Anda di halaman 1dari 13

PK01 Pengurusan Panitia

____________________________________________________________________________
_________
PK01/3
LAPORAN PROGRAM
1. Nama Program

: Kem Bestari Solat kali pertama

2. Kelolaan

: Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SKKR

3. Tarikh

: 11 Mei 2013

4. Hari/Masa

: Sabtu ( 8.00 pagi 12.00 tengahari )

5. Tempat

: Surau SK Kampong Raja,Pagoh

6. Objektif

Kem Bestari Solat ini diadakan bertujuan untuk memastikan murid dapat

1. Mengetahui kepentingan solat


2. Mengetahui cara berwudhuk dengan sempurna
3. Mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu
4. Melaksanakan semua perbuatan di dalam solat dengan betul
5. Menguasai bacaan dan perbuatan dan mengaplikasikannya dengan baik dan lancar
6. Menunaikan solat secara individu dan berjemaah.

____________________________________________________________________________
_________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 Keluaran 02 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia


____________________________________________________________________________
_________
7. Sasaran

: Semua murid-murid tahun 1, 2 dan 3 SK Kampong Raja, Pagoh.

8. Butiran aktiviti

Atur cara program:


8.00 pagi

: Menunggu kehadiran murid-murid.


Guru mengambil kehadiran murid-murid.

8.30 pagi

: Bacaan Doa secara beramai-ramai oleh murid-murid dan guru.


Nyanyian beramai-ramai Lagu Tema Kem Bestari Solat bertajuk
Sepohon Kayu.
Penerangan ringkas berkenaan perjalanan program Kem Bestari
Solat kepada murid-murid terutamanya kepada murid-murid
Tahun 1 sesi 2013 sebagai refreshment.

8.45 pagi

: Guru memperkenalkan 2 orang guru pembimbing sepanjang


kem dijalankan iaitu:
1. Us Mazham b. Abdullah
2. Pn Zalina bt Zakaria

9.00 pagi

: Guru mengimbas kembali penerangan tentang turutan Cara


Berwudhuk di dalam Solat menggunakan Carta Wudhuk dan
meneranglan tentang kerasionalan setiap cara wudhuk.

____________________________________________________________________________
_________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 Keluaran 02 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia


____________________________________________________________________________
_________
: Imbasan kembali juga tentang tajuk Niat Solat dan bacaanbacaan di dalam solat.
: Guru melatih tubi kefahaman murid dengan teknik soal jawab.
9.30 pagi

: Guru meminta murid membuat simulasi solat lengkap dengan


perbuatan dan bacaan.
Guru memperbetul sebarang kesalahan perbuatan dan bacaan
solat murid seorang demi seorang.

10.05 pagi

:Murid-murid beratur di luar surau dan berjalan dalam keadaan


terkawal untuk ke kantin.
: Murid-murid membaca doa makan sebelum makan bersamasama.
Menu untuk makan dan minum untuk KBS kali ini adalah nasi
lemak dan air teh O dengan kos RM1.50 seorang.

10.30 pagi

: Murid-murid beratur semula.


: Kehadiran murid-murid diambil untuk kali kedua.

10.40 pagi

: Amali Wudhuk dijalankan. Murid-murid lelaki berwudhuk dengan


bimbingan Us Mazham b. Abdullah, manakala murid-murid
perempuan adalah di bawah bimbingan Noor Syahidah bt
Shabuddin dan Pn Zalina bt Zakaria.

____________________________________________________________________________
_________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 Keluaran 02 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia


____________________________________________________________________________
_________
11.10 pagi

: Amali solat dijalankan dan guru-guru pembimbing membimbing


murid-murid dari segi perbuatan dan bacaan dalam solat.

11.45 pagi

: Sesi Kuiz Smart Solat

11.50 pagi

: Ulasan dan pesanan guru pembimbing

12.00 t/hari

: Berselawat, Bersalaman dan Bersurai

9. Penilaian Program

9.1 Kekuatan Program


i.

