Anda di halaman 1dari 20

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 48 -

UNIT PELAJARAN 3

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM MATEMATIK

UJIAN PRA-PELAJARAN

Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya.

Sangat Tidak Setuju 1

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Setuju/Agree

Sangat Setuju

Item 1

Penyataan /Statement Saya dapat menjelaskan maksud komunikasi dalam matematik. Saya dapat menjelaskan keperluan prinsip dan standard komunikasi dalam pengajaran matematik. Saya dapat mengenal pasti model-model komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah. Saya dapat mengaplikasi penggunaan bahasa matematik dalam pengajaran matematik.

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 49 -

UNIT PELAJARAN 3

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DALAM MATEMATIK

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat : i. menyatakan komunikasi dalam matematik

ii. menjelaskan keperluan prinsip dan standard komunikasi dalam pengajaran matematik iii. mengenal pasti model-model komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah. iv. Mengaplikasikan penggunaan bahasa matematik dalam pengajaran matematik.

3.1

PENDAHULUAN

alam Unit 3 ini, penekanan dalam pengajaran pembelajaran matematik KBSR difokuskan kepada kemahiran matematik kedua iaitu kemahiran komunikasi dalam Matematik (communication skills in Mathematics). Kemahiran komunikasi

dalam matematik ini dibahagikan kepada dua unit iaitu Unit 3 membincangkan tentang konsep kemahiran komunikasi dalam matematik dan Unit 4 membincangkan tentang aplikasi kemahiran komunikasi dalam matematik dalam pengajaran pembelajaran di bilik darjah.

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 50 -

3.2

KOMUNIKASI

pakah maksud komunikasi? Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan Latin iaitu communicare yang membawa maksud untuk mencari persamaan atau untuk berkongsi. Mengikut takrif Dewan Bahasa dan Pustaka, Komunikasi

membawa makna perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain dan berkomunikasi pula membawa maksud mengadakan perhubungan melalui bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat dan lain-lain. Dalam Ensiklopedia

Britannica pula, komunikasi merupakan aktiviti bertukar-tukar pemahaman di antara individu melalui penggunaan system yang serupa. Komunikasi boleh berlaku dalam dua bentuk, iaitu bentuk yang mudah dan bentuk kompleks. Bentuk komunikasi yang mudah melibatkan guru memberitahu dan pelajar memberi respons. Komunikasi yang kompleks berlaku apabila guru dan pelajar saling bertanya soalan. Melalui komunikasi, idea menjadi objek untuk pertimbangan, membaik pulih, perbincangan dan pindahan (NCTM, 2000). Komunikasi juga boleh berlaku tanpa melibatkan penggunaan bahasa. Bukan semua maklumat yang diterima hasil daripada komunikasi adalah bermakna. Leydesdorff (2001) menyatakan komunikasi melibatkan tiga dimensi iaitu definisi,

ketidakyakinan dan maklumat bermakna seperti digambarkan dalam Rajah 1.1. Definisi mengkod Pengstrukturan Maklumat bermakna

Penggunaan bahasa Ketidakyakinan Rajah 3.1 Komunikasi menurut Leydesdorff (2001)

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 51 -

Adakah kemahiran berkomunikasi nyatakan maksud kemahiran berkomunikasi.

membawa maksud yang sama? Jika tidak,

3.3

KOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN

omunikasi yang berkesan dalam kalangan guru menghasilkan pemahaman yang bermakna dalam setiap subjek yang diajar kepada pelajar. Komunikasi yang berkesan ini boleh berlaku melalui perbualan yang berkesan, perbuatan

mendengar dengan teliti, dan melalui pembacaan yang bermakna. Hubungan ini seperti digambarkan dalam Rajah 3.2.

Perbualan

Mendengar

Pemahaman

Pembacaan

Penulisan

Rajah 3.2 Komunikasi berkesan (Sazwani, 2012)

3.3.1

Perbualan

Komunikasi yang maksimum berlaku apabila kaedah perbincangan secara sistematik dilaksanakan. Guru perlu menambah bilangan soalan yang diajukan kepada pelajar. Pelajar seharusnya diberikan peluang serta ruang bagi mengutarakan pandangan dan pendapat supaya konsep dan idea mengenai sesuatu subjek dapat difahami.

