Anda di halaman 1dari 14

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN PENGUASAAN PELAJAR 3 BESTARI TERHADAP TAJUK BLOOD CIRCULATION AND TRANSPORT MELALUI TEKNIK I LOVE TO DRAW OLEH DURASNITA BT HJ ABDULLAH SMK PENDETA ZABA, 70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN. Abstrak Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan pelajar Tingkatan 3 Bestari di dalam subtopik Blood Circulation and Transport iaitu mengenai struktur jantung dan fungsi. Seramai 10 pelajar tingkatan 3 Bestari SMK Pendeta Zaba dan seorang guru cemerlang sains terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan pengalaman lepas,, pelajar sering merungut dan mengatakan bosan untuk mempelajari tajuk bab 2 Sains Tingkatan 3 ini kerana perlu mengenalpasti struktur jantung, fungsi, arah aliran darah, jenis salur darah dan jenis peredaran darah. Bagi pelajar yang lemah dan sederhana, tajuk ini sangat susah dan mereka cenderung untuk terus abaikan sahaja mengenali struktur jantung dan hal berkaitan kerana sukar bagi mereka menguasai bahagian ini. Dengan itu, satu teknik untuk memudahkan pelajar mengingati struktur jantung dan fungsi iaitu I LOVE TO DRAW direka dan

diharapkan dapat membantu pelajar. Kajian ini dijalankan semasa kelas pagi 7.157.45 pagi setiap Khamis dengan teknik I LOVE TO DRAW. Pelajar melukis dengan bantuan guru dan kemudian diminta pula melukis dan melabel tanpa merujuk kepada mana-mana buku rujukan. Ujian pra, dilakukan setelah ujian 1 serta Ujian pos, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan PMR diambil kira sebagai kejayaan dalam peningkatan pencapaian pelajar.

DURASNITA/GC SAINS/2012

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Pengajaran berbantukan komputer riba dan LCD menjadi keutamaan saya setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung, sama ada saya menggunakan bahanbahan berbekal CD dari kementerian pelajaran atau bahan yang saya hasilkan sendiri. Bahan bantu mengajar seperti Microsoft Power Point termasuk semua nota dan latihan dalam bentuk Microsofr Words untuk pelajar juga saya muatkan dalam komputer riba dan dipaparkan oleh LCD. Penggunaan komputer riba ini menjadikan pengajaran lebih menarik, ceria dan berupaya menarik minat pelajar. memudahkan mereka untuk mengumpul maklumat Pelajar sangat teruja dan (menyalin nota) berbanding

penggunaan OHP sebelum ini. Selain itu, saya sentiasa menghubungkaitkan setiap isi kandungan pengajaran saya dengan kekuasaan ALLAH S.W.T yang menciptakan segala makhluk di muka bumi. Apa yang dipejari oleh pelajar sebenarnya adalah adalah hasil ciptaan ALLAH yang Maha Agung dan bukannya semata-mata untuk peperiksaan. Bagi pelajar Tingkatan 3 Bestari, kebolehan mereka adalah dalam kelompok baik dan sederhana kerana berdasarkan ujian 1, 18 daripada 32 pelajar lulus subjek Sains. Daripada 32 pelajar ini, 30 ialah pelajar lelaki dan 2 sahaja pelajar perempuan. Mengajar kelas ini sebenarnya sangat mencabar kerana bilangan pelajar lelaki yang ramai. Mereka merupakan pelajar yang perlukan bimbingan lebih 150% kerana sikap pelajar lelaki yang tidak serius. Saya perlu menyabarkan diri saya setiap kali berhadapan dengan sekelompok kecil pelajar lelaki yang suka bercakap dan menganggu tumpuan pelajar lain semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi tajuk Bab 2, saya memikirkan perlunya satu teknik lain yang memudahkan mereka untuk mengingat subtopik struktur jantung dan fungsi.

