Anda di halaman 1dari 22

1.

1.

PENDAHULUAN

Pengajaran memerlukan sesuatu untuk ia mudah disampaikan. Manakala pembelajaran pula memerlukan rangsangan untuk memudahkan pelajar menerima isi pelajaran. Rangsangan yang sukar ditanggapi tidak akan dapat diproses dan tidak akan menjadi pengalaman. Oleh yang demikian, kecerdasan walau bagaimana baik pun ia, jika kurang mendapat rangsangan, ianya tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang berkesan. berdasarkan hakikat inilah, peranan guru dalam menentukan alat-alat bantu pengajaran dan pembelajaran sangat penting. Ini adalah kerana alat-alat itu merupakan media yang mampu mewujudkan rangsangan dan yang kemudiannya akan bertindak memperkembangkan kecerdasan dan pengalaman. Dari itu, guru-guru disarankan supaya dapat menyusun dan merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik, terutamanya dari segi pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan bantu pengajaran, kerana inilah di antara aspek yang memberi kesan terhadap prestasi para pelajar. Di samping itu alat bantu mengajar (ABM) juga dapat memainkan peranan ke arah peneguhan dan pemahaman pelajar. 1. 2. ALAT BANTU MENGAJAR (ABM).

Alat bantu mengajar (ABM) bukanlah sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan alat yang sangat berguna kepada guru semasa mengajar. Pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dapat memastikan pelajar mengikuti serta dapat memberikan pelajar kefahaman yang berkesan dan juga dapat menarik minat mereka terhadap mata pelajaran yang diajarkan. Secara dasarnya, alat bantu mengajar (ABM) adalah alat yang dapat membantu seseorang guru dalam proses pengajaran. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Alat mengajar merupakan apa-apa saja yang dialami oleh murid (kamaruddin hj. Hussin, 1986)[1] Atan long (1981) membahagikan alat bantu mengajar (ABM) kepada tiga kumpulan, iaitu:1. Alat pendengaran, 2. Alat pandangan 3. Alat pandang dengar. Noraziah abdul hamid (1981) menggolongkan alat itu kepada dua kumpulan, iaitu:1. Media elektronik 2. Media bukan elektronik,

Hanapiah sudin (1979) menggolongkan kepada dua, iaitu: 1. Bahan- bahan software 2. Bahan-bahan hardware. Menurut Atan long (1982) lagi alat bantu mengajar (ABM) terdiri daripada berbagai-bagai bahan. Sesuatu bahan dapat disampaikan dengan berbagai-bagat cara. Umpamanya, sesuatu bahan itu mungkin diterbitkan dalam bentuk buku, dalam bentuk carta atau diletak pada slaid dan dipancarkan ke layar. Alat-alat penyampaiannya dinamakan alat bantu mengajar (ABM) berdasarkan pendapat di atas, dapatlah dibahagikan alat bantu mengajar (ABM) ini kepada tiga peringkat, iaitu (kamaruddin hj. Hussin,1987): 1. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur- slaid, projektor (overhead), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam dan lain-lain 2. Bahan-bahan yang tidak menggunakan media elektronik seperti suara, buku, gambar carta model, surat khabar, papan tulis, kad imbasan dan lain-lain. 3. Bahan-bahan yang bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomim, lawatan, projek pameran dan bahan-bahan dari alam sekitar.[2] 1. 3. KEPENTINGAN SERTA TUJUAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan alat bantu mengajar (ABM) amat penting bagi guru untuk memastikan proses pengajarannya dapat berjalan dengan lancar kerana isi pengajaran yang disampaikan dapat diikuti dengan baik oleh murid dengan bantuan alat bantu mengajar (ABM). Oleh itu, antara kepentingan alat bantu mengajar (ABM) dapat disenaraikan seperti berikut: 1. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dapat mengawal serta mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar kekurangan masa. 2. Dapat mempertingkatkan minat murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran 3. Dapat mempertingkatkan keghairahan untuk belajar. 4. Dapat memahami secara lebih mendalam dan realistik tentang tajuk yang diajar. 5. Dapat mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi-isi pengajaran. 6. Dapat berasakan keseronokan belajar dan mengelakkan rasa jemu terhadap pengajaran guru. 7. Alat bantu mengajar (ABM) menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran, oleh itu ia mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada murid 8. Alat bantu mengajar (ABM) membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran murid dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. 9. Alat bantu mengajar (ABM) menolong menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam tentang kefahaman isi pengajaran.

10. Alat bantu mengajar (ABM) menawarkan pengalaman yang sebenar dan menjadikan pengajaran lebih menarik 11. Pembelajaran yang diperoleh akan lebih bermakna.[3] 12. Bahan itu dapat melahirkan dorongan daya kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar. 13. Melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar. 14. Dapat menjimatkan masa dan pelajar akan belajar lebih banyak dalam masa yang singkat. 1. 4. KEMAHIRAN PEMILIHAN DAN APLIKASI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM). Kemahiran adalah kecekapan atau kepandaian seseorang untuk membuat sesuatu. Tanpa kemahiran agak sukar bagi seseorang itu mengendalikan sesuatu. Begitu juga dalam bidang perguruan, kemahiran amat diperlukan. Seperti kemahiran dalam memilih serta mengaplikasikan alat bantu mengajar (ABM) yang telah dipilih. Dalam memilih alat bantu mengajar (ABM), guru seharusnya berkemahiran dalam menilai dan menimbang akan keperluan atau sumbangan alat bantu dalam pengaplikasiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Pertimbangan seharusnya menekankan semua aspek atau kriteria-kriteria dalam pengajaran dan pembelajaran. Kriteria-kriteria dalam memilih alat bantu mengajar (ABM) itu, di antaranya:1. Alat bantu mengajar (ABM) haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan. 2. Alat bantu mengajar (ABM) harus mengandungi idea-idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri. 3. Alat bantu mengajar (ABM) boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan perkataan lain guru boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat lagi dengan adanya alat bantu mengajar (ABM). Murid-murid pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan lebih kekal dalam ingatan. 4. Reka bentuk alat bantu mengajar (ABM) hendaklah menarik dan berkesan untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, alat ini harus disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna. 5. Alat bantu mengajar (ABM) harus disediakan dengan perbelanjaan yang rendah dan dalam masa yang berpatutan. Tiada gunanya membuat Alat bantu mengajar (ABM) dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi dan menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya. 6. Alat bantu mengajar (ABM) harus disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. Alat bantu mengajar (ABM) yang terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran penyampaian guru atau penggunaan murid.

