NAMA NO MATRIK
PENGHARGAAN
Assalamualaikum, Alhamdulillah bersyukur kami ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia yang diberikan, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang
ditetapkan.Walaupun terdapat kesukaran untuk menyelesaikan tugasan ini, namun saya dapat mengatasinya.Dengan adanya tugasan ini,dapat menambahkan lagi pengetahuan dan pemahaman tentang Pendidikan Seni Visual dan bidang menggambar. Di sini, saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Nurul Huda binti Mohamad selaku pensyarah bagi mata pelajaran Menggambar yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini.Rakan sekelas juga banyak membantu dalam memberi idea, pandangan dan bersama-sama mencari maklumat juga diucapkan berbanyak terima kasih. . Tanpa kerjasama yang jitu daripada mereka mungkin sedikit sebanyak terjejas apa yang diharapkan dari hasil tugasan ini mengikut garis panduan yang betul dan baik. Terima kasih sekali lagi pada semua pihak yang terbabit yang sudi membantu saya. Sekian.
1.
Penghargaan
2.
Isi kandungan
ii
3.
Pengenalan
4.
5.
3 - 4
6.
5 - 16
7.
17 - 18
8.
9.
10.
Kesimpulan
26
11.
Rujukan
27
PENGENALAN Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Mengikut ahli teori perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak adalah mengikut peringkat, pada setiap peringkat perkembangan ini kanak-kanak mempunyai keperluan dan keinginan asasnya dari ianya dinilai dan dilihat daripada aspek kognitif, fizikal, kretiviti, persepsi dan aspek sosial dan emosi. Secara umumnya, tujuan pendidikan seni visual di sekolah rendah adalah untuk memberi peluang kepada pelajar melahirkan apa saja pemikiran mereka melalui seni. Malah kita sedia maklum kanak-kanak dilahirkan penuh dengan sifat yang dinamik dan ingin berkembang mengikut proses tumbesaran mereka. Malah kita juga tahu bahawa tahap perkembangan kanakkanak adalah berbeza-beza. Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya
memberikan ransangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Dalam teori perkembangan Torrence terdapat tujuh perkara utama dalam proses penjanaan kreativiti individu. Antaranya ialah Penerokaan di mana ia menggalakkan murid-murid membuat penerokaan dan ekplorasi dengan menggunakan pelbagai bahan dan peralatan yang terdapat di persekitaran. Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni digalakkan untuk membimbing pelajar menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain dapat mewujudkan rasa sensiviti kanak- kanak terhadap pesekitarannya.
Aktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanakkanak pada setiap peringkat. Bila kanak-kanak ini diberi peluang berinteraksi untuk bekerja dengan pelbagai bahan, kaedah dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif tanpa ada sempadan.
PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Ia juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid.
A. DEFINISI MENGGAMBAR Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata
Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang .
Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek
Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.
TUJUAN MENGGAMBAR Asas menggambar Menggambar Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukisdan membuat gambar Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid Menggambar berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan berbantukan komputer Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.
TEKNIK MENGGAMBAR Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni. Guru yang berperanan sebagai pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam menyediakan pengalaman seni untuk kanak-kanak. Disamping itu, guru juga perlu berupaya meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui pemikiran dan pengalaman. Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik disamping menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu karya. Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek .
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar.
Bidang Menggambar
1. TEKNIK LUKISAN. Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar.
Contoh lukisan
2. TEKNIK CATAN Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ianya merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik menyapu warna basah .Ianya banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik dengan pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul.
Contoh catan 6
3. TEKNIK KOLAJ Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.
Contoh kolaj
4. TEKNIK MONTAJ Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni.
Contoh Montaj
5. TEKNIK CETAKAN Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanya akan menetukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti . Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata. Proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan yang lain. Ianya menggunakan acuan cetakan untk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau bahan lain.
Contoh Cetakan
6. TEKNIK RESIS Resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Ianya satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis juga boleh dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Teknik ini membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.
Contoh Resis
10
7. TEKNIK GOSOKAN Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia adalah satu psoses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalin. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.
Contoh Gosokan
11
8. TEKNIK STENSILAN
Bagi teknik ini, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.
Contoh Stensilan
12
9 .TEKNIK PERCIKAN Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite- style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percikan-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Alatan penting yang digunakan ialah berus dari pelbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna dengan kaedah yang berlainan.
Contoh Percikan
13
10.TEKNIK GURISAN Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik gurisan dengan menggunakan sesuatu objek atau alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.
