Anda di halaman 1dari 8

Aplikasi Kaedah Penerangan/ Soal Jawab 1) Guru menunjukkan kepada murid contoh gambar jenis-jenis najis.

2) Guru bertanya kepada murid apakah yang mereka lihat pada gambar yang dipaparkan. 3) Guru menerangkan jenis-jenis najis kepada murid. 4) Murid mendengar dengan teliti penerangan yang diberikan oleh guru. 5) Guru bertanya kepada murid apakah maksud najis mukhaffafah, mutawassitah, dan mughallazah secara individu. 6) Guru membetulkan jawapan yang diberikan murid. 7) Guru membahagikan murid-murid kepada 3 kumpulan. 8) Kumpulan satu dikehendaki berbincang dan memberikan maksud najis mukhaffafah. 9) Kumpulan dua dikehendaki berbincang dan memberikan maksud najis mutawassitah. 10) Kumpulan tiga dikehendaki berbincang dan memberikan maksud najis mughallazah.

Aplikasi Kaedah Permainan 1) Guru menunjukkan gambar jenis-jenis najis pada kad imbasan di papan putih. 2) Guru meminta murid membezakan jenis najis. 3) Guru meletakkan gambar jenis najis secara rawak. 4) Guru memanggil murid secara individu untuk mengenalpasti jenis najis dengan betul. 5) Guru membahagikan murid-murid kepada tiga bahagian. 6) Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan contoh jenis-jenis najis sebanyak mungkin. 7) Kumpulan yang dapat menyenaraikan jenis najis yang paling banyak dikira sebagai pemenang.

Aplikasi Kaedah Tunjukcara/ Demontrasi 1) Guru membawa murid ke surau. 2) Guru mengambil sehelai kain sarung dan mengandaikan kain tersebut telah terkena najis mukhaffafah. 3) Guru menunjukkan cara membersihkan najis dengan betul. 4) Guru meminta beberapa orang murid menunjukkan kembali cara menyucikan najis mukhaffafah secara individu. 5) Guru membawa murid kembali ke kelas.

Aplikasi Kaedah Penerangan/ Soal Jawab 1) Guru memaparkan kad imbasan rukun-rukun solat di papan putih. 2) Guru menerangkan kepada murid erti rukun-rukun solat dan perlakuannya di hadapan kelas. 3) Murid mendengar dengan teliti penerangan daripada guru. 4) Guru menjelaskan rukun-rukun solat mengikut tertib. 5) Guru bertanya kepada murid mengenai perlakuan rukun-rukun solat. 6) Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. 7) Guru mengulangi penerangan perlakuan rukun-rukun solat seperti yang dilihat di dalam kad imbasan. 8) Guru memberikan lembaran kerja kepada murid. 9) Guru membimbing murid melakukan lembaran kerja yang diberikan.

Tajuk Rukun Solat


Aplikasi Kaedah Amali 1) Guru membawa kumpulan murid ke surau. 2) Guru menerangkan gambar/ carta yang dibawa satu persatu. 3) Guru menerangkan aspek-aspek penting dalam tajuk berkenaan. 4) Guru menunjukkan terlebih dahulu perlakuan rukun-rukun solat secara tertib. 5) Murid memerhatikan satu persatu perlakuan guru. 6) Guru menyuruh murid mengulangi perlakuan guru. 7) Murid mengikut perlakuan guru. 8) Guru membetulkan dan menegur perlakuan murid yang salah 9) Guru mengulangi isi-isi penting dan bertanya kepada murid. 10) Guru membawa pulang kumpulan murid ke kelas dalam keadaan berdisiplin dan selamat.

Tajuk Syarat Sah & Syarat Wajib Solat


Aplikasi Kaedah Penerangan/ Soal Jawab 1) Guru mengeluarkan carta gambar mengenai syarat-syarat sah solat dan menampalnya di hadapan kelas. 2) Guru memberi penerangan berkenaan dengan syarat-syarat sah solat berdasarkan carta gambar tersebut. 3) Murid mendengar penerangan guru dengan tekun. 4) Murid dilarang sama sekali bercakap semasa guru memberi penerangan. 5) Guru kemudiannya bersoal jawab dengan murid berkenaan dengan tajuk ini. 6) Murid diminta untuk membentuk lima kumpulan. Setiap kumpulan diberi satu potongan kad gambar berkenaan syarat-syarat sah solat. 7) Guru meminta wakil setiap kumpulan supaya menampal potongan kad gambar masing-masing di tempat yang betul di papan gulung. 8) Guru membetulkan kesalahan murid dan memberikan peneguhan positif kepada murid.

Tajuk Syarat Sah & Syarat Wajib Solat


Aplikasi Kaedah Tunjukcara/ Lakonan 1) Guru membawa murid ke surau sekolah. 2) Guru menerangkan syarat sah solat yang pertama adalah suci daripada najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat. 3) Guru menunjukkan kepada murid pakaian dan tempat solat, iaitu surau dalam keadaan bersih tanpa sebarang kekotoran daripada najis. 4) Kemudian, guru menerangkan syarat yang kedua iaitu suci daripada sebarang hadas sama ada hadas kecil atau besar. 5) Guru menerangkan syarat ketiga sah solat iaitu menutup aurat. 6) Guru menunjukkan kepada murid cara-cara menutup aurat yang betul bagi murid lelaki dan perempuan. 7) Selepas itu, guru menghadap ke arah kiblat iaitu syarat sah solat yang keempat. 8) Syarat sah solat yang terakhir ialah yakin masuk waktu solat dan guru menunjukkan kepada murid waktu-waktu solat fardhu yang betul. 9) Guru meminta murid supaya memhami perkara-perkara yang ditunjukkan guru dan melakukannnya sendiri di rumah ketika hendak mendirikan solat. 10) Guru membawa murid kembali ke kelas.

Anda mungkin juga menyukai