7. Sumber pengajaran-pembelajaran haruslah mengandungi nilai-nilai murni yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan-bahan seperti gambar yang tidak sopan, misalnya memakai baju yang menjolok mata atau menggunakan bahan-bahan yang mengandungi unsur negatif seperti berjudi dan merokok.[4] 1. 5. PENGAPLIKASIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM).

Setelah dibuat pemilihan terhadap jenis alat bantu mengajar (ABM). Guru juga harus mahir dan faham dalam penggunaan alat bantu mengajar (ABM) tersebut. Untuk keberkesanan aplikasi alat bantu mengajar (ABM) terlebih dahulu guru menekan perkara berikut:1. Tentukan sumbangan yang dapat diberikan oleh alat bantu mengajar (ABM) itu kepada pengajaran tertentu berhubung dengan objektif pengajaran yang hendak diajar. Elakkan daripada menyedia alat bantu mengajar (ABM) yang tidak sesuai digunakan atau tidak dapat digunakan dengan berkesan. 2. Rancangkan bagaimana alat bantu mengajar (ABM) itu dapat digabungkan penggunaannya dalam pengajaran untuk menambah pengalaman pembelajaran murid-murid. 3. Aturkan supaya alat-alat bantu mengajar (ABM) itu dapat digunakan oleh murid dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kelam kabut atau mengganggu pengajaran. 4. Kaji maklumat daripada berbagai-bagat punca tentang cara penggunaan sesuatu alat bantu mengajar (ABM) untuk mendapat kesan yang memuaskan. 5. Nilaikan sumbangan alat bantu mengajar (ABM) kepada pengajaran melalui percubaan. Ubahsuaikan cara penggunaannya berdasarkan penilaian ini.[5] 1. 6. CARA-CARA APLIKASI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) Dalam zaman yang serba moden dan canggih sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat dari semasa ke semasa. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) juga berkembang dari menggunakan papan tulis bertukar kepada yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik dan sebagainya. Di antara jenis alat bantu mengajar (ABM) yang boleh digunakan adalah seperti Kad Manila, Carta, Model, Projektor, Multimedia dan sebagainya. Alat dengar seperti radio, pita rakaman adalah sesuai untuk pembelajaran yang berkehendakkan penguasaan kemahiran yang tertentu seperti bacaan Al-Quran. Filem dan Televisyen sesuai digunakan untuk sesuatu pemerhatian aspek-aspek khusus atau untuk tujuan memperlihatkan tunjuk cara yang berhubung dengan penguasaan sesuatu aspek yang tertentu[6] seperti pergerakan amali dalam sembahyang. Secara amnya, cara untuk menggunakan bahan bantu mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan mereka. Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisan oleh guru, penggunaan bahan bantu mengajar sebenarnya turut memberi peluang kepada pelajar

untuk memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran Tujuan utama menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membantu guru menyampaikan pengajarannya dengan mudah, tepat, cepat serta menarik. Untuk mencapai tujuan ini, guru haruslah memahami teknik penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dan menggunakannya dengan cekap. Berikut ialah beberapa garis panduan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran: 1. Alat bantu mengajar (ABM) seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai supaya semua murid boleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya, guru haruslah membimbing murid-murid meneliti perkara yang penting supaya tidak membazirkan masa murid-murid serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid-murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka. 1. Sebelum alat bantu mengajar (ABM) diedarkan kepada murid-murid untuk menjalankan kerja praktik, guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisiplin dan mengikut masa yang ditetapkan. 1. Tunjukkan alat bantu mengajar (ABM) kepada murid-murid hanya pada ketika yang perlu. Jika sesuatu Alat bantu mengajar (ABM) ditunjukkan lebih awal, murid-murid akan asyik tumpukan perhatian mereka kepada alat itu dan kurang memberi perhatian kepada aktiviti pengajaran guru. 1. Guru harus membimbing murid-murid membincang fakta-fakta penting yang terkandung dalam alat bantu mengajar (ABM). Selepas itu, harus diadakan pula aktiviti penilaian terhadap tindak balas murid-murid berdasarkan hasil penggunaan alat bantu mengajar (ABM) itu dengan tujuan untuk mengetahui pencapaian objektif pembelajaran. 1. Alat bantu mengajar (ABM) yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul balik dan disimpan dengan baik di tempat yang sesuai. 1. Alat bantu mengajar (ABM) hanya digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru. Penggunaan Alat bantu mengajar (ABM) haruslah sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mencapai objektif pelajaran yang ditentukan. Pada amnya, cara menggunakan alat bantu mengajar (ABM) hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap, supaya murid-murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta dalam ingatan mereka. Nilai sesuatu alat bantu mengajar (ABM) yang baik akan dihapuskan sekiranya alat itu tidak disediakan mengikut kriteria-kriteria yang telah dihuraikan atau penggunaannya kurang cekap ataupun kurang berkesan[7] 1. 7. KESAN DARI PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM).

