Anda di halaman 1dari 19

SUKAR MEMBAWA TUAH

Tema : Kegigihan remaja orang Asli yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan ilmu kerana ingin mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarga. Persoalan : 1. Sikap masyarakat orang Asli yang kurang mementingkan pendidikan anak mereka. 2. Masyarakat pedalaman yang miskin kerana hanya bergantung pada hasil alam sebagai sumber pendapatan. 3. Sikap saling membantu yang ditonjolkan tanpa mengenal erti bangsa, agama dan budaya. 4. Kepercayaan kepada mistik, kuasa jahat dan pawang. Watak dan perwatakan : 1. Adit (Utama) : Anak Pak Katan, berusia 10 tahun, berbadan kurus, bersemangat kuat, sangat rajin, menghormati orang tua, suka membantu, berani dan berfikiran luas. 2. Pak Katan : Ayah Adit, berusia, kuat dan rajin berusaha, mengambil berat terhadap anaknya. 3. Mak Tawi : Ibu Adit, isteri Pak Katan, rajin, mengambil berat terhadap anaknya. 4. Akeh : Kawan baik Adit, bersekolah dan tinggal di asrama, pengawas, bercita-cita tinggi. 5. Tijah : anak Tok Batin, cantik, bijak dan matang. Kawan Baik Adit. 6. Ah Tong : Penyelia pekerja balak, suka membantu. Latar Tempat : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kampung Bakai, Bukit Lokan. Rumah Pak Katan Tepi sungai Hutan Di dalam gaung. Sekolah

Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang kurang mementingkan pendidikan. 2. Masyarakat orang Asli yang percaya kepada alam mistik seperti roh jahat. 3. Masyarakat orang Asli yang bergantung pada hasil hutan. 4. Masyarakat orang Asli yang sudah semakin terbuka minda mereka. Nilai 1. 2. 3. 4. 5.

Kasih saying Kerajinan Bekerjasama Tolong-menolong Bercita-cita tinggi

SINOPSIS BAB 1 NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH Bab 1 Inilah Dunia Kami Sebaik sahaja sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia untuk ke hutan bagi memulakan pekerjaan rutinnya, iaitu mencari rotan di hutan. Adit turut bersamasama ayahnya mencari rotan di hutan pada pagi itu. Adit sudah lali dengan kerja-kerja mencari dan menyediakan tali untuk mengikat rotan yang bakal dikutip dari hutan. Sebelum itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya dengan harapan mereka mendapat banyak ikan. Nasib menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi dengan ikan-ikan yang terlekat. Setelah itu, dia meletakkan kembali belat tersebut dan mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk menemani ayahnya ke hutan selepas sarapan pagi. Nota: Bab 1 ini mengisahkan penduduk orang asli kaum Jahut yang tinggal dikawasan hutan di Bukit Lokan. Mereka mengamalkan kepercayaan anemisme yang masih tidak mempunyai agama. Pak Katan ialah ayah kepada Adit. Isterinya Mak Tawi. Mereka tinggal di rumah yang beratapkan rumbia. Mereka menyara diri dengan mengutip hasil hutan seperti rotan, memburu binatang dan bercucuk tanam. Bab 2 Rutin Harian Adit Bermula Adit dan ayah ke hutan. Adit berpakaian lusuh tidak menghiraukan keadaannya itu, lantaran kehidupannya miskin. Mereka mendamar dan mengutip hasil hutan untuk membeli makanan dan keperluan harian, tetapi kurang mampu untuk membeli pakaian baru. Masyarakat menjual hasil mereka kepada tauke Cina. Tahap pendidikan yang rendah dan kemudahan infastruktur yang sangat menyedihkan menyebabkan kehidupan mereka terhimpit. Pekan terhampir kira-kira 30km dan barang keperluan hanya diperolehi melalui pekerja balak yang berulang-alik ke sana. Agensi kerajaan ada membantu, tetapi mereka selesa di sini. Masyarakat di situ masih berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang dan sanggup bermati-matian demi warisan hutan nenek moyang mereka. Namun, penerokaan menghimpit kehidupan mereka. Adit tidak bersekolah biarpun sudah berusia hampir 11 tahun, sementelahan ayahnya yang mementingkan ilmu hutan sebagai pendidikan asas kepada Adit. Persoalan ditimbulkan Adit mengenai kepupusan hasil hutan dan nasib mereka, akan tetapi dinafikan oleh ayahnya yang sedar akan realiti itu. Seraya, Adit teringatkan akan Akeh, satusatunya rakannya bersekolah,tinggal di asrama dan ditanggung oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Bercita-cita menjadi jurutera, Akeh ingin berbakti kepada masyarakat orang asli. Minat Adit untuk bersekolah timbul dengan ajakan dan cerita-cerita Akeh, tetapi, tidak dinyatakan kepada ayahnya.

