Anda di halaman 1dari 13

Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim 760813025662 PPG Sains Ambilan Februari 2012(4P)

Amali 1 Tajuk : Ekosistem Tanah - Biota Tanah dan Jaringan Makanan

Tujuan

: Untuk mengenalpasti bilangan dan jenis makrofauna yang ditemui di dalam jenis tanah yang berlainan.

Teori

Maksud ekosistem pertama kali telah diperkenalkan oleh seorang ahli ekologi Inggeris bernama A.G. Tansley pada tahun 1935. Walaubagaimanapun konsep yang diperkenalkan itu bukanlah yang pertama.. Sebelum akhir tahun 1800-an, telah mula terbit pernyataan-pernyataan rasmi tentang istilah dan konsep yang berkaitan dengan ekosistem mulai wujud dalam pelbagai maksud. Antara maksud yang diperkenalkan oleh ahli ekologi ialah ekosistem adalah kesatuan secara menyeluruh antara setiap unsur kehidupan yang saling mempengaruhi (UU Lingkungan Hidup Tahun 1997). Unsur-unsur hidup (biotik) dan bukan hidup (abiotik) tersusun sebagai satu kesatuan dalam ekosistem yang saling berhubungan, saling mempengaruhi, dan saling berinteraksi antara satu sama lain. Ekosistem merupakan saling hubungan antara hidupan-hidupan dan berinteraksi dengan

persekitaran mereka dan seterusnya telah membina satu aliran tenaga melalui kitaran bahanbahan. Sistem di dalam adalah terbuka dimana terdapat kemasukan, perpindahan dalaman , Semua aliran tenaga dalam setiap ekosistem hanya Ini akan membentuk

pengeluaran tenaga dan nutrien berlaku. membekalkan

berlaku dalam satu arah sahaja. Kitaran biasanya bermula dengan cahaya matahari yang akan aliran tenaga untuk proses fotosintesis bagi tumbuhan. sebatian organik yang kaya menyimpan tenaga dalam jumlah yang banyak dan menjadi asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem . Ekosistem juga adalah perhubungan antara pelbagai spesies. Di dalam ekosistem terdapat interaksi antara benda hidup ( biotik) dengan benda bukan hidup (abiotik) dalam alam semulajadi. Sesuatu ekosistem terdapat haiwan, tumbuhan, dan hasil dari kesatuan unsur-unsur hidup dan bukan hidup (biotik maupun abiotik) yang saling mempengaruhi dan saling bekerja bersama bagi menjana,

Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim 760813025662 PPG Sains Ambilan Februari 2012(4P)

menyimpan dan memindahkan tenaga , nutrien dan air. Contohnya, tumbuhan menjadi pengeluar dan menjana tenaga melalui proses fotosintesis dan tenaga yang terhasil disimpan dalam bentuk karbohidrat dalam tumbuhan Kemudian haiwan akan makan tumbuhan tersebut jadi lemak dan protin dipindahkan ke dalam haiwan. . Organisma-organisma tanah seperti cacing berfungsi menguraikan tisu-tisu tumbuhan dan haiwan. Proses ini akan memindahkan tenaga kepada mereka manakala nutrien yang diperolehi kembali ke tanah untuk diambil balik oleh tumbuhan. Tanah di bawah litupan daun luruh (O horizon ) mempunyai bilangan makrofauna yang banyak berbanding tanah atas (A horizon). Tenaga yang memasuki jaringan makanan kebanyakkannya akan hilang di persekitaran dalam bentuk haba metabolisma. Selepas itu, sebahagian besar nutrien jaringan makanan tetapi kemudian hilang ke persekitaran. akan dikitar semula dalam

Air, karbon, nitrogen, fosforus and

bahan-bahan lain yang diperlukan semasa produktiviti permulaan bergerak melalui kitaran biogeokemikal. Terdapat pelbagai jenis ekosistem utama misalnya, ekosistem hutan paya bakau, ekosistem dan agro

hutan hujan tropika, ekosistem kolam, ekosistem akuatik, ekosistem hutan gambut, ekosistem seperti ekosistem ladang kelapa sawit dan ekosistem sawah padi.