DURASNITA/GC SAINS/2012

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


2.0 ISU KEPERIHATINAN/FOKUS KAJIAN Berdasarkan pemerhatian saya, pelajar tidak berminat mempelajari Bab 2 Sains

Tingkatan 3 iaitu Blood Circulation and Transport kerana melibatkan organ jantung manusia. Bagi mereka adalah sukar untuk mengingati struktur jantung, fungsi, arah aliran darah, jenis salur darah dan jenis peredaran darah. Bagi pelajar yang lemah, kelemahan mengingat tetap ada. Bagi pelajar sederhana, perlu sentiasa diberi motivasi dan keyakinan bahawa bahagian dalam bab 2 mengenali jantung bukanlah sukar jika memahami beberapa perkara. Mereka boleh cemerlang jika gigih berusaha. Untuk mengecam struktur jantung, fungsi dan arah aliran darah, satu teknik melukis satu persatu bahagian jantung dicipta dengan langkah tertentu. Ini diharap dapat memudahkan mereka mengingat beberapa fakta berkaitan. Sikap mereka yang suka bercakap atau tidak menumpukan perhatian , saya cuba ubah dengan menunjukkan kesungguhan mengajar kelas mereka dengan mengadakan kelas pagi iaitu 7.15-7.40 pagi bermula April 2012. Mereka merasakan ada guru yang

mengambil berat akan pencapaian mereka di sebalik ramai guru yang mengkategorikan kelas mereka bermasalah kerana bilangan pelajar lelaki yang ramai. Jika saya mengambil pendekatan berkeras dengan mereka, mungkin mereka juga akan mengambil sikap melawan dan semakin tidak mahu belajar. Apatah lagi jika yang terlibat adalah pelajar lelaki yang jauh berbadan besar berbanding saya. Memandang mereka sahaja saya perlu mendongak jika mereka berdiri. Berdasarkan pendekatan yang saya lakukan, saya rasa cara saya lebih berjaya kerana mereka yang dikategorikan bermasalah oleh guru-guru lain, menghadirkan diri ke kelas pagi yang saya adakan dan bekerjasama sepenuhnya dalam kajian ini.

DURASNITA/GC SAINS/2012

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 OBJEKTIF UMUM Menarik minat pelajar dan memudahkan mereka mengingat subtopik struktur jantung dan fungsi dalam tajuk Blood Circulation and Transport, sekali gus meningkatkan pencapaian mereka bagi subjek Sains PMR 2012.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS 3.2.1 Pelajar dapat menguasai teknik melukis jantung dalam I LOVE TO DRAW 3.2.2 Pelajar dapat melabel jantung dengan tepat dalam I LOVE TO DRAW yang dicipta. 3.2.3 Pelajar dapat mengenalpasti dan mengingat jantung berdasarkan I LOVE TO DRAW 3.2.4 Pelajar dapat mengecam salur darah yang membawa darah masuk ke jantung dari anggota badan dan dari paru-paru 3.2.5 Pelajar dapat mengecam salur darah yang mengepam darah ke anggota badan dan membawa darah ke paru-paru 3.2.6 Pelajar dapat mengenalpasti dengan tepat kedudukan injap bikuspid, injap trikuspid, injap sabit dan fungsi fungsi bahagian

4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 pelajar kelas 3 Bestari iaitu 2 perempuan dan 8 lelaki yang pencapaian mereka adalah lemah, sederhana dan terbaik dalam kelas tersebut. Semasa kajian, semua terlibat namun data sasaran hanya 10 pelajar sahaja.

DURASNITA/GC SAINS/2012

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


5.0 PROSEDUR KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH Dalam pelaksanaan kajian tindakan saya ini, saya membuat pemerhatian terhadap tingkah laku dan sikap pelajar, membuat soal-selidik, menemubual pelajar. dan juga merujuk kepada keputusan ujian 1, ujian pra, peperiksaan pertengahan tahun, ujian pos dan peperiksaan percubaan PMR 5.1.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung

sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian, pelajar kurang memberi respons kepada soalan perbincangan dan menunjukkan sikap tidak berminat kerana diandaikan bahagian jantung adalah susah untuk diingat. 5.1.2 Soal Selidik 3 borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar. Soal selidik pertama adalah untuk mengetahui sejauh manakah tanggapan mereka terhadap tajuk bab 2 Blood