Ekspresi dan maklum balas murid


Murid-murid menunjukkan minat yang tinggi terhadap program Kem Bestari Solat
ini. Ini mungkin disebabkan Kem kedua ini terlalu lama jaraknya dengan kem
yang pertama pada April yang lalu menjadikan murid-murid begitu bersemangat
untuk ke Kem kali ini. Ibu bapa memberikan sokongan yang baik untuk
menjayakan program ini. Murid-murid dilihat teruja dan bersedia untuk
menghadiri kem ini.

ii.

Pendekatan dalam LDK dilihat lebih berkesan:


# Murid-murid diagihkan kepada 6 kumpulan iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan
dan setiap ahli kumpulan adalah bercampur-campur samada dari Tahun 1, 2
atau 3.

____________________________________________________________________________
_________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 Keluaran 02 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia


____________________________________________________________________________
_________
# Guru melantik 2 orang murid sebagai Ketua/Pembimbing

dan tugas

mereka adalah memastikan kesemua anak buah mereka dapat membaca


mahupun menghafal niat solat fardhu dengan betul.
# Kumpulan-kumpulan yang terlibat diberi nama sempena nama-nama warna
di dalam Bahasa Arab dan diransang supaya bersikap proaktif, berdaya
saing dan tidak mudah berputus asa.

iii. Suasana baru bagi sesi Amali Wudhuk.


Untuk kem kali ini, murid-murid tidak mengambil wudhuk di tempat

wudhuk

biasa bersebelahan surau, sebaliknya amali wudhuk bagi perempuan dijalankan


di barisan paip-paip di antara bangunan prasekolah dengan kantin. Manakala
murid lelaki berwudhuk di hadapan bilik air murid perempuan dengan bimbingan
ustaz. Ini membolehkan murid merasai pengalaman berwudhuk di tempat yang
berbeza dan disiplin dilihat lebih mudah dikawal.

iv. Sesi Kuiz Smart Solat


Sesi Kuiz Smart Solat yang mula diwujudkan pada kem ini dilihat menggalakkan
murid-murid supaya peka di dalam setiap penerangan guru. Murid-murid dilihat
aktif dan bersungguh bersaing sesama sendiri untuk menjawab soalan kuiz
tersebut yang dijalankan selama 10 minit sebelum pulang. Ini membolehkan

____________________________________________________________________________
_________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 Keluaran 02 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia


____________________________________________________________________________
_________
murid-murid refresh semula apa yang telah diperolehi sepanjang kem selain
mendapat sedikit hadiah yang disediakan oleh guru.

v. Kerjasama Pentadbir, guru-guru pembimbing , dan pekerja-pekerja swasta


sekolah
9.2 Kelemahan Program
i.

Kawalan murid masih di dalam tahap yang sederhana. Kapasiti guru pembimbing
dilihat tidak mencukupi untuk mengawal dan memantau perjalanan program
selama 4 jam yang melibatkan murid lebih daripada 60 orang. Masalah ini sedikit
sebanyak menjejaskan objektif kem yang ingin dicapai.

ii.

Fail-fail yang disediakan masih belum dapat disediakan dengan lengkap dan
mencukupi terutamanya untuk murid-murid Tahun 1 yang baru pertama kali
menyertai Kem Bestari Solat dan perkara ini akan diusahakan untuk diatasi.

iii.

