Anda di halaman 1dari 2

1.

INTEGRITI Integriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip moral tinggi atau tahap profesionalisma. Ianya merupakan satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan. Secara ringkasnya, ia adalah suatu pemilikan kualiti yang konsisten Sebagai contoh, amalan belajar adalah sebahagian daripada ibadah kita umat Islam di mana sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat. Segala pemikiran, amalan dan tingkah laku ialah ibadah jika dilakukan dengan niat kerana Allah S.W.T. Intailah keredhaan Tuhan setiap masa. Ini juga termaktub di dalam perkara pertama Rukun Negara kita iaitu Kepercayaan kepada Tuhan yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Ibadah juga membawa maksud membuat segala perkara yang baik dalam kehidupan seharian. Kita mestilah ingat bahawa Tuhan melihat kita setiap masa, oleh itu kita jangan sekali-kali melakukan perbuatan yang mungkar. Didiklah diri kita untuk meredhai semua ketentuan-Nya dan mengaturkan kehidupan mengikut sunnah nabi. Hindari segala keburukan, maksiat, kejahatan dan segala perlakuan yang merosakkan diri kita dan juga orang lain. Sebagai ahli akademik dan guru, personaliti Bitara memainkan peranan penting untuk menjamin masa depan yang cemerlang di UPSI. Dalam membentuk personaliti Bitara ini, nilai integriti mempunyai empat ciri guru yang berkesan iaitu bersikap adil, amanah, akauntabiliti dan telus. Adil: Guru memulakan dan menamatkan kuliah tepat pada masanya dan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Guru tidak menggunakan masa yang sepatutnya untuk mencuri tulang atau membuang masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan hal akademik. Amanah: Bersikap amanah tentunya adalah dengan menyampaikan fakta yang benar dalam pembelajaran. Guru juga menjalankan perundingan dengan murid-murid mengikut jadual yang

ditetapkan. Guru digalakkan supaya membuat jadual waktu mengandungi masa konsultasi yang telah ditetapkan dan memaklumkan masa tersebut kepada murid-murid. Dengan demikian, pihak guru dan murid-murid dapat mengaturkan sistem perundingan dengan lebih berkesan melalui perancangan yang telah ditetapkan. Guru juga tidak menciplak harta intelek orang lain dan menjaga serta menyayangi harta dan kemudahan universiti dengan amanah. Telus: Petunjuk seterusnya untuk nilai integriti ialah bersikap telus. Guru mestilah melaksanakan proses pelaksanaan (kursus dan praktikum) secara adil dan telus mengikut skema dalam tempoh masa yang ditetapkan. Akauntabiliti: Guru juga harus mempamerkan sikap akauntabiliti dengan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan instruksi yang ditetapkan. Sekiranya guru diarah menjalankan penyelidikan, ianya haruslah disempurnakan mengikut masa yang ditetapkan. Segala arahan dan peraturan daripada pihak institusi haruslah dipatuhi dan anda mestilah bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.