Circulation and Transport ini, sebaik sahaja selesai mempelajari bab 2. Soal selidik kedua pula diedarkan selepas kajian dijalankan untuk mengetahui pendapat pelajar mengenai keberkesanan teknik I LOVE TO DRAW , dan soal selidik ketiga adalah mengenai pendapat pelajar berkaitan penggunaan teknik tersebut selepas peperiksaan percubaan PMR

DURASNITA/GC SAINS/2012

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


5.1.3 Menemubual pelajar Secara tidak langsung, sewaktu pengajaran dan pembelajaran, saya menyoal pelajar akan kefahaman mereka berkaitan bab 2 ini dan sebahagian besar memberikan tindak balas, tidak minat untuk mengingat fakta-fakta penting yang berkaitan peperiksaan kerana menganggap struktur jantung susah untuk diingat. 5.1.4 Ujian Bulan 1, Ujian pra, Peperiksaan Pertengahan Tahun , Ujian Pos dan Peperiksaan Percubaan PMR Berdasarkan ujian bulan 1, 18 pelajar 3 Bestari lulus dan selebihnya 13 gagal dan seorang tidak hadir. Perkara ini tentulah menjadi kerisauan bagi saya . Keputusan peperiksaan pertengahan tahun pula membimbangkan apabila bilangan pelajar lulus jatuh kepada 12 pelajar sahaja. Secara amnya soalan berkaitan jantung ada dalam kertas 2 soalan peperiksaan pertengahan tahun yang menyumbang sebanyak 7 markah. Dalam peperiksaan percubaan PMR pula, hanya soalan nombor 29 kertas 1 sahaja berkaitan jantung. Maka saya mengadakan ujian pos kepada pelajar dengan soalan yang berkaitan jantung dan struktur sahaja selepas mereka diajar teknik I LOVE TO DRAW sebanyak 4 sesi kelas pagi. Ujian pos dijalankan setelah mereka menyiapkan lukisan kali pertama. Kali kedua mereka diminta melukis dan melabel tanpa merujuk kepada mana-mana buku rujukan. Mereka juga diminta menulis peratus mereka boleh mengingat struktur jantung menggunakan

DURASNITA/GC SAINS/2012

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


teknik tersebut. Bagi soalan latihan yang sukar, mereka dibenarkan merujuk buku setelah selesai mereka melukis struktur jantung tersebut. 5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH 5.2.1 Analisis pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati bahawa; Pelajar teruja mencuba teknik melukis struktur jantung mengikut aturan. Pelajar lebih berkeyakinan melabel struktur jantung dan membuang tanggapan mengingat struktur jantung adalah susah Pelajar lebih berkeyakinan menulis peratus daya ingatan untuk melabel struktur jantung. Pelajar lebih mampu untuk menjelaskan fungsi setiap struktur jantung Pelajar dapat mengecam kelainan yang wujud berdasarkan kebiasaan. Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih baik apabila pelajar dapat memahami dan menganggap isi kandungan mata pelajaran adalah mudah dan senang untuk dikuasai. Pelajar berkeyakinan mendapat keputusan peperiksaan lebih baik berbanding sebelumnya.
DURASNITA/GC SAINS/2012 7