Bab 3 Impian Adit Dalam bab ini memfokuskan Adit yang terlalu ingin ke sekolah. Hasratnya itu akhirnya diluahkan semasa berakit membawa rotan. Namun, permintaannya itu dibalas dengan pendirian ayahnya yang mementingkan tradisi sedangkan tujuannya mengubah nasib keluarga. Biarpun Pak Katan memahami, tetapi dia mahukan Adit mengikut jejak langkahnya. Pak Katan akhirnya tidak memberi repons terhadap permintaan yang masih berdegil. Adit berubah sikap dan Mak Tawi berasa hairan lalu bertanyakan pada Pak Katan. Teknik imbas kembali dalam bab ini ialah Adit teringat kedatangan pegawai penerangan dan sikap endah tak endah oleh masyarakat mereka terhadap dasar kerajaan. Mak Tawi cuba memujuk Adit, tetapi Adit sudah lena tertidur. Pada pagi seterusnya, Pak Katan tidak ke hutan sebalik ke pekan. Niat Pak Katan ke pekan tidak diketahui kerana dia enggap menjawab pertanyaan Adit. Bab 4 Dugaan untuk Adit Adit berurusan dengan tauke Cina yang membeli hasil hutan sebelum memeriksa belut di sungai untuk hasil tangkapan ikan. Ayah Adit, Pak Katan yang baharu sahaja pulang dari pekan membawa khabar mengenai kemasukannya ke sekolah, namun gagal mendapatkan asrama. Masalah timbul di sini ialah pengangkutan akibat jarak yang jauh dari kediamannya. Kekecewaan terpancar pada diri Adit yang akan menghadapi kesukaran ke sekolah. Namun, semasa memenangkan diri di sungai, dia dipujuk Tijah, rakan baiknya, dan berjanji berbincang dengan bapanya (Tok Batin) mengenai masalah Adit. Hujan lebat malam itu merisaukan Pak Katan tentang hasil hutan dan belat di sungai yang tidak dapat di ambil. Tambah lagi kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah Adit, yang termenung sendiri memikirkan impiannya itu. Bab 5 Riak ceria buat Adit. Hujan masih lebat menyebabkan sebahagian rumah terkena tempias. Adit diarah ayahnya mencari guni untuk menutup dinding dan ruang terbuka. Walau bagaimanapun, hujan berhenti pada pagi itu. Rezeki tanpa diduga, seekor rusa cedera terbaring di bawah rumah, dijualnya kepada Ah Tong, penyelia pekerja balak. Ah Tong agak pelik kerana Adit tidak ke sekolah biarpun sudah mendaftar, namun diterangkan oleh Pak Katan. Dia mempelawa Adit menumpang kenderaannya dan Adit begitu gembira dengan bantuan Ah Tong.

Bab 6 Adit mula ke sekolah Esoknya, Adit mendaftarkan diri dan keperluannya dibeli oleh Pak Katan di pekan. Dia gembira dengan suasana sekolah dan berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh. Setelah pulang, dia memberitahu Tijah mengenainya. Tijah berminat untuk ke sekolah tetapi akur akan kehendak ayahnya yang akan mencarikan jodoh buatnya beberapa tahun kelak. Adit ingin memberitahu kepada semua orang mengenai persekolahannya, namun, atas sikap negatif penduduk di situ mengenai pendidikan, dia membatalkan hasratnya. Ayah dan ibunya gembira melihat Adit yang mencuba pakaian baru. Malah, ayahnya juga memberitahu bahawa dia sudah bekerja sebagai pembantu balak dengan upah lebih baik daripada memungut hasil hutan. Adit begitu gembira dan dinasihati ibu bapanya supaya menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah di sekolah. Bab 7 Hari Pertama ke Sekolah Hari pertama ke sekolah, Adi mandi pukul 4 pagi di sungai untuk pertama kalinya, dan dijemput oleh Ah Tong dengan jipnya. Dia tiba terlalu awal dan tertidur di depan pintu pagar sekolah. Pak Kassim, pengawal sekolah yang terkejut melihat Adit tertidur, mengajak Adit bersarapan sambil berbicara tentang kesudian Pak Kassim membantu serta hal Akeh. Di kelas, dia jauh lebih tua berbanding rakan-rakannya dan sering diberi perhatian oleh gurunya kerana tidak tahu membaca dan menulis. Tamat persekolahan, dia bertemu Akeh dan pulang menaiki lori balak Pak Atan. Adit mula mengejar masa ke sekolah dan meningkatkan prestasi persekolahannya. Adit berpeluang untuk lompat kelas dan menggembirakan gurunya. Walaupun begitu, Adit sering keletihan, kesihatannya terganggu dan semakin kurus, namun, tidak pernah mengeluh. Bab 8 Dugaan Terus Menimpa Sudah dua bulan Adit bersekolah, tidak pernah ponteng dan masih menumpang Ah Tong. Namun, pagi itu, Mak Tawi berasa tidak sedap hati. Menjelang petang, Adit tidak pulang lagi sedangkan ayahnya sudah kembali ke rumah. Menjelang hari semakin gelap, Pak Katan mengadu kepada Tok Batin mengenai hal Adit yang tidak pulang-pulang lalu diarahnya orang-orang kampung mencari Adit. Lima jam pencarian, rupa-rupanya, jip Ah Tong terbabas ke dalam gaung. Adit cedera parah sementara Ah Tong mati di tempat kejadian. Adit dihantar ke hospital dengan menaiki lori balak, mengalami kehilangan darah yang banyak serta kakinya patah. Di rumah, Mak Tawi yang tertunggu-tunggu bersama Mak Ca didatangi Bong yang memberitahu Adit ditemui dan berada di hospital. Pak Katan menunggu di hospital, menantikan keadaan Adit yang dirawat di bilik ICU. 2 jam kemudian, doktor mengatakan bahawa keadaan Adit yang kian stabil.