Ekosistem Paya Gambut adalah merupakan kawasan hutan yang dipenuhi dengan air. Lapisan tanah atau lantai hutan dipenuhi oleh daun-daun yang telah mati dan mereput setebal 20 meter. Ciri-ciri daun yang terendam dalam air ini menjadikan kandungan nutrient dan oksigen larut pada tahap yang rendah serta airnya menjadi berasid. Ini menjadikan ia suatu ekosistem yang unik Ekosistem Kolam pula merupakan ekosistem air tawar yang khusus. Di dalam kolam alga adalah aras trof yang asas iaitu pengeluar. Pemangsa- pemangsa yang terdapat ekosistem ini biasanya terdiri daripada ikan, udang, berudu, kumbang air, dan tuntung. Ekosistem Akuatik adalah sejenis ekosistem yang terletak dalam jasad air. Komuniti-komuniti organisma bergantung antara satu sama lain dan persekitaran mereka. Ekosistem ini terdiri daripada dua ekosistem iaitu ekosistem air masin dan ekosistem air tawar. Manakala ekosistem air tawar terdiri daripada 3 jenis iaitu lentic iaitu air gerak perlahan termasuk kolam dan tasik, lotic iaitu air bergerak laju seperti alur dan sungai dan tanah wembab (Wetlands) iaitu kawasan dimana tanah tepu dengan air Perkhidmatan ekosistem yang pelbagai ini akan memberi kesan seperti menurunkan suhu global, mengitar semula dan menggerakkan nutrient, menyahtoksin dan menguraikan bahan buangan serta

Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim 760813025662 PPG Sains Ambilan Februari 2012(4P)

membantu dalam pencaran biji benih. Terdapat pelbagai kitaran biogeokimia, contohnya kitaran air, kitar nutrient, kitar nitrogen, kitar karbon, kitar fosforus, kitar kalium dan kitar sulfur. Kitaran biogeokimia atau kitaran nutrient merupakan satu laluan untuk unsur-unsur kimia bergerak melalui komponen biotik atau abiotik. Misalnya kitar nitrogen yang bermula dari unsur nitrogen di udara. Jadi, ekosistem amat penting kepada kestabilan alam sekitar.

Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim 760813025662 PPG Sains Ambilan Februari 2012(4P)

Pembolehubah : dimanipulasi - Jenis tanah bergerak balas Dimalarkan - Bilangan dan jenis makrofauna - Suhu persekitaran, teknik mengumpul makrofauna yang banyak

Bahan : Sampel tanah larutan alcohol

radas corong tulgren kaki retort bikar lampu corong turas piring petri kain kasa kanta pembesar mikroskop

Kaedah :

Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim 760813025662 PPG Sains Ambilan Februari 2012(4P)

1. Satu sampel tanah dibawah litupan daun luruh (O Horizon) dan tanah atas (A Horizon tidak melebihi kedalaman 3cm) telah dikumpul daripada dua lokasi berbeza. 2. Tanah tersebut telah diambil dari dari laman, kawasan tumbuhan asli, aman,di bawah spesis pokok yang berbeza atau kawasan-kawasan lain. 3. Sampel-sampel telah dimasukkan ke dalam bag plastik, dimeterikan dan dilabelkan dengan nama kumpulan dan lokasi kutipan. 4. Pada setiap lokasi, telah direkodkan jenis tanaman pada lokasi dan ciri- ciri dalam jadual 1, dan kemudian digunakan untuk membandingkan habitat tanah dari dua lokasi. 5. Spesimen hidup di atas tanah turut diperhatikan dan dicatat di dalam Jadual 2. 6. Kembali ke makmal, sampel tanah telah campurkan dengan tanah litupan daun dari lokasi yang sama. M 7. Satu sampel tanah telah dimasukkan ke dalam corong Tulgren kemudian dibiarkan selama 2 hari, dan dituangkan kedalam piring petri yang mengandungi alkohol. 8. Bikar yang mengandungi etanol telah dikeluarkan dan makrofauna yang terperangkap diambil dan ciri-cirinya direkodkan dalam Jadual 3. 9. Sampel dari lokasi kedua dimasukkan ke dalam corong Tulgren dan tuangkan selepas 2 hari, mengikut prosedur yang sama.

10. sampel tanah dari O Horizon dan A Horizon diperiksa dengan menggunakan microskop atau kanta tangan. 11. Keputusan dari Jadual 2 dan 3 digunakan dan bilangan order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun, dan bilangan individu dari setiap order atau kumpulan seliter tanah dan litupan daun dikira. Pemerhatian direkodkan dalam jadual 4.

