Anda di halaman 1dari 4

Masalah 5 : Guru yang kurang menerapkan nilai-nilai murni Keguruan merupakan satu profesion yang memberi impak yang

besar kepada halatuju sesebuah komuniti dan negara. Melalui profesion inilah terjananya modal-modal insan yang akan mencorakkan pembangunan negara akan datang. Justeru itu, dalam konteks ini peranan Mrs Clem sebagai seorang guru sangat bepengaruh dan kompleks merangkumi aspek intelektual, spiritual dan juga afektif. Menurut Haliza Hamzah dalam bukunya yang berjudul Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, guru adalah merupakan cerminan kepada murid-muridnya. Murid tanpa disedari akan selalu meniru perlakuan guru. Oleh itu, Mrs Clem seharusnya menegur muridnya dengan menggunakan perkataan yang lebih lembut supaya tidak menjadi ikutan para muridnya kelak. Hal ini adalah kerana tingkah laku yang sopan dan sentiasa positif akan diikuti oleh murid. Penggunaan bahasa yang baik membolehkan murid-murid berasa hormat terhadap guru mereka. Manakala, guru yang kasar dan tidak menjaga pertuturan dengan sopan akan dibenci oleh murid-murid malah bagi guru yang sentiasa berkelakuan seperti menjerit-jerit di dalam kelas akan membuatkan murid-murid berasa takut dan tidak selamat dan dalam masa yang sama murid akan membuat andaian bahawa kelakuan itu diterima di dalam kelas serta tidak mustahil untuk mereka meniru perlakuan tersebut. Mrs Clem perlulah menjadi guru yang berhemah tetapi tegas. Dalam situasi dalam kajian kes ini, Mrs Clem perlulah tegas dalam menegur anak muridnya dan pada masa yang sama masih lagi dalam perlakuan hemah. Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin menerusi bukunya yang berjudul Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku Model Disiplin Tegas Asertif Canter adalah merupakan pendekatan positif yang boleh digunakan oleh Mrs Clem dalam situasi ini. Menerusi salah satu daripada prinsip yang terdapat dalam model ini adalah guru perlu mendesak dengan tegas tingkah laku bertanggungjawab. Disiplin tegas diri adalah merupakan satu pendekatan yang berstruktur dan sistematik yang direka bentuk untuk membantu guru menguruskan persekitaran bilik darjah yang kondusif. Oleh itu, Mrs Clem perlulah tegas dalam mengawal situasi seperti ini. Mrs Clem perlulah bijak mengatur perancangan dalam menegur perbuatan murid-muridnya dengan menyatakan secara jelas jangkaan yang dimahukan. Mrs Clem perlu menyatakan jangkaan dan harapan seperti Saya mahu kamu memasuki ke dalam kelas sekarang. Mrs Clem perlu menggunakan kata ganti diri yang tepat seperti saya. Hal ini adalah kerana penggunaan saya tidak akan mengganggu harga diri murid. Murid-murid tidak akan berasa kecil hati apabil ditegur dengan penuh berhemah sebegini. Mrs Clem perlu mengelakkan daripada menggunakan perkataan yang kasar seperti Ill kill you atau Saya akan bunuh

