KAUNSELING..
Proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien
DEFINISI KAUNSELING
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" ,tetapi pengertian bagi kaunseling itu sangat meluas
Burks & Stefflre (George & Cristiani, 1990) Kaunseling ialahlambangan satu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang klien.
Krumboltz (George & Cristiani, 1990) Kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien menghasilkan penyelesaian Aziz Salleh , 1996 Konsep atau definasi kaunseling mengikut perspektif Islam didapati lebih luas dan lebih komprehensif (Aziz Salleh, 1996) kaunseling merupakan suatu khidmat perhubungan di antara seorang klien yang mempunyai masalah psikologikal dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadap
RASIONAL KAUNSELING
Kewujudan ketegangan dan ketidakpuasan Kekosongan jiwa dan rohani Ketidakseimbangan emosi Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan Masalah peribadi dan keluarga Kebosanan belajar dan kekurangan pencapaian pelajaran Keperluan pertolongan untuk mengembangkan tingkah laku Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa
KONSEP KAUNSELING
OBJEKTIF KAUNSELING
PRINSIP KAUNSELING
KEPENTINGAN KAUNSELING
KONSEP KAUNSELING
Sebagai perhubungan bersemuka Perhubungan yang disifatkan sebagai hormatmenghormat, komunikasi yang berkesan, penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor Perhubungan terbuka di mana tanggungjawab hasil prosesnya adalah bergantung pada klien, bukan, pada kaunselor Perhubungan yang mengalakkan perkembangan dan perubahan pada diri klien yang menyebabkan prosesnys lebih berkesan lagi Bukannya semata-mata memberi nasihat
TUJUAN KAUNSELING
Mengubah tingkah laku klien Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya, tanpa rasa ragu-ragu Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan Membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya Meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain
OBJEKTIF KAUNSELING
Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya Menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain
PRINSIP KAUNSELING
Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih tinggi Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor Seperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor
KEPENTINGAN KAUNSELING
Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran) Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien belajar dengan berkesan
PROSES KAUNSELING
PERINGKAT PERTAMA: Adalah peringkat perhubungan antara kaunselor dan klien Peringkat yang penting dalam memastikan keperluan perhubungan kaunseling ke arah untuk memenuhi kehendak klien dan bukan kehendak peribadi kaunselor
PERINGKAT KEDUA: Peringkat proses yang paling penting matlamat kaunselor pada peringkat ini adalah membantu klien membina kefahaman-kendiri klien
PERINGKAT KETIGA: Peringkat merancang penyelesaian masalah Bantu klien mencari pilihan untuk membuat keputusan
PERINGKAT KEEMPAT:
peringkat akhir dalam proses menolong klien penyelesaian telah dipersetujui antara klien dengan kaunselor
CIRI-CIRI KAUNSELING
Ciri-ciri dalam kaunseling dijadikan asas kepada kaunselor untuk dijadikan panduan dalam menangani klien tertentu. Kaunseling harus berasaskan ciri-ciri berikut:
Pada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri. Klien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih tinggi. Klien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri. Objektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor.
CIRI-CIRI KAUNSELING
Kitchener
hak klien untuk memilih setiap tindakan yang ingin dilakukan, dan kaunselor harus menghormatinya 2. Kebaikan Kaunselor haruslah jujur dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seseorang jika tidak profesion kaunselor akan terjejas. 3. Tidak mencederakan Kaunselor boleh dipertanggungjawabkan di atas tindakan yang diambil oleh klien yang telah mencederakan orang lain. 4. Keadilan Kaunselor harus adil, ia tidak boleh dipengaruhi dengan sentimen-sentimen negatif 5. Ketaatan kaunselor haruslah taat, setia dan sentiasa memegang janji yang telah dibuat antara kaunselor dan klien dalam menjaga kerahsiaan kilennya.
PERINGKAT-PERINGKAT KAUNSELING
PERINGKAT PERTAMA /PERMULAAN
Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu
PERINGKAT KETIGA/AKHIR
Klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya Kaunselor akan membincangkan tindakan yang diambil oleh klien
PERINGKAT KEDUA/PERTENGAHAN
PERINGKAT-PERINGKAT KAUNSELING
Peringkat penentuan masalah Bersama mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klien Bersama mengenal pasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah
AKTIVITI KAUNSELING
PEMULIHAN
memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari masa ke semasa
PENCEGAHAN
Mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera.
