Anda di halaman 1dari 4

TIDUR ADALAH IBADAH

Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca drpd mengantuk kerana


kurang tidur. Oleh itu, kerajaan amerika menubuhkan sebuah yayasan bernama
yayasan tidur negara @ national sleep foundation bagi mengkaji kaitan antara
masalah tidur dengan produktiviti negara.

Lembaga keselamatan pengangkutan kebangsaan di amerika @ national


transportation safety board mengenal pasti keletihan dan kurang tidur sebagai punca
kemalangan laut yang melibatkan kapal tangki minyak exxon valdez mencemari 1770
km pd bulan mac 1989 dan world prodigy pada bulan jun 1989.
menurut bukhari dan muslim, Nabi Muhammad berkata “ Apabila salah seorang di
antara kamu berasa mengantuk, hendaklah dia tidur sehingga hilang rasa
mengantuknya. Apabila seseorang meneruskan solat ketika mengantuk
berkemungkinan ketika sedang membaca istighfar tanpa disedari dia mengutuk
dirinya sendiri.”

FAEDAH TIDUR

Islam menyuruh penganutnya tidur dan berehat supaya dengan itu segala
ibadah dan aktiviti dapat dilakukan dengan baik. Islam menganggap tidur sebagai
satu ibadah dan menekankan ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Nabi
Muhammad mementingkan kualiti ketika beramal dan tidur dapat membantu kearah
itu.

Menurut Bukhari dan Muslim, beliau pernah memasuki masjid dan ternampak
seutas tali tali merentangi dua tiang. Selepas bertanya, nabi diberitahu tali itu adalah
kepunyaan Zainab yang berpaut kepadanya ketika keletihan selepas melakukan
solat. Lantas Nabi Muhammad berkata : “Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di
antara kamu bersolat ketika cergas dan ketika mengantuk pergilah tidur.”

PEKERJA SYIF MALAM DAN KESAN PADA KESIHATAN

Tidur yang penting adalah tidur pada waktu malam. Allah berkata dalam surah
al-Furqan ayat 47 : "Dan Dia menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur
sebagai istirahat, dan dijadikan siang untuk bertebaran mencari rezeki. "

Pekerja-pekerja syif malam mempunyai risiko lebih tinggi menghidap sakit jantung.
Pengkaji-pengkaji dari Universiti Milan mendapati jantung manusia tidak bersedia
menerima tekanan yang berlebihan pada waktu malam.
Hal ini disebabkan, hormone cortisol yang berfungsi melajukan jantung dan
pernafasan pada waktu siang tidak begitu berperanan pada waktu malam. Justeru,
melemahkan konsentrasi dan tumpuan pekerja2 pada syif malam di samping
membebankan jantung mereka.

TIDUR DAN METABOLISME KARBOHIDRAT

Kerehatan yang cukup dapat menyihatkan badan, sekali gus meningkatkan


produktiviti. Tidur penting bagi kelancaran proses metabolisme karbohidrat di dalam
badan. Satu kajian dilakukan di Universiti Chicago melibatkan beberapa orang lelaki
yang diizinkan tidur hanya untuk 4 jam pd setiap malam selama 6 malam berturut-
turut.

Selepas itu pemeriksaan dilakukan ke atas mereka dan pakar-pakar mendapati


keadaan mereka menyerupai keadaan pesakit-pesakit kencing manis dengan kadar
insulin yang rendah dan hormone catisol yang tinggi.

Di samping itu, kemampuan badan mereka memproses gula di dalam darah


menurun sebanyak 30%. Apabila keadaan ini dibiarkan berlarutan, ingatan mereka
menjadi terjejas dan mereka juga boleh menghidap penyakit darah tinggi.

TIDUR DAN MINDA YANG CERGAS.

Tidur yang cukup memantapkan kecergasan minda. Pakar tidur, Colonel


Gregory Belenky, mengkaji kesan kurang tidur ke atas tentera-tentera yang
mengendalikan peralatan canggih ketenteraan. Beliau mendapati, fungsi otak
terutamanya yang melibatkan bahagian membuat keputusan, perancangan dan
konsentrasi, banyak terjejas apabila seseorang tidak dapat tidur dengan cukup dan
otak akan mengambil masa yang lama bagi pulih seperti sedia kala.
TIDUR DAN MENYIMPANAN MAKLUMAT

Penyimpanan maklumat jangka panjang@ long-term memory di dalam otak


juga berlaku semasa tidur. Namun, mereka yang suka tidur lewat, sebagai contoh
pelajar yang mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam, mengganggu proses
menyimpanan maklumat. Menurut Penolong Profesor Carla B.

Green dari Pusat Sains Kebangsaan Untuk Pusingan Biologi, mengulangkaji


pelajaran sehingga lewat malam menjejaskan pusingan biologi seseorang dan ini
menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca, disamping
menyebabkan keletihan pada waktu yang tidak menentu di siang hari.

TIDUR TENGAH HARI DAN PRODUKTIVITI

Tidur pada waktu tengah hari = qailulah seringkali dilakukan oleh Nabi
Muhammad. Tidur di siang hari pernah dianggap sebagai lambang kemalasan.
Namun, Islam menganggapnya sebagai satu kebaikan asalkan seseorang tidak
berlebih-lebihan dengannya.

Menurut Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin : Hendaklah seseorang tidak
meninggalkan tidur yang sekejap di siang hari kerana ia membantu ibadah pada
malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari.

Sebaik-baiknya hendaklah seseorang itu bangun dari tidurnya sebelum gelincir


matahari untuk menunaikan solat zuhur.

Baru-baru ini, hasil drpd satu kajian yang dilakukan selama 25 tahun berhubung
kesan tidur : “92.5% pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengah hari
mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi berbanding mereka yang lain. Daya
kemampuan mereka menyelesaikan masalah juga meningkat dan hasilnya ialah
peningkatan produktiviti kesan keseluruhan.”