Anda di halaman 1dari 13

Pulih bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula).

Pemulihan bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula.

Dari sudut Falsafah


Pelaksanaan program pemulihan akan memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. adalah selaras dengan konsep Pendidikan Untuk Semua

Dari sudut Pencegahan

Masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera. Jadi pelaksanaan program ini amatlah diperlukan bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Bantu murid atasi masalah dalam penguasaan kemahirankemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, dan bahanbahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan, potensi serta minat mereka. Memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanakkanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain. Membantu murid dalam memperkembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka. Membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku negatif yang boleh menjejaskan pelajaran.

Satu program yang bertujuan untuk membantu muridmurid yang tidak menguasai kemahiran 3M. Memerlukan beberapa proses seperti pencalonan murid, ujian saringan, ujian diagnostik dan analisis ujian dan tindakan susulan. Semua sekolah rendah kecuali sekolah kecil (under enrollment) diperuntukkan 1 jawatan Guru Khas Pemulihan. Guru Khas Pemulihan tidak terlibat sebagai guru pengganti kepada guru asas atau sebagai guru kelas sesuatu darjah. Guru Khas Pemulihan berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program pendidikan pemulihan.

Pemulihan
Suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.

Pemulihan Khas
Satu perkhidmatan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan dalam pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Pemulihan
- Dalam kelas biasa.

Pemulihan Khas
- Dalam kelas yang berasingan. - Bagi yang tidak melepasi penilaian selepas melalui pemulihan dalam kelas biasa.

- Pencalonan murid, ujian saringan, ujian diagnostik dan analisis ujian dan tindakan susulan.

Contoh:
Situasi 1 Seorang penjaga mengeluh yang anaknya sehingga darjah 5 masih tidak tahu membaca atau menulis. Kata si ibu, anaknya akan pandai sekiranya diajar. Tetapi, kerana kedegilannya dan tiada siapa yang mahu mengajar, anak tersebut terbiar hinggalah ke darjah lima. Pemulihan Khas

Pemulihan Biasa

Situasi 2 Seorang pelajar darjah 5 , Mei Mei telah lulus dengan cemerlang dalam semua mata pelajaran kecuali Bahasa Melayu. Hal ini kerana dia tidak pandai berinteraksi dengan bahasa Melayu dan jarang menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.

Rujukan
Buku Rujukan: Jais Sahok, Mat Nor Husin. (1990) Pendidikan Pemulihan. Petaling Jaya: Masa Enterprise. Laman Web: http://jojie21.blogspot.com/2011/01/asaspendidikan-pemulihan.html http://pgsrkent08.edublogs.org/2011/07/09/definisi -pendidikan-pemulihan/ http://rujuknota.blogspot.com/2011/08/konseppemulihan.html