KRISIS
AKTIVITI KAUNSELING
PERKEMBANGAN
usaha mengenal pasti keperluan pelajar di alam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran pengalaman serta akhlak yang mulia.
PENDEKATAN KAUNSELING
2 JENIS PENDEKATAN
- PENDEKATAN INDIVIDU - PENDEKATAN KUMPULAN
PENDEKATAN INDIVIDU
Kaunseling individu adalah satu bentuk perhubungan menolong yang unik di antara satu kaunselor dengan seorang individu
Kaunseling individu ialah hubungan tolongmenolong yang unik iaitu klien akan diberikan peluang-peluang belajar, menghayati, berfikir, dan merubahnya mengikut apa yang difikirkan bermanfaat bagi dirinya. Keberkesanan kaunseling itu pada kaunselor dan klien sendiri dalam mengemukakan sikap mereka semasa sesi kaunseling.
PENDEKATAN KELOMPOK
Apabila seorang kaunselor mendapati terdapat ramai klien yang mempunyai masalah yang hampir sama, makaterdapat beberapa kebaikan jika semua klien ini dipanggil dalam bentuk kumpulan.
Isi kandungan kaunseling kelompok meliputi keperluan dan minat bersama kebanyakan ahli kelompok .
Merupakan orientasi permasalahan dan proses pemulihan di mana kaunseli-kaunseli atau klien-klien dirasionalkan kembali mengikut persetujuan orang ramai.
TEKNIK-TEKNIK KAUNSELING
Teori Pemusatan Klien -Dikenali sebagai terapi kemanusiaan -Menumpukan kepentingan hubungan erat antara kaunselor dengan kliennya -Menggunakan kaedah pendengaran yang aktif di mana kaunselor memberi perhatian terhadap perbincangan di antara klien
Teori Psikoanalisis / Psikodinamik -kaedah bagi merawat individu berkaitan dengan masalah emosinya -merawat gangguan histeria, narcissism, kecelaruan peribadi, ketakutan, fobia dan kecelaruan seksual
TEKNIK KAUNSELING
Teori Terapi Perlakuan -Teknik yang boleh diguna dalam terapi perlakuan adalah penilaian; mainan peranan; gambaran imej; desensitisasi bersistem.
Teori Terapi Gestalt -Membantu individu untuk bertanggungjawab pada kehidupan sendiri dan perkembangan kendiri. -Teknik popular: Empty chair
mempunyai masalah cuma kurang galakkan & maklumat untuk menyelesaikan masalah
ETIKA KAUNSELING
Pengenalan Etika Kaunseling
melibatkan proses membuat keputusan berkaitan sifat moral manusia dan interaksi mereka. menyentuh persoalan berkaitan apakah yang baik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai. prinsip-prinsip akhlak dan moral yang perlu ada pada kaunselor semasa sesi kaunseling dijalankan.
SESI KAUNSELING
Maklumat Pramatang
Batasan Seksual
Batasan Profesional
Maklumat Pramatang
Ada sesetengah organisasi mengehendaki kaunselor mengisi borang berkaitan dengan data peribadi klien, maklumat-maklumat tujuan menghadiri kaunseling iaitu umur, latar belakang, keluarga dan sejarah keluarga.
Di awal perbincangan kaunselor digalakkan untuk memulakan sesi kaunseling dengan temu bual awal. Temu bual awal hanyalah membincangkan masalah secara umum dan juga matlamat kaunseling.
Bertujuan untuk menenangkan klien. Bagi klien yang pertama kali menghadapi sesi kaunseling, tentunya mereka merasa tidak selesa.
