Anda di halaman 1dari 21

KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI

MASALAH KOMUNIKASI

MASALAH BAHASA

MASALAH PERTUTURAN

DEFINISI MASLAH BAHASA


The National Information Center for Children and Youth with Disabilities USA(1996) : kelemahan dalam keupayaan untuk memahami dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks,sama ada secara verbal dan bukan verbal.

Ciri masalah bahasa: Penggunaan perkataan dan maknanya yang kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidakupaya mengikut arahan.

DEFINISI MASLAH BAHASA


The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982): Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa ataupenggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya),atau sistem simbol yang lain.

Masalah tersebut mungkin melibatkansatu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem pragmatik).

MASALAH BAHASA
FONOLOGI- menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti nama untuk mama, blink untuk drink. MORFOLOGI - Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan tenses yang salah (bahasa Inggeris).

MASALAH BAHASA

Sintaksis- melibatkan kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.

Semantik- Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidakberupaya memahami makna perkataan.

Pragmatik- Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalamsituasi yang berbeza.

MASALAH PERTUTURAN
Masalah artikulasi, Masalah suara, Masalah kelancaran.

MASALAH ARTIKULASI
Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada perkara-perkara berikut: penggantian, pengguguran, pengubahan, dan penambahan bunyi.

MASALAH ARTIKULASI
Penggantian bunyi - terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang lain. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang. Cth: malan untuk makan , wabbit untuk rabbit.

Pengguguran bunyi - pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan, misalnya idung untuk hidung, besa untuk besar, dan lain-lain.

MASALAH ARTIKULASI
Pengubahan bunyi- terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan sip disebut shlip. Perkataan susah, konsonan s disebut dengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnyasssyusyah Penambahan bunyi - menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti bawa disebut bawah atau bawuah animal disebut ammanimal atau ammaminal.

PUNCA MASALAH ARTIKULASI


Sumbing - iaitu kecacatan lelangit atau bibir ialah kerenggangan tulang mulut, tisu lembut, dan struktur bahagian atas bibir yang mengganggu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau. kelumpuhan otak (brain damage) yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan. Kanakkanak akan menjadi sukar menerima atau mengeluarkan bunyi atau suara yang betul. Faktor persekitaran - persekitaran keluarga yang tidak banyak bercakap, menggunakan dua atau lebih bahasa , tekanan emosi, atau juga kanak-kanak yang terbiar tanpa bimbingan orang dewasa sebagai model

MASALAH SUARA
Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak normal atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. Semua suara berbeza dari segi nada, kualiti suara, dan punca suara dihasilkan.Suara kurang menyenangkan apabila dikeluarkan secara sengau, serak atau garau (hoarseness), dan berbisik.

MASALAH SUARA
suara sengau suara orang yang sesak nafas suara berbunyi kasar atau suara seperti orang menarik nafas sambil bercakap suara sangat perlahan bercakap seperti berlagu bercakap senada (monotone voice) pic (pitch) suara biasanya tinggi atau rendah corak penekanan perkataan dalam ayat yang

MASALAH KELANCARAN
Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan yang paling biasa. GAGAP - menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak Keadaan ini terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada

PUNCA MASALAH KELANCARAN


Ketidakstabilan mekanisme neuromuscular untuk pertuturan ketika peringkat awal kanakkanak.Ketika kanak-kanak sudah mula mahu bercakap, otot-otot pertuturan masih belum bersedia dan tidak stabil.Keadaan ini menyebabkan pertuturan menjadi tersekatsekat dan berulang-ulang. Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap terutamanya

PUNCA MASALAH KELANCARAN


Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan, dan mempunyai masalah kesihatan. Kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan, kematian orang tersayang terutamanya ibu atau bapa, pengalaman yang menakutkan, dan menghidap sesuatu penyakit. Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang gagap, besar kemungkinan masalah gagap akan diturunkan kepada anak-anak