Contoh Gurisan
14
11. TEKNIK CAPAN Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau poster) dan dicatkan ke atas sesuatu permukaan. Capan boleh dihasilkan dengan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi ( sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.
Contoh Capan
15
12. TEKNIK MOZEK Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bantuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu , marmar atau pecahan tembikar. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktivtiti seni disekolah. Diperingkat sekolah rendah aktiviti mozek dipserkenalkan dalam subjek pendidikan seni. Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan secara berkumpulan di dalam kelas dimana berlainan kumpulan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik yang berlainan.
Contoh Mozek
16
Penghasilan karya terutama seni lukis oleh kanak-kanak mempunyai interprestasi yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni lukis sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif. Kebanyakan pengkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak adalah bersifat peribadi dan tersendiri. Di dalam kertas kerja ini saya telah memilih hasil kerja murid Tahun 1 , Tahun 2 dan juga Tahun 4. Bidang Teknik Bahan/Alatan : : : Menggambar Lukisan Kertas lukisan, pensil, pensil warna dan pastel
Lukisan merupakan antara aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak untuk meluahkan perasaan yang berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling minimun. Adakalanya kanak-kanak akan melukis mengikut gerak hati dan imaginasi mereka seperti kanak-kanak gemar melukis di atas dinding, lantai atau permukaan yang kosong. Seni lukis mempunyai peranan dalam membentuk perkembangan diri murid-murid. Pengalaman dalam lukisan memberi kelebihan kepada murid-murid untuk mempelajari bidang lain secara lebih berkesan. Daripada lukisan murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 4 dapat dilihat bahawa Seni lukis merupakan satu perlambangan grafik awal kepada murid-murid tersebut yang memudahkan kefahaman dan pengukuhan sesuatu konsep terutamanya sains dan matematik.
17
Berdasarkan hasil lukisan murid Tahun 1 yang melukis gambar hidupan di laut dapat dilihat bahawa penggunaan warna terhadap imej yang dilukis tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara tetapi walau bagaimanapun murid Tahun 1 ini dapat membezakan warna laut dan warna hidupan di laut di mana warna laut diwarnakan dengan warna biru manakala ikan diwarnakan dengan pelbagai warna. Murid-murid di Tahun 1 sekolah rendah sebenarnya masih belum mampu untuk memikirkan pemandangan sebenar di dasar laut dan penggunaan warna yang sesuai untuk lukisannya.
Bagi hasil lukisan murid Tahun 2 pula, penggunaan warna ke atas imej mula diperlihatkan. Ini dapat dilihat apabila imej langit dikaitkan dengan warna biru, warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan. Selain itu murid ini juga kreatif kerana berupaya mewarnakan pokok bunga dengan warna-warna yang sesuai. Selain itu murid ini juga dapat menggunakan ruang yang betul untuk menghasil lukisannya.
Begitu juga dengan hasil lukisan murid Tahun 4 penggunaan warna di atas imej juga mula diperlihatkan. Murid Tahun 4 ini telah pandai menggunakan ton-ton warna supaya
lukisannya nampak lebih menarik. Sebagai contoh imej air laut dikaitkan dengan warna biru dan terumbu-terumbu karang dengan pelbagai warna yang menarik begitu juga warna pada ikan murid ini telah menggunakan warna-warna yang terang dan menampakkan hasilnya yang menarik dan cantik. Lukisan yang dihasilkan oleh murid Tahun 4 ini adalah berdasarkan pengalamannya sendiri melihat keindahan di dasar laut melalui aktiviti menyelam dengan menggunakan cermin kanta bersama keluarga semasa cuti sekolah yang lepas. Di sini dapat dilihat bahawa daya ingatan murid ini dan daya imaginasinya adalah amat baik.