Kehadiran murid-murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 tidak begitu memuaskan


untuk kem kali kedua dalam tahun 2013 ini. Bagi murid-murid Tahun 3 yang tidak
hadir, guru penyelaras KBS dimaklumkan bahawa murid-murid ini terlibat dengan
Program Briged Ansar anjuran Majlis Agama Islam Johor bertempat di Masjid
Jamek Kampung Raja. Analisis kehadiran adalah seperti berikut:
JUMLAH

TIDAK

HADIR

____________________________________________________________________________
_________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 Keluaran 02 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia


____________________________________________________________________________
_________
TAHUN

SEMUA

HADIR

TAHUN 1

25 ORANG

7 ORANG

18 ORANG

TAHUN 2

17 ORANG

5 ORANG

12 ORANG

TAHUN 3

26 ORANG

11 ORANG

15 ORANG

JUMLAH HADIR KBS KALI KE- 2

45 ORANG

*Ini mewakili peratus kehadiran keseluruhan sebanyak 66% manakala peratus


ketidakhadiran diwakili sebanyak 34%.

9.3 Cadangan Penambahbaikkan :


i.

Guru akan cuba berbincang dengan Guru Besar agar diberi perhatian untuk
melibatkan semua guru setiap kali KBS dilangsungkan. Perkara ini dilihat
tidaklah mengganggu ruang guru melatih murid-murid sewaktu latihan sukan dan
permainan kerana Kem Bestari Solat ini tidak melibatkan setiap hari Sabtu
Kokurikulum tetapi hanya pada tarikh tarikh tertentu sebanyak 4x dalam setahun.

ii. Guru akan cuba mengemaskini atur cara perjalanan program supaya berjalan
dengan lebih kemas, lancar dan tersusun.Murid- murid yang belum menerima fail
khas KBS akan diberi secepat mungkin.
iii. Guru akan melantik ketua dan penolong bagi setiap Tahun 1, 2 dan 3 untuk
membantu guru dalam mengawal perjalanan kem.
iv. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar berbentuk ICT akan digunakan lebih
banyak kekerapannya kerana kaedah atau teknik ini dilihat meransang tumpuan

____________________________________________________________________________
_________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 Keluaran 02 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia


____________________________________________________________________________
_________
dan focus murid dengan lebih baik dan kawalan murid lebih teratur ketika sesi
tayangan slaid mahupun video dipaparkan kepada murid.

9.4 Dokumen-dokumen berkaitan penilaian dilampirkan dibelakang laporan.

10. Dokumentasi bergambar

____________________________________________________________________________
_________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 Keluaran 02 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia


____________________________________________________________________________
_________

1. Nyanyian lagu Tema Kem iaitu lagu Sepohon Kayu

Aiza ( tahun 3 ) membimbing ahli kumpulan


tentang Niat-niat Solat

2. Pembentangan Cara Berwudhuk

4. Nuralieyana dan Alya Maisarah


sebagai pembimbing.

____________________________________________________________________________
_________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 Keluaran 02 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia


____________________________________________________________________________
_________

5. Kumpulan bimbingan Syarifah Aisyah ( Tahun 3 )

6. Ustaz Mazham mentasmik bacaan

7. Sebanyak 6 kumpulan dibahagikan mengikut nama

8. Puan Zalina memberi bimbingan

Warna-warna
____________________________________________________________________________
_________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 Keluaran 02 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia


____________________________________________________________________________
_________

9.Murid-murid menjamu selera dengan juadah Nasi Lemak dan air Teh o

10.Kem Bestari Solat seronok!!

11. Sesi amali Wudhuk murid perempuan

12. Sesi amali Wudhuk murid lelaki


____________________________________________________________________________
_________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 Keluaran 02 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia


____________________________________________________________________________
_________

13. Amali Solat Subuh

14. Sesi Kuiz yang mendapat


sambutan yang menggalakkan
dijalankan sebelum pulang.
____________________________________________________________________________
_________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 Keluaran 02 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia


____________________________________________________________________________
_________

Disediakan oleh:

Disahkan oleh,

..

Noor Syahidah binti Shabuddin

Tn Hj Lokman bin Hassan

Guru j-QAF

Guru Besar

Sk Kampong Raja, Pagoh

Sk Kampong Raja, Pagoh

____________________________________________________________________________
_________
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti,Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 Keluaran 02 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai