Anda di halaman 1dari 11

BAHASA MALAYSIA KERTAS 1 Soalan 1 hingga Soalan 17 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1.

. Bagaimana keadaan adik _____________ yang sakit itu, Sarah? Saya harap ____________ akan cepat sembuh, kata Cikgu Asri. A. kitakamu B. kamikalian C. kamudia D. merekabeliau

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Kami diminta oleh Cikgu Zainal _________________ tangan semasa latihan senaman itu. A. menjulurkan B. mengangkat C. mendepakan D. menghulurkan

3. Puan Lian ________________ berbual dengan jirannya sehingga tidak sedar bahawa anak kecilnya sedang menangis. A. lancar B. petah C. hebat D. rancak

4. Suasana di tapak pesta itu amat __________________ dengan kehadiran para pengunjung. A. sesat B. sesak C. semak D. sendat 5. _________________ minggu lalu, saya sekeluarga bercuti _____________ Pulau Langkawi selama tiga hari. A. Didari B. Sejakke C. Padadi D. Darihingga 6. Mak Siti memerah pakaian yang basah itu _______________ menyidainya di ampaian. A. lalu B. sambil C. kerana D. malahan 7. _____________________ kejadian itu, hubungan Adi dan Radzi semakin renggang. A. Sambil B. Semenjak C. Sekiranya D. Sementara Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Puan Siti Haida berasa cemas apabila menyedari bahawa ada seorang lelaki sedang ____________________nya. A. menjejaki B. mengekori C. mengiringi D. menyaingi
2

9. Kita _________________ berhati-hati semasa berada di jalan raya ____________________ mengelakkan kemalangan. A. perluuntuk B. harusnescaya C. bolehsemoga D. dapatsupaya Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Budak itu __________________ apabila kehendaknya tidak dituruti oleh ibunya. A. seragam B. beragam C. meragam D. meragamkan 11. Encik Musa dinasihati oleh ketuanya supaya tidak ____________________ antara urusan pejabat dengan masalah peribadinya. A. mengemaskinikan B. menyatupadukan C. mencampuradukkan D. menggabungjalinkan 12. Puan Saida membeli senaskhah majalah Wanita _______________ bulan Ogos. A. keluar B. keluaran C. terkeluar D. pengeluaran

13. Sebelum majlis bermula, keadaan di dalam dewan itu ______________ dengan suara para peserta yang berbual sesama sendiri. A. kacau-bilau B. kucar-kacir C. hiruk-pikuk D. huru-hara 14. Hazmi ___________________ membuka pintu rumah apabila terdengar namanya dipanggil orang. A. terikut-ikut B. tergesa-gesa C. terbawa-bawa D. terpinga-pinga 15. Kejayaan anak Pak Mail dalam pertandingan pidato peringkat kebangsaan menjadi _________________ penduduk kampung. A. buah mulut B. berat mulut C. perang mulut D. banyak mulut 16. Ibu berpesan kepada ayah supaya membelikannya dua ______________ roti dan se ______________ sayur bayam. A. bukuikat B. bijibatang C. butirbentuk D. kepinghelai 17. Jangan percaya _________________ cakap orang yang lidah bercabang itu, kata Ayu kepada adiknya. A. awal-awal B. bulat-bulat C. cepat-cepat D. benar-benar 18. Penduduk kampung membantah cadangan pembinaan loji kumbahan najis di kampung itu. Perkataan seerti bagi membantah ialah A. menyerang B. menghalau C. menentang D. memberontak

19. Masalah kewangan yang dihadapinya cukup merunsingkan fikirannya. Perkataan berlawan bagi merunsingkan ialah A. meyakinkan B. menyatakan C. menerangkan D. menenangkan Soalan 20 hingga Soalan 22 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 20. I Walaupun budak itu kecil, tetapi akalnya tajam. II Jalan menuju ke puncak bukit itu sangat tajam. III Orang buta biasanya mempunyai pendengaran yang tajam. IV Jari kakak luka kerana terkena mata pisau yang tajam itu. A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, III, dan IV sahaja 21. I. Pada minggu lepas, saya mengunjungi pameran buku di Kuala Lumpur. II. Lepas makan jangan lupa cuci pinggan, pesan ibu kepada kakak. III. Kapal terbang itu sudah lepas ke Pulau Pinang. IV. Abang saya merupakan graduan lepas Universiti Malaya. A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II, dan III sahaja D. I, III dan IV sahaja 22. I. Beberapa keping biskut di dalam bekas itu telah hancur. II. Harapan Said hancur apabila permohonan pinjamannya ditolak oleh pihak bank. III. Ibu menumbuk cili itu hingga hancur. IV. Suara peserta pertandingan nyanyian itu hancur. A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II, dan III sahaja D. I, III dan IV sahaja

23. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Apakah punca yang menyebabkan projek perumahan itu terbengkalai? A. Pihak pemaju akan disaman oleh para pembeli. B. Para pembeli mengadukan masalah itu kepada pihak berkuasa. C. Pihak pemaju gagal mengurus projek itu dengan baik. D. Projek perumahan itu akan disambung oleh pemaju yang lain. 24. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. Persembahan dikir barat diadakan selepas persembahan drama. A. Apakah acara yang dipersembahkan? B. Mengapakah persembahan dikir barat diadakan? C. Bilakah persembahan dikir barat diadakan? D. Di manakah persembahan dikir barat diadakan? Soalan 25 dan Soalan 26 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 25. Wah, besarnya! Sabri menjerit apabila melihat seekor ikan melompat di dalam tasik. A. Sabri melompat kegembiraan apabila ternampak seekor ikan yang besar di dalam tasik. B. Sabri gembira apabila ikan besar yang dijeritnya melompat di dalam tasik. C. Sabri berteriak kerana berasa kagum apabila melihat seekor ikan besar melompat di dalam tasik. D. Sabri terkejut apabila seekor ikan melompat di dalam sebuah tasik yang besar. 26. Affendi sudah membuat keputusan untuk tidak berharap pada sesiapa lagi. A. Affendi berharap agar dia tidak akan membuat keputusan untuk sesiapa lagi. B. Affendi telah mengambil keputusan untuk tidak bergantung pada orang lain. C. Sesiapa yang telah membuat keputusan perlu berharap pada Affendi. D. Keputusan yang dibuat oleh Affendi tidak mengharapkan sesiapa lagi.

Soalan 27 hingga Soalan 30 Pilih ayat yang betul. 27. A. Setengah orang tidak suka membaca akhbar. B. Kakak merajuk bila ditegur oleh ibu. C. Burung itu dikandang di dalam sangkar. D. Anggota polis sering meronda di kawasan itu. A. Azmi mengambil ayahnya segelas air. B. Pemburu itu membawa sebatang senapang. C. Tayar basikal Amin pancit kerana terkena paku. D. Di waktu malam, kami tidak dibenarkan ke kawasan itu. I Atlet itu telah dipilih sebagai peragawan negara. II Puan Yusni amat menyayangi anak tunggalnya itu. III Selimut yang kotor itu perlu direndam sebelum dicuci. IV Pak Dolah menebang lalang di belakang rumahnya semalam. A. I dan IV sahaja B. II dan III sahaja C. III dan IV sahaja D. II, III, dan IV sahaja 30. I. Acara sukan itu berlangsung selama tiga setengah jam. II. Masa yang diperuntukkan kepada kami terlalu singkat. III. Sekolah di kawasan pendalaman itu masih banyak kekurangannya. IV. Pesta jualan murah itu diadakan selama sebulan. A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. II dan IV sahaja D. I, IIII, dan IV sahaja

28.

29.

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 9:00 pagi Ayah dan atuk masih berada di sisi kawah di belakang rumah. Beberapa orang penduduk kampung turut berada di situ untuk membantu mereka memasak rendang. Ibu dan kakak sibuk menyiapkan pelamin di bilik pengantin. Aku dan Ramli sedang mencuba-cuba mikrofon dan pembesar suara yang disewa daripada Pak Cik Mahat. 9:45 pagi Nasi minyak serta lauk-pauk siap dimasak. Lagu Selamat Pengantin Baru mula berkumandang di udara. Ayah masuk ke rumah untuk menyalin pakaian. Atuk mengarahkan aku dan Ramli mengemaskan kerusi meja di bangsal tetamu. 10:15 pagi Sanak saudara terdekat mula tiba. Masing-masing membawa hadiah untuk Kak Long. Kumpulan Kompang Sinar Bahagia tiba dengan segala peralatan mereka. 11:30 pagi Para tetamu memenuhi kedua-dua buah bangsal yang disediakan. Ayah tidak cukup tangan melayan saudara-mara dan sahabat-handai. Aku, Ramli dan beberapa orang saudaraku yang lain sibuk menghidangkan makanan. 12:00 tengah hari Rombongan pengantin tiba. Ketibaan mereka disambut dengan paluan kompang dan pencak silat. 31. Apakah yang dilakukan oleh ayah dan atuk pada pukul 9:00 pagi? A. mencuci kawah B. menghias pelamin C. memasak lauk-pauk D. menghidangkan makanan 32. Siapakah yang melangsungkan perkahwinan? A. aku B. Ramli C. kakak aku D. Pak Cik Mahat

