Anda di halaman 1dari 5

Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (Kerencatan Mental) 5.

1 Pengenalan Masalah terencat akal menjadi satu isu yang perlu ditangani kerana murid yang mengalami masalah ini lambat menerima pengajaran di sekolah. Punca seseorang anak itu terencat akal boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka) dan persekitaran. Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanakkanak berbanding dengan faktor persekitaran.Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang amat terhad. Evans (1983) mendefinisikan kerencatan mental sebagai individu yang tidak dapat belajar secepat orang normal: tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang normal dan tidak memahami dengan jelas serta sukar menggunakan maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi yang lain. Persatuan Kerencatan Mental Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai : Subsequently subaverage general intellectual functioning, existing concurrently with deficit in adaptive behavior and manifested during the development mental period that adversely affects a childs educational performance. 5.2 Ciri-ciri Kanak-kanak Kerencatan Mental Menurut Marilyn Friend (2005), ciri-ciri individu terencat akal ialah: 5.2.1 Ciri kognitif Ingatan Kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah ingatan seperti kerap terlupa perkara yang septutnya dilakukan atau lupa perkara baru yang dipelajari. Generalisasi Kanak-kanak terencat akal manghadapi masalah membuat generalisasi dalam akademik, tingkah laku dan interaksi sosial. Metakognisi Sekiranya menghadapi sesuatu masalah dalam rutin harian, mereka sukar menyelesaikannya Motivasi Mereka mengalami masalah yang rendah seperti tidak mahu meneruskan sesuatu tugasan dan mudah putus asa. Bahasa Kebanyakannya lewat dalam perkembangan bahasa seperti mangambil masa yang lama untuk memahami konsep mudah seperti atas, bawah, tepi dan sebaginya. Perolehan bahasa mereka kurang tepat daripada segi struktur dan kandungan. 5.2.2 Ciri Akademik

a)

b)

c)

d)

e)

Dalam proses pembelajaran kanak-kanak terencat akal biasanya perlu bekerja lebih keras, membuat latihan banyak, dan memerlukan masa yang lama berbanding murid-murid normal yang lain. 5.2.3 Ciri sosial Kebiasannya mereka kurang diterima oleh rakan sebaya menyebabkan mereka berkelakukan tidak matang, tidak dapat menyesuaikan diri dalam situasi sosial dan mempunyai masalah menguasai kiu-kiu sosial halus sehingga aksi-aksi mereka sering disalah tafsir oleh murid-murid lain. 5.2.4 Ciri tingkah laku tamabahan Terdapat sesetengah kanak-kanak terencat akal yang menunjukkan tingkah laku yang khusus seperti mahukan ganjaran tertentu, menarik rambut, mengigit atau tabiat suka mencederakan diri. Selain itu, kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama seperti kanak-kanak normal iaitu daripada segi pertumbuhan bahagian-bahagian badan walau bagaimanapun terdapat kekurangan dalam menggunakan motor halus. Kanak-kanak ini lambat menguasai kemahiran motor halus. Oleh itu, ibu bapa atau guru perlulah memantau perkembangan motor halus mereka.Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara bersendirian. Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan. Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa. Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa dan mereka biasanya dibenarkan masuk ke sekolah biasa. Kanak-kanak ini sering mempamerkan kepayahan untuk memberi tumpuan atau fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, sukar menyiapkan tugasan dan mudah membuat kesalahan disebabkan kecuaian. Mereka juga sering menunjukkan tingkah laku yang sering mengganggu rakan. Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan, mereka kurang diterima oleh rakan kerana tidak pandai menyesuaikan diri, kurang matang dan mempunyai masalah dalam menguasai klu-klu sosial yang halus sehingga mereka kerap menyalah tafsir aksiaksi murid lain. Tingkah laku yang lain adalah menarik rambut, menggigit kuku, tabiat suka mencederakan diri dan meminta ganjaran apabila diminta untuk melakukan sesuatu contohnya jika enggan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru akan memberikan sesuatu yang disukai murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti (Jamila 2005). Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanak dengan masalah terencat akal. Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah kerana IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90. IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas. Namun begitu, kebanyakan kanak-kanak bermasalah terencat akal ringan boleh ke sekolah dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran akademik seperti kemahiran voksional sosial untuk membantu menjadikan mereka sebagai individu yang produktif. 5.3 Punca Kerencatan Mental