Kerahsiaan
Orang yang penting dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh seseorang. Harus memastikan setiap perbualan yang dilakukan dengan klien tidak diketahui oleh sesiapa dan menjaga kerahsiaan sesuatu maklumat yang diceritakan oleh klien kepadanya. Ada sesetengah perkara yang tidak dapat untuk dijadikan kerahsiaan antaranya jika ia boleh mencederakan klien ataupun pada orang lain. Contohnya penderaan kanak-kanak, jika kaunselor mendapati klien itu terlibat dalam penderaan kanakkanak maka masalah itu perlu dirujuk kepada pihak berkuasa.
Batasan Profesional
Membatasi profesionnya walaupun mengenali klien. Sedar tahap kemampuan dalam mengendalikan sesi kaunseling. Setiap kaunselor mempunyai kepakaran masing-masing di bidang yang berbeza.
Sedar akan bentuk perhubungan yang dijalin, menghormati klien, serta menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti yang memenuhi kehendak peribadi ahli dengan mengambil kesempatan ke atas diri klien.
Sedar dan mengawasi agar hubungan itu tidak melanggar adat dan agama, dan harus menjaga hak asasi individu serta maruah peribadi klien dalam hubungan ini.
Batasan Seksual
Bukan hanya melibatkan fizikal tetapi juga melibatkan pertuturan contohnya kaunselor dilarang menggunakan ayat-ayat yang berbaur lucah. Hubungan tertentu seperti saudara mara, kawan baik, atau hubungan emosi/ seks dengan klien akan menjejaskan pertimbangan ahli secara profesional dan objektif. Keadaan ini mestilah dijauhi atau hubungan kaunseling itu hendaklah diputuskan dan klien dirujuk kepada profesional lain yang layak
Memberi perhatian
Memerhatikan klien
Meneroka Masalah
Mendengar
Merumus
Menerang Semula
Kemahiran Parafrasa
Memberi tumpuan pada masalah klien 4 cara Postur Pandangan mata Riak muka Cara duduk
Postur Cara duduk kaunselor ketika menghadapi sesi kaunseling dapat mencerminkan bahawa kaunselor berfikiran terbuka dan bersedia untuk berhubung dengan klien.
Keadaan duduk perlulah selesa, sentiasa menghadap muka klien, duduk di tengahtengah dan relak. Kaunselor perlu menunjukkan suasana yang natural dan tenang.
Pandangan mata
Sentiasa memerhatikan klien. Apabila klien tiba-tiba memandang kita, maka dia akan mendapati kita sentiasa memandangnya. Membuat klien berasa terjamin dan masalah yang disampai sudah difahami oleh kaunselor.
Riak muka
Ketika kita memberi perhatian kepada klien, adalah penting untuk kaunselor untuk menyatakan perasaan melalui riak muka. Jika kita mendengar kejayaan yang diperolehi oleh klien maka kita hendaklah memaparkan wajah yang ceria, dan juga sebaliknya. Membayangkan segala masalah yang dihadapi oleh klien dapat membantu kaunselor dalam memahami masalah klien. Jika kaunselor meletakkan dirinya di dalam masalah klien maka ini dapat memberikan panduan kepada kaunselor dalam menyelesaikan masalah.
Cara duduk Kaunselor perlu memastikan jarak duduk bersesuaian di antara klien dan kaunselor (3 4 kaki). Kerusi harus sama ketinggian dengan klien.
Kemahiran memerhatikan klien. Penampilan klien sudah dapat memberikan gambaran sebenar perasaan yang sedang dialaminya. Dapat menilai masalah sebenar yang dihadapi oleh klien. Masalah klien tidak hanya dapat disampaikan melalui komunikasi lisan (verbal) tetapi juga melalui komunikasi bukan lisan (non-verbal). Masalah dapat dianalisis dengan tepat dan jelas maka ia dapat diselesaikan dengan mudah.
Kualiti suara
Intonasi yang digunakan oleh klien Ukuran keyakinan dan pegangan klien terhadap sesuatu. Antaranya: Suara yang tersekat-sekat mungkin tanda was-was atau menyorokkan sesuatu. Nada yang tinggi tanda marah, geram atau tidak puas hati. Terlalu perlahan tanda sayu, takut, sedih atau malu
Pergerakan badan Tergaru-garu kepala klien ragu-ragu, tidak pasti atau gelisah Menggigit jari klien tertekan, ragu-ragu, cemas dan risau Menggenggam erat atau mematahkan jari klien geram atau marah Menggelengkan kepala klien tertekan dan buntu.