Jika guru dapat menguasai kemahiran memilih dan aplikasi alat bantu mengajar (ABM) dengan berkesan, beberapa kesan yang baik dapat diperlihatkan, seperti : 1. Pelajar akan dapat memahami sesuatu konsep, fakta atau idea dengan lebih jelas. 2. Pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 3. Pelajar akan dapat terus mengikuti setiap perkembangan proses pengajaran yang dijalankan. 4. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dipelbagaikan. 5. Pelajar menaruhkan keyakinan terhadap pengajaran guru. 6. Aktiviti pembelajaran akan lebih menarik. 7. Konsep, fakta dan idea yang diterima akan lebih kekal dalam ingatan.[8] 1. 8. KELEMAHAN YANG TERDAPAT PADA ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DAN CARA MENGATASINYA. Jika kita perhatikan, alat bantu mengajar (ABM) sememangnya tidak mempunyai kelemahan secara langsung, kerana tujuan utama alat bantu mengajar (ABM) adalah untuk menutup sebahagian kelemahan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi kelemahan itu dapat dilihat melalui perkara berikut:1. Kurangnya kemahiran guru dalam memilih jenis alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai. 2. Kurangnya kemahiran guru dalam pengaplikasian alat bantu mengajar (ABM). 3. Kesukaran dalam penyediaan alat bantu mengajar (ABM). Seperti kurangnya alat pelaksanaannya, bahan atau rujukan dalam menyediakan, keperluan masa yang mempengaruhi guru dalam menyediakan alat bantu mengajar ABM. 4. Faktor pelaksanaannya yang kadang mendatangkan masalah. Untuk mengatasi segala kelemahan adalah seperti di bawah ini: 1. guru seharusnya lebih prihatin dan memahami kehendak pelajar yang diajarkan. 2. guru harus muhasabah dan meningkatkan segala kemahiran dalam proses pengajarannya terutama dalam menggunakan segala alat bantu mengajar ABM, seperti kemahiran menggunakan Teknologi maklumat, Multimedia dan sebagainya. 3. kerjasama semua pihak dalam merancang dan menyusun proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru dalam penyediaan alat bantu mengajar (ABM). 4. Merancang dengan sistematik. Perkara yang harus diambil perhatian adalah alat bantu mengajar adalah alat sokongan bukan sebagai pengganti guru sepenuhnya. Yang mengendalikannya adalah guru. Jika guru dapat merancang segala-galanya dengan baik, maka segala kelemahan akan dapat diatasi. 1. 9. KESIMPULAN

Teknik pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru bukan sekadar chalk and talk tapi lebih dari itu, seperti penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya penggunaan alat bantu mengajar (ABM) kepada guru-guru dalam menyampaikan pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Seseorang guru harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih alat bantu mengajar (ABM) yang berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang ketika dalam pengaplikasiannya. Ini kerana penggunaan alat bantu mengajar (ABM) amat penting kepada guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan. Dalam pendidikan banyak inovasi diperkenalkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran guru. Alat bantu mengajar (ABM) memudahkan para guru memindahkan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Ia juga membantu interaksi sosial antara guru dan pelajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sepatutnya dapat menggunakan sebarang bahan yang ada dan sesuai dalam proses interaksinya dengan pelajar-pelajarnya. Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung pada keberkesanan guru memilih dan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai. Di sekolah, pusat sumber sekolah merupakan tempat yang boleh menjadi rujukan kepada guru-guru dalam mendapatkan sumber pengajaran. Walau bagaimanapun, sesebuah sekolah yang mempunyai pusat sumber yang dilengkapi lat bantu mengajar (ABM) tidak dapat membantu pelajar dalam pembelajarannya jika gurunya tidak menggunakan bahan itu dalam pengajarannya. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menggunakannya dengan sebaik mungkin bagi membantu kefahaman pelajarpelajarnya tentang konsep dan ilmu pelajaran yang hendak disampaikan. 1. 10. BIBLIOGRAFI. Ahmad Mohd Salleh, (2008), Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi dan Abdul Ghani Bujang, (1986), Pengajaran Prinsip dan Amalan, Dewan Bahasa dan Pedagogi Pendidikan, Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar Sdn Bhd. Pustaka Brunei, Brunei, Mok Soon Sang, (1994), Asas Pedagogi Dalam Pengajaran-Pembelajaran, Kuala

Lumpur Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Mok Soon Sang, (2003), Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2,

Selangor Darul Ehsan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang, (2002), Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3,

Selangor Darul Ehsan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Rosini Abu & Ramlah Hamzah, (1998), Pedagogi 1 Kurikulum & Pengurusan Bilik

Darjah, Selangor Darul Ehsan, Longman Malaysia Sdn Bhd.

[1] Ahmad Mohd Salleh, Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi & Pedagogi Pendidikan, Oxford Fajar Sdn Bhd, Selangor, 2008, ms 254. [2] Ibid ms 254. [3] Ibid, ms 254 [4] Mok Soon Sang, Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3,Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Selangor, 2002, ms 336. [5] Ahmad Mohd Salleh, Pengajian Agama Islam & J-QAF Metodologi & Pedagogi Pendidikan, Oxford Fajar Sdn Bhd, Selangor, 2008, ms 255 [6] Abdul Ghani Bujang, Pengajaran Prinsip dan Amalan, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Brunei, 1986, ms 297 [7] Mok Soon Sang, Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3,Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Selangor, 2002, ms [8] Mok Soon Sang, Asas Pedagogi Dalam Pengajaran-Pembelajaran, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1994, ms 180

ii. Kepentingan sumber sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Murid akan lebih berminat belajar tentang sesuatu tajuk sekiranya dia dapat melihat, mendengar atau menyentuh objek yang menjadi ii pelajaran. Dengan adanya bahan rangsangan ini, murid akan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam lagi. Oleh itu mereka dapat mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna. Bahan merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di samping mengalihhalakan tumpuan mereka kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan penting dalam pembelajaran.

iii. Kepentingan sumber sebagai penjelasan makna dan konsep dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Dalam pengajaran sesuatu topik, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak dapat dihurai dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan dengan contoh-contoh tertentu yang memerlukan bahan audio visual atau keduaduanya sekali. Bahan-bahan ini boleh digunakan di dalam atau di luar bilik darjah seperti siaran langsung atau rakaman peristiwa-peristiwa sebenar melalui radio dan televisyen. Penerangan guru yang diiringi dengan bahan yang dipilih dengan rapi dan sesuai dapat memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu dengan lebih jelas.

iv. Kepentingan sumber sebagai penggerak penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

Secara semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa, dengar, lihat, sentuh dan bau. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga, guru perlu menggunakan berbagai-bagai bentuk dan jenis bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan. Kajian telah menunjukkan bahawa manusia mengingati 10% daripada apa yang mereka dengar sahaja, 20% daripada apa yang mereka lihat sahaja dan 65% daripada apa yang mereka dengar dan lihat. Kajian ini jelas membuktikan bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran, lebih teguh pula daya ingatannya. Untuk memastikan apa yang disampaikan itu kekal lama dalam ingatan murid, guru patut mempelbagaikan bahan pengajaran.

