Anda di halaman 1dari 9

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU

PENGENALAN

Kemahiran berkomuikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasi terhadap muridnya, dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik, pembentukan akhlak, kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah dan berkesan. Komunikasi sangat penting dalam pengurusan bilik darjah. Komunikasi dan interaksi merupakan kunci penting antara kejayaan guru dan murid di dalam proses P&P.

KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN

Komunikasi lisan

Menurut Ned A.Flanders, komunikasi lisan melibatkan interaksi antara guru da murid. Merupakan cara mudah untuk mendapatkan maklumat dan penerimaan mesej dari penutur. Guru boleh menyampaikan maklumat dan mengemukakan idea baru.

Guru juga boleh memberi panduan dengan lebih jelas.


Penggunaan lisan juga meningkatkan dorongan dan motivasi murid.

Melalui komunikasi lisan, guru dan murid akan memahami perasaan, pengalaman rakan yang bertutur sekalipun terdapat perbezaan yang nyata dari segi budaya dan latar belakang. Semasa komunikasi lisan sedang berlaku, guru perlu mengelakkan daripada membebel, menilai dan menghukum.
Semua pihak yang terlibat perlu bersifat terbuka dan saling menerima idea untuk kebaikan bersama. Komunikasi lisan memerlukan penggunaan teknik yang efektif.

Ketika berkomunikasi, murid perlu memberikan perhatian kepada idea dan perasaan rakan.

Guru pula perlu menunjukkan sifat penyayang dan mengambil berat terhadap idea yang dikemukakan.
Komunikasi lisan juga bergantung kepada kelajuan bercakap, ketinggian suara dan bahasa yang digunakan oleh guru.

Komunikasi bukan lisan

Komunikasi ini lebih kepada penglibatan gerak badan dan penumpuan penutur kepada pendengarnya.

Contohnya , eye contact guru terhadap murid, menghadap murid, senyuman, anggukan dan gelengan.
Guru perlu mengelakkan beberapa gangguan supaya mesej yang henadak disampaikan dapat diterima dengan jelas. Gangguan luaran : suasana persekitaran yang bising, penggunaan laras bahasa yang sukar difahami dan suasanan di dalam bilik darjah itu sendiri.

Gangguan dalaman : unsur bias dalam persepsi, pengalaman lalu dan perbezaan dalam budaya.
Faktor lain: sumber yang tidak boleh dipercayai, kesilapan dalam alih bahasa, nilai pertimbangan, pemikiran penyampai dan penerima maklumat yang berbeza.

LARAS BAHASA

Laras bahasa adalah gaya dan penggunaan sesuatu bahasa. Gaya bahasa merujuk kepada bahasa lisan dan penulisan. Laras bahasa biasanya berubah mengikut situasi.

Ciri- ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan.
Laras bahasa juga bergantung kepada situasi luaran. Latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat tang mengamalkan bahasa tersebut diberi pertimbangan.

JENIS-JENIS LARAS BAHASA


Laras Bahasa Biasa Laras Bahasa Akademik Laras Bahasa Sastera/Kreatif Laras Bahasa Agama Laras Bahasa Sukan Laras Bahasa Sains Laras Bahasa Rencana Laras Bahasa Iklan/ Perniagaan Laras Bahasa Media Massa Laras Bahasa Undang-Undang Laras Bahasa Ekonomi