Anda di halaman 1dari 2

Masalah Tektikal

Sebelum permainan ini dimainkan oleh rakan-rakan lain, kumpulan kami telah cuba memainkan permainan ini dahulu. Semasa permainan ini dijalankan, kami telah menghadapi beberapa masalah. Masalah yang pertama ialah jarak yang dijangkakan oleh ahli kumpulan kami terlalu jauh bagi pemain biasa untuk membalingkan bola ping pong ke corak yang telah disediakan. Sekiranya pemain yang normal tidak mampu melakukannya, malah pemain yang menghadapi masalah kecacatan kaki tentulah tidak dapat melakukannya. Bagi menangani masalah ini, kumpulan kami telah berbincang dan membuat keputusan untuk memendekan jarak antara pemain dengan corak tersebut. Masalah yang kedua ialah bola ping pong susah melekat pada corak walaupun bola sudah mengena corak tersebut. Hal ini kerana bola ping pong mudah lantun balik apabila kena pada objek yang mempunyai permukaan yang keras. Untuk menyelesaikan masalah ini, kami menggunakan sejenis pelekat yang berwarna hitam di mana pelekat tersebut dapat memudahkan bola ping pong untuk melakat padanya. Masalah yang ketiga ialah pelekat yang ditampalkan di atas corak mudah dipenuhi oleh habuk ataupun pasir dari lantai. Oleh sebab permainan ini dijalankan di gelanggang GYM, maka bola ping pong yang terkena lantai gelanggang GYM yang berhabuk akan menyebabkan pelekat atas corak tersebut dicemari.

Bagi mengatasi masalah ini, kami akan memesan para pemain mengelap bola ping pong itu sebelum membaling ke arah corak untuk memastikan bola ping pong tersebut tidak berhabuk.

Anda mungkin juga menyukai