Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI 2

Nama:

RAFIZAH BINTI RUSLI

No: Kad Pengenalan:

731101-09-5176

REFLEKSI
Dalam semester empat, saya telah mempelajari subjek Teknologi dalam Pengajaran
dan Pembelajaran.

Melalui subjek ini, saya memahami bahawa teknologi bukan

semata-mata suatu ilmu pengetahuan dan juga alat. Sebaliknya proses, kaedah dan
idea bagi memastikan penggunaan sesuatu ilmu dan alat atau bahan tersebut
mencapai kejayaan. Selain itu, saya turut diberi pendedahan tentang keberkesanan
pengajaran guru bukan sahaja mampu memproses maklumat dan memperoleh
maklumat, malah murid mampu memproses maklumat dan mengaplikasikannya
sehingga mendorong pembinaan tingkah laku yang baharu.

Sehubungan itu, saya

telah diberi tugasan secara berkumpulan berkaitan konsep teknologi yang telah kami
pelajari. Tugasan yang diberi sememangnya satu tugasan yang mudah tetapi sangat
mencabar. Saya menganggap tugasan itu mudah kerana tugasan tersebut meminta
saya serta ahli kumpulan membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan
persembahan elektronik.

Namun, ada kesukarannya kerana perlu mengaplikasikan

aspek-aspek reka bentuk pengajaran model ASSURE dalam pembinaan Rancangan


Pengajaran Harian tersebut. Saya dan ahli kumpulan telah bersetuju untuk membina
Rancangan Pengajaran Harian tahun satu.
Pada mulanya, saya menganggap model ASSURE tidak banyak membantu
dalam pembinaan Rancangan Pengajaran Harian, tetapi setelah merujuk beberapa
maklumat

dan contoh berkaitan model ASSURE, saya menyedari bahawa model

ASSURE memudahkan pembinaan Rancangan Pengajaran Harian. Sebelum membina


Rancangan Pengajaran Harian, saya perlu memahami enam ciri yang terkandung
dalam model ASSURE iaitu analyze learners (menganalisis pelajar), state objectives
(menyatakan objektif), select methods, media and materials (memilih kaedah, media

dan bahan sumber), utilize media and materials (menggunakan media dan bahan),
require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar), evaluate and revise
(melakukan penilaian dan pengubahsuaian).
Elemen yang pertama memerlukan guru mengenal pasti dan menganalisis murid
yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses menganalisis ciri-ciri
murid, guru perlu mengenal pasti ciri-ciri umum yang terdapat pada seseorang murid.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira seperti umur, jantina, sosio ekonomi
dan sebagainya.

Elemen yang kedua ialah menentukan objektif.

Objektif-objektif

pembelajaran secara khusus perlu dinyatakan dengan jelas, bagi memastikan aplikasi
yang akan dibangunkan mempunyai hala tuju yang terpimpin serta menepati objektif
berdasarkan kemahiran yang dipilih.

Elemen ketiga yang digariskan dalam model

ASSURE ialah memastikan sesuatu kaedah yang dipilih perlu bersesuaian dengan ciriciri murid, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta objektif. Pemilihan media
adalah bentuk format media yang akan digunakan. Pemilihan bahan sumber merujuk
kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Elemen yang berikutnya adalah bagaimana sesuatu media dan bahan sumber
dapat dimanfaatkan oleh guru dan murid.
betul, lengkap dan cukup.

Guru perlu menyediakan bahan dengan

Sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun

bahan dan sumber agar mudah dicapai serta menggunakan bahan sumber secara
optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala elemen yang kelima
ialah pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif akan menghasilkan perubahan
tingkah laku yang diharapkan. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat
membantu dan mengekalkan penglibatan murid secara aktif, sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang terakhir ialah sesuatu sesi pengajaran
dan pembelajaran perlu dinilai bagi mendapatkan maklum balas dan memastikan
keberkesanannya.

Oleh itu, satu sesi refleksi guru bersama murid-murid perlu

dijalankan bagi membolehkan murid-murid memberikan respon terhadap sesi


pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.

Ianya bertujuan untuk

memastikan dan mengenal pasti kelemahan yang terdapat dalam sesuatu sesi

pengajaran dan pembelajaran agar penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan
datang.
Setelah mengetahui reka bentuk pengajaran model ASSURE, saya menyedari
bahawa sememangnya saya telah menggunakan model ASSURE, dalam pembinaan
Rancangan Pengajaran Harian sepanjang saya berkhidmat sebagai guru.

Namun,

pengetahuan yang diperoleh semasa mendapatkan maklumat tentang model ASSURE


mampu menambah pengetahuan saya dalam membina Rancangan Pengajaran Harian
dengan lebih bermutu lagi. Tugasan ini juga memberi pendedahan kepada saya untuk
memahami konsep teknologi.
masa

kini

dengan

Seterusnya menggunakan teknologi yang ada pada

sebaik-baiknya

dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

supaya

gaya

pembelajaran

saya

dapat

Anda mungkin juga menyukai