Anda di halaman 1dari 2

Lim Shiu Loong

Refleksi BIG Selamat sejahtera. Saya sangat gembira bahawa saya dapat melaksanakan khimat masyarakat kali ini dengan penuh bermakna dan dapat bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain untuk menyumbangkan tenaga kepada masyarakat kampung yang baru sahaja mengalami masalah banjir. Aktiviti BIG kali amat menarik kerana kami dapat keluar dari institut kami untuk menjalankan aktiviti khimat masyarakat, dan dapat menolong pihak yang betul-betul memerlukan bantuan daripada pihak kami. Pagi-pagi kami pun sudah bersiap sedia dan bersemangat tinggi untuk melaksanakan aktiviti khimat masyarakat pada pagi yang indah ini. Setelah sampai ke kampung tersebut, kami pun bermula kerja kami. Oleh sebab kami sudah merancang jadual kerja dengan rapi, jadi pada hari itu kami telah menjalankan tugas masingmasing dengan lancar sekali. Membasuh pinggan mangkuk yang dikotori oleh air banjir, membasuh lantai dan sebagainya. Kerja-kerja ini dapat meringankan beban masyarakat kampung tersebut, dan senyuman dapat kami lihat daripada muka mereka. Tindakan ini telah memberikan dorongan yang kuat kepada kami untuk menjalankan tugas kami. Pada pagi itu, juga datanglah seorang wartawan untuk mengambil gambar kami dan memaparkan berita ini di surat khabar. Tindakan daripada wartawan ini telah menunjukkan bahawa para guru pelatih bukan sahaja pandai belajar dan mengajar, malah guru pelatih ini boleh menyumbangkan tenaga, wang dan masa untuk menolong masyarakat yang memerlukan bantuan.

Lim Shiu Loong

Dengan itulah saya telah mendapat pengetahuan dan pengalaman yang sangat berguna dan bermakna ini. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak institut kerana memberikan peluang untuk kami supaya dapat menolong masyarakat yang betul-betul memerlukan bantuan kami. Sekian terima kasih.