Pemerhatian/ data Ciri-ciri Lokasi Jenis tanaman tahap naungan Lokasi 1 Pokok hiasan Merah muda Lokasi 2 Pokok hiasan palma Hitam

Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim 760813025662 PPG Sains Ambilan Februari 2012(4P)

Kelembapan/Kekeringan Tanah Kemampatan Tanah Tekstur Tanah (pasir, liat dll)

kering Kurang padat Tanah berbukit Jadual 1

Sedikit lembap Kepadatan sederhana Tanah pamah

a. Makrofauna Terbesar Order atau Kumpulan Makrofauna Bilangan @ lokasi 1 isipadu tanah = ____ Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = ____

mengkarung siput babi belalang

1 0 2 Jadual 2

0 1 0

Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim 760813025662 PPG Sains Ambilan Februari 2012(4P)

b. Makrofauna terkecil

Order atau Kumpulan Makrofauna

Bilangan @ lokasi 1 Bilangan @ lokasi 2 isipadu tanah = ____ isipadu tanah = ____

semut hitam Kutu tanah

7 2 Jadual 3

0 0

Makrofauna

Lokasi 1 12 1 2 7 0 2

Lokasi 2 1 0 0 0 1 0

Bilangan kumpulan per liter tanah Bilangan kumpulan mengkarung per liter tanah Bilangan kumpulan belalang per liter tanah Bilangan kumpulan semut hitam per liter tanah Bilangan kumpulan siput babi per liter tanah Bilangan kumpulan kutu tanah per liter tanah

Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim 760813025662 PPG Sains Ambilan Februari 2012(4P)

Makrofauna bilangan Order atau kumpulan seliter tanah/litupan

lokasi1 12

lokasi 2 1

contoh: bil individu kum. B seliter tanah/litupan bil. individu seliter tanah/litupan bil. individu seliter tanah/litupan jadual 4

12 5 5

1 1 1

1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza? Bolehkah anda cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka. Apakah parameter yang anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan- perbezaan tersebut?

Kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza adalah disebabkan oleh habitat haiwan yang berbeza. Habitat boleh didefinisikan sebagai tempat tinggal haiwan dan haiwan boleh membiak di tempat tersebut. Sekelompok organisma dari pelbagai spesies yang berbeza akan membentuk satu komuniti. Contohnya habitat harimau, gajah dan musang di dalam huta. Habitat ikan, plankton dan udang di dalam air. Hasil dapatan dari keputusan yang diperolehi telah mendapati sampel tanah dari Lokasi 1 mengandungi lebih makrofauna berbanding dengan sampel tanah lokasi 2. Sampel tanah Lokasi 1 diambil dari kawasan berdekatan bawah

Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim 760813025662 PPG Sains Ambilan Februari 2012(4P)

pokok tanaman hiasan. Di lokasi ini terdapat lebih makrofauna kerana keadaan tanahnya yang agak lembab dan tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari yang akan mengeringkan tanahnya. Menjadikannya sesuai untuk hbitat. Manakala keputusan dari lokasi tanah 2 kurang mengandungi makrofauna kerana tanahnya yang terlalu lembap dan dipenuhi air. Walaupun ia terdedah kepada matahari ia kurang sesuai untuk hbitat haiwan disebabkan airnya yang cetek dan panas.

2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut.

Makrofauna

adalah

merupakan

sebuah

komuniti

di

dalam

tanah

yang

membantu

menyeimbangkan sifat fizikal tanah dan bertindak sebagai pengurai. Selain daripada itu, makrofauna juga dapat mencegah berlakunya hakisan tanah. Ini akan meningkatkan aktiviti biologi dan membantu menyuburkan tanah . Selain daripada itu akan menjadikan struktur tanah lebih stabil. Di dalam makrofauna terdapat bakteria, kulat, cacing tanah, alga, nematod dan aktinomisit. Aktinomisit berperanan sebagai mereputkan sisa organik. Bakteria berperanan sebagai membantu mereputkan sisa organik dan membantu peredaran nitrogen, sulfur, fosforus dan karbon di dalam tanah. Manakala kulat juga turut penting untuk mereputkan sisa organik dan berimbiosis dengan akar tumbuhan. Nematod juga seperti bakteria, kulat dan aktinomisit berperanan untuk mereputkan sisa tumbuhan. Jika cacing tanah dicampurkan ke dalam tanah akan mencampurkan hasil reputan daun di dalam tanah dengan daun reput kerana cacing akan makan daun reput dan menghadamkan daun reput tersebut serta mengemburkan tanah. Najis cacing mengandungi kalsium yang akan menyuburkan tanah. ini akan memasukkan lebih pengudaraan ke dalam tanah dan saliran tanah melalui lubang yang digali. Selain itu, membawa tanah dari satu lapisan ke lapisan lain. Alga yang terdapat di dalam air akan menggunakan cahaya matahari untuk menjalankan fotosntesis. Jadi, alga adalah pengeluar bagi rantai makanan.

Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim 760813025662 PPG Sains Ambilan Februari 2012(4P)

3. Pada

rajah

jaringan

makanan

yang

disediakan,

labelkan

jenis-jenis

biota

(contohnya,fungi, nematod dan lain-lain), apa yang mereka lakukan (pemangsa, pemakan daun dll) dan huraikan bagaimana arah aliran tenaga berlaku. Contoh, dimanakah bermulanya pembentukan tenaga dan dimanakah ianya berakhir (puncak rantai makanan). Apakah akan terjadi kepada tenaga dan nutrien apabila organisma pada puncak rantai makanan mati? Sertakan rajah ini dengan laporan anda.

Nematod Mereput sisa tumbuhan

Antropoda Antripoda pengurai pemangsa

10

Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim 760813025662 PPG Sains Ambilan Februari 2012(4P)

Burung Nematod Kulat Tumbuhan pengeluar Cacing tanah pemangsa

protozoa Bahan buangan organik Haiwan Bakteria

Tumbuhan hijau merupakan pengeluar dan dapat menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosntesis. Tumbuhan hijau akan menyerap tenaga cahaya matahari melalui pigmen klorofil pada bahagian daun tumbuhan yang berwarna hijau. Makanan yang dihasilkan ini akan digunakan oleh tumbuhan itu sendiri dan akan membekalkan makanan kepada organisma lain semasa organisma makan tumbuhan tersebut. Organisma-organisma individu dari kompnen biosis berkemandiri sama ada dengan menghasilkan makanan sendiri ataupun dengan memakan organisma lain. Di dalam semua ekosistem terdapat tiga kumpulan iaitu pengeluar, pengguna dan pengurai. Pengeluar biasanya terdiri daripada tumbuh-tumbuhan kerana tumbuhan boleh menghasilkan makanan sendiri dari seterusnya boleh mengeluarkan makanan untuk organisma lain. Pengguna pula ialah haiwan yang memakan tumbuhan contohnya seperti kambing makan rumput atau arnab makan lobak merah. Selain dari tu, pengguna juga boleh

11

Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim 760813025662 PPG Sains Ambilan Februari 2012(4P)

terdiri daripada ular yang makan arnab dan harimau yang makan kambing. Pengurai adalah terdiri daripada kumbang tanah, bakteria dan kulat. Rantai makanan merupakan satu siri

organisma dalam suatu ekosistem yang dihubungkan kepada organisma yang lain melalui pemindahan atau pengaliran tenaga. Rantai makanan akan membentuk siratan makanan.

Setiap organisma akan menjadi pemangsa dan mangsa kepada organisma sebelum dan selepasnya. Ini akan melengkapkan ekosistem.

Kesimpulan

Ekosistem terdiri daripada biotik dan abiotik. Biotik adalah meliputi benda hidup yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, haiwan, manusia dan bakteria. Manakala abiotik adalah benda bukan hidup iaitu hujan, udara, tanih, mineral dan yang paling utama ialah cahaya matahari. Di dalam komponen biotik terdapat pengeluar, pengurai dan pengguna.Ia adalah saling berkaitan dan satu siri organisma yang berkaitan dinamakan rantai makanan. Beberapa rantai makanan membentuk siratan makanan. Terdapat pelbagai jenis ekosistem utama misalnya, ekosistem hutan paya bakau, ekosistem dan agro

hutan hujan tropika, ekosistem kolam, ekosistem akuatik, ekosistem hutan gambut, ekosistem seperti ekosistem ladang kelapa sawit dan ekosistem sawah padi.

12

Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim 760813025662 PPG Sains Ambilan Februari 2012(4P)

Ekositem ini penting di dalam membekalkan sumber kepada manusia dan memberikan kitaran nutrient dan rantaian makanan kepada manusia. Selain daripada itu ia juga mengekalkan kepelbagaian biologi.

13

Anda mungkin juga menyukai