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 52 -

3.3.2

Pembacaan

Pembacaan bermakna berlaku apabila pelajar meneliti apa yang dibaca. Pelajar akan memperoleh maklumat, idea dan konsep hasil daripada proses pembacaan. Selain itu, pelajar dapat memerhatikan gambar, ayat serta simbol semasa membaca. Semua ini boleh digunakan untuk memahami apa yang telah dipelajari.

3.3.3

Mendengar

Pelajar perlu mendengar dengan teliti bagi mendapatkan maklumat. Mendengar merupakan proses persoalan mental. Ini disebabkan apabila pelajar mendengar hasil daripada komunikasi, pelajar akan cuba menghubungkannya dengan pengalaman dalam kehidupan seharian.

3.3.4

Penulisan

Penulisan merupakan satu alat untuk berkomunikasi. Guru dapat membaca pemikiran pelajar melalui hasil tulisan pelajar. Guru hendaklah menyediakan tugasan yang mampu mendorong dan merangsang pemikiran pelajar supaya pelajar dapat menzahirkan pandangan mereka melalui penulisan. Mengikut National Council of Teachers of Mathematics (NCTM, 2000) pengajaran matematik seharusnya memberi peluang berkomunikasi supaya pelajar boleh: Menghubungkaitkan bahasa seharian yang digunakan dengan bahasa matematik dan simbol-simbol matematik yang berkaitan;

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 53 -

Membuat refleksi dan menjelaskan pemikiran tentang idea-idea matematik dan situasi berkaitan dengan matematik;

Membincangkan idea-idea matematik dan membuat konjektur (conjectures)dan membuat argument yang meyakinkan; dan

Sedar tentang perwakilan, perbincangan, membaca, menulis, dan mendengar kepada matematik yang menjadi sebagai pembelajaran yang utama dan menggunakan matematik. (Curriculum Standards, pp. 26, 78)

3.4

KOMUNIKASI DALAM MATEMATIK

ational Council of Teachers of Mathematics (NCTM, 2000) mentakrifkan komunikasi dalam matematik sebagai perkongsian idea dan penerangan tentang kefahaman matematik. Komunikasi dalam konteks matematik bukan hanya

melibatkan pertukaran maklumat matematik antara individu, malahan berkaitan dengan pembinaan semula pengetahuan dan maklumat matematik. Dalam Integrated curriculum for secondary schools: Curiculum specifications mathematics, Kementerian Pelajaran Malaysia (2006), Komunikasi dalam matematik dinyatakan berlaku melalui proses mendengar, membaca dan menvisualisasi. Proses mendengar berlaku apabila individu bertindak balas terhadap apa yang didengar. Individu digalakkan untuk berfikir menggunakan pengetahuan matematik semasa membuat keputusan. Semasa proses membaca, individu mengumpul maklumat dan data serta menyusun hubungan di antara idea dengan konsep. Proses menvisualisasi pula berlaku apabila individu membuat pemerhatian, menganalisis,

menginterpretasi dan mensistesis data, serta menyampaikan data dalam bentuk gambar, rajah, jadual dan graf.

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 54 -

Pelajar yang telah mengembangkan kemahiran tersebut akan lebih berkeyakinan untuk melakukan penyiasatan. komunikasi dalam Matematik termasuk membaca dan memahami masalah, mentafsir gambar rajah dan graf, dan menggunakan cara yang tepat dan memberi gambaran yang ringkas tetapi padat tentang terma Matematik ketika membuat persembahan lisan dan aktiviti bertulis. Ini juga termasuk kemahiran mendengar. Berikut adalah beberapa maksud komunikasi dalam matematik, iaitu: Komunikasi dalam Matematik melalui proses mendengar berlaku apabila individu memberi respon terhadap apa yang mereka dengar dan ini menggalakkan mereka berfikir menggunakan pengetahuan Matematik untuk membuat keputusan. Komunikasi dalam Matematik melalui proses membaca berlaku apabila individu mengumpul maklumat atau data dan menyusun hubungan antara idea dan konsep. Komunikasi dalam Matematik melalui proses visualisasi berlaku apabila individu membuat pemerhatian, menganalisis, mentafsir dan menukar data kepada bentuk grafik seperti gambar, gambar rajah, jadual dan graf. Komunikasi merupakan satu cara untuk berkongsi idea dan menjelaskan kefahaman matematik. Komunikasi dalam matematik berlaku melalui: proses mendengar iaitu apabila individu bertindak balas terhadap apa yang didengar dan menggalakkan individu berfikir menggunakan pengetahuan matematik untuk membuat keputusan. proses membaca iaitu apabila individu dapat mengumpul maklumat, menyusun dan menghubung kait idea dan konsep. proses visualisasi iaitu apabila individu membuat pemerhatian, menganalisis, mentafsir dan mensintesis maklumat ke atas bahan konkrit seperti gambar rajah, perwakilan dalam bentuk jadual, graf dan bahan-bahan manipulatif.