Keadaan diri klien Cara klien memperlihatkan diri juga menunjukkan keadaan sebenar klien. Ia memberi mesej kepada kaunselor apakah situasi yang sedang dihapainya. Rambut yang kusut-masai Bibir yang bengkak Tidak bermaya dan lesu Badan yang lebam-lebam.
Kemahiran mendengar
Aktiviti yang kompleks dan ia memerlukan kaunselor memberi tumpuan yang sepenuhnya sepanjang sesi dijalankan. Melibatkan perhatian, menerima dan memahami maklumat yang disampaikan oleh klien. Tujuan kaunselor mendengar adalah untuk memahami dengan jelas tentang masalah yang dihadapi, di samping mencapai persetujuan bagaimana masalah tersebut boleh ditangani. Dengan maklumat yang diperoleh dapat membantu menyelesaikan masalah klien berdasarkan klu dan isyarat.
Menghadapi Kesenyapan
Ada kalanya dalam sesi kaunseling, berlaku kesenyapan iaitu tiba tiba klien terhenti berkata kata atau klien dan kaunselor sama sama serentak tidak berkata kata. Kesenyapan juga kadang kala diiringi dengan klien sebak, mengalirkan air mata dan tersedu sedu jika tidak dapat membendung perasaan. Seseorang kaunselor harus bijak menangani kesenyapan yang tiba-tiba dialami oleh klien. Inilah pentingnya perhatian yang berterusan semasa sesi kaunseling berjalan kerana kaunselor boleh mendapat bayangan apakah yang sebenarnya difikirkan oleh klien.
Cara terbaik untuk menangani kesenyapan ialah dengan menggalakkan klien berbual.
Bijak dalam mengemukakan soalan kerana ia mudah mempengaruhi emosi klien. Tidak tergopoh gapah bertanya soalan kepada klien. Pandai membahagikan masa kepada klien supaya mereka kembali tenang dan sekiranya klien menangis, kaunselor mestilah membiarkannya sehingga klien berasa lega dan selesa untuk kembali bercerita.
Mencelah Kesunyian
Menanyakan beberapa soalan Proses menanyakan beberapa soalan, membantu kaunselor lebih fokus kepada klien.
Kemahiran Parafrasa
Kemahiran kaunselor dalam menyatakan pemahaman masalah dalam bentuk ayat yang tersendiri. Ia berdasarkan pemahaman sedia ada dan dibentuk menggunakan ayat tersendiri. Perkara penting semasa membuat parafrasa ialah mengulang dengan ayat yang tepat kerana ini akan menggambarkan pemahaman kaunselor terhadap masalah klien
Kemahiran merumus
Menghubung kait semua maklumat yang disampaikan oleh klien berkaitan dengan masalah yang dihadapi. Kaunselor perlu membuat rumusan supaya pemahaman kaunselor dengan klien adalah selari. 2 bentuk rumusan: rumusan kecil rumusan besar
Kemahiran Menamat Proses Kaunseling Peringkat akhir iaitu selepas kaunselor dan klien berpuas hati dengan langkah penyelesaian yang membawa perubahan dalam diri klien ataupun selepas klien merasa yakin masalah sudah selesai dan tidak memerlukan bantuan. Berlaku pada sesi pertemuan pertama, kedua, ketiga malah mungkin sesi yang kedua belas bergantung kepada masalah dan jangka masa pertemuan.
Bimbingan yang berjaya dapat memberi kepuasan kepada kaunselor dan klien.
KESIMPULAN
Kaunseling merupakan satu aspek yang sangat penting dalam kehidupan kita. Kaunseling merupakan aktiviti nasihat dan perundingan di antara klien dan kaunselor dengan menggalakkan interaksi dalam menolong klien untuk mencapai kesejahteraan hidup. Kaunseling juga penting untuk diamalkan kerana ia akan memberi sokongan, menyelesaikan konflik yang timbul di dalam diri klien dan sekaligus membantu klien dalam membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah yang dialaminya.