Bab 9 Mendung Berarak Pergi. Dua bulan Adit terlantar di hospital, dijaga ibu bapanya yang dibenarkan tinggal di asrama jururawat. Adik-adiknya dijaga isteri Tok Batin. Dia sembuh, namun kakinya tempang, tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan persekolahan. Kesungguhan Adit ini mendapat perhatian pihak sekolah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang memberi bantuan dengan menawarkan tempat di asrama, berkongsi katil dengan Akeh. Adit bersetuju dan menumpukan perhatian dalam pelajaran sehingga mendapt tempat pertama. Enam tahun berlalu, ramai anak orang asli mengikut jejak langkah Adit, rajin bersekolah. Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR. Walaupun ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, Adit enggan menerimanya kerana situasi keluarga, sebaliknya berpendapat di mana sahaja boleh berjaya asalkan berusaha.

Sinopsis Novel Tingkatan 1 : Sukar Membawa Tuah


Novel Sukar Membawa Tuah mengisahkan kehidupan Adit sebagai seorang anak Orang Asli yang mundur dari segi pelajaran. Kampung Bakai di kaki Bukit Lokan merupakan penempatan masyarakat Orang Asli suku Jahut. Terdapat kira-kira 25 keluarga yang menghuni penempatan ini. Masyarakat Orang di sini masih berpegang kuat pada kepercayaan tradisi dan kurang berhubung dengan dunia luar. Mereka hidup dalam kemiskinan dan rumah yang didiami hanyalah bangsal yang sempit dan daif, sekadar untuk berteduh siang dan malam. Pak Katan merupakan ketua keluarga yang masih bergantung hidup pada hasil hutan untuk menyara keluarganya. Awal-awal pagi, Pak Katan telah bersedia untuk ke hutan bersama-sama anaknya, Adit. Isterinya, Mak Tawi menyediakan ubi kayu rebus dan air kopi pahit sebagai sarapan dan bekalan mereka ke hutan. Sebelum ke hutan, Adit pergi ke sungai dahulu untuk melihat belat yang dipasang untuk menangkap ikan. Dalam perjalanan ke hutan, Adit cuba menyatakan hasratnya untu bersekolah demi membela nasib keluarga dan masyarakat Orang Asli. Adit juga menyatakan hasil hutan semakin berkurangan akibat pembalakan. Adit teringat akan cerita kawannya, Akeh yang menyatakan keseronokan bersekolah dan timbul keinginan di hati Adit untuk turut bersekolah. Namun begitu, hasrat Adit ditentang oleh ayahnya dengan alasan Adit perlu meneruskan tradisi keluarga dengan mencari hasil hutan, menyebabkan Adit berasa kecewa dan berdiam diri semasa berada di rumah. Perubahan Adit disedari oleh ibu bapanya. Akhirnya Pak Katan memahami hasrat anaknya untuk bersekolah lalu pergi ke pekan untuk mendaftarkan persekolahan Adit. Adit diterima oleh pihak sekolah tetapi malangnya Adit tidak dapat tinggal di asrama kerana tiada kekosongan. Adit berasa kecewa lalu pergi ke tebing sungai. Di situ, dia berjumpa dengan Tijah. Tijah berjaya memujuk Adit supaya bersabar.

Suatu malam, ketika hujan lebat, Pak Katan menjumpai seekor rusa dara yang cedera berteduh di bawah bangsal mereka. Pak Katan menjual rusa tersebut kepada Ah Tong dan wang yang diperolehi digunakan untuk menampung perbelanjaan persekolahan Adit dan keluarganya. Ah Tong turut menawarkan bantuan untuk menumpangkan Adit ke sekolah pada setiap hari. Walaubagaimanapun, Adit terpaksa berkorban kerana harus bangun seawal empat pagi dan pulang dengan menumpang lori balak. Adit rela demi menuntut ilmu. Pak Katan menasihati Adit supaya belajar bersungguh-sungguh. Adit terpaksa belajar bersama murid darjah satu walaupun usianya sudah menjangkau sepuluh tahun. Namun, Adit tidak berasa malu. Selama dua bulan Adit perlu bangun awal pagi dan pulang lewat petang kerana menumpang lori balak Pak Atan. Lama-kelamaan, kesihatan Adit semakin merosot akibat kepenatan kerana menempuh perjalanan sejauh empat jam untuk pergi dan pulang dari sekolah tetapi Adit tidak pernah bersunggut. Pada suatu hari, Mak Tawi berasa berdebar-debar dan berasa seperti sesuatu yang buruk akan berlaku. Sehingga lewat senja, Adit masih tidak pulang ke rumah. Mak Tawi dan Pak Katan berasa sangat risau lalu meminta bantuan Tok Batin Ahboi dan orang kampung untuk mencari Adit. Setelah empat jam mencari, akhirnya mereka menjumpai Adit di dalam gaung dengan kecederaan parah pada kaki dan kepalanya manakala Ah Tong pula telah meninggal dunia. Adit terlantar selama dua bulan di hospital dan akibat kemalangan itu, kakinya menjadi tempang. Namun, keadaannya itu tidak melemahkan semangat Adit untuk belajar. Akhirnya, Adit diterima untuk tinggal di asrama dan berkongsi katil dengan Akeh. Adit telah memperolehi 3A dalam peperiksaan UPSR dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Walaubagaimanapun, Adit menolak tawaran itu kerana memikirkan keadaan ibu dan bapanya. Adit dan Akeh telah membuktikan bahawa dengan mempunyai ilmu, hidup mereka akan lebih bermakna. Mereka tidak mahu lagi tertinggal dalam arus pembangunan.