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 55 -

Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran matematik yang diberi penekanan dalam kurikulum matematik sekolah rendah KBSR/KSSR. Bincangkan.

3.5

PRINSIP DAN STANDARD KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN MATEMATIK

ational Council of Teachers of Mathematics (NCTM) dalam laporannya, Principles and Standards for School Matehamtics (2000), menekankan komunikasi dalam bilik darjah sebagai salah satu standard proses dalam pengajaran matematik.

Komunikasi merupakan asas bagi pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah serta digunakan untuk menilai pengetahuan pelajar. NCTM memberi penekanan bahawa pembelajaran matematik sepatutnya membolehkan pelajar menyusun dan menggabungkan pemikiran matematik melalui komunikasi, berkomunikasi mengenai pemikiran matematik secara jelas dan terang kepada rakan sebaya, guru, dan individu lain, menganalisis dan menilai pemikiran matematik dan strategi yang digunakan serta menggunakan laras bahasa matematik yang betul untuk menyatakan idea matematik dengan jelas. Dalam Principles and Standards for School Matehamtics (NCTM, 2000), Standard 8 menekankan komunikasi dalam matematik supaya pelajar boleh: Menyusun dan consolidate pemikiran matematik antara satu sama lain; Menyatakan idea matematik secara koheren dan jelas kepada rakan-rakan, guru dan orang lain; Melanjutkan pengetahuan matematik pelajar dengan mengambil kira cara pemikiran dan strategi yang digunakan; Menggunakan bahasa matematik sebagai maksud matematik yang bermakna.

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 56 -

Mengikut Curriculum Standards NCTM (2000, pp. 26, 78), Standard 2 menjelaskan bahawa murid gred 5 8 (iaitu Tahun 5 hingga Tingkatan 2 di Malaysia) semasa belajar matematik murid-murid seharusnya diberi peluang untuk berkomunikasi supaya pelajar boleh: Melakukan model situations (situasi model) iaitu menggunakan pernyataan matematik secara lisan, penulisan, pictorial, graphical, dan algebraic methods; Membuat refleksi atas tindakan dan menjelaskan pemikiran mereka sendiri tentang idea-idea matematik; Membina kefahaman yang sama tentang idea-idea matematik, termasuk peranan takrif-takrif matematik; Menggunakan kemahiran membaca, mendengar, dan memerhati untuk membuat interpretasi dan menilai idea-idea matematik; Membincang idea-idea matematik dan membuat konjekture (conjectures) dan memberi alasan yang meyakinkan; dan Menghargai nilai notasi matematik dan peranannya dalam perkembangan ideaidea matematik. Seterusnya bagi peringkat tinggi persekolahan, dalam kurikulum standard NCTM (2014), standard bagi gred 9 12 (Tingkatan 4 Tingkatan 6), menekankan dalam kurikulum matematik seharusnya meneruskan perkembangan bahasa dan simbol-simbol (notasi) matematik untuk berkomunikasi idea-idea matematik supaya pelajar boleh membuat: refleksi dan menjelaskan pemikiran mereka tentang idea-idea matematik dan hubungannya; Formulasi definisi istilah matematik dan menyatakan generalisasi melalui penyiasatan; Menyatakan idea matematik secara lisan dan penulisan; Membaca persembahan bertulis dengan kefahaman yang baik;

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 57 -

Membuat penjelasan dan persoalan lanjutan tentang matematik yang mereka dengar atau baca; dan

Menghargai notasi-notasi matematik dan peranannya dalam perkembangan ideaidea matematik.