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


5.2.2 Analisis Soal Selidik Saya membuat soal selidik berkaitan bab yang dipelajari

menggunakan respon ya atau tidak . i) Sebelum mempelajari teknik I LOVE TO DRAW


Bilangan Pelajar YA TIDAK 4 6 4 6 5 10 8 6 4 5 2

ITEM 1. Adakah anda meminati tajuk Blood Circulation and Transport Bab 2, Tingkatan 3, matapelajaran Sains? 2. Pada pandangan anda, adakah tajuk ini sangat susah untuk difahami? 3. Pada pandangan anda, adakah tajuk ini sangat susah untuk dikuasai? 4. Pada pendapat anda, adakah anda menerima pembelajaran tajuk ini dengan mudah di dalam kelas? 5. Setujukah anda, bahawa kita perlu banyak membaca untuk lebih memahami dan mengingati tajuk ini?. 6. Jika anda tidak suka membaca, adakah dengan cara membuat latihan dengan kerap lebih mudah untuk menguasai tajuk ini? 7. Kebanyakan pelajar menganggap, tajuk ini menyukarkan mereka untuk mencapai gred yang cemerlang dalam ujian/peperiksaan . Adakah anda berpendapat sebegitu ?. 8. Adakah anda merasakan belajar tajuk ini perlu semata-mata untuk peperiksaan? 9. Adakah anda merasakan mempelajari tajuk ini bermakna anda mengenal organ dalaman anda? 10. Jika anda dapat menguasai tajuk ini, adakah anda akan menolong rakan yang lain untuk menguasainya?

1 9 10

9 1 -

Berdasarkan perkara 1 hingga 3 jelas pelajar menyatakan pembelajaran tajuk ini susah dan kurang diminati. Berdasarkan perkara 5,8, 9 dan 10 pula pelajar bersetuju menunjukkan mereka perlu banyak membaca untuk mengingati tajuk ini dan memahami bahawa mempelajari Sains bukanlah semata-mata untuk

peperiksaan sebaliknya untuk mengetahui perihal anggota badan juga kebesaran ALLAH S.W.T yang mencipta kejadian manusia.
DURASNITA/GC SAINS/2012 8

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


ii) Selepas mempelajari teknik I LOVE TO DRAW

Skala Likert : 1. sangat tidak setuju 2. tidak setuju 3. kurang setuju 4. setuju 5. sangat setuju
ITEM Sains merupakan subjek yang mudah. Mengenali struktur jantung sangat mudah dengan teknik I LOVE TO DRAW. Saya lebih suka menggunakan teknik saya sendiri daripada teknik I LOVE TO DRAW Saya mudah memahami bagaimana struktur jantung setiap satunya berfungsi selepas guru memperkenalkan teknik I LOVE TO DRAW Saya mudah mengingati struktur jantung dan fungsinya selepas guru memperkenalkan teknik I LOVE TO DRAW Saya rasa lebih seronok belajar tajuk Blood Ciculation and Transport menggunakan teknik I LOVE TO DRAW Saya akan menggunakan teknik I LOVE TO DRAW bagi tajuk lain dalam Sains. Saya akan menggunakan teknik I LOVE TO DRAW untuk matapelajaran lain . Teknik I LOVE TO DRAW membantu meningkatkan daya kreativiti saya. 1 Bilangan pelajar 2 3 4 4 6 1 4 2 6 1 2 8 1 5 5

1. 2. 3. 4.

5.

6.

7. 8. 9.

1 1

3 7

5 1 9

Analisis yang saya lakukan pada soal selidik selepas pelajar mempelajarai teknik I LOVE TO DRAW adalah menggunakan skala likert dan bukannya sekadar ya atau tidak. Ini dapat

memberikan gambaran yang lebih jelas tentang keberkesanan penggunaan teknik ini. Berdasarkan perkara 2, 4, 5 dan 9 jelas pelajar memberikan respon setuju dan sangat setuju tentang kebaikan dan kelebihan menggunakan teknik ini.
DURASNITA/GC SAINS/2012 9

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


iii) Soal selidik berkaitan teknik I Love to Draw

Skala Likert : 1. sangat tidak setuju 2. tidak setuju 3. kurang setuju 4. setuju 5. sangat setuju Bilangan pelajar 2 3 4 2 6 1 3 3 4 4 9 2 1 2 2 1 3 1 5 3 8 6 5 5 7 1 2 2 2 2