18
KEPENTINGAN MENGGAMBAR DARI ASPEK EMOSI, KOGNITIF, FIZIKAL DAN SOSIAL 1.ASPEK EMOSI
Emosi merupakan satu keadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Emosi boleh mengakibatkan perasaan yang keterlaluan pada status gerak rasa seperti terlalu takut sehingga menjadi trauma, terlalu gembira sehingga tidak dapat di kawal, terlalu sedih atau terlalu marah yang kesemuanya membawa kepada kesukaran untuk mengawal emosi. Kesukaran emosi pada kanak kanak biasanya akan mengakibatkan gangguan kepada perkembangan mental dan juga aspek-aspek lain dalam proses pengembangan mereka. Pelajaran seni visual memainkan peranan yang penting kerana memberi peluang kepada kanak-kanak memperkembangkan emosi secara positif dan optimin. Ini dapat dilihat pada hasil karya murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 4. Mereka telah menjadikan seni lukis sebagai bahasa asas untuk melahirkan ekspresi diri dan emosi mereka. Ini penting dari segi perkembangan yang sihat kerana perasaan dan emosi merupakan satu cara untuk meransang minda murid-murid memahami diri dan alam serta makna sesuatu yang mempengaruhi mereka. Berdasarkan hasil karya lukisan murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 4 ini juga menunjukkan emosi murid-murid ini berkembang dengan baik. Mereka dapat berkarya
berdasarkan dari pengalamam mereka berada di kampung dan di laut. Mereka dapat mengingati apa yang telah mereka lihat dan meluahkan di atas kertas lukisan. Melalui hasil karya mereka juga jelas menunjukkan mereka dalam situasi gembira. Apabila emosi berkembang dengan baik, mudah bagi murid-murid ini menimba pengetahuan, memperolehi kemahiran dan mengembangkan bakat dalam pelbagai bidang mata pelajaran secara lebih optimun mengikut potensi diri masing-masing. Pendidikan seni visual juga menekankan pembentukan jiwa murid-murid ke arah bersifat aktif dan kreatif iaitu mendorong mereka supaya suka membuat sesuatu dan suka mencipta sesuatu yang baru. 19
2.ASPEK KOGNITIF Melalui seni lukis juga perkembangan kognitif boleh dijana iaitu meningkatkan daya kecerdasan pada pemahamannya terhadap nilai-nilai corak, harmoni dan warna. Ini kerana aktivit melukis ini boleh menambahkan daya pemikiran kanak-kanak ke arah yang lebih kreatif dan inovatif. Apabila seorang kanak-kanak itu melukis sebuah gambar ianya dapat menggambarkan daya pemikirannya sama ada baik atau sebaliknya. Proses melukis dapat meningkatkan penghayatan tampak ( visual ) kanak- kanak. Ini jelas berlaku apabila kanak -kanak mendapat peluang untuk membuat pemerhatian dan penelitian terhadap objek atau benda yang perlu dilukis seperti murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 4 ini yang melukis mengenai kehidupan di laut dan keindahan kampung. Mereka melikis adalah berdasarkan dari pengalaman melihat tempat-tempat tersebut. Lukisan juga dapat membantu merangsang pemikiran kreatif sekiranya dilaksanakan dengan betul kepada kanak-kanak. Sebagai contoh hasil karya murid Tahun 2 apabila dia melukis gambar rumah, dia akan membayangkan adanya tingkap, pintu, bumbung dan dinding. Murid ini juga menambahkan gambar tersebut dengan pokok, awan dan matahari untuk menjadikan lukisannya lebih menarik. Ini jelas menunjukkan daya pemikiran mereka dapat berkembang melalui aktiviti lukisan.
20
3. ASPEK FIZIKAL Selain meningkatkan perkembangan emosi dan kognitif melalui aktiviti seni lukis, perkembangan fizikal juga boleh dikembangkan dalam diri murid-murid . Kemahiran fizikal kana-kanak bermula dengan kemahiran motor kasar dimana pada permulaan aktiviti seni lukis kanak-kanak akan melakukan aktiviti contengan di dinding, meja dan kertas lukisan. Kebiasaannya lukisan yang dihasilkan tidak menunjukkan bentuk sebenar dan berbentuk abstrak. Dengan melakukan aktiviti lukisan lama kelamaan kanak-kanak dapat menguasai kemahiran motor halus. Pada peringkat kemahiran motor halus kanak-kanak sudah boleh memegang alatan melukis dengan baik. Untuk meningkatkan kemahiran motor halus latihan latihan pergerakan motor halus perlu diteruskan dengan menggunakan latihan senaman mengenggam bola, meramas jari jemari, membuat pergerakan bebas di udara dan sebagainya. Berdasarkan hasil karya murid Tahun 1, Tahun 2 danTahun 4 dapat dilihat bahawa perkembangan motor halus dan motor kasar adalah secara berperingkat-peringkat. Ini dapat dilihat perbandingan antara murid Tahun 1 dan murid Tahun 4 melukis gambar ikan. Murid Tahun 4 telah dapat menggunakan motor kasar dan motor halus dengan baik. Dari segi
penggunaan warna pula dapat dilihat ada perkembangan di antara ketiga-tiga karya tersebut. Murid Tahun 1 masih belum dapat menghasilkan lukisan dengan warna yang cantik manakala murid Tahun 2 dan Tahun 4 telah menunjukkan cara mewarna dengan lebih baik dan penggunaan warna yang sesuai.
