Anda di halaman 1dari 5

Sejarah Latar Belakang Kewujudkan Masyarakat Majmuk di Malaysia Masyarakat majmuk bermaksud satu kumpulan manusia yang terdiri

daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu. Manakala, menurut J.S Furnivall (1939) sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat yang muncul akibat daripada dasar-dasar kolonial di mana penghijrahan penduduk mengikut kehendak-kehendak sistem ekonomi, politik dan sosial. Hal ini telah mewujudkan kelompok-kelompok yang berbagai ragam dalam satu unit politik. Furnavall menambah bahawa kelompok-kelompok berbagai ragam dalam sebuah masyarakat majmuk itu bercampur tetapi tidak bergabung. Setiap kelompok memegang kuat kepada agama, kebudayaan, bahasa, idea-idea dan cara-cara kehidupan sendiri. Kedatangan kaum imigran ke Tanah Melayu merupakan satu perkara yang lumrah dan biasa dalam sejarah pembentukan masyarakat majmuk Malaysia. Dengan itu, masyarakat majmuk memang sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum dan juga identiti. Malaysia terdapat lebih 80 kaum. Antara kaum termasuklah tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, Cina dan India. Manefestasinya, Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hinggalah ke Sabah. Pernahkah terlintas dalam fikiran anda tentang sejarah latar belakang kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia? Sesungguhnya, kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan Melaka. Keadaan ini berlaku kerana kepesatan aktiviti perdagangan telah membuka ruang untuk kaum imigran datang berniaga, bergaul dengan penduduk tempatan sehingga ada yang menetap di sini. Sebagai buktinya, pada awal abad ke-18, Melaka telah menjadi tempat persinggahan dan penempatan bagi pedagang-pedagang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul. Mereka telah singgah di Melaka selama beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan sehingga sebilangan mereka telah membina perkampungan di situ, malah ada juga telah berkhawin dengan wanita tempatan. Hal ini secara tidak langsung bermulanya masyarakat majmuk di Malaysia. Tambahan pula, pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar terutamanya dari negara China dan India akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Migrasi ini berlaku

sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Menurut James P.Ongkili, 1985:4, terdapat juga kaum pendatang dari Sumatera, Indonesia namun tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama. Antara faktor penolak yang menyebabkan kemasukan Cina ke Tanah Melayu termasuklah bencana alam seperti gempa bumi dan banjir serta pemberontakkan yang berlaku dalam negara China. Bukan itu sahaja, suasana kepadatan penduduk yang berlebihan telah menimbulkan masalah kekurangan makanan dan kebuluran. Kejadian ini telah mendorong mereka menjelajah dan meneroka ke luar negara untuk mencari rezeki dan keselesaan. Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada kehidupan yang penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Di sebaliknya, faktor penarik yang ada di Tanah Melayu semasa penjajahan asing seperti peluang pekerjaan yang terbentang luas diikuti dengan dasar pemerintahan Inggeris yang menggalakkan kemasukan imigran Cina secara beramai-ramai untuk memenuhi keperluan tenaga buruh dalam sektor perlombongan. Manakala itu, faktor penolak di negara India seperti faktor kawasan tanah pertanian dan peluang-peluang pekerjaan adalah terhad. Pengeluaran hasil tanaman juga rendah kerana kerap berlaku bencana alam seperti banjir dan kemarau. Oleh sebab kekurangan makanan, maka timbul pula masalah kebuluran dan kematian yang disebabkan oleh wabak penyakit berbahaya. Tambahan pula, amalan sistem kasta dan adat resam di India telah menyebabkan keadaan menjadi bertambah rumit. Orang India dari kasta rendah dianggap hina dan tidak dibenarkan mendapat hak yang sama denagan orang India dari kasta tinggi. Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa berhijrah untuk mencari kehidupan baharu di Tanah Melayu. Di sebaliknya, antara faktor penarik di Tanah Melayu termasuklah pembukaan ladang-ladang getah di Tanah Melayu oleh British. Kerajaan British tidak mengenakan sebarang sekatan untuk kemasukan orang India malah melaksanakan sistem yang lebih sistematik untuk membawa masuk buruh India. Contohnya, British melaksanakan beberapa cara iaitu buruh kontrak, sistem kangani dan buruh bebas untuk membawa masuk buruh India.