ITEM 1. Pada pandangan anda, adakah teknik I LOVE TO DRAW memudahkan anda mengingat tajuk ini ? 2. Pada pandangan anda, adakah teknik I LOVE TO DRAW memudahkan anda menguasai tajuk ini? 3. Pada pandangan anda, adakah teknik I LOVE TO DRAW memudahkan anda memahami tajuk ini? 4. Pada pandangan anda, adakah teknik I LOVE TO DRAW memudahkan anda menjawab soalan ujian? 5. Adakah anda juga akan gunakan teknik ini untuk babbab lain dalam sains? 6. Adakah anda akan memaklumkan teknik ini kepada rakan-rakan lain? 7. Setujukah anda teknik ini dapat meningkatkan pencapaian sains anda dalam ujian/peperiksaan? 8. Setujukah anda teknik ini juga boleh digunakan untuk mata pelajaran lain? 9. Setujukah anda jika guru memfokuskan kepada teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran sains? 10. Adakah anda lebih berminat untuk mempelajari Sains setelah mengetahui teknik ini?

5 2 2 3 1

Analisis pendapat pelajar mengenai kebaikan menggunakan teknik ini menunjukkan sebahagian besar setuju dan sangat setuju memudahkan mereka mengingati tajuk ini. Perkara 1, 3 , 4 dan 9 jelas menunjukan reaksi positif pelajar terhadap teknik ini. 5.2.3 Analisis Temubual Pelajar Berdasarkan temubual secara tidak langsung semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung pelajar teruja

menggunakan teknik I LOVE TO DRAW dalam mempelajari


DURASNITA/GC SAINS/2012 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


struktur jantung dan fungsi. Apatah lagi perasaan bangga ada dalam diri mereka kerana mereka menjadi sebahagian bahan kajian untuk peningkatan prestasi Sains PMR. 5.2.4 Analisis Ujian Bulan 1, Ujian Pra, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Ujian Pos dan Peperiksaan Percubaan PMR Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian 1, ujian pra, peperiksaan pertengahan tahun, Ujian pos dan peperiksaan percubaan PMR adalah seperti berikut; Ujian 1 Ujian Pra (5 markah) Peperiksaan Pertengahan Tahun (7 markah) 3 3 2 2 1 2 3 1 1 2 Ujian Pos ( 15 markah) Peperiksaan Percubaan PMR 55 60 42 52 43 52 30 50 40 68

A B C D E F G H I J

66 40 40 50 54 46 34 32 32 40

2 2 1 0 5 2 1 2 1 1

14 15 12 15 15 11 15 15 10 15

Dapatan ujian 1, menunjukkan 3 pelajar gagal mata pelajaran Sains. Ujian pra menunjukkan seorang pelajar yang salah semua 5 soalan dan seorang pelajar yang betul semua 5 soalan. Dapatan peperiksaan pertengahan tahun hanya berdasarkan soalan kertas 2 berkaitan jantung yang memberi nilai 7 markah. Tiada pelajar yang berjaya memperolehi 50% betul bagi soalan tersebut. Paling tinggi hanyalah 3 markah daripada 7 markah yang diperuntukkan.
DURASNITA/GC SAINS/2012 11

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


Ujian pos selepas kajian dijalankan menunjukkan pelajar boleh lulus mata pelajaran sains. Matlamat saya supaya gagal sifar bagi mata pelajaran sains tercapai selepas Ujian pos dijalankan. Ujian pos hanya mengandungi soalan berkaitan struktur jantung sahaja. Namun 1 pelajar telah gagal dalam peperiksaan percubaan PMR. Soalan berkaitan jantung hanya pada nombor 29 kertas 1. Diharapkan pada peperiksaan PMR sebenar, pencapaian Sains bagi kelas 3 Bestari adalah 100 peratus lulus. 5.3 PELAKSANAAN TINDAKAN Kajian tindakan ini saya laksanakan dalam tempoh 6 bulan bermula Mac 2012 selepas keputusan Ujian 1 diketahui sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan PMR. Pada penghujung bulan Mac 2012, saya menyiapkan soal selidik berkaitan Bab 2. Seterusnya saya mengambil 1 sesi kelas pagi (7.157.45 pagi) untuk mengedarkan kepada pelajar soal selidik sebelum mempelajari teknik I LOVE TO DRAW. 3 sesi kelas pagi pula diambil untuk melatih pelajar melukis menggunakan teknik I LOVE TO DRAW. Kajian dijalankan di makmal Sains. Pelajar melukis rajah jantung pada helaian kertas yang dibekalkan. Seterusnya 1 sesi kelas pagi pula diambil untuk pelajar melukis struktur jantung dan melabel tanpa merujuk kepada mana-mana buku rujukan. Selain itu pelajar juga diminta menulis berapa peratus ingatan mereka mengenai struktur jantung dengan menggunakan teknik yang dipelajari. Semua pelajar yang hadir kelas pagi terlibat dengan soal selidik serta sesi latihan. Namun hanya 10 pelajar sahaja yang dipilih sebagai responden kajian. Tumpuan untuk pelajar berikutnya