33. Yang berikut dilakukan oleh aku kecuali A. menghidangkan makanan. B. menguji sistem pembesar suara. C. mengemaskan meja dan kerusi. D. menyambut rombongan pengantin. 34. Rangkai kata tidak cukup tangan bermaksud A. sangat gembira. B. sentiasa mesra. C. terlalu sibuk. D. agak malu. 35. Yang berikut benar tentang petikan kecuali A. majlis itu dimeriahkan oleh Kumpulan Kompang Sinar Bahagia. B. rombongan pengantin tiba pada waktu tengah hari. C. ayah aku begitu sibuk melayan para tetamu yang datang. D. aku: merupakan anak sulung dalam keluarganya.

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Yang dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pegawai Pendidikan Daerah, Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG, guru-guru, para ibu bapa dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua jemputan dan ibu bapa yang dapat hadir pada petang ini. Pertama sekali saya memohon maaf kerana Majlis Anugerah Cemerlang ini telah ditunda beberapa kali. Hal Ini disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana akhirnya majlis ini dapat diadakan. Para hadirin sekalian, Sepanjang tahun ini Sekolah Kebangsaan Desa Cemara telah mencapai banyak kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Dalam Peperiksaan UPSR 2007, sebanyak 16 orang murid telah mendapat 5 A. Hal ini merupakan suatu kejayaan yang besar kerana sejak tiga tahun sebelum itu pencapaian sekolah tidak begitu memberangsangkan. Dalam bidang kokurikulum juga, sekolah ini telah mencapai kejayaan yang membanggakan. Kita telah menyertai empat acara permainan, iaitu bola sepak, bola jaring, badminton serta bola baling.
9

Dalam permainan bola jaring dan badminton, pasukan lelaki kita telah berjaya menjadi johan di peringkat daerah, manakala dalam permainan bola sepak dan bola baling pula kita telah berjaya mendapat tempat kedua di peringkat zon. Sementara itu, dalam pertandingan Pidato Diraja, wakil sekolah kita telah berjaya ke peringkat negeri. Sekolah juga turut mengambil bahagian dalam pertandingan Kuiz Kesihatan peringkat daerah dan berjaya menduduki tempat ketiga. Sesungguhnya, kejayaan yang dicapai itu merupakan hasil usaha dan kesungguhan murid-murid berlatih di samping tunjuk ajar dan bimbingan guru-guru di sekolah ini. Para hadirin sekalian, Seperti mana yang telah kita ketahui, hari ini merupakan hari yang amat bermakna kepada semua murid yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini. Pada hari ini, kecemerlangan mereka dalam pelajaran akan dihargai. Kepada murid-murid yang tidak berjaya, jangan berputus asa. Jadikan ini sebagai iktibar pada masa akan datang. Akhir kata, selamat maju jaya kepada semua. 36. Ucapan di atas disampaikan oleh A. Guru Besar B. Ketua Darjah C. Ketua Pengawas D. Pegawai Pendidikan Daerah 37. Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk A. memberikan anugerah kepada murid yang cemerlang dalam pelajaran. B. memberikan penghargaan kepada guru yang banyak berjasa. C. menyampaikan anugerah kepada murid yang berjaya dalam acara sukan. D. memberikan penghargaan kepada wakil Pertandingan Pidato Diraja. 38. Kali terakhir Sekolah Kebangsaan Desa Cemara mencapai kecemerlangan dalam UPSR ialah pada tahun A. 1998. B. 2000. C. 2003. D. 2006.

10

39. Perkataan iktibar dalam petikan di atas membawa maksud A. ikutan. B. teladan C. panduan. D. pedoman. 40. Pernyataan yang berikut benar tentang kejayaan Sekolah Kebangsaan Desa Cemara kecuali A. wakil Pidato Diraja berjaya ke peringkat negeri. B. penyertaan pasukan bola sepak hanya di peringkat zon sahaja. C. pasukan badminton lelaki lebih berjaya daripada pasukan badminton perempuan. D. pencapaian murid dalam UPSR 2006 lebih baik daripada pencapaian murid dalam UPSR 2007.

11