Dengan adanya standard-standard dalam kurikulum matematik, penekanan terhadap berkomunikasi dalam matematik menjadi sebagai satu pertimbangan atau penekanan dalam bilik darjah. Begitu juga dengan KPM, di mana kurikulum matematik sekolah rendah dan menengah yang digubal memerlukan guru membimbing pelajar semasa pelajar mengutarakan pendapat, penyelesaian dan hujah secara lisan atau bertulis supaya pelajar dapat menggunakan bahasa yang baik dan laras bahasa matematik yang betul. Guru dikehendaki melatih pelajar untuk memilih maklumat yang diterima sama ada dalam bahasa percakapan seharian atau bahasa matematik, mentafsir, menyusun fakta penting dalam bentuk rajah, jadual, graf, persamaan atau ketaksamaan dan menyampaikan dalam bentuk lain dengan cara yang jelas dan mudah difahami, tanpa mengubah makna asal maklumat tersebut (KMP, 2000).

Berdasarkan standard-standard yang dinyatakan oleh NCTM, adakah standard yang dicadangkan tersebut terdapat dalam kurikulum matematik KBSR/KSSR. Bincangkan.

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 58 -

3.6

MODEL KOMUNIKASI

A
3.6.1

dalah lebih baik jika kita mengetahui secara ringkas tentang beberapa model komunikasi supaya mudah diterapkan semasa pengajaran pembelajaran

matematik di bilik darjah nanti. Model-model komunikasi yang dibincangkan dalam

Unit ini mewakili puluhan model-model komunikasi yang diketengahkan oleh ahli psikologi. Model-model yang dipilih bagi kursus ini lebih menjurus kepada komunikasi dalam bilik darjah melibatkan matematik. Antara model yang dibincangkan adalah:

Model Komunikasi Matematik Shannon-Weaver

Model Komunikasi Matematik Shannon ini melibatkan lima elemen iaitu sumber maklumat, alat pemancar, saluran, penerimaan dan destinasi. a) Sumber Maklumat menghasilkan utusan untuk disampaikan kepada individual lain. Utusan ini dalam bentuk lisan, tulisan, gambar atau nota muzik. b) Alat pemancar berfungsi menukar utusan ke dalam bentuk isyarat yang sesuai untuk disampaikan kepada penerima. c) Saluran merupakan medium penghantaran isyarat yang membawa maklumat kepada penerima. d) Penerima menukar isyarat kembali kepada bentuk mesej yang boleh difahami. e) Destinasi merujuk kepada individu iaitu kepada siapa mesej hendak dihantar.

Model komunikasi Matematik Shannon ini memperkenalkan sumber gangguan. Gangguan yang menyebabkan isyarat yang diterima berbeza dengan isyarat yang dihantar. Gangguan berlaku apabila isyarat yang disampaikan melalui saluran terjejas. Bagi mengatasi

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 59 -

masalah ini, Shannon (1948) mencadangkan utusan disampaikan secara berulang-ulang (rujuk Rajah 3.3). Pada mulanya, model ini melihat komunikasi sebagai proses satu hala yang kemudiannya disemak semula oleh Weaver (1949 dalam Sazwani, 2012) menambah maklum balas pelajar dalam model ini.

Mesej Sumber Penyebar

Isyarat

Isyarat yang diterima Saluran Penerima

mesej Destinasi

Sumber Gangguan

Maklum Balas

Rajah 3.3 Model Komunikasi Matematik Shannon (Sazwani, 2012)

Sumber maklumat model ini disimpan dalam ingatan penyampai iaitu guru akan dihantar melalui satu pesanan atau isyarat menggunakan alat pemancar iaitu suara. Isyarat mesej sampai kepada otak penerima iaitu pelajar melalui telinganya. Bagaimanapun, kadangkala wujud gangguan kepada pesanan yang menghalang mesej dihantar kepada penerima, contohnya bunyi bising. Bunyi bising ini mungkin menyebabkan isyarat yang disampaikan guru dan isyarat yang diterima pelajar tidak sama.

3.6.2

Model Interpersonal Leary

Model ini menerangkan tingkah laku manusia berkomunikasi berdasarkan dua dimensi iaitu pengaruh dan lingkungan. Dimensi pengaruh melibatkan pihak yang menguasai komunikasi,

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 60 -

manakala dimensi lingkungan merujuk kepada sebanyak mana kerjasama wujud antara individu yang berkomunikasi. Komunikasi antara individu boleh dibincangkan berdasarkan tahap kerjasama antara individu, siapa yang mengawal interaksi dan tahap kawalan dalam komunikasi (Rajah 3.4).