Tema
Tema novel ini ialah tentang kegigihan remaja berketurunan Orang Asli yang bercitacita tinggi untuk mendapatkan ilmu kerana ingin mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarganya. Buktinya, Adit anak Pak Katan yang berusia 10 tahun dapat melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR, walaupun menghadapi kesukaran dalam kehidupan. Walaupun dia ditawarkan untuk belajar di sekolah berasrama penuh, namun begitu, Adit enggan menerimanya kerana keadaan keluarganya yang susah. Dalah hal ini, Adit berpendapat bahawa sekolah tempat tidak penting, bagi Adit asalkan seseorang itu berusaha pasti dia boleh berjaya.

Persoalan
Antara persoalan yang dikemukakan dalam novel Sukar Membawa Tuah ialah persoalan tentang pentingnya kemajuan dalam pelajaran untuk mengubah nasib keluarga. Contohnya, Adit mempunyai semangat dan kesedaran untuk bersekolah kerana menyedari betapa pentingnya ilmu untuk mengubah kehidupan keluarganya yang miskin dan ketinggalan arus pembangunan. Selain itu terdapat juga persoalan tentang kemiskinan masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman kerana mereka hanya bergantung pada hasil alam sebagai sumber pendapatan. Misalnya, masyarakat Orang Asli di kaki Bukit Lokan yang hidup dalam kemiskinan dan kemunduran. Rumah mereka dalam keadaan daif dan pada waktu malam rumah mereka hanya diterangi dengan pelita minyak. Sumber air mereka ialah dari sungai. Di samping itu, persoalan tentang sikap saling membantu dalam kalangan masyarakat merentasi sempadan bangsa, agama dan budaya. Contohnya, Ah Tong yang berbangsa Cina menolong Adit dengan menumpangkan Adit pergi ke sekolah dan balik ke rumah setelah tamat masa persekolahan. WATAK UTAMA. ADIT -Anak sulung Pak Katan dan Mak Tawi. -berketurunan Orang Asli yang tinggal di Kampung Bakai yang terletak di kaki bukit lokan. PERWATAKAN Perwatakan Adit Ringan tulang Huraian dan contoh Pada waktu pagi,Adit menolong ayahnya,Pak Katan mencari hasil hutan seperti damar,gaharu,rotan, dan tumbuhan ubat-ubatan.Pada waktu petang pula,dia pergi ke sungai untuk menjenguk belat yang dipasang untuk mendapatan ikan. Bercita-cita tinggi Adit bercita-cita tinggi hendak mengubah nasib keluarganya dan masyarakat Orang Asli.Oleh itu,langkah pertama yang mesti dilakukan adalah dengan menuntut ilmu. Berani Adit budak yang berani kerana dia mendayung perahu di sungai seorang diri untuk mengambil belat yang dipasang

WATAK SAMPINGAN. PAK KATAN. -Ayah kepada Adit dan suami kepada Mak Tawi. -Orang Asli berketurunan Jahut yang tinggal di Kg Bakai ,kawasan hutan BukitLokan. PERWATAKAN. Perwatakan Pak Katan Berani Huraian dan contoh Pak Katan berani masuk ke dalam kawasan hutan bersama anaknya Adit untuk mencari dammar, gaharu dan rotan. Prihatin Pak Katan sangat prihatin terhadap Adit. Dia sanggup berjumpa dengan pihak sekolah untuk mendaftarkan anaknya bersekolah walaupun sudah lewat. Penyayang Pak Katan sangat sayang akan anaknya, Adit. Dia sanggup mencari Adit yang tidak pulang selepas waktu persekolahan. Dia juga sanggup menunggu Adit yang terlantar di hospital selama dua bulan.

LATAR LATAR Masyarakat yang bekerja Latar Masyarakat sebagai pembalak Masyarakat pelajar Masyarakat pelajar yang terdiri daripada anak Orang Asli yang sedang belajar di sebuah sekolah di pekan.Antaranya ialah Akeh dan Adit. Masyarakat Cina Masyarakat Cina yang terdiri daripada Ah Tong yang bekerja sebagai penyelia balak dan tauke Cina yang membeli hasil hutan daripada Orang Asli. Kg Bakai Kg Bakai terletak di kaki bukit Lokan.Rata-rata penduduknya ialah masyarakat orang asli berketurunan Jahut. Rumah Tempat Orang Asli Rumahnya terdiri daripada bangsal yang sempit dan daif.Tiangnya daripada kayu bulat,berlantaikan nibung belah, berdindingkan kulit bayas dan buluh, dan beratapkan rumbia. Asrama Jururawat Terletak di kawasan hospital.Pihak hospital membenarkan Pak Katan dan Mak Tawi tinggal di asrama ini untuk menjaga Adit yang terlantar di hospital. HURAIAN DAN CONTOH Masyarakat yang terdiri daripada pekerja balak.Mereka kebanyakannya tinggal di rumah kongsi yang dibina di tepi hutan.

Petang

Adit pergi ke sungai untuk mengangkat belat yang dipasangnya.Dia akan mengambil ikan di dalam belat dan memasukkannya ke dalam bakul. Semua ikan itu diserahkan

Masa Musim Kemarau

kepada ibunya untuk dimasak. Pada musim ini laluan balak akan berdebu. Keadaan ini menyebabkan pakaian Adit menjadi kotor kerana dia menaiki lori balak untuk pulang ke rumah. Lima pagi Setiap hari pada pukul lima pagi, Ah Tong keluar ke pekan dengan jipnya untuk mengambil minyak dan membawa Adit ke sekolah.