v. Kepentingan sumber sebagai sumber pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan tidak langsung kepada murid. Alam sekitar boleh memberikan pengalaman langsung. Contohnya, apabila murid membuat lawatan ke sesuatu tempat, dia akan memahami dan mengetahui apakah bahan maujud yang ada di situ, di samping mengetahui proses menghasilkan bahan-bahan tersebut. Misalnya semasa melawat ke ladang getah, muridmurid dari bandar boleh melihat pokok getah, daunnya, buahnya dan bagaimana susu getah diperoleh dan kemudian diproses menjadi getah keping untuk dipasarkan. Bahkan mereka juga mungkin dapat mengalami sendiri pekerjaan tersebut. Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses pembelajaran murid-murid tersebut. Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri daripada maklumat yang diberi oleh orang lain. Murid-murid juga akan lebih memahami dan mengingati pelajaran yang diterima sekiranya mereka diberi peluang untuk mencuba, mengkaji dan meneliti bahan-bahan yang digunakan. Filem, video atau gambar boleh mengayakan pengalaman seseorang murid. Misalnya, semasa menonton tayangan filem tentang kejadian dan perubahan musim di negara beriklim sejuk dengan pemandangan yang berlainan, murid-murid akan berasa seolaholah mengalaminya sendiri. Ini akan meningkatkan dan mengukuhkan pemahaman mereka tentang perubahan musim yang mereka tidak pernah mengalami secara langsung.

vi. Kepentingan sumber mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Setiap bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Ini memberi kesan terhadap kaedah dan teknik pengajaran. Dengan menggunakan berbagai-bagai bahan yang ada, kaedah dan teknik pengajaran juga boleh dipelbagaikan. Kemahiran yang sama boleh dikuasai mengikut cara dan teknik yang berlainan berdasarkan jenis alat dan bahan yang digunakan. Misalnya pengetahuan tentang alam sekitar boleh disampaikan melalui tanyang video, teks bacaan atau pengalaman langsung murid. Kepentingan sumber sebagai pendorong pengajaran terancang dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Penggunaan sumber perlu dirancang dari segi kesesuaian, tujuan, masa dan cara menggunakannya. Ini melibatkan perancangan keseluruhan pengajaran dari awal hingga akhir. Dengan cara ini, guru akan merancang sesuatu pelajaran dengan lebih sempurna.

4.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi pendidikan yang sesuai dan tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan. Bahan bercetak Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks, buku kerja, buku fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, surat, berita, surat khabar dan nota-nota bercetak. Bahan bercetak seperti ini mengandungi maklumat dalam bentuk perkataan, lukisan atau gambar. Pemilihan dan penghasilan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pengajian Sosial perlu menitikberatkan aspek-aspek yang berikut: a. Anggaran kos b. Kebolehgunaan c. Mobiliti d. Bahan mentah e. Saiz dan warna f. Tatahias dan kemasan g. Simpanan dan penyelenggaraan a. Anggaran kos Bahan bercetak amat murah dan mudah untuk didapati. Pencetakan bahan yang banyak akan mengurangkan kos jika dibandingkan dengan bahan pandang-dengar yang lain. Bahan-bahan bercetak, cetakan tempatan atau cetakan sendiri berharga murah dan boleh disediakan dengan cepat. b. Kebolehgunaan Teknologi pendidikan ini memudahkan guru untuk mengajar murid melalui bahan bercetak yang maujud. Guru boleh menggunakan bahan bercetak sekerap mungkin sehingga murid benar-benar dapat mengingati fakta atau perkara yang ingin diperlajari. Murid-murid boleh menggunakannya mengikut kadar kecepatan mereka sendiri. Bahanbahan tercetak boleh dibaca dengan cepat dan maklumat penting boleh dipelajari tanpa mengikut sesuatu masa pengajaran.

Bahan bercetak tidak mempunyai masalah dari segi penggunaannya kerana ia tidak memerlukan sumber tenaga elektrik seperti komputer. Walaubagaimanapun, ia perlu digunakan di tempat yang terang atau mempunyai cahaya kerana jika tidak bahan yang dipaparkan tidak dapat dilihat. c. Mobiliti Bahan bercetak ini boleh digunakan di mana sahaja sama ada di dalam atau di luar kelas. Jika bahan tersebut ingin digunakan di kawasan yang luas seperti dewan, bahan tersebut hendaklah diperbanyakkan. Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan pada bila bila masa bahan bercetak tersebut walaupun tanpa guru. d. Bahan mentah Hampir kesemua bahan bercetak menggunakan kertas sebagai bahan mentah. Penggunaan kertas sangat popular kerana ia mudah didapati selain kos mencetak yang rendah. e. Saiz dan warna Jika gambar atau poster digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran , guru mestilah memastikan saiznya besar dan boleh dilihat oleh semua murid. Perkara ini penting dalam menyampaikan maklumat dan mengekalkan perhatian serta minat murid. Pemilihan warna juga perlu diberi perhatian oleh guru. Warna yang terlalu terang dan terlalu gelap akan menjejaskan fokus murid terhadap penyampaian guru. f. Tatahias dan kemasan Sekiranya guru menggunakan lukisan sebagai bahan bantu mengajar, guru perlu memastikan lukisan tersebut mudah difahami oleh murid. Guru juga perlu mengelakkan penggunaan lukisan yang terlalu abstrak. Hal ini akan menyukarkan murid memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Jika guru mencetak bahan-bahan yang mengandungi tulisan tangan, pastikan tulisan tersebut kemas dan mampu dibaca oleh murid. Bahan bercetak yang terlalu banyak gambar dan warna juga tidak digalakkan untuk diguna sebagai bahan bantu mengajar kerana boleh mengganggu tumpuan murid dalammencapai objektif pembelajaran yang sebenar. g. Simpanan dan penyelenggaraan Bahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti kerana bahan ini mudah koyak atau rosak, seperti disimpan di dalam fail, folder, plastik menyimpan kertas dan sebagainya. Gambar-gambar seperti foto dan rajah boleh dimasukkan dalam teks untuk penerangan lebih lanjut mengenai konsep, hujah-hujah dan juga untuk menambahkan minat murid. Bahan-bahan cetakan tambahan boleh dimuatkan di dalam buku teks atau buku latihan sebagai lampiran atau bahan tambahan.

Penggunaan bahan dengan cermat serta disimpan di tempat yang selamat memudahkan pengesanan semula dan menjamin ketahanan bahan tersebut.

5.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi maklumat dan komunikasi yang sesuai dan tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Penghasilan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia Terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan Persembahan Elektronik Multimedia, sesuai digunakan dalam kelas. Antara perisian yang biasa digunakan ialah Microsoft Office Powerpoint. Sebelum membina persembahan elektronik multimedia Powerpoint, guru perlu memastikan elemen grafik yang digunakan menepati keperluan murid-murid. Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka,perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim (guru) kepada sasarannya (murid) dalam proses menyampaikan maklumat. Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual).

Selain aspek grafik, reka letak visual juga mempengaruhi kualiti persembahan elektronik multimedia Powerpoint yang dihasilkan. Terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti oleh guru semasa menghasilkan sebuah persembahan elektronik multimedia Powerpoint iaitu: a. Simplisiti b. Dominan c. Pola d. Seimbang e. Warna f. Huruf

a. Simplisiti Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan dan seterusnya akan mengalih tumpuan murid keluar daripada objektif pembelajaran. b. Dominan Dominan bererti pusat penumpuan atau minat. Di dalam slaid persembahan Powerpoint, guru perlu mewujudkan sesuatu yang boleh menarik minat murid-murid. Sebagai contoh, jika guru ingin mengajar tentang negeri Kedah, guru boleh mempersembahkan gambar sawah padi bagi menimbulkan inkuiri murid. Dengan yang demikian, murid dapat mengekalkan minat untuk mengikuti pembelajaran yang seterusnya. c. Pola Pola merupakan susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Susunan item perlulah mematuhi urutan yang rasional bagi memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, guru menggunakan gambar anak panah bagi menunjukkan proses untuk membuat kain batik yang menjadi warisan tradisi di negeri Terengganu. d. Seimbang Guru perlu bijak untuk menggunakan ruang di dalam slaid persembahan. Keadaan kesamaan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan slaid akan menjadikan persembahan lebih kemas dan teratur. e. Warna

Warna merupakan satu elemen reka letak visual yang penting. Pemilihan warna yang tepat membantu keberkesanan persembahan. Warna mempunyai beberapa fungsi iaitu pertama, warna membantu membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan. Kedua, warna memudahkan sesuatu item dilihat. Ketiga,warna mewujudkan perasaan harmoni dan melahirkan kesan tertentu seperti panas, sejuk, bergetar, kesan psikologi dan sebagainya kepada murid-murid. f. Huruf Pemilihan huruf juga penting dalam menghasilkan persembahan elektronik multimedia. Saiz dan jenis huruf mempengaruhi penerimaan murid-murid terhadapa apa yang disampaikan oleh guru. Guru perlu memilih jenis huruf yang senang dibaca. Penggunaan huruf besar hanya sesuai untuk tajuk yang pendek manakala untuk tajuk yang panjang, huruf bersaiz kecil digunakan mengikut kesesuaian. Guru juga perlu memastikan bahawa jarak di antara dua perkataan ialah 1atau 1 lebar huruf. Biarkan ruang di antara huruf kelihatan sama walaupun jaraknya berbeza. Hurufan terang yang diletakkan di atas latar belakang gelap di dapati lebih jelas daripada sebaliknya. g. Tatahias dan kemasan Guru perlu memilih warna yang mempunyai kontras antara latar dengan imej atau teks. Selain itu, guru juga perlu memilih warna yang lembut dan selesa dipandang oleh penerima iaitu murid. Bagi memastikan slaid yang dihasilakn tersebut kemas dan teratur, gunakan empat warna sahaja dalam satu skrin/slaid. Tatahias warna juga dapat menjelaskan konsep atau menunjukkan penegasan. Contohnya slaid berlatarbelakangkan warna merah menunjukkan penegasan dan perhatian.

Penyelenggaraan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia. Setiap bahan bantu mengajar perlu diselenggara dengan baik termasuklah persembahan elektronik multimedia. Persembahan yang telah siap dihasilkan perlu disimpan dalam beberapa bentuk iaitu dalam bentuk dokumentasi (hard copy) dan dalam bentuk perisian (soft copy). Persembahan elektronik yang dicetak dan didokumenkan boleh dijadikan rujukan pada bila-bila masa manakala persembahan yang disimpan dalam bentuk perisian mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah, isi kandungan di dalam persembahan elektronik tersebut boleh disunting pada bila-bila masa mengikut keperluan murid dan keperluan semasa. Selain itu, persembahan elektronik yang disimpan dalam bentuk perisian juga dapat disalin ke dalam alat-alat teknologi maklumat yang lain seperti cakera padat, thumb-drive dan lain-lain.

6.0 Rumusan

Sumber pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Teknologi pendidikan pula merupakan satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran. Kecekapan guru menggunakan pelbagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran mampu merangsang pemahaman murid ke tahap yang cemerlang.

engajaran dan Pembelajaran Sains Yang Menarik


Ditulis oleh Azrina Binti Sobian.

Di Malaysia, bidang sains merupakan satu bidang yang mendapat perhatian yang tinggi. Malah, bidang ini juga dianggap sebagai satu bidang yang penting untuk "mengekalkan pembangunan ekonomi, memperbaiki mutu hidup dan keselamatan negara" (Dasar Sains Negara). Oleh itu, pelbagai usaha telah dijalankan agar bidang sains diterima dan menjadi sebahagian yang penting dalam hidup masyarakat negara ini.

Namun malangnya, setelah sekian lama usaha dilakukan bagi mencapai hasrat di atas, kemajuan dan kejayaan yang dicapai dalam bidang sains di negara ini masih belum dapat dibanggakan. Malah, dalam banyak keadaan, timbul banyak salah faham terhadap bidang ini. Para pelajar malahan ibu bapa sendiri beranggapan bahawa bidang atau matapelajaran sains adalah sukar'. Buktinya, laporan Kajian Kesedaran Awam terhadap Sains dan Teknologi (2004) menunjukkan bahawa 42.3% rakyat Malaysia berpendapat bahawa matapelajaran sains adalah satu mata pelajaran yang sukar. Namun, tidak pula dinyatakan apakah bentuk kesukaran itu. Hasil pengamatan penulis, sukar di sini mungkin membawa maksud "sukar untuk lulus" atau mungkin "sukar untuk difahami". Hal ini telah menimbulkan ketakutan tanpa sebab terhadap bidang dan matapelajaran sains, terutamanya di kalangan pelajar Melayu. Bentuk kesukaran itu wajar dibincangkan dengan lebih lanjut. Namun, perbincangan lanjut ini hanya akan menyentuh tentang matapelajaran sains sebagai satu matapelajaran yang "sukar untuk difahami". Persoalannya, kenapakah matapelajaran sains sukar difahami? Pada pandangan saya, jawapan mudah kepada persoalan ini adalah, matapelajaran sains dianggap sukar difahami kerana kelemahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajarannya. Bagi mengukuhkan kenyataan ini, saya ingin merujuk kembali kepada laporan Kajian Kesedaran Awam terhadap Sains dan Teknologi (2004) tadi. Kajian ini mendapati bahawa 32.4% penduduk Malaysia menganggap pengajaran sains dan teknologi adalah "terlalu akademik". Dengan kenyataan yang disebutkan di atas maka wajarlah kita mengambil perhatian untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran sains, terutamanya di peringkat sekolah. Ini kerana jika kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat ini telah mematikan minat pelajar terhadap bidang sains maka kemungkinan besar minat itu akan terus terkubur. Mungkin atas sebab inilah ramai pelajar, terutamanya pelajar Melayu, kurang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains. Buktinya, kita boleh melihat kepada Laporan Petunjuk Sains dan Teknologi Malaysia (2004) yang menunjukkan bahawa di peringkat universiti, lebih ramai pelajar memasuki bidang sains kemasyarakatan dan kemanusiaan (social sciences dan humanities) berbanding bidang sains dan teknologi. Persoalan seterusnya yang ingin dibawa di dalam makalah ini adalah, apakah kelemahankelemahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran sains sehingga gagal menarik minat pelajar terhadap bidang tersebut? Terdapat beberapa jawapan yang boleh digariskan di sini. Misalnya, kelemahan mungkin disebabkan oleh kekurangan kemudahan atau mungkin disebabkan oleh bahan/alat bantu mengajar yang tidak menarik. Selain itu kelemahan juga boleh

dikaitkan dengan bahasa pengantar yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemungkinan besar penyampaian dan penerimaan ilmu tidak begitu lancar kerana kelemahan menguasai bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar. Ketidaklancaran ini sememangnya boleh memberikan kesan kepada minat pelajar dalam bidang sains. Kemungkinan yang lain adalah berkaitan dengan maklumbalas dalam kelas. Jika pelajar tidak dapat bermaklum-balas di dalam pembelajaran maka ini juga boleh menimbulkan rasa bosan. Kemungkinan terakhir adalah berkaitan dengan daya cipta guru dalam pengajaran. Kaedah pengajaran yang sama pada setiap kali kelas pastinya menimbulkan kebosanan. Berdasarkan kemungkinan-kemungkinan ini maka adalah wajar satu revolusi' dilakukan bagi mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran sains kini. Pada pandangan saya, penyampaian ilmu sains (malahan ilmu lainnya) akan menjadi lebih menarik jika wujudnya interaksi' atau maklum balas yang pelbagai. Apa yang dimaksudkan di sini adalah, dalam pengajaran dan pembelajaran sains sewajarnya pelajar dibenarkan untuk berhubung (berinteraksi) dengan persekitarannya, dengan guru dan rakan-rakan sekelas. Lebih tinggi perhubungan itu adalah lebih baik. Oleh itu, dalam pembelajaran sains, pelajar seharusnya tidak duduk di dalam kelas semata-mata. Mereka seharusnya digalakkan untuk meneroka persekitarannya. Misalnya, jika mempelajari tumbuh-tumbuhan, pelajar seharusnya diberi peluang untuk melihat, merasai dan mengkaji tumbuhan dalam alam persekitaran. Jika mempelajari tentang serangga pula, guru boleh membenarkan pelajar mencari serangga dari taman di persekitaran sekolah. Apa yang cuba disampaikan di sini adalah pembelajaran sains akan menjadi lebih menarik jika pelajar tidak hanya duduk di dalam kelas. Selain itu, pelajar-pelajar sepatutnya diberikan banyak tugasan secara berkumpulan. Mungkin guru boleh menetapkan satu-satu tugasan, misalnya membuat kincir angin daripada botol plastik atau meminta pelajar membuat model kawasan perumahan mereka. Apabila tugasan ini telah selesai maka para pelajar diminta membentangkan hasil tugasan itu di hadapan kelas. Tugasan secara berkumpulan ini bukan sahaja baik untuk menggalakkan daya cipta pelajar tetapi juga baik untuk pergaulan mereka dan boleh membina keyakinan diri. Oleh itu, penekanan terhadap perhubungan atau maklumbalas dalam pembelajaran sains adalah sangat penting. K.T. Compton (seorang ahli fizik yang terkenal) menyatakan bahawa sains merupakan "sikap ingin tahu, pemerhatian dan penakulan mengenai dunia ini". Oleh itu, bagaimanakah kita hendak membentuk "sikap ingin tahu, pemerhatian dan penakulan" ini jika pelajar tidak dibenarkan untuk merasai alam persekitarannya. Perhubungan dengan alam persekitaran akan merangsang semua deria pelajar dan apabila ini berlaku pembelajaran sains akan menjadi lebih menarik. Apabila pembelajaran menjadi menarik maka minat pelajar terhadap bidang ini akan meningkat. Oleh, itu amat penting bagi kita melihat semula kaedah pengajaran dan pembelajaran sains masakini. Kelemahannya wajar diperbaiki agar tidak mematikan minat pelajar terhadap bidang sains itu sendiri. Sudah kerap kali perkara ini disebut namun sehingga kini masih belum nampak adanya perubahan yang besar dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran sains. Memang benar terdapat beberapa perubahan telah dilakukan, misalnya dengan menggunakan teknologi maklumat dalam pembelajaran. Namun, kejayaan kaedah ini untuk meningkatkan minat terhadap sains masih diragukan. Jika pelajar hanya belajar melalui teknologi maklumat tanpa wujudnya perhubungan dengan alam maka minat pelajar terhadap bidang sains tetap akan mati akhirnya.

