Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI AMALI LAWATAN ILMIAH KE MSN PULAU PINANG DAN PUSAT SUKAN & REKREASI USM PULAU PINANG

Pada hari 5 Mac 2014 bersamaan hari Rabu, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menganjurkan satu lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Pusat Sukan & Rekreasi Usm Pulau Pinang. Lawatan ini dilaksanakan dengan gabungan 4 buah kelas iaitu P5A, P5B, P5C dan P5D iaitu penglibatan 94 para guru pelatih. Lawatan ini berlangsung selama satu hari dari pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Tujuan lawatan ini adalah bagi melengkapkan keperluan kursus PJM 3112 serta memberi pendedahan kepada para guru pelatih untuk mengetahui cara perlaksanaan dan sistem organisasi sukan pada peringkat negeri. Selain itu, lawatan ini juga berperanan dalam memberi pengetahuan yang luas mengenai pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani kepada para guru pelatih. Pada pukul 7.30 pagi semua guru pelatih berkumpul di tepi gymnasium dan menerima taklimat daripada pensyarah pembimbing, Encik Fauzi. Beliau menerangkan beberapa perkara mengenai lawatan dan perlakuan para guru pelatih apabila di sana nanti. Selepas berakhirnya taklimat, kami pun bertolak dari IPSAH dengan dua bas pada pukul 8.00 pagi dan sampai di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang pada pukul 9.30 pagi. Kedatangan kami diterima baik oleh pihak MSN Pulau Pinang. Kami dibawa melawat sekitar MSN di samping menerima taklimat daripada setiap wakil-wakil unit. Kami mendengar ceramah daripada beberapa orang pegawai di MSN dengan mendedahkan apa objekif dan matlamat MSN ini ditubuhkan dan mengapa ia membantu pelajar untuk melahirkan bakat mereka di dalam bidang sukan.

Kami juga sempat menerima beberapa taklimat daripada En. Frederick Tan Teck An iaitu Pengarah MSN Pulau Pinang tentang atlit-atlit Negara, antaranya Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David yang mengharumkan nama negara di mata dunia. Di MSN terdapat kemudahan dan tempat untuk latihan untuk para atlit agar mereka meningkatkan prestasi masing-masing. Sebagai contoh, mereka mempunyai gym dengan alatan yang amat mencukupi atau bersesuaian bagi tiap-tiap sukan. Mereka juga menyediakan perkhidmatan yang profesional seperti jadual pemakanan yang bersesuaian dengan keadaan kesihatan atlit, ujian fitness, rawatan akupunktur, pemantauan prestasi setiap atlit dan sebagainya. Lagipun, para atlit juga diberi latihan mental supaya menghadapi cabaran sukan dengan lebih tabah. Selepas menerima beberapa taklimat saya dapat mengetahui yang MSN adalah menyusun, merancang dan melaksanakan program dan pengurusan sukan yang berterusan bagi memastikan setiap atlit mempunyai bakat, kemahiran dan kebolehan bagi mengembangkan ke arah kecemerlangan sukan untuk diri, negeri dan seterusnya negara malaysia. Setelah selesai progrom di MSN, kami ke QueenBay untuk makan tengah hari dan berehat. Para guru pelatih yang beragama Islam pula menunaikan solat mereka dalam waktu rehat yang diberikan. Setelah itu, kami menyambungkan lawatan ilmiah ke USM Pulau Pinang. Apabila sampai di sana pada pukul 2.00 tengah hari, kami dibawa masuk ke dalam dewan bagi menerima taklimat tentang pengendalian sesebuah acara atau aktiviti sukan. Disini kami banyak belajar cara untuk mengendalikan acara sukan dan bagaimana sistem pentadbiran Jabatan Sukan mereka berjalan dengan lancar setiap tahun dan mendapat sambutan di dalam dan juga luar Negara. Malah juga USM pernah melahirkan atlit yang pernah mewakili Negara di peringkat sukan asia.

Di USM juga terdapat banyak kemudahan yang tidak terhingga. Sebagai contoh, mereka mempunyai kolam renang mereka tersendiri bagi melatih atlit mereka. Kami juga diberi pendedahan mengenai penjagaan kolam iaitu mengawal nilai PH dan kebersihan air. Tambahan pula mereka juga mempunyai tempat bersukan yang mencukupi seperti gelenggang skuasy, gelenggang badminton, gym dan juga padang bola sepak yang sentiasa dijaga iaitu mempunyai sistem paip dan parit. Melalui lawatan ke USM saya dapat mempelajari cara untuk mengendalikan acara sukan dan cara-cara penjagaan sesebuah tempat bersukan. Setelah selesai program di USM, kami bertolak dari USM dan sampai di IPSAH pada pukul 6.00 petang. Secara konklusinya, lawatan ilmiah ini telah memberi pengalaman dan pengetahuan yang bermakna kepada saya sebagai seorang bakal guru. Lawatan in juga memberi kesedaran kepada saya tentang tugasan atau kepentingan seorang guru Pendidikan Jasmani di sekolah. Ini kerana, peranan seorang guru adalah penting dalam mencungkil bakat seorang pelajar semasa di sekolah rendah dan melatih mereka dengan sempurna supaya apabila besar nanti dapat mewakili Negara serta mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. DISEDIAKAN OLEH, KUGAN A/L MAHENDRAN P5D