Anda di halaman 1dari 6

Penyakit Sistem Respirasi

Posted by hijau zamrud Ahad, 12 Januari 2014 2 comments

Penyakit sistem respirasi manusia. Apabila sistem respirasi terdedah kepada bahan cemar udara dan jangkitan bakteria dan virus, sistem respirasi akan diserang dengan pelbagai jenis penyakit. Antara penyakit sistem respirasi ialah bronkitis, asma, emfisema, pneumonia, batuk kering, dan kanser paru-paru.

Bahan Cemar Udara


Contoh-contoh bahan cemar udara adalah nikotin dan tar dari asap rokok. Karbon monoksida, sulfur dioksida dan jerebu dari asap kilang dan kenderaan.

Penyakit Sistem Respirasi


Bronkitis

Punca: Jangkitan virus dan bakeria, debu dan asap rokok Gejala: Batuk berkahak, sesak nafas, sakit kepala Kesan: Radangan pada bronkus (saluran udara ke paru-paru).

Asma

Punca: Debu, bulu binatang, asap, udara dingin Gejala: Nafas berbunyi, sakit dada, batuk, nafas pendek Kesan: Saluran pernafasan mengalami penyempitan

Emfisema

Punca: Asap rokok dan kekurangan enzim alfa-1-antitripsin Gejala: Sesak nafas, penurunan selera makan, penurunan berat badan Kesan: Alveolus rosak. Isipadu paru-paru lebih besar (paru-paru bengkak) kerana gas karbon dioksida yang seharusnya dikeluarkan dari paru-paru terperangkap di dalamnya.

Pneumonia

Punca: Jangkitan virus dan bakteria seperti bakteria streptokokus dan bakteria Mycoplasma pneumoniae.) Gejala: Batuk berkahak kuning, sakit dada, sesak nafas dan demam. Kesan: terjadinya radang paru-paru.

Batuk kering (Tuberkulosis, TB)

Punca: Jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis Gejala: Deman, penurunan selera makan, penurunan berat badan, batuk lebih tiga minggu Kesan: Proses resapan oksigen terganggu kerana terdapat bintik-bintik kecil pada dinding alveolus.

Kanser paru-paru

Punca: Asap rokok, radiasi radioaktif, bahan kimia beracun, stres atau faktor keturunan. Gejala: Batuk, sakit pada dada, sesak napas, batuk berdarah, mudah lelah dan berat badan menurun.

Kesan: Sel sihat bertukar menjadi sel kanser.

Amalan Mengekalkan Udara Bersih


Penyakit sistem respirasi ini boleh dielakkan jika kita berusaha untuk mengekalkan udara bersih seperti berkongsi kenderaan, menggunakan kenderaan awam, tidak membuat pembakaran terbuka, memasang penapis pada cerobong asap dan sebagainya. Amalam merokok harus dihindari sama sekali untuk menjamin udara bersih dan mengelakkan daripada penyakit sistem respirasi.

Anda mungkin juga menyukai