Anda di halaman 1dari 3

Mengumumkan ketibaan yang berhormat _________________________ tetamu jemputan diiringi oleh yang berhormat _______________________________ Pengarah IPGKBA serta

Dr Azita Ketua Jabatan Sains Kognitif masuk ke dalam dewan.

Nyayian lagu Negaraku. Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim...

Dari Johor hendak ke Pekan, Singgah di Lipis membeli Haruan, Semanis Senyuman kami hamparkan, Buat bingkisan salam pertemuan.

Sirih berlipat sireh pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Salam sembah pembuka bicara.

Assalamualaikum w.b.t Salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam Lestari. Yang dihormati 1) 2) 3) 4) 5) Tetamu jemputan serta siswa siswi pendidik yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah serta kurniaNya dapat kita samasama berkumpul di dalam Majlis Perasmian Pembukaan Minggu Alam Sekitar dengan membawakan tema Our World Our Move, IPGKBA bebas polisterina. Warga dewan yang dimuliakan, Menadah tangan tanda kerendahan, Lafaz bismillah memperkukuh ikatan, Doa dipohon pnuh pengharapan, Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan tunduk takzimnya menjemput dan mempersilakan saudara Muhamad Iqbal bin Mahpod untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada saudara Muhammad Iqbal di atas bacaan doa sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang dimualikan, Sebagai membuka tirai majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama saksikan persembahan sketsa pendek yang bakal dipersembahkan oleh pelajar-pelajar elektif sains PISMP TESL Jan 2013 yang bertajuk beribu sesalan. Sama sama kita saksikan. Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda, Tak lengkap malam tanpa purnama, Tak lengkap laut tanpa ombak badainya, Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya.

Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan Dr Azita selaku Ketua Jabatan Sains Kognitif untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr Azita diatas ucapan beliau sebentar tadi. Sidang dewan yang dimuliakan, kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu acara perasmian pembukaan Minggu Alam Sekitar peringkat IPGKBA. Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Puan Pengarah, ________________________________ untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Minggu Alam Sekitar peringkat IPGKBA. Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengarah atas kesudian merasmikan Minggu Alam Sekitar. Diharapkan puan pengarah dapat terus kekal di atas pentas untuk upacara gimik pembukaan Minggu Alam Sekitar peringkat IPGKBA.

Syukur Alhamdulillah, majlis kita terasmi sudah. Kini mari kita sama-sama saksikan tayangan multimedia yang telah disediakan bersempena dengan Minggu Alam Sekitar peringkat IPGKBA. Sekarang marilah kita berganjak ke agenda utama iaitu ceramah bertajuk Pelestarian yang akan disampaikan oleh _______________________________________________________________. Sebelum kita jemput penceramah kita untuk naik memberikan ceramahnya, marilah kita berkenalkenalan dahulu dengan beliau. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ Dengan itu dipersilakan _______________________ untuk memberikan ceramah. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan kita atas perkongsian ilmu yang telah disampaikan sebentar sahaja tadi. Diharapkan ____________________________________________ dapat terus kekal di atas pentas untuk penyampaian cenderamata. Untuk menyampaikan cenderamata kepada pihak penceramah, dijemput Puan Pengarah diiringi oleh Dr Azita naik ke atas pentas untuk menyampaikan cenderamata. Dipersilakan. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ Terima kasih diucapkan kepada puan pengarah atas kesudian menyampaikan cenderamata kepada para penceramah. Hadirin dan hadirat yang dimuliakan, sedar tak sedar kita sudahpun sampai ke penghujung acara. Sebelum bersurai marilah kita bersama-sama menyayikan lagu alam sekitar iaitu Heal The World dan lagu IPG. Merdu bertingkah alunan suara, Kadang tak sedar tersilap kata, Andai terlanjur patah bicara, Serendah hati kemaafan dipinta. Dengan ini saya Amira Athira Asmawi dan saya Abdul Rahim mengucapkan ribuan terima kasih dan memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang keterlanjuran bahasa. Yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kesilapan kami sendiri. Sekian wabilahitaufiqwalhidayah Assalamualaikum w.b.t.