DURASNITA/GC SAINS/2012

12

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


adalah untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Namun, keputusan agak mengecewakan kerana tiada pelajar yang berjaya memperolehi 50% betul bagi soalan berkaitan jantung pada kertas 2. .Maka teknik I LOVE TO DRAW dipraktikkan sekali lagi di makmal pada 1 sesi kelas pagi. Selain itu, pelajar juga dipesan untuk membuat latihan sendiri dengan melukis struktur jantung dan melabel tanpa rujukan di rumah. Ujian pos dijalankan pada pertengahan Jun 2012 dan akhirnya percubaan PMR. Soal selidik berikutnya diedarkan selepas percubaan PMR. 5.4 REFLEKSI KAJIAN Pencapaian pelajar dalam ujian 1 dan percubaan PMR menunjukkan perbezaan yang ketara apabila 9 pelajar menunjukkan peningkatan dan hanya 1 pelajar yang markah peperiksaan percubaan PMR nya lebih rendah berbanding Ujian 1. 3 pelajar gagal dalam Ujian 1 namun hanya 1 pelajar sahaja yang gagal dalam peperiksaan Percubaan PMR. Pelajar 3 Bestari keseluruhannya adalah pelajar di tahap baik dan sederhana, namun jika ada usaha dan kesungguhan mereka boleh berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Bimbingan berterusan perlu diberikan dan kesabaran yang tinggi sangat perlu dalam membimbing dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kelas mereka kerana segelintir pelajar lelaki yang gemar berbual dan menganggu tumpuan pelajar lain. Sikap mereka dapat saya ubah, dengan menunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira faktor disiplin mereka di dalam kelas. Mereka berbangga kerana terpilih untuk memulakan kelas pagi seawal April serentak dengan kelas terpandai iaitu tingkatan 3RK1

DURASNITA/GC SAINS/2012

13

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


berbanding tingkatan 3 yang lain. Perhatian yang mereka terima daripada saya membuktikan bahawa saya tidak hanya mengutamakan kelas pandai sahaja untuk dibimbing sebaliknya bersikap adil terhadap semua kelas sama ada pelajarnya pandai atau lemah. Semua yang hadir ke kelas pagi terlibat dalam kajian ini dan memberikan kerjasama sepenuhnya, malah mereka merasa kecil hati jika saya tidak menghulurkan borang soal selidik kepada mereka. Saya akan terus menggunakan teknik ini bagi pelajar tingkatan 3 yang akan saya ajar pada tahun hadapan, selain membuat kajian terhadap teknik lain. 6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut. : Mengguna pakai teknik I LOVE TO DRAW untuk bab 1 Respiration dan bab 3 Excretion. Melukis struktur paru-paru dan ginjal menggunakan teknik I LOVE TO DRAW Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru Sains yang lain untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran Sains lebih menarik dan berkesan. GURU KREATIF + GURU RAJIN + GURU PENYAYANG + GURU EMPATI + GURU PENYABAR+ PELAJAR BAIK
Suasana Pengajaran & Pembelajaran Kondusif Sikap Positif Pelajar & Rajin Berusaha

+
Motivasi berterusan & Sikap positif guru

+
Bekerjasama menepati masa & berdisiplin

KEJAYAAN PMR 2012

DURASNITA/GC SAINS/2012

14

Anda mungkin juga menyukai