NILAI DAN PENGAJARAN. HURAIAN DAN CONTOH Kasih sayang Kasih saying anak terhadap ibu bapa.Adit sangat menyayangi ibu bapanya.Dia sanggup menolak tawaran belajar di sekolah berasrama penuh. NILAI Rasional Adit berfikiran rasional kerana menganggap pelajaran sangat pentng.Orang Asli perlu mengalami perubahan dalam pendidikan. Berani Berani seorang bapa,Pak Katan berani ke hutan seorang diri walaupun sudah tua demi mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarganya. Kita hendaklah menghormati ibu PENGAJARAN bapa Kita hendaklah sentiasa tabah Adit tabah menghadapi ujian dan kesukaran dalam hidupnya demi mengejar cita- citanya untuk maju dalam pelajaran. Kita hendaklah bersyukur Kita hendaklah bersyukur apabila terselamat daripada malapetaka seperti kemalangan dan apabila Berjaya dalam pelajaran. Adit selalu menghormati kedua-dua ibu bapanya.

NOTA RINGKAS NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

( Sila kemukakan tiga isi dan tulis dalam tiga perenggan )

RANGKA JAWAPAN : Novel yang telah saya kaji ialah novel Sukar Membawa Tuah, hasil karya M.Z. Erlysha. Terdapat beberapa _______ kehendak / kata kunci soalan _________dalam novel Sukar Membawa Tuah
PERSOALAN PENTING PERWATAKAN WATAK UTAMA Antara persoalan tersebut termasuklah persoalan tabah menghadapi cabaran hidup Watak utama, iaitu Adit merupakan seorang yang tabah menghadapi cabaran hidup. Satu daripada latar masyarakat yang digambarkan dalam novel ini ialah masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup Antara nilai murni yang dipaparkan dalam novel ini ialah ketabahan dan kecekalan. Antara pengajaran yang diperoleh daripada novel ini ialah kita hendaklah tabah menghadapi cabaran hidup. Sebagai bukti, Adit tabah dalam menghadapi rintangan semasa pergi dan balik dari sekolah sehingga kesihatannya terjejas. Namun demikian, dia tidak pernah bersungut tentang kesusahan yang dihadapinya. Selain itu, persoalan kesedaran tentang kepentingan ilmu juga diselitkan dalam novel tersebut. Selain itu, Adit juga digambarkan sebagai seorang yang mempunyai sikap cinta akan ilmu dan berpandangan jauh. Seterusnya, persoalan kasih sayang dalam keluarga terhadap ahli keluarga juga merupakan persoalan penting dalam novel tersebut. Akhir sekali, persoalan bersopan santun dan menghormati orang lain turut dipaparkan dalam novel ini. Akhir sekali, Adit juga sangat menghormati orang lain dan bersopan santun. Akhir sekali, masyarakat yang menghormati orang lain juga digambarkan dalam novel ini. Akhir kata, nilai menghormat i orang lain juga diterapkan dalam novel ini. Akhir kata, kita wajar mengamalkan budaya bersopan santun dalam kehidupan. Hal ini dapat dilihat melalui tutur kata Adit yang mengucapkan terima kasih kepada Pak Atan, iaitu pemandu lori balak yang sudi menumpangkan Adit ketika pulang dari sekolah. Seterusnya, Adit juga merupakan seorang yang menyayangi ahli keluarganya. Seterusnya, novel ini jelas memperlihat kan masyarakat yang bersifat penyayang. Seterusnya, nilai murni yang tidak kurang pentingnya ialah kasih sayang. Seterusnya, kita patut mempraktikkan nilai kasih sayang dalam kehidupan. Sebagai contoh, Adit sangat menyayangi kedua-dua ibu bapanya. Dia tidak sanggup bersekolah di sekolah berasrama penuh kerana memikirkan keadaan ibu bapanya yang semakin tua. Selain itu, novel ini juga mencerminkan masyarakat yang menyedari kepentingan ilmu demi masa depan yang lebih terjamin. Selain itu, nilai rajin menuntut ilmu juga diselitkan dalam novel tersebut. Selain itu, kita haruslah mempunyai sikap cinta akan ilmu demi kemajuan diri. Contohnya, watak utama iaitu Adit yang ingin belajar bersungguh-sungguh dan berhasrat untuk mengubah nasib diri, keluarga sekali gus membawa kemajuan kepada masyarakat Orang Asli. LATAR MASYARAKAT NILAI MURNI PENGAJARAN CONTOH PERISTIWA

