Anda di halaman 1dari 9

Kemahiran Hidup

Mata pelajaran : Kemahiran Hidup Topik : Ikan hiasan Unit : Pengenalan Ikan Hiasan

Kaedah:

Murid diperkenalkan tentang jenis ikan melalui slaid yang dipaparkan di hadapan kelas. Murid menyanyi lagu ikan kekek bersamasama di dalam kelas sambil membuat pergerakan.

Pergerakan : (a) Murid meniru cara ikan bergerak melalui video yang dipaparkan oleh guru. Muzik : (a) Menyanyikan lagu ikan kekek.

Seni visual :
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru boleh mengambil inisiatif dengan memberi sekeping kertas kepada muridmurid dan meminta mereka melukis dan mewarna jenis ikan tropika mengikut ciri-ciri yang terdapat pada jenis ikan.

Pemulihan dan Pengayaan


Mata pelajaran : Pemulihan dan Pengayaan Tema : Keluarga Tajuk: Jasa Ibu Kaedah : Membaca dan mengenal pasti isi kandungan seni kata.

Pergerakan : Murid diminta melakukan watak ibu yang terdapat di dalam teks, yang mana mereka cuba memahami lagu tersebut sambil membuat gaya dari pandangan mereka yang tersendiri. Muzik : Murid diminta menyanyikan lagu ibu. Lirik seperti di bawah : Ibu ibu Engkaulah ratu hatiku Bila ku berduka Engkau hiburkan selalu Ibu ibu Engkaulah ratu hatiku Tempat menyatakan kasih Wahai ibu Betapa tidak hanya engkaulah Yang menyniari hidupku Sepanjang masa engkau berkorban Tidak putusnya bagai air lalu Ibu ibu Engkaulah ratu hatiku Tempatku menyerahkan kasih Wahai ibu

Seni visual : Murid diminta menghasilkan kad ucapan Hari Ibu serta memadankan warna mengikut kesukaan mereka. Murid juga diberikan sekeping kertas untuk menzahirkan bagaimana persepsi mereka tentang ibu mereka.

Pendidikan Khas dan Masalah Pembelajaran


Mata pelajaran : Pendidikan Seni Tajuk: Seni Kolaj (Kolaj Ikan) Objektif : 1. Mengawal dan meningkatkan psikomotor halus dengan melakar, menggunting, mengoyak dan menampal. 2. Mengetahui fungsi setiap peralatan seni digunakan. 3. Menghasikan kolaj haiwan (ikan) daripada kertas berwarna.

Pergerakan : Murid dapat mengawal dan meningkatkan psikomotor halus dengan melakar, menggunting, mengoyak dan menampal. Muzik : Murid menyanyi lagu ikan kekek bersama-sama dengan guru sebagai wadah menarik minat murid untuk mempelajari kolaj ikan.

Seni visual : Murid mengikuti langkah demi langkah oleh guru yang ditunjukkan di dalam video. Kemudian, murid diedar lukisan /gambar yang disediakan. Murid juga dibimbing oleh guru cara membuat kolaj daripada langkah 1-6.

Anda mungkin juga menyukai