21
4. ASPEK SOSIAL Seni lukis merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Selain itu, lukisan juga dijadikan alat membantu saintis untuk menganalisa fikiran dan perasaan kanak kanak. Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan dan arca boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal pasti kanak kanak yang mempunyai masalah trauma. Dalam aktiviti seni lukis kanak-kanak boleh bersosial bersama rakan-rakan lain dan masyarakat sekeliling. Sebagai contoh murid-murid mengambil bahagian dalam pertandingan melukis dan mewarna. Tujuan pertandingan adalah untuk mewujudkan persaingan positif
dikalangan kanak-kanak disamping memberikan peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan rakan sebaya. Aktiviti melukis ini juga boleh meningkatkan dan membuka ruang ke arah pembinaan daya kreativiti kanak-kanak. Selain itu, melalui aktiviti melukis kanak-kanak berpeluang untuk meneroka dan bereksperimentasi dengan bahan-bahan lukisan seperti pensil, pen, pensil warna dan sebagainya selaain dapat berkongsi idea dan berkomunikasi dengan rakan-rakan semasa melakukan aktiviti. Di sini murid-murid akan berbincang mengenai aktiviti yang akan dibuat bersama-sama rakan. Melalui aktiviti lukisan juga perkembangan psikomotor kanak-kanak boleh berkembang dengan lebih cepat berbanding kanak-kanak yang kurang melakukan aktiviti lukisan. Kanakkanak akan cepat membezakan rupa, garisan dan jalinan dan boleh menggabungkan menjadi sebuah lukisan yang bermakna.
22
MAKLUMAT SOKONGAN ( MENGAITKAN DENGAN PERKEMBANGAN EKSPRESI ) Seni dalam pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, penyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti seni memberi peluang kepada murid membina keyakinan diri, menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan nilai estetika.Antara bentuk ekspresi yang berkaitan dengan seni ialah imaginasi, penglibatan diri, emosi, ruang, muzik dan kinestetik. Peranan ekspresi dalam seni dalam pendidikan ialah bagi menggambarrkan perasaan,dan emosi, menunjukkan reaksi, menghasilkan idea, menghasilkan pengucapan lisan dan juga menghasilkan idea. Aktiviti pembelajaran Pendidikan Seni Visual adalah berkait rapat dengan perkembangan ekspresi kanak-kanak. Pada peringkat ini murid-murid berupaya menghubungkaitkan perkara dengan sesuatu
perkara yang lain. Aktiviti seni melalui bidang menggambar juga dapat
membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Mereka dapat meneroka secara kreatif dengan viriasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong. Selain itu Pendidikan Seni Visual dapat meransang naluri ingin tahu kanak-kanak dengan melakukan aktiviti pendidikan seni seperti aktiviti menggambar. Kanak-kanak suka menyentuh, menguli, meramas, menghidu, menggosok, meniru aksi dan sebagainya untuk mengenal sesuatu. Kanak-kanak juga suka bermain.Apabila bermain secara tidak langsung dapat memperkembangkan jasmani, emosi, rohani intelek dan sosialnya.