ANALISIS KOMSAS CERPEN KASUT KELOPAK JANTUNG Oleh: DR. GHAZALI LATEH

SINOPSIS Cerpen ini mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan hadiah setiap tahun, terutamanya pada Hari Guru teringat semula peristiwa yang berlaku tiga puluh tahun dahulu sewakta beliau bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman. Cikgu Harun sememangnya seorang guru yang tegas dalam soal keceriaan pelajar dan kelas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai kasut sekolah walaupun sudah tiga minggu sesi pesekolahan bermula. Di padang sekolah, Ahmad sekali lagi dimarahi Cikgu Harun kerana tidak membawa pakaian sukan. Oleh sebab itu, Cikgu Harun mendenda Ahmad dengan menyuruhnya mancari tali rafia untuk mengikat kelopak jantung pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan kasut. Ahmad merupakan murid yang patuh akan arahan gurunya terus mengikat kelopak jantung pisang. Dia berasa malu atas denda yang dikenakan oleh Cikgu Harun yang sebenarnya mahu Ahmad membeli kasut sekolah demi keselamatan kakinya. Selepas hari persekolahan tamat, Ahmad berlari ke rumah supaya kasut kelopak jantungnya tidak dikesan oleh kawan-kawan. Sejak hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan perkara tersebut dan mengetahui bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah. Cikgu Harun yang berasa kesal atas dendanya terhadap Ahmad pula mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui perkara yang sebenar. Akhirnya, dia mengetahui bahawa Ahmad tinggal bersama ibunya yang uzur dan tua tidak mampu membeli kasut sekolah dan terpaksa mengambil upah memetik cili di kebun orang lain. Cikgu Harun yang tersentuh akan kedaifan Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah. Ahmad yang berterima kasih atas pemberian Cikgu Harun telah belajar dengan gigih dan menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka. Sejak itu, Ahmad menghadiahkan kasut kepada Cikgu Harun sebagai membalas jasa gurunya, Cikgu Harun.

TEMA Penghargaan seorang murid terhadap jasa guru yang ikhlas membantunya sewaktu murid itu miskin dengan menekankannya kepentingan memakai kasut.

PERSOALAN 1. Ketegasan guru di sekolah demi mendisiplinkan pelajar. Buktiya, Cikgu Harun yang tegas menyebabkan Ahmad takut untuk merenung wajahnya tepat-tapat. Selain itu, Ahmad dimarahi Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakaian sukan. 2. Keprihatinan guru terhadap masalah murid. Buktinya, Cikgu Harun yang prihatin akan kemiskinan keluarga Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah. 3. Keikhlasan murid membalas jasa guru.

Buktinya, walaupun Ahmad sudah besar dan berjawatan tinggi, namun dia tetapi mengingati jasa Cikgu Harun dengan menghadiahinya sepasang kasut pada setiap Hari Guru. 4. Kepentingan memakai kasut di sekolah. Buktinya, Cikgu Harun tegas memastikan pelajar memakai kasut supaya muridnya tidak mengalami kecederaan kaki. 5. Penghargaan murid terhadap jasa guru. Buktinya, setiap Hari Guru, Cikgu Harun akan menerima hadiah berupa kasut berjenama mahal daripada anak muridnya yang mengingati jasa gurunya itu walaupun sudah 30 tahun berlalu.

WATAK DAN PERWATAKAN CIKGU HARUN Cikgu Harun sudah bersara daripada pekerjaan guru. Beliau pernah mengajar di kawasan pedalaman 30 tahun yang lalu. Dia yang prihatin akan kebajikan murid telah menghadiahkan sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut kepada Ahmad. Beliau yang pernah bertegas dengan anak muridnya itu mendapat balasan baik daripada anak muridnya yang menghadiahinya sepasang kasut berjenama mahal pada setiap sambutan Hari Guru. AHMAD Ahmad merupakan seorang murid miskin yang tinggal di hujung kampung, kawasan pedalaman. Dia terpaksa mengambil upah memetik cili hanya untuk mengumpulkan wang demi membeli kasut sekolah lantaran ibunya yang tua dan uzur. Ahmad tidak pernah ponteng sekolah malah sentiasa mengikut arahan gurunya, Cikgu Harun. Walaupun Cikgu Harun mengarahka nnya memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang, dia tetap menurut perintah tersebut. Ahmad akhirnya menjadi seorang yang berjawatan tinggi di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar masih mengingati jasa gurunya dengan menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut pada Hari Guru.

IBU AHMAD Ibu Ahmad seorang wanita separuh umur yang sudah uzur. Dia tinggal bersama anaknya, Ahmad di sebuah pondok usang di hujung kampung. Walaupun miskin harta, ibu Ahmad amat menghormati tetamu kerana menjemput Cikgu Harun masuk ke rumah sementara menunggu Ahmad pulang ke rumah. Ibu Ahmad tidak bekerja lagi kerana sudah uzur. Oleh sebab itu, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili demi menampung perbelanjaan keluarga di samping membeli kasut sekolah.

PLOT PERMULAAN 1. Pada 16 Mei, Hari Guru, Cikgu Harun menerima sebungkus hadiah yang tidak dipos. 2. Cikgu Harus tahu benar pengirim hadiah itu dan bertanya kepada diri sendiri sama akan hadiah itu dihantar dengan ikhlas atau sindir atau kedua-duanya.

PERKEMBANGAN 1. Cikgu Harun mengingati peristiwa yang telah berlaku 30 tahun yang lalu apabila menerima bungkusan hadiah daripada salah seorang anak muridnya. 2. Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah. 3. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang. 4. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang mengetawakannya.

PERUMITAN 1. Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu. 2. Kawan Ahmad menyampaikan khabar bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah. 3. Cikgu Harun tersentuh dan berasa menyesal atas tindakannya mendenda Ahmad. 4. Cikgu Harun mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad dan mendapati ibunya sudah uzur dan Ahmad bekerja sebagai pemetik cili untuk menampung kehidupan keluarga.

