Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI 1 (10.3.2014 HINGGA 14.3.

2014)

Nama saya Siti Salmah binti Ali. Saya mengajar di SK Yaacob Latif 1, Cheras Kuala Lumpur . Saya merupakan seorang guru beropsyen Pengajian Muzik dan Bahasa Melayu dari Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur (2002-2004). Saya mengajar mata pelajaran Muzik dengan kekerapan 9 waktu seminggu lantaran saya merupakan seorang Guru Perpustakaan dan Media di sekolah ini. Saya mengajar semua tahun bermula dari tahun 1 hingga tahun 6 kecuali tahun 4. Setiap aliran mempunyai satu kelas kerana bilangan murid di sekolah ini kecil sekitar 228 orang murid termasuk Pra Sekolah dan Pendidikan Khas. Pada minggu ini murid-murid tahap 2 di sekolah ini menjalani Ujian Bulanan pertama. Manakala murid-murid tahap satu menjalani latihan untuk persembahan

sempena mesyuarat Agung PIBG sekolah yang diadakan pada 15.3.2014. Saya juga mengalami kesibukan lantaran tugas saya sebagai Setiausaha PIBG sekolah ini selain saya turut melatih murid untuk persembahan yang akan diadakan pada majlis tersebut. Persembahan murid adalah bertemakan nyanyian dan gerakan atau action song. Dua persembahan dengan lagu berbahasa melayu dan satu lagi lagu berbahasa inggeris. Persembahan merangkumi murid tahun 1hingga tahun 5. Sesi pengajaran murid tahap 1 tidak dapat dijalankan sepenuhnya lantaran ramai murid yang terlibat dengan persembahan tersebut. Rata-rata saya sangat berpuas hati dengan komitmen dan kesungguhan murid. Raptai penuh majlis telah diadakan pada hari Jumaat. Segalanya berjalan dengan baik.

Persembahan murid tahun 3 adalah berbentuk action song dengan lagu dalam bahasa inggeris. Dan murid tahun 1,2,4 dan 5 dalam nyanyian dan gerakan dengan lagu berbahasa melayu. Murid tahun 3 pernah menyertai pertandingan Action Song anjuran Pintar Foundation. Meski tiada memenagi sebarang tempat namun salah seorang dari peserta telah memenagi hadiah sebagai peserta terbaik. Penerimaan terhadap Pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid di sekolah ini bukan lah begitu cemerlang. Latar belakang Murid-murid di sekolah ini berada pada tahap sangat sederhana. Pengajaran dan pembelajaran begitu mencabar dan mengambil masa serta pendekatan yang paling mudah. Daya ingatan juga adalah sederhana dan perlu pengulangan. Namun usaha tetap diteruskan demi membimbing anak-anak bangsa. Kemuncak pada minggu ini adalah pada hari Sabtu dengan kelancaran mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 dan kesempurnaan persembahan yang telah dilatih selama ini. Demikian berat mata memandang beratlah lagi bahu mengalas. Namun kejayaan majlis ini suatu yang sangat bermakna buat diri saya. Terima kasih buat semua pentadbir, guru-guru, murid-murid dan ibu bapa yang membantu dan menyokong saya selama ini.