Untuk membentuk suasana pembelajaran sains yang menarik, kreativiti guru sangat penting. Dalam masa yang sama, usaha guru untuk membina kaedah pengajaran yang menarik haruslah mendapat sokongan. Selain itu, dalam membentuk minat terhadap bidang sains juga, ibu bapa punya peranannya. Apa yang diajar di sekolah tidak akan dapat dikembangkan jika tidak mendapat sokongan ibu bapa. Ibu bapa sendiri boleh membawa anak-anak mereka meneroka alam persekitaran. Dengan ini, ibu bapa telah membentuk sikap suka meneroka yang sememangnya sangat penting di dalam bidang sains. Sebagai penutup, penulis ingin berkongsi pengalaman menonton sebuah filem yang menceritakan dua orang guru yang mempunyai pendekatan mengajar yang berbeza. Buat masa ini, penulis menamakan mereka Guru A dan Guru B. Guru A telah dipilih menjadi guru paling disenangi di sekolah kerana pelajar sangat suka pada kaedah pengajarannya. Pada setiap permulaan kelas, beliau akan bertanya kepada para pelajar "Apakah yang kamu hendak saya ajarkan hari ini?". Seterusnya, kaedah pengajaran guru A ini lebih banyak di luar berbanding di dalam kelas. Kesannya, pelajar berpeluang untuk menikmati kesan perhubungan (interaksi) pelbagai seperti yang disebutkan tadi iaitu perhubungan antara guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar dan akhirnya pelajar dengan persekitarannya. Manakala, guru B pula mempunyai pendekatan yang berbeza. Pada setiap hari beliau memulakan kelasnya dengan menyebut perkara berbeza iaitu "Pada hari ini saya akan mengajar kamu tentang ...". Permulaan yang sebegini bukan sahaja membosankan tetapi membuatkan pelajar hilang tumpuan dan mulai bercakap sesama mereka, malah ada juga yang tertidur. Guru B juga lebih suka belajar di dalam kelas dan lebih banyak duduk di meja guru. Oleh itu, guru B ini tidak digemari dan semestinya tidak pernah dipilih untuk menjadi guru paling disenangi. Kesimpulan yang dapat dicerap dari cerita ini adalah, dalam kita mendidik anak-anak, kita perlu mendengar suara hati mereka. Dengan kata lain, memahami fitrah mereka. Jiwa anak-anak terutama anak kecil sememangnya suka meneroka persekitaran mereka. Oleh itu, jika kaedah pengajaran dan pembelajaran kini menghalang dan seolah-olah tidak mengiktiraf jiwa atau fitrah anak-anak ini maka kegagalan demi kegagalan akan kita temui. Maka, fikir-fikirkanlah!

engajaran dan Pembelajaran Sains Yang Menarik


Ditulis oleh Azrina Binti Sobian.

Di Malaysia, bidang sains merupakan satu bidang yang mendapat perhatian yang tinggi. Malah, bidang ini juga dianggap sebagai satu bidang yang penting untuk "mengekalkan pembangunan ekonomi, memperbaiki mutu hidup dan keselamatan negara" (Dasar Sains Negara). Oleh itu, pelbagai usaha telah dijalankan agar bidang sains diterima dan menjadi sebahagian yang penting dalam hidup masyarakat negara ini.

Namun malangnya, setelah sekian lama usaha dilakukan bagi mencapai hasrat di atas, kemajuan dan kejayaan yang dicapai dalam bidang sains di negara ini masih belum dapat dibanggakan. Malah, dalam banyak keadaan, timbul banyak salah faham terhadap bidang ini. Para pelajar malahan ibu bapa sendiri beranggapan bahawa bidang atau matapelajaran sains adalah sukar'. Buktinya, laporan Kajian Kesedaran Awam terhadap Sains dan Teknologi (2004)

menunjukkan bahawa 42.3% rakyat Malaysia berpendapat bahawa matapelajaran sains adalah satu mata pelajaran yang sukar. Namun, tidak pula dinyatakan apakah bentuk kesukaran itu. Hasil pengamatan penulis, sukar di sini mungkin membawa maksud "sukar untuk lulus" atau mungkin "sukar untuk difahami". Hal ini telah menimbulkan ketakutan tanpa sebab terhadap bidang dan matapelajaran sains, terutamanya di kalangan pelajar Melayu. Bentuk kesukaran itu wajar dibincangkan dengan lebih lanjut. Namun, perbincangan lanjut ini hanya akan menyentuh tentang matapelajaran sains sebagai satu matapelajaran yang "sukar untuk difahami". Persoalannya, kenapakah matapelajaran sains sukar difahami? Pada pandangan saya, jawapan mudah kepada persoalan ini adalah, matapelajaran sains dianggap sukar difahami kerana kelemahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajarannya. Bagi mengukuhkan kenyataan ini, saya ingin merujuk kembali kepada laporan Kajian Kesedaran Awam terhadap Sains dan Teknologi (2004) tadi. Kajian ini mendapati bahawa 32.4% penduduk Malaysia menganggap pengajaran sains dan teknologi adalah "terlalu akademik". Dengan kenyataan yang disebutkan di atas maka wajarlah kita mengambil perhatian untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran sains, terutamanya di peringkat sekolah. Ini kerana jika kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat ini telah mematikan minat pelajar terhadap bidang sains maka kemungkinan besar minat itu akan terus terkubur. Mungkin atas sebab inilah ramai pelajar, terutamanya pelajar Melayu, kurang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains. Buktinya, kita boleh melihat kepada Laporan Petunjuk Sains dan Teknologi Malaysia (2004) yang menunjukkan bahawa di peringkat universiti, lebih ramai pelajar memasuki bidang sains kemasyarakatan dan kemanusiaan (social sciences dan humanities) berbanding bidang sains dan teknologi. Persoalan seterusnya yang ingin dibawa di dalam makalah ini adalah, apakah kelemahankelemahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran sains sehingga gagal menarik minat pelajar terhadap bidang tersebut? Terdapat beberapa jawapan yang boleh digariskan di sini. Misalnya, kelemahan mungkin disebabkan oleh kekurangan kemudahan atau mungkin disebabkan oleh bahan/alat bantu mengajar yang tidak menarik. Selain itu kelemahan juga boleh dikaitkan dengan bahasa pengantar yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemungkinan besar penyampaian dan penerimaan ilmu tidak begitu lancar kerana kelemahan menguasai bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar. Ketidaklancaran ini sememangnya boleh memberikan kesan kepada minat pelajar dalam bidang sains. Kemungkinan yang lain adalah berkaitan dengan maklumbalas dalam kelas. Jika pelajar tidak dapat bermaklum-balas di dalam pembelajaran maka ini juga boleh menimbulkan rasa bosan. Kemungkinan terakhir adalah berkaitan dengan daya cipta guru dalam pengajaran. Kaedah pengajaran yang sama pada setiap kali kelas pastinya menimbulkan kebosanan. Berdasarkan kemungkinan-kemungkinan ini maka adalah wajar satu revolusi' dilakukan bagi mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran sains kini. Pada pandangan saya, penyampaian ilmu sains (malahan ilmu lainnya) akan menjadi lebih menarik jika wujudnya interaksi' atau maklum balas yang pelbagai. Apa yang dimaksudkan di sini adalah, dalam pengajaran dan pembelajaran sains sewajarnya pelajar dibenarkan untuk berhubung (berinteraksi) dengan persekitarannya, dengan guru dan rakan-rakan sekelas. Lebih tinggi perhubungan itu adalah lebih baik.