23
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Refleksi akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga ia membesar, Koster ( 2001 ). Ini dapat dilihat
pada hasilkarya murid Tahun 1 , Tahun 2 dan Tahun 4 di mana karya yang dihasilkan adalah mengikut tahap perkembangan umur mereka. Pelbagai teori pembelajaran mengatakan bahawa zaman kanak-kanak merupakan peringkat pertumbuhan dan perkembangan manusia yang paling unik dan kritikal. Oleh itu, para sarjana pendidikan menekankan tentang betapa perlunya kanak-kanak diberi secukup peluang untuk mengembangkan diri mereka dari semua aspek secara menyelurh dan seimbang. Namun demikian, aspek yang paling penting adalah pengalaman pembelajaran yang dapat membantu perkembangan emosi yang sihat. Aktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak pada setiap peringkat. Bila kanak-kanak ini diberi peluang berinteraksi untuk bekerja dengan pelbagai bahan, kaedah dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif tanpa ada
sempadan. . Aktiviti bermain juga boleh meransang kreativiti individu. Bagi seorang kanakkanak bermain adalah merupakan satu situasi yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Kreativiti seseorang kanak-kanak akan lebih terangsang melalui aktiviti-aktiviti yang sempurna dan berbentuk akademik. Ini dengan secara tidak langsung akan membantu merangsang proses perkembangan pemikiran dan kreativiti yang sihat. Kanak-kanak akan menggunakan seluruh panca indera serta kretivitinya seperti menyentuh. memegang, merasa, membau dan kalau kita perhatikan aktiviti yang paling disukai oleh kanak-kanak ialah bermain. Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) menyatakan bahawa kreativiti ialah suatu naluri (instinct) semulajadi sejak lahir yang dimiliki oleh setiap orang.Naluri itu merupakan faktor pertama digunakan untuk menyelesaikan atau membuat pernyataan tentang masalah kehidupan. Keinginan ialah asas yang mendorong seseorang berupaya menyelidik dan meneroka sesuatu. Tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak. 24
Paul Torrence adalah seorang penyelidik dan Bapa Kreativiti yang sangat terkenal. Kajian-kajian beliau masih digunakan di dalam dunia pendidikan kini dan menjadi rujukan kepada pendidik diseluruh dunia. Beliau telah membangunkan satu kaedah proses pengukuran tahap kreativiti pada kanak-kanak. Instrumen yang beliau bangunkan ialah Torrence test of creative thinking. Beliau juga bertanggungjawab dan berjaya mencipta satu kaedah penanda aras bagi membolehkan proses pengukuran tahap kreativiti pada seseorang individu. Instrumen yang telah berjaya beliau bangunkan dan perkenalkan adalah Torrence Test of Creative Thinking (TTOCT). Di samping membangunkan pengujian dan pengukuran kreativiti beliau juga mencipta serta memperkenalkan teori kreativiti di dalam proses penjanaan kreativiti seseorang individu. Dalam konteks ini, pendidik dalam bidang pendidikan seni visual digalakkan untuk membimbing pelajar menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan murid-murid menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Pembangunan tahap kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensiviti kanak- kanak terhadap persekitaran sekelilingnya. Howard Gardner ( 1983 ) mencadangkan agar orang dewasa menyediakan peluang kepada kanak kanak untuk melakukan aktiviti seni tanpa disekat kerana kanak kanak meluahkan apa yang mereka rasai dan mempunyai cerita sendiri menerusi calitan calitan garisan di atas kertas. Perkembangan kerja kerja seni mereka. Menerusi lukisan kanak kanak menggunakan kesemua derianya termasuklah fikiran, perasaan, psikomotor dan pengalaman yang diluahkan pada kertas.
25
KESIMPULAN Bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dari segi fizikal, emosi, rohani, intelek dan sosial begitu juga bidang seni visul dapat membantu proses perkembangan kanak-kanak dari beberapa aspek. Secara umumnya, tujuan pendidikan seni visual di sekolah rendah adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk melahirkan apa saja pemikiran mereka melalui seni. Malah kita sedia maklum bahawa kanak-kanak dilahirkan penuh dengan sifat yang dinamik dan ingin berkembang mengikut proses tumbesaran mereka. Selain itu kita juga perlu mengetahui bahawa tahap perkembangan murid-murid adalah berbeza di antara satu sama lain. Di sini jelas menunjukkan aktiviti seni visual dapat menyumbang kepada perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak ke arah yang lebih positif dan efektif. Apabila kanak-kanak diberi peluang untuk bekerja dengan berbagai-bagai bahan, cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad serta tidak terkongkong. Aktiviti seni dapat memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan yang sihat. Dengan demikian, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihat secara tidak sedar.
26
RUJUKAN Ayob, S. (1992) Pergerakan kreatif dan Pendidikan. Petaling Jaya, Flo Enterprise Sdn. Bhd. Chen, K. (2009). Pendidikan seni visual Tg 2. Kuala Lumpur: Publishing Group Bhd. Hashim, P. D. (2011). Perkembangan Seni Kanak-Kanak. Selangor: Meteor Doc. Sdn.Bhd. Pendidikan Seni Untuk Maktab Dan Universiti. (2003). Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors. Rahmat Salihon (2003) Pendidikan seni visual tingkatan 1, Fajar Bakti, Selangor darul Ehsan Sahabudin bin Hashim, M. b. (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributor. Sharif, M. A. (1998). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
27