awak sekiranya awak tidak masuk ke kelas. Hal ini hanya akan membuatkan murid tersebut marah terhadap guru malah menjejaskan harga diri murid. Di samping itu, Mrs Clem juga perlulah menggunakan suara yang tegas tetapi tidak menjerit mahupun menengking dan jelas sambil mengaplikasikan kontak mata yang bersesuaian. Hal ini adalah kerana, nada yang sesuai dalam sesi peneguran terhadap murid-murid sangat memainkan peranan yang besar terhadap tingkahlaku yang diinginkan selepas itu. Murid-murid lebih mudah untuk terima nada yang tegas daripada nada suara guru yang dijerit mahupun tengking ini. Sebagai tambahan, Mrs Clem boleh juga menggunakan gerak isyarat bukan lisan yang dapat menyokong pernyataan lisan itu tadi. Hal ini juga turut mempengaruhi tingkah laku murid tanpa melakukan ancaman atau menjerit. Guru yang asertif mampu untuk mengekalkan suasana penyayang dalam bilik darjah. Suasana yang penyayang dan saling menyokong ini akan membuahkan persekitaran pembelajaran yang baik. Mrs Clem perlulah mengaplikasikan salah satu langkah yang terdapat dalam model ke arah disiplin asertif ini. Satu daripada langkahnya ialah mengamalkan penggunaan gaya membuat respons yang tegas. Menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2012), Lee dan Marlene Canter telah mengenal pasti tiga gaya merespons yang mana Mrs Clem telah mengamalkan gaya respons yang kedua iaitu permusuhan. Guru yang mengamalkan sikap permusuhan atau agresif menggunakan pendekatan yang tidak disukai pelajar seperti menjerit, mengancam serta menyindir tajam. Sikap ini telah melanggari hak-hak murid dan harus dibuang serta tidak boleh diamalkan. Guru yang asertif akan meminta dengan tegas serta menjelaskan kepada murid agar mereka mematuhi jangkaan atau tingkahlaku yang guru ingini. Apabila murid memilih untuk patuh dengan jangkaan tersebut, mereka akan diberi faedah yang positif oleh guru. Apabila murid tidak memilih untuk bertingkah laku dengan cara yang dingini, mereka akan mendapat akibat dan balasan yang berpatutan dan boleh diterima. Contohnya, Mrs Clem bolehlah menegur secara asertif Saya tidak mahu bertegang leher dan bertekak dengan kamu. Kamu masuk ke dalam kelas dahulu sekarang sehingga dapat bertenang, dan kita akan berbincang kesan dan akibatnya. Guru yang bersifat asertif akan sentiasa tenang, tegas dan berkomunikasi secara jelas tentang ketidak persetujuan terhadap tingkah laku yang ditunjuk seterusnya menyatakan apakah yang sewajarnnya dilakukan oleh murid. Menurut Haliza Hamzah (2012), model teori yang dilakukan oleh Dreikurs meyatakan bahawa terdapat sesuatu situasi yang mana murid cuba mahu mencabar kuasa guru dan menimbulkan konflik di dalam bilik darjah seperti yang dilakukan oleh murid Mrs Clem dalam kajian kes ini. Oleh itu, Mrs Clem seharusnya mengelakkan daripada bertekak dan saling

mencabar kerana situasi ini akan menjatuhkan imej guru sekiranya guru dilihat saling mmencabar dengan murid. Mrs Clem perlu mencuba untuk menyelesaikan masalah dengan berjumpa muridnya ini secara individu. Dengan cara ini, pertelingkahan antara guru dan murid akan dapat dielakkan. Mrs Clem juga tidak boleh mengambil sesuatu tindakan secara tergopoh-gapah dan beremosi. Mrs Clem seharusnya berfikir dahulu sebelum bertindak. Mrs Clem juga perlulah bijak dalam kemahiran berkomunikasi. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd dalam buku yang berjudul Komunikasi Untuk Guru, salah satu daripada kemahiran berkomunikasi adalah kemahiran menggunakan kata-kata untuk memanipulasi pelajar. Bahasa adalah merupakan alat yang sangat efektif untuk menimbulkan kesan positif mahupun negatif kepada orang yang mendengarnya. Terdapat beberapa prinsip dalam menggunakan kemahiran berkomunikasi menggunakan teknik putar-belit ini. Salah satu daripadanya adalah menimbulkan rasa bersalah. Mrs Clem boleh menegur perbuatan tingkah laku muridnya yang tidak diingini dengan cuba menimbulkan perasaan rasa bersalah dalam diri pelajarnya sehingga mampu membuatkan mereka untuk memilih berkelakuan seperti yang dingini oleh guru mereka. Cara ini dilakukan oleh guru dengan mengatakan sesuatu yang boleh membuatkan murid-murid rasa bersalah. Contohnya seperti Jabar, kalau ibu bapa kamu mengetahui kamu berperangai sebegini semasa di sekolah, mesti mereka akan kecewa dengan kamu.. Teknik putar belit ini adalah cara yang paling mudah. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd dalam buku yang berjudul Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah, teori pengukuhan adalah teori yang berguna dalam motivasi perubahan tingkah laku. Mrs Clem perlulah menggunakan teori pengukuhan ini sebagai salah satu cara untuk mengawal situasi yang terdapat dalam kes ini mengenai muridmuridnya di dalam kelas. Teori pengukuhan mengatakan individu memerlukan ganjaran bagi semua yang dilakukannya. Sebagai contoh, murid membina hubungan baik dengan

gurunya kerana dia mengharapkan guru memberna ganjaran tetapi apabila yang diterima daripada gurunya adalah yang sebaliknya, murid tidak mempunyai dorongan supaya membina hubunga baik itu. Salah stau daripada prinsip-prinsip contoh-contoh ganjaran yang dapat diberikan sebagai pengukuh positif kepada sikap murid-murid oleh Mrs Clem adalah ganjaran sosial. Mrs Clem perlulah memberikan ganjaran seperti pujian lisan dan penghargaan apabila anak murid yang bermasalah telah mahu mengikut tingkah laku yang betul. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1999). Komunikasi Untuk Guru, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2006). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah, Pahang : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.