Persatuan Kerencatan Mental Amerika (AAMR) telah mengklasifikasi sebabsebabkerencatan akal kepada tiga kategori umum iaitu Pranatal (berlaku sebelum kelahiranbayi), Perinatal (berlaku semasa kelahiran bayi) dan Posnatal (berlaku selepaskelahiran bayi). Prenatal (sebelum kelahiran bayi) (a) Sindrom Down (Down Syndrome)Disebabkan oleh keabnormalan pada kromosom 1 yang sepatutnya hanyasepasang tetapi telah menjadi tiga. Lazimnya, ini menyebabkan kerencatan mentalsederhana tetapi juga boleh menyebabkan kerencatan teruk. Dianggarkan 1dariapada 1000 kelahiran bayi mengkin menhadapi sindrom down dan angka inimeningkat kepada 1:30 bagi wanita yang melahirkan bayi pada umur 45 tahun. (b) Sindrom Alkohol Janin (Fetal Alcohol Syndrome)Ibu yang hamil apabila meminum alkohol berlebihan mungkin melahirkan bayiterencat akal dan juga kerosakkan otak. Kesan alkohol dalam saluran darah ibumungkin disalurkan kepada janin. Kanak-kanak ini lazimnya, hiperaktif, mengalamigangguan tidur, lebih agresif dan menghadapi masalah pembelajaran. Kanak-kanak yang mengalami masalah ini adalah kecil berbanding dengan kanak-kanaknormal dan keadaan ini berterusan sepanjang hayat. (c) Sindrom Prader-Willi (Prader-Willi Syndrome)Sindrom ini wujud kerana kemusnahan sebahagian kromosom ke-15. Merekamempunyai selera makan yang tidak terhad sehingga ramai di antara mereka menjadi obesiti atau gemuk. Selera makanan yang tidak terkawal menyebabkanpelbagai masalah pembelajaran. Mereka mempunyai tangan serta kaki yang kecildan mereka adalah lebih pendek berbanding dengan kanak-kanak normal. Mereka juga didapati agresif, cepat marah dan bertindak tergesa-gesa serta keinginanmencederakan diri sendiri. (d) MikrorganismaTerdapat juga pelbagai jenis mikrorganisma yang mengancam perkembangan janindan menyebabkan keabnormalan yang kekal seperti kerencatan akal. Contohnya,ibu yang hamil yang menghadapi penyakit seperti rubella dan syphilisberkemungkinan tinggi untuk melahirkan bayi terencat akal. (e) KemiskinanIbu yang hamil daripada keluarga miskin mungkin melahirkan bayi yang kurangsihat kerana tidak mengambil makanan seimbang semasa mengandung. Kekurangan vitamin dan protein dalam pemakanan ibu boleh menyebabkankelahiran bayi kerencatan mental Perinatal (Semasa kelahiran Bayi) (a) Pramatang (premature): Bayi yang dilahrikan dalam keadaan tidak cukup matangatau berat yang kurang daripada 2500 gram mempunyai risiko yang tinggi untukmengalami kerencatan mental. Usia kandungan adalah penting kerana ia akanmenentukan kematangan organ dalam janin yang sedang berkembang. Antarapunca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang, penggunaandadah dan merokok.

(b) Penyakit herpes simplex ialah sejenis penyakit yang berjangkit melalui hubunganseks. Ibu yang menghidap herpes simplex berkemungkinan tinggi melahirkan bayikerencatan mental. (c) Kekurangan oksigen semasa kelahiran juga boleh mencederakan otak seorang bayisehingga menyebabkannya kerencatan mental. Posnatal (Selepas Kelahiran Bayi) I. PenyakitEncephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan jika tidak dirawatboleh menyebabkan kerencatan akal. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yangmenghidap rabies. Meningitis disebabkan oleh virus dan bacteria yang menyerang tisuotak dan tulang belakang. Jika tidak dirawat dengan segera, kerencata akal mungkinberlaku. II. PersekitaranKanak-kanak yang terdedahkan kepada logam berat seperti pelambum dan merkurimelalui makanan atau melalui pernafasan menghadapi pelbagai masalah pembelajarandan masalah emosi dan sebahagian mengalami kerencatan mental. Contohnya,keracunan pelambum berpunca daripada sesetengah cat rumah, paip air dan petrol.

Sumber Rujukan Abd. Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman .2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala Lumpur. Quantum Books. Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad, Sharifuddin Ismail (2005). Punca dan Rawatan Kecelaruan Tingkahlaku. Bentong : PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. Drake, C. (1989).The terminology trap. Dlm R. E. Cocen, & J. C. Needly (pnyt) Learning disability law. New York: Committee on Juvenile Justice, Dyslexia and other Language Disabilities of the Appellate Division of the Supreme Court of the State of New York. Jalongo. M.R., (1992). Early Childhood Language Arts. Boston: Allyn and Bacon. Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Kertas mesyuarat perancangan jangka panjang dan pendek, program Pendidikan khas, Jabatan Pendidikan Khas: Kementerian Pendidikan Malaysia. Julai. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2004). Sukatan pelajaran pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah rendah dan menengah . Kuala Lumpur: t.pt.

Kirk, Gallgher, & Annastasiow, (1993). Educating Exceptional Children 7th . ed. Boston: Houghton Mifflin Company. Mercer, C. D.(1997). Students with learning disabilities. U.S.A: Merrille, Prentice Hall. Messe .2001.HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia. Noor Aini Ahmad dan Nor Siti Rokiah Abdul Razak. (2010). Teaching prereading skill to students with severe learning disabilities in the special education learning disabilities program. Dibentang dalam International Journal of Arts and Sciences Conference. University of Central Florida. Nordin Ahmad(2005). 350,000 murid sekolah rendah alami Disleksia. Utusan Malaysia, 17 December. p. 2. Rosana Awg. Bolhasan. (1998). Disleksia di kalangan pelajar sekolah rendah di Kuching, Sarawak. Dissertasi Sarjana Sains. Universiti Malaysia Sarawak. Reed. V.R., (1994). An Introduction to Children with Language Disorders. New York: Macmillan College Publishing Company. Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. 2006. Apa itu Disleksia. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Smith, C. R. 1991. Learning disabilities. The interaction of learner, task, and setting . U.S.A: Allyn and Bacon.

Anda mungkin juga menyukai