, bersama-sama ini disertakan contoh-contoh kombinasi mata pelajaran bagi pengkhususan Sains dan Teknologi yang boleh ditawarkan kepada para pelajar. 5. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan surat pekeliling dan surat siaran yang berikut : (a) Surat Siaran KP(BPPP)4/189Jld.II(1) bertarikh 19 Mac 1997, Peningkatan Pelajar Sains dan Teknikal Di Sekolah Menengah. Dasar

(b) Surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS)8591/Jld.XIV/(11) bertarikh 14 Mei 1998, Pelaksanaan Penggunaan Peralatan Antara Muka Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Menengah. (c) Surat Pekeliling Ikhtisas KP(PPK)01810/Jld.9(32) bertarikh 29 Disember 1999, Pemilihan Mata Pelajaran Elektif Sekolah Menengah Atas.

(d) Surat Siaran KP(BS/MEN)8510/Jld.3(10) bertarikh 20 Januari 2000, Pemilihan Pakej Pengkhususan Mata Pelajaran Elektif Di Tingkatan Empat. (e) Surat Pekeliling Ikhtisas KP(BS)8591/Jld.XVI(12) bertarikh 28 Julai 2000, Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan. 6. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah menengah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato/Tuan/Puan. Sekian. Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

DATO SERI DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.k 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Y.B. Tan Sri Dato Seri Musa bin Mohamad Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Dato Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Y.B. Dato Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Y.B. Dato Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

10. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

CONTOH KOMBINASI MATA PELAJARAN PAKEJ SAINS DAN TEKNOLOGI

Pakej Sains Tulen Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Teknologi Maklumat Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Pendidikan Seni Pakej Sains Tambahan Matematik Tambahan + Sains Tambahan + Sains Pertanian Matematik Tambahan + Sains Tambahan + Reka Cipta Matematik Tambahan + Sains Tambahan + Ekonomi Rumah Tangga Pakej Teknologi Maklumat Matematik Tambahan + Teknologi Maklumat + Reka Cipta Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Teknologi Maklumat Matematik Tambahan + Teknololgi Maklumat + Sains Tambahan Pakej Sains Tulen + Teknologi Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Lukisan Kejuruteraan + Pengajian Kejuruteraan Jentera Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Lukisan Kejuruteraan + Pengajian Kejuruteraan Awam Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Lukisan Kejuruteraan + Teknologi Kejuruteraan Pakej Sains Tulen + Sastera Ikhtisas Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Prinsip Akaun + Perdagangan Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Ekonomi Asas + Prinsip Akaun Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Ekonomi Asas + Prinsip Akaun Pakej Pengajian Islam + Sains Tulen Bahasa Arab Tinggi + Biologi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Al-Quran dan AsSunnah + Syariah Islamiah Bahasa Arab Tinggi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Al-Quran dan As-Sunnah + Syariah Islamiah Pakej Pengajian Islam + Teknologi Bahasa Arab Tinggi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Al-Quran dan As-Sunnah + Syariah Islamiah + Kejuruteraan Awam Bahasa Arab Tinggi + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Al-Quran dan As-Sunnah + Syariah Islamiah + Lukisan Kejuruteraan Pakej Sains Tambahan + Sastera Ikhtisas Ekonomi Asas + Prinsip Akaun + Matematik Tambahan + Sains Tambahan Perdagangan + Prinsip Akaun + Matematik Tambahan + Sains Tambahan