Walaubagaimanapun kehadiran mereka oleh faktor penolak ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat majmuk. Penggunaan istilah masyarakat majmuk hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanya peranan pihak Birtish. Seperti yang saya telah upaskan sedikit di atas faktor penarik yang ada di Tanah Melayu disebabkan oleh perkembangan Revoluisi Perindustrian oleh penjajah British. Malaysia yang dikenali Tanah Melayu pada suatu ketika dulu pernah dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda, British dan Jepun. Jelasnya di sini, saya akan mengupas secara lebih lanjut tentang kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia sepanjang penjajahan kuasa asing. Penjajahan di Tanah Melayu oleh kuasa-kuasa asing bermula dengan kedatangan dan serangan oleh Portugis ke Melaka. Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Portugis menyerang Melaka sebab terdapat sedikit perselisihan faham antara Sultan iaitu Sultan telah menahan beberapa pedagang orang Portugis yang datang berdagang ke Melaka. Oleh sebab keengganan Sultan membebaskan orang Portugis dan membayar ganti rugi, Alfonso De Alburqaque telah menyerang Melaka dengan 800 orang Portugis dan 600 orang India. Tentera seramai 1400 orang ini telah menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum pada ketika itu. Seterusnya, Tanah Melayu telah dijajah oleh Belanda. Belanda telah merampas takhta daripada Portugis pada tahun 1597 dengan menyerang Kota Portugis Melaka. Pada tahun 1641, Melaka telah jatuh ke tangan Belanda apabila kapal Belanda memusnahkan kapal Portugis. Semasa pemerintahan Belanda, komposisi penduduk di Tanah Melayu tidak berlaku perubahan yang ketara. Perubahan ketara hanya dikesan semasa British memerintah Tanah Melayu. Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari peluang baru untuk pelaburan di barat. Pada Ogos 1786, Francis Light menduduki Pulau Pinang dan bermulanya campur tangan Inggeris di Tanah Melayu. Hal ini telah membawa kesan kemasukkan migran secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga 1957. Dengan itu terbuktilah bahawa perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai pertalian rapat dengan proses penjajahan Barat dan perkembangan kapitalisme kolonial. Hal ini secara tidak langsung, masyarakat homogen Melayu Tanah Melayu telah mengalami

transformasi kepada masyarakat heterogen Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan India sebagai komponen utamanya. Perkembangan ekonomi yang pesat berlaku pada abad ke-19, akibat perkembangan revolusi Perindustrian merupakan faktor perdana British mulai membawa masuk beramai-ramai buruh dari China dan India untuk menampung kekurangan pekerja. Hal ini demikian permintaan buruh tenaga yang semakin tinggi disebabkan oleh kemajuan dan perusahaan bijih timah dan getah. Tambahan pula, British menggangap mereka sebagai buruh yang murah, kuat bekerja, berdaya tahan dan berpotensi untuk membangun sumber ekonomi negeri-negeri Melayu. Imigrasi ini bertambah bilangannya apabila pihak Inggeris melaksanakan dasarnya mencari kekayaan melalui pembukaan dan perluasan ladang-ladang getah, kelapa sawit, kopi, teh dan tebu serta menjalankan kegiatan perlombongan bijih timah, perak dan emas. Jelasnya di sini, pertambahan penduduk Cina dan India di Tanah Melayu menjadi faktor utama perkembangan masyarakat majmuk di Malaysia. Namum begitu, British telah melaksanakan dasar pecah dan perintah seterusnya menyebabkan ketiga-tiga kaum hidup terpisah antara satu sama lain. Kebanyakan orang India tinggal di ladang getah dan ladang kelapa. Orang Cina pula tinggal di kawasan lombong, pekan yang kemudiannya berkembang menjadi bandar. Hal ini demikian kerana, orang Cina telah berjaya menguasai ekonomi moden dan menjadi masyarakat bandar. Sementera orang Melayu pula dibiarkan tinggal di pesisir pantai, kampung dan pedalaman menjadi petani dan nelayan. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan mereka tidak berhubung antara satu sama lain dan di sini bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Antara tahun penjajahan British, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Penjajahan Jepun mewujudkan kesan sosial berkaitan dengan hubungan antara kaum dan keadaan masyarakat dari segi pendidikan serta pentadbiran. Penindasan Jepun terhadap orang-orang Cina telah menyebabkan mereka membuka kawasan baharu yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu. Hal ini membawa kepada pertembungan dengan orang-orang Melayu yang tinggal di kampung. Pertembungan budaya ini telah membawa kepada perkhawinan kacukan di antara orang Melayu dan orang Cina seterusnya melahirkan generasi masyarakat Baba dan Nonya yang boleh kita lihat banyak di negeri Melaka pada hari ini.

Dalam pada itu, penguasan Jepun di Tanah Melayu menyekat kemasukan migrasi terutamanya dari China disebabkan peperangan antara China dan Jepun. Pada 1947 sehingga 1953 telah berlaku pengaliran keluar orang Cina secara beramai-ramai. Sementara itu migrasi dari India masih lagi berlaku sungguhpun dalam kadar yang rendah. Pada tahun 1945, Jepun telah meletakkan senjata dan berundur dari Tanah Melayu. Penjajahan British pula telah mengambil alih semula kuasa untuk memerintah Tanah Melayu. Kedatangan semula Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum. Namun begitu sokongan rakyat terhadap mereka luput sama sekali kerana merasakan mereka lemah dan tidak mampu menentang Jepun selama 5 tahun penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Perkara ini membawa kepada tuntutan kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu berbilang kaum daripada pihak British. Hasil daripada tuntutan kemerdekaan, orang Melayu bersetuju memberi kerakyatan kepada penduduk imgran di Tanah Melayu dengan syarat-tertentu. Hal ini menyebabkan kewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Pada tahun 1957, British telah memerdekakan Tanah Melayu atas usaha Rombongan kemerdekaan 1956 yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman. Kesimpulannya, terbuktilah bahawa penjajah asing terutamanya kolonialisme British telah mengubah struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan yang telah membentuk masyarkat yang berbilang kaum di Tanah Melayu. Kedatangan imigran Cina, India dan imigran dari Kepulauan Melayu ke Tanah Melayu telah membentuk satu masyarakat majmuk serta organisasi sosial dan budaya yang berbeza daripada sebelumnya kesan daripada kolonialisme British.

Anda mungkin juga menyukai