PUNCAK 1. Ahmad memberitahu punca sebenar dia tidak ke sekolah, yakni tidak mampu membeli kasut sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Cikgu Harun. 2. Cikgu Harun membuat keputusan untuk membelikannya sepasang kasut sekolah baharu dan sepasang pakaian sekolah baharu serta mengarahkan Ahmad supaya kembali ke sekolah. 3. Ahmad hanya mampu mengucapkan terima kasih atas bantuan Cikgu Harun. PELERAIAN 1. Cikgu Harun sudah bersara tetapi jasanya tetap dikenang oleh Ahmad. 2. Ahmad menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut berjenama pada setiap Hari Guru. 3. Cikgu Harun sedar bahawa hadiah itu diberikan oleh Ahmad dengan hati yang ikhlas sebagaimana ditulis dalam surat yang disertai bersama bungkusan kasut itu. Amad sudah berjaya menjawat jawatan tinggi.

TEKNIK PLOT 1. Dialog pertuturan antara watak yang dapat menghidupkan cerita. Bukti: Ahmad, mana kasut? tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.

2. Monolog watak bercakap sendiri tanpa didengar atau disedari oleh sesiapa. Bukti: Jauh juga rumah Ahmad, bisik hati kecil Cikgu Harun.

3. Monolog dalaman kata-kata seseorang watak di dalam hati yang tidak diketahui oleh sesiapa. Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu muridmurid berhenti sekolah. Jika tidak ada murid, dari mana datangnya kerjaya seorang guru. Murid dan guru itu saling melengkapi. Kini, seorang murid hendak berhenti sekolah. Jika itu terjadi, negara akan kehilangan seorang warga yang berpendidikan. Cikgu Harun mula disapa penyesalan yang bukan sedikit ketika itu.

4. Kejutan peristiwa yang tidak disangka-sangka oleh pembaca. Bukti: Ahmad terkejut dengan kehadiran Cikgu Harun di rumahnya dan Cikgu Harun terkejut melihat Ahmad masih memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang yang didenda oleh Cikgu Harun.

5. Saspens peristiwa yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pembaca Bukti: Besok, tempat duduk Ahmad kosong. Cikgu Harun sedar bahawa Ahmad tidak datang. Selama ini, Ahmad tidak pernah ponteng sekolah. Dia rajin ke sekolah walaupun terpaksa berjalan tanpa kasut. Hari berikutnya juga Ahmad tidak datang. Hari selepasnya pun begitu. Kini, seminggu sudah Ahmad tidak hadir. Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia cuba mendapatkan maklumat daripada murid-murid yang lain.

6. Pemerian gambaran suasana atau keadaan oleh penulis. Bukti: Sebaik sahaja sampai si sebuah rumah, tidak ada penghuni dilihat oleh Cikgu Harun dalam rumah yang layak disebut pondok itu. Cikgu Harun memandang sekeliling. Suasana sepi sekali. Dia pasti itulah rumah Ahmad seperti yang diberitahu oleh anak-anak muridnya yang lain.

7. Imbas kembali teknik watak mengingati peristiwa yang sudah berlaku. Bukti: Cikgu Harun mengingati peristiwa yang sudah berlaku lebih 30 tahun, kejadian beliau mendenda anak muridnya memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang

LATAR TEMPAT 1. Rumah Cikgu Harun di bandar Bukti: Cikgu Harun menerima bungkusan kasut baharu di rumahnya.

2. Kawasan pedalaman Bukti: Cikgu Harun pernah bekerja sebagai guru di kawasan pedalaman lebih tiga puluh tahun yang lalu.

3. Bilik darjah

Bukti: Cikgu Harun pernah menegur Ahmad kerana tidak berkasut ke sekolah. Selain itu, Cikgu Harun juga bertanya kepada pelajar-pelajarnya tentang sebab Ahmad tidak hadir ke sekolah. 4. Padang sekolah Bukti: Di kawasan padang, murid-murid melakukan aktiviti sukan dan bersenam kecuali Ahmad. Di situlah juga Ahmad didenda memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang.

5. Rumah Ahmad Bukti: Cikgu Harun pergi ke rumah Ahmad untuk menjenguknya dan mengenal pasti sebab dia tidak hadir ke sekolah.

6. Kebun sayur Bukti: Ahmad bekerja sebagai pemetik cili di kebun sayur untuk menampung perbelanjaan keluarga.

7. Pekan Bukti: Cikgu Harun pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut sekolah baharu dan sepasang uniform sekolah baharu kepada Ahmad supaya dia dapat ke sekolah semula.

LATAR MASA 1. Zaman moden Bukti: Cikgu Harun sudah bersara dan tinggal di bandar pada zaman moden ini. Selain itu, Ahmad sudah menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.

2. 30 tahun yang lalu Bukti: Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang mengetawakannya.

3. Tempoh seminggu Bukti: Selepas didenda oleh Cikgu Harun, Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu dan kawannya memberitahu Cikgu Harun bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.

4. Waktu pagi tiga minggu selepas sekolah dibuka Bukti: Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah dan tidak membawa pakaian sukan untuk aktiviti pendidikan jasmani di padang.

5. Suatu petang selepas seminggu Ahmad tidak hadir ke sekolah. Bukti: Cikgu harun pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab dia mahu berhenti sekolah.

6. 16 Mei Bukti: Cikgu Harun mendapat hadiah berjenama mahal daripada muridnya setiap sambutan Hari Guru.

7. Selepas sekolah tamat / tengah hari Bukti: Ahmad yang malu selepas didenda memakai kasut kelopak jantung telah lari ke rumah.

LATAR MASYARAKAT 1. Masyarakat guru Bukti: Cikgu Harun yang sudah bersara mengingati peritiwa yang berlaku lebih 30 tahun yang lalu.

