Anda di halaman 1dari 1

Proses pertama penulisan berlaku sebelum mengarang. Pada tahap ini penulis menentukan tajuk dan mengumpul bahan.

Penulis dapat mengumpul bahan di pusat sumber, berbincang dengan rakan dan menemu bual pihak tertentu. Dalam bilik darjah pula guru dapat mengadakan sesi sumbang saran atau aktiviti lain yang sesuai. Penulis dapat pula memanfaatkan Internet untuk mencari maklumat. Proses seterusnya ialah menulis draf karangan. Penulisan draf bermula dengan menyediakan rangka karangan. Kemudian draf karangan ditulis dengan berpandukan peraturan mengarang. Draf itu diberi kepada rakan atau guru untuk mendapatkan maklumat balik. Respons rakan, guru, pensyarah dan sebagainya memudahkan penulis melakukan penambahbaikan terhadap draf itu. Proses yang berikutnya ialah menyunting karangan itu. Penulis mengkaji karangan itu dan merancang penambahbaikan. Penambahbaikan itu mengambil kira respons rakan, guru dan sesiapa yang membaca draf. Penambahbaikan termasuk juga membuang unsur yang tidak perlu dan menambah unsur baharu yang lebih sesuai. Kemudian penulis menulis karangan itu semula. Apabila karangan itu siap ditulis, proses seterusnya ialah menyunting karangan itu. Penyuntingan oleh pelajar la imnya berkaitan dengan pembaikan aspek bahasa seperti ejaan, tanda baca !termasuk penggunaan huruf besar dan huruf kecil", frasa dan ayat. #emasa melakukan penyuntingan mereka mungkin melakukan beberapa perkara lain mengubah suai perenggan dan menambah atau mengurangkan jumlah perkataan. $uru juga perlu menggalakkan pelajar menggunakan alat penyuntingan yang terdapat dalam perisian komputer. %isalnya, guru menggalakkan pelajar menggunakan penyemak ejaan. #elain itu guru juga perlu menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi !&%K" yang lain sepeti merujuki kamus digital dan kamus dalam talian. Proses terakhir ialah menilai karangan. Proses ini dilakukan oleh guru atau pensyarah. %ereka membaca karangan itu, memberi gred atau markah. %ereka juga perlu mencatat komen agar penulis'pelajar mendapat maklum balas bertulis selain markah atau gred. Karangan yang bermutu dapat dibacakan dalam kelas dan dipamerkan. Karangan yang bermutu itu dapat diubah suai untuk dibacakan dalam perhimpunan atau diterbitkan.