Oleh itu, dalam pembelajaran sains, pelajar seharusnya tidak duduk di dalam kelas semata-mata. Mereka seharusnya digalakkan untuk meneroka persekitarannya. Misalnya, jika mempelajari tumbuh-tumbuhan, pelajar seharusnya diberi peluang untuk melihat, merasai dan mengkaji tumbuhan dalam alam persekitaran. Jika mempelajari tentang serangga pula, guru boleh membenarkan pelajar mencari serangga dari taman di persekitaran sekolah. Apa yang cuba disampaikan di sini adalah pembelajaran sains akan menjadi lebih menarik jika pelajar tidak hanya duduk di dalam kelas. Selain itu, pelajar-pelajar sepatutnya diberikan banyak tugasan secara berkumpulan. Mungkin guru boleh menetapkan satu-satu tugasan, misalnya membuat kincir angin daripada botol plastik atau meminta pelajar membuat model kawasan perumahan mereka. Apabila tugasan ini telah selesai maka para pelajar diminta membentangkan hasil tugasan itu di hadapan kelas. Tugasan secara berkumpulan ini bukan sahaja baik untuk menggalakkan daya cipta pelajar tetapi juga baik untuk pergaulan mereka dan boleh membina keyakinan diri. Oleh itu, penekanan terhadap perhubungan atau maklumbalas dalam pembelajaran sains adalah sangat penting. K.T. Compton (seorang ahli fizik yang terkenal) menyatakan bahawa sains merupakan "sikap ingin tahu, pemerhatian dan penakulan mengenai dunia ini". Oleh itu, bagaimanakah kita hendak membentuk "sikap ingin tahu, pemerhatian dan penakulan" ini jika pelajar tidak dibenarkan untuk merasai alam persekitarannya. Perhubungan dengan alam persekitaran akan merangsang semua deria pelajar dan apabila ini berlaku pembelajaran sains akan menjadi lebih menarik. Apabila pembelajaran menjadi menarik maka minat pelajar terhadap bidang ini akan meningkat. Oleh, itu amat penting bagi kita melihat semula kaedah pengajaran dan pembelajaran sains masakini. Kelemahannya wajar diperbaiki agar tidak mematikan minat pelajar terhadap bidang sains itu sendiri. Sudah kerap kali perkara ini disebut namun sehingga kini masih belum nampak adanya perubahan yang besar dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran sains. Memang benar terdapat beberapa perubahan telah dilakukan, misalnya dengan menggunakan teknologi maklumat dalam pembelajaran. Namun, kejayaan kaedah ini untuk meningkatkan minat terhadap sains masih diragukan. Jika pelajar hanya belajar melalui teknologi maklumat tanpa wujudnya perhubungan dengan alam maka minat pelajar terhadap bidang sains tetap akan mati akhirnya. Untuk membentuk suasana pembelajaran sains yang menarik, kreativiti guru sangat penting. Dalam masa yang sama, usaha guru untuk membina kaedah pengajaran yang menarik haruslah mendapat sokongan. Selain itu, dalam membentuk minat terhadap bidang sains juga, ibu bapa punya peranannya. Apa yang diajar di sekolah tidak akan dapat dikembangkan jika tidak mendapat sokongan ibu bapa. Ibu bapa sendiri boleh membawa anak-anak mereka meneroka alam persekitaran. Dengan ini, ibu bapa telah membentuk sikap suka meneroka yang sememangnya sangat penting di dalam bidang sains. Sebagai penutup, penulis ingin berkongsi pengalaman menonton sebuah filem yang menceritakan dua orang guru yang mempunyai pendekatan mengajar yang berbeza. Buat masa ini, penulis menamakan mereka Guru A dan Guru B. Guru A telah dipilih menjadi guru paling disenangi di sekolah kerana pelajar sangat suka pada kaedah pengajarannya. Pada setiap permulaan kelas, beliau akan bertanya kepada para pelajar "Apakah yang kamu hendak saya ajarkan hari ini?". Seterusnya, kaedah pengajaran guru A ini lebih banyak di luar berbanding di dalam kelas. Kesannya, pelajar berpeluang untuk menikmati kesan perhubungan (interaksi)

pelbagai seperti yang disebutkan tadi iaitu perhubungan antara guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar dan akhirnya pelajar dengan persekitarannya. Manakala, guru B pula mempunyai pendekatan yang berbeza. Pada setiap hari beliau memulakan kelasnya dengan menyebut perkara berbeza iaitu "Pada hari ini saya akan mengajar kamu tentang ...". Permulaan yang sebegini bukan sahaja membosankan tetapi membuatkan pelajar hilang tumpuan dan mulai bercakap sesama mereka, malah ada juga yang tertidur. Guru B juga lebih suka belajar di dalam kelas dan lebih banyak duduk di meja guru. Oleh itu, guru B ini tidak digemari dan semestinya tidak pernah dipilih untuk menjadi guru paling disenangi. Kesimpulan yang dapat dicerap dari cerita ini adalah, dalam kita mendidik anak-anak, kita perlu mendengar suara hati mereka. Dengan kata lain, memahami fitrah mereka. Jiwa anak-anak terutama anak kecil sememangnya suka meneroka persekitaran mereka. Oleh itu, jika kaedah pengajaran dan pembelajaran kini menghalang dan seolah-olah tidak mengiktiraf jiwa atau fitrah anak-anak ini maka kegagalan demi kegagalan akan kita temui. Maka, fikir-fikirkanlah!