2. Masyarakat pelajar Bukti: Ahmad merupakan pelajar sekolah yang belajar dalam tahun tiga di kawasan pedalaman. Dia pernah dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut ke sekolah dan tidak membawa pakaian sukan. 3. Masyarakat miskin Bukti: Ahmad dan ibunya tinggal di sebuah pondok kecil kerana hidup dalam kesederhaan. Lagipun, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili dalam usia yang muda.

4. Masyarakat yang mengenang jasa guru Bukti: Ahmad seorang murid yang amat mengenang jasa Cikgu Harun. Setiap kali sambutan Hari Guru, dia akan menghantar bungkusan berisi kasut berjenama mahal untuk dihadiahkan kepada Cikgu Harun. Hal ini membuktikan bahawa dia amat menghargai jasa gurunya walaupun sudah berjaya dalam kehidupan.

5. Masyarakat yang tabah menghadapi kemiskinan Bukti: keluarga Ahmad tabah menghadapi kemiskinan hidup. Dia dan ibunya tinggal di sebuah pondok di hujung kampung.

GAYA BAHASA 1. Paradoks gabungan antara unsur positif dan negatif dalam satu ayat. Bukti: Atau sindiran dan keikhlasan yang telah bergumpal menjadi satu.

2. Penggunaan ayat yang ringkas dan pendek. Bukti: Soalan itu bukan yang pertama. Waktu rehat Ahmad tidak keluar. Dia tidak bercakap banyak.

Dia telah pun menduga.

3. Simile unsur perbandingan secara langsung oleh penulis. Bukti: -Suara anak kecil itu tidak mahu keluar bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang tenggoraknya. -Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung. -Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta sesuatu. -Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan seperti memakai kasut sekolah. -Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul. -Ahmad berjalan macam lembu sakit kaki. -Terasa ketika itu kasutnya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik. Seperti kaki ayam yang mencakar najis. Terasa kakinya seperti kaki monyet, kaki itik, dan kaki tiang rumahnya yang usang. Malah Ahmad terasa dirinya seperti tidak berkaki langsung.

4. Peribahasa ungkapan menarik yang digunakan oleh pengarang Buktinya: berkaki ayam, budak hingusan, lurus bendul, angkat muka, berkecil hati, dan separuh umur.

5. Personifikasi penggunaan unsur kemanusiaan dalam unsur bukan manusia. Bukti: Rasa bersalah mula mengerang perasaannya.

6. Sinkof penggunaan singkatan kata Buktinya: tak, dah, nak, ni

7. Repitasi pengulangan kata. Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu muridmurid berhenti sekolah.

8. Gaya bahasa dialog Bukti: Ahmad, mana kasut? tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras. NILAI MURNI DAN PENGAJARAN 1. Nilai murni Menghormati orang yang lebih tua Pengajaran : Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua dan yang lebih berpengalaman daripada kita. Bukti: Ahmad amat menghormati Cikgu Harun dan tidak pernah mengingkari arahannya.

2. Nilai murni -Keinsafan Pengajaran : Kita mestilah sedar akan kesilapan yang kita lakukan supaya tidak mengulanginya.

Bukti: Cikgu Harun sedar bahawa dendanya agak keterlaluan dan dia tersentuh dengan keputusan Ahmad yang mahu berhenti sekolah kerana tidak mampu membeli kasut sekolah.

3. Nilai muri -Keikhlasan Pengajaran : Kita mestilah ikhlas semasa memberikan hadiah kepada seseorang. Bukti: Cikgu Harun tahu bahawa anak muridnya, Ahmad ikhlas memberikannya hadiah berupa sepasang kasut berjenama demi menghargai jasa gurunya.

4. Nilai muri -Ketabahan Pengajaran :Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri. Bukti: Ahmad dan ibunya tabah menghadapi kemiskinan dan dia sanggup mengambil keputusan untuk berhenti sekolah demi bekerja memetik cili untuk menampung perbelanjaan keluarga.

5. Nilai muri -Kesabaran Pengajaran : Kita mestilah sabar menghadapi segala masalah dalam kehidupan. Bukti: Cikgu Harun sabar menghadapi masalah anak muridnya, Ahmad yang tidak membawa kasut dan pakaian sukan.

6. Nilai muri -Kegigihan Pengajaran : Kita mestilah gigih belajar supaya menjadi manusia yang berjaya. Bukti: Ahmad gigih belajar tidak pernah ponteng sekolah walaupun miskin sehingga berjaya menjadi seorang pengurus besar syarikat kasut berjenama.

7. Nilai muri -Bertanggungjawab Pengajaran :Kita mestilah memikul tugasan yang diberikan dengan penuh bertanggungjawab. Bukti: Cikgu Harun seorang guru yang bertanggungjawab kerana dia memastikan semua anak muridnya memakai pakaian sekolah yang sesuai untuk menjalankan aktiviti bersenam di padang.

8. Nilai muri -Kesungguhan Pengajaran : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh demi mengubah kehidupan keluarga yang miskin. Bukti: Ahmad belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjawat jawatan tinggi dalam sebuah syarikat kasut berjenama.

9. Nilai muri -Baik hati Pengajaran : Kita mestilah menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukannya mengikut kemampuan kita demi mengurangkan beban mereka. Bukti: Cikgu Harun membelikan Ahmad sepasang kasut sekolah dan sepasang uniform sekolah.

Analisis komsas baharu Antologi Kasut Kelopak Jantung Disediakan oleh: Cikgu Tan CL.