Anda di halaman 1dari 1

SITUASI A - Scott hantar tugasan lambat Tanya kepada Scott kenapa tidak dapat meghantar tugasan mengikut masa

yang ditetapkan. Mulakan dengan memberi keizinan untuk menghantar lewat dan seterusnya memberi nasihat supaya Scott beritahu kepada guru sekiranya terdapat masalah dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Akhir sekali, nasihati Scott agar berusaha untuk cuba menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. SITUASI B - Simpan alatan tetapi bersepah Sebelum waktu pulang ke sekolah, jumpa dengan Alyson dan Maria, arahkan mereka supaya kemas peralatan sebelum pulang. Pantau semasa mereka kemas peralatan. Selesai mengemas, ucapkan tahniah dan berikan nasihat agar mereka peka dengan amanah dan tanggungjawab yang diberi dan tidak mengulanginya di masa hadapan. SITUASI C - Victor tidak buat tugasan Guru pergi kepadanya dan menanyakan kenapa dia tidak mahu melakukan tugasan yang diberi. Mengajak Victor untuk sama-sama melakukan tugasan yang diberi. Berikan perhatian kepada Viktor ketika dia melakukan tugasan bersama agar dia rasa tidak ada ruang untuk tidak membuat tugasan dan rasa dihargai dalam melakukan tugasan. SITUASI D - Mengejek antara rakan Menegur mereka supaya menghentikan ejekan sesama sendiri sebegitu dan menasihati mereka dengan cara berhikmah dan memberikan contoh yang lain supaya mereka faham keburukan dalam melakukan perkara sedemikian. Meminta agar kedua-dua pelajar tersebut memohon maaf antara satu sama lain dan berjanji untuk tidak melakukannya lagi. SITUASI E - Daphne makan di dalam kelas Tanya Daphne adakah dia sudah sarapan pagi sebelum masuk kelas dan lapar ketika dalam kelas. Izinkan dia untuk makan supaya tidak lapar. Menasihatinya agar sentiasa melapik perut dengan sarapan pagi setiap kali sebelum ke sekolah dan tidak mengulanginya lagi. SITUASI F - Bertukar nota dan ketawa semasa perbincangan Menegur dn bertanya Susan dan Kris sama ada mahu berkongsi sesuatu bersama ahli kelas yang lain. Menyuruh mereka menyimpan nota tersebut dan menasihati mereka agar menumpukan perhatian semasa perbincangan diadakan. SITUASI G - Sikap pelajar ketika guru ganti masuk kelas Sebelum memulakan pembelajaran, tanya bagaimana sikap dan kelaku mereka ketika guru masuk meggantikan. Berikan peneguhan positif kepada mereka yang berkelakuan baik dan jadikan contoh kepada pelajar yang lain. Bagi yang berkelakuan kurang baik, berikan amaran dengan cara yang berhikmah supaya mereka tidak mengulanginya lagi.