DOMINAN P E N G A R U H LINKUNGAN MENENTANG KERJASAMA

MENGALAH

Rajah 3.4 Dimensi Tingkah laku Komunikasi (Sazwani, 2012)

Rajah 3.5 pula menunjukkan model komunikasi interpersonal guru dalam bilik darjah. Amalan interpersonal guru dibahagikan kepada lapan aspek iaitu ketua (1), membantu dan peramah (2), memahami (3), kebebasan pelajar (4), tidak pasti (5), tidak berpuas hati (6), sinis (7) dan tegas (8). Guru berkomunikasi melalui pelbagai cara yang menyebabkan wujud pelbagai hubungan dengan pelajar. Ada guru yang sukar didekati, ada yang peramah, ada yang tegas dan ada yang memahami. Jadual 3.1 menerangkan contoh amalan guru berdasarkan model komunikasi interpersonal guru.

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 61 -

dominan

8
p e n g a r u h

Lingkungan menentang kerjasama

5 mengalah

Rajah 3.5 Model Komunikasi Interpersonal Guru (Sazwani, 2012)

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 62 -

Jadual 3.1 menjelaskan contoh amalan guru bagi setiap aspek dalam model komunikasi interpersonal guru dalam bilik darjah (Sazwani, 2012). Bil 1 Ketua ASPEK CONTOH AMALAN GURU Menyusun, memberi arahan, menetapkan tugasan, menentukan prosedur, memberi perhatian terhadap apa yang berlaku, menstrukturkan situasi dalam bilik darjah, memberi penjelasan, mendapatkan perhatian pelajar, menyatakan kemahuan dengan jelas. Memberi bantuan, menunjukkan minat, prihatin, boleh menerima usikan, mengalakkan keyakinan diri dan percaya. Mendengar dengan penuh perhatian, simpati, menunjukkan kepercayaan, menerima, mencari cara bagi menyelesaikan perbezaan, sabar dan bersifat terbuka. Memberi peluang pelajar berdikari, tidak terlalu tegas, memberi peluang pelajar belajar mengikut kemampuan masing-masing, menunggu sehingga pelajar bertenang, menyokong aktiviti pelajar. Tidak pasti dalam tindakan, memohon maaf, kerap tunggu dan lihat, tidak berani. Tidak bersetuju, menanyakan soalan dengan nada serius, muram, tidak ceria, suka mengkritik. Cepat marah, sinis, menyampah, melarang, menghukum. Mengenakan peraturan yang ketat, menghakimi, menghendaki keadaan yang senyap, menetapkan peraturan, memberi ujian yang sukar.

Membantu dan peramah

Memahami

Kebebasan pelajar

5 6 7 8

Tidak pasti Tidak berpuas hati Sinis Tegas

3.7

PENGGUNAAN BAHASA MATEMATIK DALAM KOMUNIKASI

ahasa matematik merupakan alat yang penting dalam komunikasi semasa mempelajari matematik. Guru dan pelajar perlu menguasai bahasa matematik dengan baik supaya perbincangan dalam bilik darjah dapat difahami. Penggunaan

bahasa matematik yang tidak difahami pelajar akan mengakibatkan pelajar gagal menguasai konsep matematik. Pelajar dapat memahami matematik apabila diberi peluang oleh guru untuk berinteraksi antara satu sama lain.

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 63 -

Laras

bahasa matematik meliputi bahasa harian, bahasa simbol matematik dan

bahasa spesifik matematik. Hubungan antara laras bahasa matematik dengan matematik dapat dilihat dalam ukur lilit bulatan seperti Rajah 3.6.

Bahasa Harian Contoh: Gunakan benang untuk mengukur lilitan bulatan Laras Bahasa Matematik

Bahasa Spesifik Matematik Contoh: Kira ukur lilit bulatan dengan menggunakan formula

Bahasa Simbol Matematik Contoh: C = 2r

Rajah 3.6 Hubungan antara laras bahasa dengan matematik (Sazwani, 2012)

Laras bahasa matematik dilihat mempunyai ciri-ciri penting iaitu:

i)

Pengistilahan iaitu istilah membawa makna tertentu. Contohnya: Nombor Genap - merupakan nombor yang boleh dibahagikan dengan 2. Nombor Perdana nombor yang lebih besar daripada 1 dan hanya boleh dibahagikan dengan dirinya sendiri. Segi empat tepat segi empat yang mempunyai dua pasang sisi yang sama.

ii) Simbol merupakan tata tanda yang digunakan bagi perwakilan melibatkan operasi matematik. Contohnya: Pendaraban Peratus Nisbah X % :

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 64 -

Jumlah

iii) Ayat Matematik melibatkan tiga pernyataan. Contohnya: X+3=7 Syarat : Jika ., maka Pasif: Diberi x = 7 , maka cari

iv) Ayat laras bahasa Ayat mudah Contoh: Jika harga 20 batang pen ialah RM 120. Cari harga 4 batang pen. Ayat panjang Contoh: Ali membeli 20 Kg gula untuk dibahagikan kepada 6 kumpulan pelajar yang berkhemah di Pulau Redang. Jika gula perlu dibahagikan sama banyak kepada setiap kumpulan, berapa Kg gula yang diperoleh setiap kumpulan pelajar? Ayat pasif Contoh: Komisen dibayar kepada penjual insuran bagi simpanan RM 5,000 adalah RM 250. Pada tahun 2012, penjual insuran telah menjual sebanyak RM45,000. Berapakah komisen yang diterima oleh penjual insuran? Ayat songsang Contoh: Bagi membina rumah, Bank X telah meminjam wang sebanyak RM250,000. Dalam tempoh lima tahun, Ayat matematik Contoh: Selesaikan 3x + 2y = 4; x 3y = 6 Permudahkan 6/24 Diberi L = 2j, cari j jika L =340.

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 65 -

Menurut Noraini (2001), bahasa matematik merupakan alat yang penting dalam komunikasi semasa pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah. Setiap guru dan pelajar perlu menguasai bahasa matematik dengan baik supaya segala perbincangan dalam bilik darjah boleh difahami oleh kedua-dua pihak.

Bina 2 contoh bagi setiap ayat laras bahasa matematik. Bincangkan kepentingannya dalam membina komunikasi dalam kalangan pelajar.

3.8

Pembelajaran Melalui Komunikasi (Learning by Communicating)

enekanan komunikasi dalam pembelajaran adalah kerana few people learn best in isolation. Pernyataan ini dapat dilihat dengan jelas daripada Jadual 3.7. Apabila komunikasi diberi penekanan dalam proses pembelajaran, dengan

membuat aktiviti pembelajaran kumpulan kecil, dengan meminta murid menjelaskan bagaimana mereka membuat penyelesaian masalah matematik, dengan meminta murid member justifikasi cara penyelesaiannya, murid dilihat lebih memperoleh pengetahuan mereka sendiri.

Dapat satu rakaman pengajaran pembelajaran matematik dalam kursus-kursus matematik yang lalu atau buat rakaman pengajaran pembelajaran matematik kelas anda, buat analisis tentang komunikasi yang berlaku semasa pengajaran pembelajaran matematik.

Bincangkan semasa kelas tutorial.

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 66 -

Purata Kadar Simpanan

Kuliah Membaca Audio-visual Demonstrasi Kumpulan Perbincangan Membuat Latihan

5%

10% 20% 30%

50%

75%

Mengajar orang lain

90%

Rajah 3.7: Kadar Simpanan Cara Pembelajaran (Retention Rate From Different Ways of Leaning)

3.9

KESIMPULAN

alam Unit 3 ini, penekanan diberikan kepada aspek teori dalam komunikasi, khususnya membabitkan pengajaran pembelajaran matematik. Bab ini

membincangkan tentang model-model komunikasi secara menyeluruh agar dapat

dijadikan panduan dan dasar dalam pelaksanaan pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah.

K e m a h i r a n K o m u n i k a s i | - 67 -

UJIAN PASCA-PELAJARAN
Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut:

Sangat Tidak Setuju 1

Tidak Setuju

Kurang Setuju

Setuju/Agree

Sangat Setuju

Item 1

Penyataan /Statement Saya dapat menjelaskan maksud komunikasi dalam matematik. Saya dapat menjelaskan keperluan prinsip dan standard komunikasi dalam pengajaran matematik. Saya dapat mengenal pasti model-model komunikasi dalam pengajaran pembelajaran matematik di bilik darjah. Saya dapat mengaplikasi penggunaan bahasa matematik dalam pengajaran matematik.