Anda di halaman 1dari 4

Pembelajaran Masteri

by Jue on January 20, 2010 Share3 Pembelajaran Masteri (Mastery Learning) PENGENALAN Pengertian Pembelajaran Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan (1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya The Condition of Learning mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994) menyebut bahawa pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil dari interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu pembelajaran merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi pengalaman. Ciri kekekalan terbentuk dari perubahan-perubahan ini. PEMBELAJARAN MASTERI Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan pembelajaran masteri, cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama (Levine 1985:Bloom 1981). Konsep Pembelajaran 1. Semua murid boleh menguasai sesuatu pekara sekiranya:

Masteri

ada masa yang mencukupi untuk murid menguasainya; dan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

2. Dalam proses pembelajaran masteri, guru mesti memastikan semua murid dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran. 3. Guru juga perlu memastikan semua murid dapat menguasai satu tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain. 4. Peranan guru ialah untuk menenentukan pelajaran yang perlu dikuasai.

5. Ia juga perlu mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai. 6. Ia juga perlu merangsang kemahiran berfikir dikalangan pelajar. 7. Murid belajar mengikut kadarnya sendiri. Elemen-Elemen Penting Dalam Pembelajaran Masteri Terdapat empat elemen-elemen penting dalam pembelajaran masteri iaitu: 1. Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan memperjelaskan bagaimana ianya akan dinilai. Guru harus memperjelaskan kepada murid berkenaan apa yang akan dipelajari pada hari tersebut dan bagaimana proses penilaian akan dilaksanakan. Antara aspek penting yang perlu diperjelaskan termasuklah tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, kemahiran yang diajar, nilai-nilai yang diterapkan serta aspek atau instrumen penilaian yang akan digunakan dalam pembelajaran. 2. Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri. Berdasarkan pembelajaran masteri, pelajar harus diberi peluang belajar mengikut minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Di samping itu pelajar juga diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka secara berperingkat-peringkat. Ini bermakna, pelajar hanya akan berpindah atau beralih kepada peringkat seterusnya apabila berjaya menguasai peringkat awal. Misalnya, dalam suatu mata pelajaran, pelajar akan hanya akan beralih ke unit 2 setelah berjaya menguasai unit 1. Terdapat beberapa cara atau kaedah digunakan bagi membolehkan pelajar belajar mengikut kadar mereka sendiri , antaranya: i. Modul dan pakej pembelajaran. ii. Penggunaan program di mana pengetahuan diperingkatkan mengikut kerangka (frame) (Programmed Instruction). iii. Audio-tutorial. iv. Keller Plan iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap-tahap tertentu dengan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya. v. Pembelajaran berbantukan komputer. 3. Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindak balas beserta dengan langkah pemulihan yang sesuai. Guru perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih spesifik dengan cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti pembelajaran. Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan bersoal jawab secara lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan objektif atau struktur yang perlu dijawab oleh para pelajar. Dengan cara ini guru dapat memantau pencapaian pelajar seterusnya menentukan langkah terbaik bagi membantu pelajar-pelajar berkenaan. 4. Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai. Bagi menentukan sama ada objektif atau hasil pembelajaran akhir yang hendak dicapai terlaksana atau sebaliknya, guru perlu melaksanakan penilaian kepada pelajar pada akhir sesi

pengajaran dan pembelajaran. Bentuk penilaian boleh juga disediakan sama ada secara lisan atau bertulis, misalnya menggunakan lembaran kerja atau latihan. LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN MASTERI Pembelajaran masteri dilaksanakan berdasarkan empat 1. Penentuan hasil 2. Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti 3. Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan 4. Pelaksanaan tindakan susulan. langkah, iaitu: pembelajaran. yang berkesan. tahap penguasaan

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN MASTERI Pembelajaran masteri mempunyai ciri seperti berikut: 1. Pelaksanaan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid dalam sesuatu tajuk atau topik. Pelajar hanya akan beralih kepada topik baru apabil mereka telah berjaya menguasai dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam topik yang sedang dipelajari. 2. Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran. Langkah ini dlaksanakan supaya murid dapat memberi fokus kepada aspek yang lebih kecil. Ini akan memudahkan mereka menguasai tajuk-tajuk atau unit berkenaan. 3. Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran. Ini dilakukan supaya penetapan sasaran lebih jelas dan memudahkan pelajar memahami dan mencapainya. 4. Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan pada setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Walau bagaimanapun guru boleh memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran pencapaian dan peratus penguasaan itu perlu dinaikkan secara beransur-ansur sehingga mencapai 80%. 5. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau secara individu. Pemilihan dan penggunaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam suatu pengajaran dan pembelajaran mestilah bersesuaian dengan kebolehan murid supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan seterusnya memudahkan pencapaian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

6. Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid. Penilaian yang dilaksanakan dalam pembelajaran masteri boleh dilakukan dalam bentuk formatif atau sumatif berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Penilaian juga mestilah bersifat diagnostik dan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. 7. Menggunakan maklum balas yang tepat tentang Hasil Pembelajaran yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid. Guru perlu menggunakan instrumen yang bersesuaian bagi mendapatkan maklum balas secara tepat berkenaan penguasaan atau pencapaian hasil pembelajaran. 8. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan setiap murid. Setiap pelajar perlu mengikuti aktiviti permulihan sekiranya mereka masih belum menguasai aras masteri yang telah ditetapkan manakala bagi yang telah menguasai aras masteri, mereka boleh meneruskan pembelajaran dengan mengikuti aktiviti pengayaan.

Read more: http://kulanzsalleh.net/pengajaran-dan-pembelajaran/pembelajaranmasteri#ixzz1JzS35KEs