Anda di halaman 1dari 11

Solat Sempurna

AZIA FARZANA IPGKTAR

Apakah itu solat sempurna? Iaitu solat yang dilakukan dengan memenuhi
segala rukun-rukun dan sunat-sunatnya dalam keadaan tenang, khusyuk dan penuh penumpuan.

AZIA FARZANA IPGKTAR

Ciri-ciri solat sempurna?


1. Orang yang melakukannya meyakini bahawa solat yang dilakukannya adalah sebagaimana solat Nabi. 2. Setiap pergerakan di dalamnya dilakukan dengan tomaninah (tenang, tertib, sopan dan tidak tergesa-gesa). 3. Lidah menyebut dengan elok dan fasih bacaanbacaan di dalam solat terutamanya ayat-ayat al-Quran. 4. Bacaan-bacaan di dalam solat difahami maknanya sama ada bacaan itu berupa ayat-ayat al-Quran, zikir atau doa kerana memahami makna membawa kepada penghayatan terhadap apa yang dibaca itu. 5. Hati dalam keadaan khusyuk dan memberi penumpuan kepada solat iaitu tidak lalai atau alpa.

AZIA FARZANA IPGKTAR

Apakah persediaan sebelum bersolat?


1. Bersih dari hadas dan najis. 2. Memakai pakaian menutup aurat 3. Memastikan telah masuk waktu jika solat yang hendak dikerjakan itu solat fardhu atau solat sunat yang berwaktu seperti dhuha atau sebagainya. 4. Memastikan arah qiblat. 5. Persediaan batiniyah: iaitu melapangkan hati dan akal fikiran dari segala urusan dunia dan memberi tumpuan kepada solat sahaja.
AZIA FARZANA IPGKTAR

Khusyuk dalam solat


Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya :

Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?


AZIA FARZANA IPGKTAR

Hatim berkata : Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin.

Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu'


dengan air. Sementara wudhu'

batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :

1. bertaubat 2. menyesali dosa yang dilakukan

3. tidak tergila-gilakan dunia 4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya') 5. tinggalkan sifat berbangga 6. tinggalkan sifat khianat dan menipu 7. meninggalkan sifat dengki
AZIA FARZANA IPGKTAR

anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua

maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.
AZIA FARZANA IPGKTAR

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham

APA ITU KHUSYUK?


BAHASA: Tunduk dan merendah diri. 1. Khusyuk batin: iaitu khusyuk hati dengan menghadirkan di dalam hati perasaan takut kepada Allah, rendah diri serta mengharapkan rahmatNya. 2. Khusyuk lahir: khusyuk

kepala dengan cara menundukkannya, khusyuk mata dengan cara tidak menoleh atau berpaling-paling, khusyuk tangan ialah
dengan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri dengan penuh hormat seperti perlakuan seorang hamba dan khusyuk

dua kaki ialah dengan tegaknya berpijak dan berkeadaan


tetap, tidak bergerak.
AZIA FARZANA IPGKTAR

CARA MENGHADIRKAN KHUSYUK


Menurut Imam al-Ghazali, untuk menghadirkan khusyuk di dalam solat, ada enam perkara yang perlu kita lakukan semasa mengerjakan solat:

1: Hudhur al-Qlalbi ) ) iaitu menghadirkan hati kita ketika


menunaikan solat iaitu dengan membuang dari hati segala yang tidak ada kena-mengena dengan solat kita.

2: at-Tafahhum ) )iaitu berusaha memahami iaitu melakukan usaha


untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau yang dibaca/diucapkan.

3: at-Tadziem ( )iaitu merasai kebesaran Allah iaitu dengan merasai


diri terlalu kerdil di hadapan Allah.
AZIA FARZANA IPGKTAR

4: al-Haibah ( )iaitu merasa gerun terhadap


keagungan Allah dan siksaanNya.

5: ar-Raja ( )iaitu sentiasa menaruh harapan


besar kepada Allah mudah-mudahan solat yang dikerjakan akan diterima dan diganjari oleh Allah.

6: al-Haya ( )iaitu merasa malu terhadap Allah


di atas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.
AZIA FARZANA IPGKTAR

Akibat solat tidak sempurna


Di dalam sebuah hadis, Abu Hurairah radhiyallahu anhu menceritakan:

Suatu hari Nabi sallallahu alaihi wasallam- berada di dalam masjid. Masuk seorang lelaki, lalu mengerjakan solat. Kemudian ia datang kepada baginda dan memberi salam. Setelah menjawab salamnya, baginda berkata kepadanya; Ulangi semula solat kamu. Sesungguhnya kamu belum mengerjakan solat (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa solat yang supaya mengulanginya semula.

dilakukan tanpa memenuhi rukun-rukunnya sama seperti tidak melakukannya, kerana itu disuruh oleh Nabi
AZIA FARZANA IPGKTAR

Anda mungkin juga menyukai